Jump to ratings and reviews
Rate this book

Seandainya Aku

Rate this book
"Kalau mandul, buat cara mandul. Aku nak Azril kahwin dengan perempuan lain. Nak tak nak, kau kena bagi izin." - Datin Mardhiah.

Bermadu, adalah mimpi ngeri bagi setiap isteri. Mana mungkin dia mampu berkongsi. Azril cuma milik dia, dan akan jadi milik dia. Malangnya, bukan itu keputusan mertua. Kerana zuriat, Farra dihina serta difitnah.

"Farra subur, abang. Tak ada masalah. Farra dah cek hospital. Abang pergilah cek pula." - Farra

"Kau tu yang mandul! Jangan nak salahkan orang lain." - Azril.

Cadangan dia disalahtafsirkan oleh sang suami. Dek kerana itu, tubuh mula menjadi sepak terajang. Hidupnya huru-hara sekelip mata. Tak cukup dengan itu, Farra diceraikan tanpa belas kasihan. Sekelip mata, dia hilang tempat bergantung.

Di saat diri hilang arah, Umar muncul tanpa disangka. Melamar dirinya yang hina kerana satu asalan.

"Kahwin dengan I. Buktikan pada mereka yang you tak mandul." -Umar

Mustahil. Antara mereka berdua, tiada cinta. Apatah lagi, Umar tu sepupu Azril. Mana mungkin Farra sambut huluran tangan dia. Namun, hinaan demi hinaan daripada bekas keluarga mertua, Farra terpaksa menyambut huluran Umar demi maruah.

"I tak cintakan you. I kahwin dengan you sebab nak buktikan Mereka salah. I tak sanggup dihina." - Farra

"For sure. Seberapa ramai anak yang you nak, I boleh bagi. Sebab I memang lelaki gatal." - Umar.

Sengih senget Umar tu, buat jantung Farra tak senang duduk. Dia fikir, Umar cuma berseloroh. Malangnya, Umar memang lelaki miang!

"I dah cakap I lelaki gatal. You tak nak percaya."

Farra rasakan dunianya terbalik 360 darjah tatkala menjadi isteri Umar. Senyuman yang dulu hilang, kini kembali. Cinta yang mati, mula membuahkan rasa buat Umar. Malangnya, kekejaman bekas keluarga mertua, menghancurkan kebahagiaan mereka. Farra kembali tercampak ke lembah derita yang mereka cipta tanpa Umar disisi.

342 pages, ebook

Published December 1, 2019

102 people are currently reading
828 people want to read

About the author

Hash Aulia

102 books305 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
112 (59%)
4 stars
52 (27%)
3 stars
13 (6%)
2 stars
4 (2%)
1 star
8 (4%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
August 14, 2022
Cerita yg penuh emosi. Saya suka cerita sebegini kerana dgn emosi yg pelbagai, perasaan bosan tu tak wujud dan bila ianya berakhir mmg terasa kepuasan di situ.

Terkadang apa yg kita fikir buruk itu tetapi sebenarnya baik utk kita. Allah tidak hadirkan kita ujian tanpa reward selepas itu. Isu zuriat menjadi titik tema dlm cerita ini. 4 tahun kahwin menjadikan Datin Mardiah membenci menantunya sendiri sehingga pelbagai rancangan jahat yg dia buat utk memisahkan Azril dan juga Farra.

Kerana tertekan dan lebih mempercayai fitnah ibunya, Azril menceraikan Farra dgn talak dua. Azril sangat cintakan Farra. Dia pun tidak terlalu kisah ttg zuriat tapi bila hari² ibunya membangkitkan hal yg sama ditambah fitnah yg pelbagai itulah yg menyebabkan Azril serabut dan melepaskan apa yg dia cinta.

Mulanya mmg nampak Farra itu sangat malang nasibnya. Tetapi bila Umar selalu membantu dan tanpa segan silu mahu mengahwini Farra, akhirnya Farra setuju. Niat Umar selain mmg mencintai tetapi dari sudut yg lain dia tahu Farra perlu dilindungi dari keluarga Datin Mardiah aka mak ngahnya itu. Lagipun Azril juga sudah berkahwin baru. Jadi dia sendiri tak suka melihat Leya isteri baru Azril menghina Farra sesuka hati.

Walau perkahwinan Umar dan Farra tidak terkait isu cinta, tetapi Umar dan Farra belajar utk menerima each other sebaiknya. Umar tu kata² dan perbuatan dia mmg gatal merenyam. Tapi itu pun jika melibatkan Farra je. Umar dan Azril sama² setia. Cuma Umar lebih bersifat melindungi tetapi Azril tu seperti 'anak mak'. So faham² je la kan.

Leya dan Datin Mardiah ni mmg watak dorang jahat sungguh. Cannot brain. Apa yg dorang dengki sangat eh dgn Farra. Farra dah tak ada hubungan langsung dgn mereka, apatah lagi dgn Azril tetapi tetap mereka cuba utk membuat onar dan rancangan jahat yg akhirnya kesalahan mereka tidak dpt dimaafkan lagi oleh Umar. Siapa tak marah kalau isteri dan bayi dlm kandungan hampir mati kerana perangai jahat dua perempuan ni!

