Jump to ratings and reviews
Rate this book

Enam Angka Menjelang Disember

Rate this book
Ada apa dengan enam angka menjelang dua puluh lima? Ia bukan tentang destinasi, tetapi tentang perjalanan yang membuka mata. Untuk enam angka yang seterusnya, berapa tahun pula akan diambil? 5 tahun? 10 tahun?

Selepas berkayuh mengejar horizon dan impian, Azraei Muhamad kini dalam misi baharu untuk mencapai enam angka pendapatan pula. Travelog kewangan diteruskan lagi dalam #SekuelEnamAngka ini. Selamat membaca!

239 pages, Paperback

Published January 1, 2020

23 people are currently reading
129 people want to read

About the author

Azraei Muhamad

3 books23 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (47%)
4 stars
56 (41%)
3 stars
13 (9%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for Hadi Muss.
147 reviews20 followers
January 15, 2022
Saya berpuas hati dengan buku sekuel kepada Enam Angka Menjelang 25 ini. Kalau anda teragak-agak nak beli yang mana tapi tengah bajet duit, beli yang ni dulu. Sebab? Buku ni ditulis tepat kepada mereka-mereka yang baru nak belajar ilmu kewangan dengan setelah mengambil kira maklum balas pembaca buku sebelumnya. Kira banyak penambah baikan yang dibuat oleh penulis untuk memberi informasi yang lebih berkesan kepada pemula.

3 perkara penting yang saya dapat dari buku ini (yang mengena dengan diri sendiri)

1. Mula menyimpan dulu jumlah tertentu barulah selebihnya belanjakan mengikut keperluan.
2. Biasakan hidup 'susah' pada awal pekerjaan untuk bina visi kita.
3. Nilai masa kita, kita yang bina.

Tuan Azraie juga kongsikan cara menyusun kewangan (semacam financial fortress pada pendapat aku) supaya tidak tergadah ketika berlaku kecemasan. Banyak lagi sebenarnya isi penting dari buku. Berbaloi beli & baca.

Ditulis dengan nuasa yang tak formal, santai dan semacam baca buku biografi pun ada sebab tips dan perspektif yang dikongsikan pun dari pengalaman. Buku ni bagus untuk anak muda (remaja pun elok baca) marhaen seperti saya yang baru nak mula bertatih untuk celik kewangan supaya tak tergadah di kemudian hari.

5 bintang!
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
July 31, 2021
Buku ini merupakan sekuel kepada Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima.

Seperti buku pertama, buku ini juga merupakan catatan perkongsian penulis mengenai perjalanan perancangannya untuk mencapai misi seterusnya iaitu mempunyai simpanan wang sebanyak enam angka menjelang hujung tahun.

Banyak perubahan dan penambahbaikan yang saya dapat lihat dalam buku kedua ini misalnya dari segi gaya penulisan penulis yang semakin matang dan penuh kata-kata motivasi.

Walaubagaimanapun, penulis masih mengekalkan gayanya yang santai dan bersahaja serta penggunaan bahasa rojak.

Tidak seperti buku pertama, buku kedua ini lebih tertumpu kepada penceritaan pengalaman penulis dan perjalanan hidupnya yang berkaitan dengan pengurusan kewangan seperti jatuh bangunnya dalam pelaburan dan perniagaan serta krisis peribadi yang dihadapinya.

Buku ini sangat bagus dibaca oleh golongan muda kerana dapat memupuk budaya menyimpan wang dan membelanjakannya secara berhemah.

Ilmu dan juga pengalaman pahit manis yang dikongsi oleh penulis dapat dijadikan iktibar serta diambil manfaatnya untuk dijadikan sebagai panduan.

