Ada sesuatu yang menggamit rasa damai setelah membaca Stesen Titik Nol. Perasaan aku bercampur-baur setelah habis ke penghujung cerita pengalaman penulis di tiga negara di Asia Tenggara yang tidak jauh lazim daripada kita; Thailand - Kemboja - Vietnam. Menariknya, penulis telah ketiga-tiga negara ini hanyalah dengan menaiki tren yang menunjukkan betapa tidak asingnya mereka daripada kita. Sebuah travelog yang bersahaja tetapi padat dengan isi, santai tetapi tidak meleret. Digandingkan dengan penulisan yang mantap, Johan Radzi akan menjadi penulis lokal yang akan aku cari lagi karyanya.
Aku sejenis yang jarang akan membaca travelog, kerana akan banyak unsur 'self-insert' dalam travelog-travelog yang aku pernah baca. Prejudis aku terhadap genre ini telah disangkal oleh penulis ini, kerana ternyata, selama ini aku salah memilih travelog untuk dibaca. Pentingnya untuk memilih penulis untuk melihat inside-thoughts mereka ketika mereka megembara, dan lensa yang dibawa oleh penulis bagi aku chill and easy, but filled with precise information without unnecessary fillers .
Pertama sekali, Penulisan Johan Radzi is so easy to read, and he is the kind of author who manages to capture the essence of each place through the words that he wrote. . Seakan penulis berjaya merakam setiap momen-momen di setiap negara dengan lensa kamera, tetapi bezanya, beliau menggunakan aksara untuk menzahirkan rasa yang ada. Aku seolah berdiri dan berada di tempat yang diceritakan di dalam pengembaraan beliau. Seolah setiap bait perkataan dapat menggamit pelbagai rasa ketika aku membaca entri-entri penulis di setiap negara. What makes him a good author is his ability to bring readers to the places that he had went thru. From the places that he went, to his feelings upon seeing the places of genocides and war, even to the smallest details of the sun and wind during his cycling endeavours in the city. Penulisannya halus dan teliti dan aku seakan dibuai dengan bait kata penulis.
Travelog yang aku pernah baca sebelum ini kadangnya sarat dengan too much info-dumping . Lain dengan buku ini kerana penulis dpaat menyampaikan sejarah dan backstory di setiap tempat yang beliau lawati dengan ringkas dan padat. Ia membuatkan kita dapat mengenali sesebuah tempat itu tanpa merasa bosan dengan penjelasan penulis. There is a nuance in his writing, and how he wrote about the history of each place felt raw. Its a wonder how as Malaysians, we often forgot that our neighbouring countries has just recently ended the war in their country. We forget that we also share the same culture and there are other Malays living there as well. Travelog ini telah membuka mata aku untuk melihat negara-negara jiran dengan perspektif berbeza.
Secara keseluruhannya, buku ini akan aku recommend kepada semua orang. Pembacaan yang ringan, padat dengan isi dan kita juga dapat rasa mengembara sekali bersama-sama penulis.
4.25🌟 untuk buku ini!