Walau endingnya happy utk Umar dan Farra, tetapi saya terkilan juga dgn nasib Azril. Permulaan cerita mmg meluat dgn perangai lebih kurang si Azril ni tapi sebenarnya dia tersepit di antara isteri dan ibu yg psiko itu. Masa dia merayu utk kembali kepada Farra mmg lah rasa meluat. Tapi kalau kita letak diri kita di tempat Azril, kita akan rasa bagaimana kecewanya Azril dgn hidup yg dilalui.

Moral of the story, sebagai parents tak perlu la kot sibuk hal rumahtangga anak². Zuriat tu kan Allah yg beri. Bukannya boleh beli di pasar raya. Jadi tak perlu la hasut anak menantu sampai bercerai berai. Bila jadi mcm ni siapa yg merana kalau bukan anak sendiri??? 🙇‍♀️
1 review
October 8, 2023
Macam mana nak baca buku ni? Saya tak jumpa button untuk start reading
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
November 2, 2020
salah perempuankah kalau sesudah berkahwin tapi masih tak mampu nak mengandung? walaupun sudah buat pemeriksaan kesihatan dan tak ada masalah, farra tetap dituduh mandul oleh ibu mentuanya, datin mardiah.

suaminya, azril. katanya mahu berusaha tapi berusaha setakat itu sajalah. bila disuruh buat pemeriksaan, terus kata keturunannya subur.

tambah perit, bila azril mula berubah dan terpengaruh dengan segala helah datin mardiah. tangan azril juga laju naik. suka datin mardiah. dia mula mahu menjalankan agenda mengahwinkan azril dengan leya.

kemuncak bila azril jatuhkan talak dua pada farra kerana helah datin mardiah. cik penulis cantik Hash Aulia, suka ya buat pembaca sakit hati dan menyampah dengan datin sorang tu.

suka watak farra. dia kuat. dia bersedia. dia tahu dia makin tidak diperlukan di sisi azril.

dia dengan rela hati bawa diri.

umar, sepupu azril yang dari awal sukakan farra mula membuka langkah. dia ambil farra berkerja, dia ambil berat dan seterusnya mahu melindung farra dengan mengambil farra menjadi isteri. teruk juga farra diganggu oleh leya dan datin mardiah.

susun cerita ini cantik. olahannya kemas buat pembaca langsung tak ada rasa nak berhenti membaca. terus nak tahu apa jadi dengan farra dan umar. mampu ke leya mengandung selepas berjaya merampas azril. kebencian datin mardiah, azril sendiri. dan umar, adakah dia akan terus menyintai farra sepenuh hati?

manusia ini adakalanya lupa yang hidup ini setiapnya ada takdir.

mahu dan perlu,

itulah yang membawa manusia sama ada mahu bersyukur atau mengeluh.
Profile Image for Mslvoe.
2,055 reviews201 followers
July 31, 2024
Penuh emosi F baca karya Hash

Sebak pulak bila tahu Farra pregnant anak Umar.. boleh lak mengalir airmata. Scene tu sangat² terasa dalam hati

Kisah Farra yang dituduh mandul oleh mentuanya.. bercerai sebab mandul dan kahwin dengan Umar yang merupakan sepupu Azril, bekas suaminya

Alhamdulillah keluarga Umar sangat² baik.. mereka menerima baik Farra
Profile Image for chelsannereads.
174 reviews3 followers
January 21, 2025
Cerita pasal FL kena tuduh mandul dan diceraikan oleh suami sbb termakan hasutan ibu ... Lepastu cousin ex husband nak kawin dngn FL untuk buktikn yg FL ni tak mandul cuma ex husband je yg mandul tapi ego taknak periksa... And so on... Sape nak tahu cerita lebih lanjut pergilah beli.... Best cite ni...
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
March 28, 2021
2.0

Jujurnya saya kurengg dengan olahan penulis tapi bila perhati betul², memang itu signature dia. My sis pula rajin membeli buku dan ebook, so baca ajelah bila dah ada depan mata.

Storyline, konflik, hatta klimaks pun ringkas² saja. Not bad la. Sesuai untuk bacaan santai atau tengah layan bosan. Tapi kadang² terasa macam tengah baca cerita free dari wattpad/novelplus.
Profile Image for kay ♡.
307 reviews
November 1, 2025
Azril ni mcm mommy's boy. semua yg mak dia ckp diturutkan eee geram aku. yang si maknya pulak tak sudah2 cakap 'mandul' nak je aku bgi high kick. pandai jugak si Umar ni ye dia tunggu Farra kena cerai baru dia masuk minang. gatal jugak dia ni hahaha. I suka Farra selepas cerai dan sesudah dia kawin ngan Umar. Dia mcm jadi watak strong woman setelah disakiti.
Profile Image for Fathi MYHKSKPG (heylittlesiren).
622 reviews13 followers
December 11, 2023
Bagi saya so so sahaja. Part sedih tak sampai. Hati batu ke apa? Tapi takde lah macam relate dengan FMC walaupun kisah hidup dia sedih. Some parts, macam tergantung and tiba-tiba. I wish for more explaination and details. Overall, it was an okay read.
Profile Image for Raa.
3 reviews
February 8, 2024
The story is fun to read...lots of up and down in emotions.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.