Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nota My #Qurantime #1

Nota My #QuranTime Juzuk 01

Rate this book
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

Setiap komponen yang disiarkan dalam rancangan mempunyai dasar dan pemaknaan agar matlamat berinteraksi dangan al-Quran; Baca-Faham-Amal dapat dipenuhi.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.

Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

347 pages, Paperback

First published August 1, 2020

17 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

32 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (87%)
4 stars
2 (6%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
June 28, 2021
Alhamdulillah, selesai membaca nota Juzuk 1 ini seiringan dengan video Youtube My#Qurantime mengikut helaian-helaiannya. Nota ini bukanlah untuk sekali baca, namun hendaklah dirujuk berkali-kali. Lebih elok kalau dapat ditelaah bersama guru.
Profile Image for Hamidah Effendi.
397 reviews4 followers
January 31, 2025
Setakat pembacaan until now. Juzuk 1 adalah membicarakan tentang surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah.

Apa yang disampaikan di Tv ada dimasukkan tapi tak semua. Dalam buku ni pengisian adalah lebih detail lagi dan jelas. Ada refleksi diri untuk every end of halaman yang dibicarakan.

Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..buat mana yang boleh satu2...🥰

Pembacaan tak complicated cuma sebab kita nak bagi faham sesuatu ayat sebab tu jadi slow sedikit.😅 ini bukan novel so perlukan fokus moga diri lebih faham.

Buku ni bercolour2 so tak membosankan, kalau boleh in future diselitkan lebih sikit tentang makna 'perkataan pilihan' yang dijelaskan untuk every halaman. Rasa tak puas😅

Nanti kita sambung updated lagi.

------------>updated:
✅️Juzuk 1 lebih berfocus kepada pembinaan karakter.

✅️ Ada 3 karakter : Beriman, Kafir dan Munafik.

✅️ isi banyak berfokus pada karakter orang Munafik, Bani Israel vs Yahudi apa bezanya, penciptaan manusia, penamaan surah melalui kisah penyembelihan lembu, Tanda2 kekuasaan Allah SWT, mengenang nikmat2 yang telah diberikan, pengubahan isi Taurat dan sikap ahli kitab.

✅️ pengakhiran juzuk berfokus pada Karakter orang yang Beriman. Dimulakan dengan memohon dijalan orang2 yang beriman dan diakhiri tentang perihal celupan Iman.

✅️ penjelasan isi buku membantu untuk faham ayat2 yang kita selalu salah tafsir. So penting bila buka al-Quran, bila ada ayat tak faham kita kena rajin merujuk buku2 tafsir para ulama.

✅️ setiap satu halaman ada sinopsis untuk kita lebih memahami isi surah. Insyaallah juga membantu pemahaman ayat2.

So rugi kalau tak baca buku ni,buku ni bantu faham isi2 kandungan al-Quran.
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
November 25, 2020
Alhamdulillah, dapat pun habiskan nota my #qurantime juzuk 1 ni.

Pendapat peribadi:
1. Penulisan yang mudah faham. Dengan konsep tadabbur, penjelasan ayat disampaikan dengan bahasa yang ringkas. Bahan grafik juga disediakan untuk kukuhkan pemahaman pembaca. Kita juga ditunjukkan kaitan antara ayat, dan juga kaitan ayat tersebut dengan kita (umat nabi muhammad). Berulang kali dinyatakan bahawa bani israil faham kebenaran dengan akal, tapi tidak di hati. Mereka juga banyak kali dibantu Allah namun tetap tak bersyukur (khianati janji, membunuh nabi, mempermainkan hukum Allahg.
Mungkin ini yang patut kita teladani dan usaha untuk baiki iman di hati.
2. Qr code disediakan untuk majoriti ayat quran. Seingat saya cuma ada 1 bahagian di halaman 21 yang tak disediakan qr code. Qr code ni sangat membantu bagi kita yang nak dengar bacaan quran sebelum mulakan pembacaan/tadabbur. Qr code untuk ruangan tajwid juga disediakan. Jadi mudah untuk kita faham penerangan tajwid (teks+audio).
3. Harga sangat berpatutan. Dengan content sebegini baik, rm30 tu sangat murah ya.

Jadi kepada yang nak cuba mula tadabbur quran, boleh dapatkan buku ni. Di mana?
Web karangkraf mall:
https://www.karangkrafmall.com/nota-m...
Shopee karangkraf mall dan seller lain (boleh dapat free shipping, coin cashback, 10% discount),
Smo,
Ig/fb shop.

Ps. Kongsi buku terbaik! Moga bermanfaat 🙂
Profile Image for Huda Halim.
40 reviews1 follower
February 3, 2026
Nota My #QuranTime Juzuk 01

Alhamdulillah, akhirnya selesai Juzuk 1. Lepas ni boleh sambung pula Juzuk 2 ✨
Buku ini memberi fokus kepada Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah, yang sememangnya jadi asas penting dalam memahami Al-Quran.

Apa yang saya suka, nota dalam buku ini sangat membantu untuk faham ayat demi ayat. Tak terlalu complicated, cuma memang perlukan masa dan rujukan yang betul supaya kefahaman tu lebih jelas dan mendalam.

Sambil baca buku ini, kalau rasa nak lebih pencerahan, kita boleh tonton sekali video My #QuranTime di saluran media sosial mereka. One Juzuk ada around 70 episode tau. Penjelasan ustaz really helps kita faham and at same time apa yang kita boleh aplikasi dalam kehidupan sekarang. Also asa sesi Tajwid and hafazan juga. Read and listen at the same time, sambil baca, sambil dengar penjelasan ustaz. That really helps.

Dari segi visual pula, buku ini colorful dan ada infografik, jadi tak rasa bosan. Nama pun Nota kan, so you can jot down and mark the important notes 😉

Bina hubungan yang lebih dekat dengan Al-Quran. Step by step, one juzuk at a time.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
November 8, 2021
- Buku tadabbur ayat demi ayat mengikut juzuk. Setakat ini sudah lebih 11 juzuk buku (Nov 2021) telah dihasilkan oleh Yayasan Warisan Ummah hasil kerjasama dgn TV Alhijrah. Buku dengan mukasurat yg berwarna warni sangat menarik perhatian ketika membaca.

- Sangat disarankan utk memiliki buku ini kerana disamping dapat mentadabbur ayat demi ayat, pembaca dapat mengulangkaji nota dengan cara menonton kembali video episod-episod MQT di Youtube official Nota MQT.
Profile Image for flamingopink.
23 reviews
March 6, 2024
Kalau baca buku ni sambil tengok MQT tu lagi best kut, tapi kalau baca buku ni sahaja, penerangan mcm agak tergantung.
Profile Image for Lisa Aziz.
26 reviews
December 30, 2020
Sangat bermanfaat dan lebih memahami ayat quran dengan betul dan ringkas.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.