Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suami Terpaksa Rela

Rate this book
Mereka memaksa, aku merelakan.

216 pages, ebook

Published June 1, 2020

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Aulia Iman

25 books70 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (12%)
4 stars
5 (62%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
October 30, 2020
hasif. dia tak suka dengan aktiviti kemanusiaan yang puan sri dahlia, mamanya buat. membawa gelandangan ke rumah hingga mendapat tempat tinggal yang sesuai sangat mengganggu dirinya.

miranda. salah seorang yang dibawa pulang oleh mamanya. anak luar nikah yang ibunya pengedar dadah. hati miranda robek mendengar kata-kata yang keluar dari mulut hasif tapi dia hanya mampu menahan rasa. tambah memburukkan keadaan bila ada orang lain mahu menjatuhkan puan sri dahlia dengan memerangkap miranda dan hasif yang berduaan dalam rumah.

puan sri dahlia yang kemurungan dijaga dengan baik oleh miranda. walaupun terpaksa berkahwin dengan hasif, tapi demi mahu menjaga puan sri yang banyak menabur jasa pada dirinya, miranda akur saja.

nasib manusia bukan boleh dijangka. bila lalui, sama ada tabah atau mengalah. miranda sangat kuat. berbeza dengan hasif yang sukar menerima takdir yang perlu dilalui. walaupun sudah berkahwin, dia masih berhubung dengan dayana.

here and there, hubungan mereka yang sebelum ini berjarak makin rapat. walaupun masih seperti kucing bertelagah tapi ada manjanya.

itulah, kan? mulut jangan cepat kata benci. jangan cepat jatuh hukum. bila terkena, hilang kosa kata.

penulis Aulia Iman menyusun cerita ini dengan cantik. sebab dan akibat. perlakuan dan pengajaran.
hati dan cinta.

semuanya akan ada seiring.

masa yang akan menentukan

segalanya.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
May 30, 2021
Tajuk ebook ni memang sesuai dengan watak hero iaitu Hasif. Suami yang dipaksa kahwin dan akhirnya rela menyerahkan hatinya.

Mama Hasif, Puan Dahlia. Dia selalu bawa gelendangan ke rumah mereka sementara menunggu mendapat tempat yang sesuai buat mereka ini. Hasif tidak senang dengan perangai mamanya. Baginya, dia hilang privasi dan tindakan mamanya yang membawa outsider satu tindakan yang berani dan seolah-olah mencari bala. Bertikam lidah juga Hasif dan mamanya.

Gara-gara Hasif ditangkap berdua-duaan dengan Miranda di dalam rumah. Mereka berdua dipaksa kahwin. Antara sebab utama dan kedengaran bodoh ialah tiada siapa yang akan menjaga Puan Dahlia di rumah & untuk mengelak dari berlaku perkara yang sama kepada ayah Hasif jika Miranda menjaga Puan Dahlia di rumah.

Come on. Alasan bodoh apa yang digunapakai anak-anak Puan Dahlia ni. Kenapa kena perjudikan masa depan seseorang hanya semata-mata nak kena jaga mak kau yang tengah sakit. Kau tu sedar tak apa tanggungjawab kau sebagai anak?. Lansung tak boleh terima alasan macamni. Taknak jaga cakap direct. Mungkin boleh fikir cara lain. Kan?

Kesian Miranda. Sudahlah kehidupannya juga tidak bernasib baik. Terjerumus pula dengan kehidupan keluarga lain. Miranda pandai bawa diri dan tahu siapa dirinya. Dia tahu asal usul dia juga bukanlah baik. Tapi dia cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri dia. Menjadi isteri kepada Hasif memang satu malapetaka. Tapi Miranda?. Kesabaran dia tinggi dan memang boleh dipuji. Kalau orang lain bye bye dah.

Setiap kata dan perbuatan Hasif itu menyakitkan hati.
Tahu dipaksa kahwin. Tak jaga hati isteri, bersikap biadap kepada parents & isteri, curang depan isteri dll. No tak boleh accept perangai lelaki macamni sebab dah jatuh ditimpa tangga baru mencari yang setia disisi. Hm.

Namun, watak Hasif la ada banyak perubahan dari jahat - baik. Hm okay la dari taknak berubah lansung.

This entire review has been hidden because of spoilers.
129 reviews3 followers
May 6, 2021
Buku ini menceritak tentang niat murni Puan Sri Dahlia untuk bantu gelandangan. dan salah seorang daripada mereka adalah Mirinda. Miranda orangnya sangat baik dan masih muda iaitu 18 tahun. Hasif tak menyenangi niat murni ibunya yang bawak entah siapa-siapa tinggal kat rumah termasuklah Miranda. Hasif sangat menzahirkan rasa tak sukanya. Tapi mereka dipaksa kahwin walaupun bukan atas kehendak masing-masing.

Hasif sebenarnya telah ada buah hati. Jadi sepanjang mereka telah bergelar suami isteri, Hasif masih berhubung dengan girlfriend dia. Miranda telah jatuh hati pada Hasif tapi bak kata Hasif, lelaki mampu membezakan nafsu dan cinta. Jadi dia cuma lempiaskan nafsu dan tak suka pun pada isteri dia. Miranda merajuk dan bawa diri.

Cerita ni basically konfliknya biasa-biasa saje. Siapa suka cerita ringan mcm ni, boleh dapatkan ebook nya di sini: https://www.e-sentral.com/book/info/3...
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.