Boleh dapatkan buku ini di kedai @thepatriotsasia
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
December 20, 2020
Buku terakhir untuk tahun 2020, buku ni antara yang terbaik aku baca. Dia banyak imbas balik buku-buku lama terutama enam angka menjelang dua puluh lima dan kayuh mengejar horizon, sayang sekali aku tak baca lagi buku kayuh mengejar horizon sebab buku pertama yang aku beli ialah enam angka menjelang dua puluh lima yang aku nampak menarik untuk aku faham mengenai pelaburan, emas dan cara menyimpan dengan cermat. Terus terang dua buku ini jauh lebih mudah difahami, dan melalui buku ini jugalah aku perlahan-lahan belajar melabur dan juga berjimat cermat. Bagi Aku kedua-dua buku azraei ini yang paling best aku baca. Sangat sesuai untuk mereka yang suka baca santai dan mudah sebab bahasa dalam dua buku ini tak terlalu baku sangat jadi amat sesuai untuk pembaca yang tak berapa nak gemar buku yang baca macam buku biografi. Apapun 5 bintang untuk buku ini. Mungkinlah mungkin penulis akan buat buku baru bertajuk enam angka menjelang 30 hari ke kita tak tahu🤣 just andaian jelah.
Profile Image for KAZ.
12 reviews
January 17, 2021
Fast review (sepatutnya 4.5)
Buku ni kekuatan dia sama je dengan buku 6AM25
-penyampaian santai macam diari
-ditambah pula dengan lawak yang kau takleh tahan
-nasihat agama (kadang2 aku konfius ni buku financial ke buku motivasi) dan kata-kata yang agak nice untuk dicuri dipos dekat ig hahaha.

buku ni boleh kata 40% info 30% ceramah 30% pengalaman. bak kata pengarang, tak semua boleh dijelaskan dalam buku. ada usaha lebih buatla appointment. Apa pun tips2 diberi masih practicable (aku harap la haha sebab aku menganggur).

"ramai bercakap tentang hak mereka, tapi sedikit bercakap tentang tanggungjawab mereka"
"aku mngkin tak kaya, tapi aku tak lapar"
6 reviews
November 3, 2020
Sekuel kepada Enam Angka Menjelang 25 ini menunjukkan kematangan penulis. Kalau 25 adalah seperti bercakap dengan kawan, yang ini macam bercakap dengan abang. Beliau mengupas secara lebih dalam mengenai literasi kewangan dan bagaimana jatuh bangun beliau dalam kehidupan membuatkan beliau cuba mencabar diri untuk keluar dari zon selesa.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
December 24, 2021
Buku ini ditulis untuk sesiapa yang mahu bermula asas kewangan dari bawah. Bukan seperti buku pertama penulis ini. Penulis faham semua kehidupan adalah berbeza. Titik.

Saya suka gaya penulisan buku ini. Ada perubahan. Dan aku pun mahu berubah sebab itu aku baca buku di akhir tahun. Haha. Kewangan dah banyak bocor ini.

Buku ini memberikan nafas, ilmu dan pemikiran yang baru. Banyak idea yang diberikan oleh penulis untuk kita contoi. Skema nya nya review aku. Hahaa. Apa-apa pun, terima kasih penulis.

Azraei Muhamad adalah #idola

p/s : IG Write & Brave macam dah lama tak update tu.
Profile Image for Anas.
142 reviews4 followers
May 1, 2021
Penulisan yang lebih matang kalau dibandingkan dengan EAMDPL. Sarat dengan nasihat/wisdom sepanjang perjalanan hidup penulis
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
January 23, 2022
Pilih buku ni sementara masih Januari sebab nak cuba susun kewangan sendiri dengan lebih baik tahun ni insya-Allah. Alhamdulillah, banyak yg saya belajar. Asalnya nak baca Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima tapi usia dah terlebih pula haha. Tapi tak apa, nak baca nanti untuk ilmunya.

Separuh diri rasa bersyukur baca buku ni sekarang, separuh lagi rasa kenapa laaaa tak jumpa buku ni awaaaal dulu huhu.

Saya berpendapat, buku ni sangat sesuai untuk dibaca dari usia yang sangat muda. Kalau baca lepas SPM pun macam dah okey sangat untuk siapkan diri dengan disiplin kewangan menjelang dewasa. Lagi awal, lagi bagus. Gaya bahasanya yang santai, bagi saya, membuatkan kita rasa macam sedang dengar dia berbual dengan kita di kedai mamak haha.

Sepanjang pembacaan, ada satu kesimpulan yang saya dapat iaitu: Sebelum nak duit yang banyak, belajar uruskan duit yang ada dulu. Belajar 'hidup susah'.

Insya-Allah, kita cuba amalkan sikit-sikit. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.
Profile Image for Faiz • فائز.
361 reviews3 followers
June 12, 2022
Buku kedua tulisan Azraei Muhammad. Konsep yang sama masih digunapakai dalam buku EAMD25, menekankan perkara-perkara asas dalam pengurusan kewangan. Cuma ada beberapa bab yang lebih jelas penerangannya berkaitan kereta, rumah, ASB, insurans; teknik beserta penjelasan. Penulisan yang lebih serius dalam pengurusan kewangan.

