“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman “Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu. Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah. Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga. Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula. Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia. “Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?
Baca tajuk pun dah bleh agak cerita macam mana kan? Tapi pandai sungguh penulis tambah lain-lain bagi cerita ni jadi unexpected plak. Terbaik! Yang pasti, takda plot yang "bosan" dalam cerita ni, kecuali part geng jiran dia yang bawangs tu. Mungkin sebab sis pening skit baca banyak sangat loghat diaorang. Tapi, paling salute perangai Mak Cik Salbiah, emak si Firas ni, memang cool habis lar mak cik. Memang kalau dapat mak macam ni terbaik, macam mak sis, cool habis. Firas ni baik, anak yang dengar cakap mak dia, bagus betul, dan yang paling best pasal Firas ni, dia sanggup rendahkan ego dia jadi cleaner. Mana nak cari laki macam ni woiii. Aulia plak, memang isteri pemalas. Hahaha. Tapi, malas-malas dia pun, bila dah kahwin dengan Firas tu, dia dengar cakap dan nasihat parent dia, dengar juga cakap Firas walaupun nak bangkang sikit-sikit. Kira bagus lar Aulia ni, cuma terlampau manja sangat, itu jadi malas skit tu. Tak sia-sia beli buku ni. 👍
Kemas, unik dan tak perfect(ini yang mengingatkan pembaca kepada dunia nyata, nothing perfect, satu fiksyen yang tak terlalu terawang). Persoalan ketidaksempurnaan menjadikan novel ini agak realistik. Penulis dengan bijak menggaul konflik kahwin ditangkap basah, konspirasi, jenayah, cinta dan komedi dalam satu pakej.
Cerita tentang Hero yang bekerja sebagai cleaner di rumah persendirian ditangkap basah dengan kliennya Si Heroin. Dua karektor yang sangat clashing, Heroin ni manja sampai baju pun tak tahu basuh, Hero pula mahir dalam kerja rumah tangga.
Dalam terpaksa, mereka perlahan-lahan mula saling menyayangi, saling lengkap melengkapi kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, rahsia yang terbongkar menyebabkan Hero salah faham dan marah dengan Heroin. Kemalangan yang berlaku menjadikan Heroin hilang ingatan, tetapi mereka berdua dalam proses penceraian.Ternyata, bukan Heroin saja menyembunyikan sesuatu, Hero pun ada rahsia tersendiri. Bila terungkai latar belakang Hero dan kepuraan Heroin, mereka belajar memaafkan dan berbaik semula.
Konflik berlapis mengakibatkan suspens, kejutan dan tanda tanya. Ternyata Heroin hendak lari dari tunangnya yang posesif hingga berpakat dengan Ayahnya untuk menjerat Hero agar tertangkap basah. Dia juga pura-pura hilang ingatan selepas mereka dalam proses penceraian. Sikap Hero yang terlalu hendak menegakkan maruah diri kesan daripada sejarah keluarganya(berasal dari China, kaya-raya, sebenarnya seorang kapten kapal🙄) sedikit sebanyak menjadikannya mudah terluka hingga salah faham terhadap isterinya.Dia menyembunyikan latar belakangnya untuk mengelakkan dirinya didekati kerana harta atau agenda tersembunyi.
Aku fikir hal paling jelas dalam novel ni adalah macam mana cara kita menangani konflik, cara yang berbeza sering memberi kesan terhadap persepsi individu lain. Salah faham akan berlaku, namun sekiranya kita sentiasa mempunyai keyakinan diri, terbuka dan ikhlas demi menemui penyelesaian terbaik, kita akan mencapai kompromi.Dalam kehidupan, kita tidak akan mendapat semua yang kita impikan. Namun, tidak semua yang kita benci perlu dibuang, tetapi perlukan kompromi, menyimpannya agar kita tidak terlalu lalai dengan segala yang kita sukai.Puas hati, recomanded😎#fatimahmanaf #timahreviewbuku #malaysiamembaca
Best! Konflik yg tak lah terlampau berat. Dan gaya penulisan penulis membuatkan saya leka membaca karya beliau di phone saya (ini linknya: https://www.e-sentral.com/book/info/3...). Penulis nak sampaikan realiti dunia sekarang. Apabila anak dimanjakan dan tak diajar buat kerja rumah, mmg dorang tak tahu. Bila kahwin, Aulia mmg tak reti buat kerja rumah tapi ada Firas utk ajar. Aulia ni mcm pemalas pun ya jugak. Nasib badan dapat laki rajin dan reti buat kerja rumah. Suka dengan mak Firas dan Aulia sbb baik sgt. dan masuk air hahahha.
Sebuah buku yang menarik, dah jadi drama dah buku nih. Best cita nih seronok tengok kat tv, teringat baca buku nih dekat esentral haritu tak sangka jadi drama dah. Ada sesapa nak link? nah saya bagi dekat sini.
Overall not bad. Saya suka dengan jalan cerita namun saya ada beberapa kemusykilan. Firas pergi Shanghai dekat dua bulan. Negara China rata-rata penduduk berbahasa Mandarin. Takde diceritakan pun pasal Firas can speak Chinese walhal Firas kan cucu billionaire. We cannot assume Firas is trilingual. Saya tercari-cari juga bab ini. Mungkin penulis terlepas pandang. Lagi satu pasal Aulia terjun dari tingkat dua dengan Mukhriz. Aulia koma dan Mukhriz lumpuh. Kecederaan mereka tidak dijelaskan dah tentu landing jatuh ke atas bumbung zinc atau ke lantai simen boleh luka parah. Tiada kisah selanjutnya pun pemulihan dan kecederaan mereka. Watak Mukhriz terus hilang tergantung sepi. Keseluruhan jalan cerita yang agak menarik walau banyak bahagian yang kurang dikemas kini. Ada beberapa bahagian pembaca seperti saya terpaksa buat andaian sendiri.