Disenaraikan beberapa tips daripada buku ini yang mungkin boleh diamalkan:

• Simpan sekurang-kurangnya sehari RM1
• Pelbagaikan tabung mengikut warna not ringgit
• Pelaburan: ASB, Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), Koperasi Amanah Pelaburan.
• Simpan emas sebagai pelindung kekayaan.
• Letakkan tujuan dalam menguruskan kewangan.
• 3 hobi: kekal sihat, kekal kreatif, menghasilkan wang
• Bisnes panggung wayang: kreatif dalam satu cabang.

Selebihnya boleh baca sendiri. Buku ini amat digalakkan untuk dimiliki! Juga, buku ini bukan sekadar buku kewangan biasa, apabila penulis meletakkan “ikigai”, the purpose of being pada permulaan buku. Dan bab ke-20, apabila penulis bercerita mengenai keberkatan masa, seterusnya rezeki untuk dikongsi dan bersyukur.

Pada hakikatnya, sehebat mana pengurusan kewangan kita, tidak boleh tidak untuk menolak kuasa yang lebih berkuasa, Allah s.w.t. Pencipta kita juga pengatur kepada segala perkara. Sebuah buku yang sangat baik!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Salha.
78 reviews8 followers
June 5, 2021
Selesai membaca kedua-dua naskhah Siri En Angka. Buku ini sesuai untuk mereka yang baru nak kenal erti menyimpan dan pelaburan. Selepas membaca buku ni, barulah aku dapat faham secara tersusun berkenaan expenses, savings, invesment. Banyak kali penulis sebut, "Duit lebih jangan simpan, tapi invest. Kalau invest duit tu beranak." Tahu lebih detail berkenaan ASB, Tabung Haji, Saham Felda, Unit Trust, emas dan banyak lagi.

Buku Enam Angka Menjelang Disember ni lebih banyak tip jimat cermat, cara nak menyimpan dan berbelanja. Beza antara keperluan dan kehendak. "Kopi pada waktu pagi adalah keperluan buat sesetengah orang. Tapi kopi berharga RM10 secawan setiap pagi itu bukan lagi keperluan." Ok, insaf. Sila bertaubat.

Bagi aku, buku ini adalah sebagai bantuan kepada yang baru nak kenal-kenal dan baru nak mula menyimpan. Tak kisah umur dah lanjut atau belum, masih belum terlambat untuk membuat pelaburan.
Profile Image for Muiz .
60 reviews
October 28, 2020
Perkongsian yang memberi inspirasi untuk lebih bijak mengurus kewangan. Kisah peribadi jatuh bangun kehidupan penulis sangat relatable dan membawa seribu satu pengajaran yang berguna. Terima kasih atas buku ini.
Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
October 31, 2021
"Duit tidak menjadikan kita jahat atau baik. Duit cuma menunjukkan siapa diri kita sebenarnya." - EAMD, Azraei Muhamad

EAMD - Azraei Muhamad, merupakan salah satu bacaan yang akan menjadi kegemaran aku sampai bila-bila. Aku takkan pernah menyesal beli dan baca serta memahami setiap ilmu yang disampaikan oleh penulis.

Buku yang menceritakan tentang susah senang, pahit manis penulis dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup seperti perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya. Penulis juga banyak berkongsi tentang ilmu kewangan terutamanya dalam pengurusan wang. Bagi aku yang masih muda dan ilmu kewangan pun masih sikit, banyak benda baru yang aku belajar dan boleh amalkan lepas baca buku ni. Contohnya aku belajar apa itu ASB dan kegunaannya, apa yang perlu dititikberatkan sebelum dan selepas membeli kereta atau rumah, dan yang paling penting kenapa kita perlu ada simpanan.

Buku yang sangat memberi kesedaran dan penyesalan dalam hidup aku; seorang yang terlalu boros berbelanja sampai aku buta tak tahu nak bezakan apa itu keperluan dan kehendak. But thanks to Azraei Muhamad for such an amazing book! Sangat-sangat memberi kesedaran tentang betapa pentingnya pengurusan kewangan.

This book deserves 5/5⭐
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
July 30, 2022
Perkongsian yang santai dan bersahaja sangat bagus dibaca oleh golongan muda yang masih lagi samar2 untuk menguruskan kewangan dan terlibat dalam pelaburan. Pengalaman pahit dan manis yang dilalui penulis boleh dijadikan panduan untuk memilih cara pengurusan kewangan yang sesuai dengan diri sendiri. Saya paling tertarik dengan penulisan bab membeli & memiliki kereta, memandangkan saya sendiri tengah fasa confuse untuk membeli kereta atau tidak😅, banyak tips2 berguna yang boleh saya gunakan sebelum decide membeli kereta sendiri. Terima kasih penulis.😇
Profile Image for Dibaca.
20 reviews
June 22, 2024
Kalau baru nak memahami tentang asas pengurusan kewangan for dummies (like me),
this book is the answer.
Perfect for a beginner to get an overview of financial literacy.

I like the writing.
Penulisan macam dia bercakap tapi bukan dengan bahasa wechat, tapi campuran nasihat, bebelan, random thoughts, dilema and suggestion idea.

And I like the author sangat jujur dengan dilema yang dia rasai which made me feel not left out to have things not figured out yet.

I don't need to rate this book, because it helps me (A LOT).
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
June 14, 2021
Insights i definitely need. Sebelum urus kewangan, kena pandai urus masa dulu! Before we learn how to generate and manage our money we must first learn gratitude and be grateful for what we have in front of us. Aih banyak lah moral of the story dengan tips and guidance menyimpan. I specifically suka guidance yg dia bagi pasal macam mana nak buat emergency fund. looking fwd to practice it. Jadi, semua yang baca ni. This is THE SIGN. Go buy and read this book.
Profile Image for Assila Adnan.
38 reviews1 follower
February 13, 2021
Real rating: 5/5. My app still have the "star glitch" problem!

Can I just say that this book is better than the first book in terms of its writing & structure? And the writer even acknowledged it so kudos for this growth! I like how he also refresh balik his tips he shared in the first book & incorporated a chapter about Covid-19 - on what should we learn from this crisis. Best!
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
August 8, 2021
Asas pengurusan kewangan -

✓ Pendapatan
✓ Perbelanjaan
✓ Simpanan
✓ Pelaburan

Siapa pun kita, belajarlah menguruskan kewangan dari sekecil-kecil jumlah sehingga sebesar-besar jumlah.
Bukan semua orang mempunyai ibubapa yang mampu membimbing mengenai kewangan.

Orang yang rajin tidak akan miskin jika bijak menguruskan
Profile Image for Ain Farhani.
6 reviews2 followers
January 31, 2021
Perkongsian yang santai untuk anak2 muda khususnya bagi mereka yang baru belajar tentang kewangan. Selain perkongsian mengenai kewangan, terdapat juga perkongsian tentang kehidupan, Islamik dan motivasi.
Profile Image for Fatin Najwa.
43 reviews1 follower
July 24, 2021
Kalau rasa nk baca buku money management tp dgn santai2 boleh baca buku ni. Mmg akan rasa mcm penulis ni borak2 je dgn pembaca 😂.

Terima kasih utk tips2 yg diberikan tp mungkin boleh kurangkan sikit meleret2 😉
Tp apa apa pun terima kasih author !
1 review
March 21, 2021
Buku ni tolong aku untuk jadi lebih semangat menyimpan. Buku ni jugak dah bukak minda aku and ubah perspektif aku tentang kewangan.
14 reviews
October 31, 2021
Good book to have better financial mindset. Buku santai and chill! Sifat menabung and searching for IKIGAI is good point to make readers understand the importance of “life purpose”
Profile Image for Izhaq Sam.
7 reviews
October 3, 2021
Buku yang berkisarkan tentang pengalaman penulis sendiri dalam pengurusan kewangan peribadi ini sesuai bagi golongan muda yang baru berjinak-jinak untuk membaiki pengurusan kewangan. Penulisan sangat santai dan mudah difahami. Penuh pengajaran yang boleh diterapkan dalam pelbagai golongan pendapatan.
Profile Image for Farah.
8 reviews5 followers
September 11, 2021
Aku rasa buku ni better dari the first book sebab gaya penyampaian dan bahasa yang lebih matang. But both books share the same motivation; how to manage money wisely.
Aku suka bila penulis kaitkan pengurusan kewangan dengan rohani. Dia mengingatkan dalam masa kita mengumpul harta, rezeki itu semua dari Tuhan. Always turn back to Him. Overall, this is a good book to refer to for any age. I would definitely read this over & over again.
2 reviews
December 13, 2021
read this book after ‘Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima’. the author has definitely matured in his writings and is more reflective in this book compared to the first book. he shared stories of his ups & downs and how he worked around and through it. after reading both of the books, i definitely was more financially conscious and am ready to start managing my money better and gain more financial knowledge. if you’re reading this Mr. Azraei, thank you very much!
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.