Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Adakah ini KARMA?

Iman tak menyangka dia rasa begitu jauh dari Tuhan. Di waktu dia benar-benar keliru tentang apa yang berlaku.

Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosanya yang silam? Adakah ini karma?

Tetapi, tidak ada karma di dalam Islam. Yang ada adalah ketentuan dan takdir Allah yang telah diatur buat kepentingan manusia itu sendiri.

“Apa yang Allah tentukan untuk kita, awak, itulah yang terbaik. Sama ada kita dapat anak atau tidak. Akhirnya kita hidup di dunia ini sementara sahaja.

Kita gunakan sisa usia yang ada ini untuk beribadah dan meminta pertolongan dari Dia, sebanyak mungkin.” Begitu nasihat Faris buat dirinya.

418 pages, Paperback

First published March 1, 2019

8 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Muharikah

14 books147 followers
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.

She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.

She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.

Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (34%)
4 stars
122 (45%)
3 stars
41 (15%)
2 stars
9 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Erni .
288 reviews4 followers
April 13, 2019
Secara jujurnya sekuel ini lebih menarik dari novel pertamanya, Stigma. Jika tema utama Stigma berkenaan lgbt, saya rasa novel ini lebih mengetengahkan cabaran yang perlu dihadapi setelah seseorang itu mahu bertaubat. Kedua-dua watak utama, Faris dan Iman, mempunyai dosa silam masing2. Mereka berhasrat utk berubah, tetapi gopoh membuat keputusan untuk berkahwin demi menutupi kisah silam dan cepat2 mahu move on. Mereka tidak berlaku adil kepada diri sendiri, kerana tidak berfikir panjang. Apabila muncul ujian, Iman dan Faris cepat menyalahkan Tuhan, menyangkakan semua yang berlaku itu adalah karma kerana dosa-dosa mereka. Dalam menghadapi ujian yang bertubi-tubi, mereka saya rasakan sedikit tidak matang. Oh well, itulah kehidupan. Macam2 orang, macam2 perangai. Ada yg terlebih sensitif, ada yang berhati batu.

Aspek romance dalam novel ini saya rasakan sedikit cliche, terutamanya bahagian endingnya. Saya rasa effectnya akan lebih menyentuh hati jika penulis menyambung sedikit bagaimana Iman menghadapi ujian besar di bahagian akhir buku (hehe no spoiler here).

Nak berubah, bukannya mudah. Ujian yang datang itu sebagai cabaran untuk membuatkan seseorang itu lebih kental dan sebagai menguji niat mereka in the first place. Apa pun, Tuhan itu sentiasa dekat.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
June 30, 2023
This sequel for Stigma definitely talks about the medical field more than the first one.

Aside from the medical situations, Faris and Iman's scenes are only about 30%. The reason why I picked up this book is because I wanted to know more about them but somehow, I felt tricked. Luckily I borrowed this from elib, or else I'd be throwing this book across the room out of frustration.

The writing is not that smooth, some chapters don't even relate to one another.

Just an okay read for me.
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
October 31, 2024
Best! Awalnya saja nak try baca je, tapi daripada belek first page teralit pulak sampai satu demi satu bab habis. Dapat belajar banyak benda daripada Iman dengan Faris. Banyak pengajaran, banyak nasihat, banyak tips, and so on.

Tapi rasa lompong sikit sebab terus baca sekuel. Kena cari Stigma pulak la ek lepas ni!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
April 8, 2020
Buku yang menarik.. Iman dan Faris berkahwin dengan tujuan yang sama.. Ingin meluruskan nafsu mereka yang sonsang.. Namun perkahwinan bukanlah hanya dengan tujuan tertentu hingga bila tak tercapai masing-masing kecewa.. Komunikasi antara Iman dan Faris juga kurang hingga permasalahan mereka berlanjutan ke tempat kerja.. Namun semuanya berubah bila Faris disahkan sakit.. Satu pengajaran yang mudah untuk kita fahami..
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 12, 2020
"Kebaikan akan menumbuhkan kebaikan yang lain, kerosakan pula akan merobohkannya, pada setiap kehidupan itu adanya, pengharapan, pada setiap pengharapan ada sinar kehidupan" - Muharikah

Sejujurnya, aku membaca Karma Oktober 2019, tapi waktu tu aku 'rehat' dari menulis review sebab sibuk menghabiskan saki baki penulisan thesis. Untuk menghazafkan terus review, aku rasa rugi sebab banyak elemen yang disentuh oleh penulis yang boleh dijadikan garis panduan dan pedoman.

Beberapa perkara yang membuatkan aku tertarik untuk membaca Karma selain dari ia merupakan sekuel kepada Stigma, adalah disebabkan oleh cover layout novel yang ringkas tapi menterjemahkan keseluruhan tema Karma dan kisah ini digarapkan dari pengalaman sebenar dihospital.

Ia mengisahkan tentang golongan profesional yang struggle untuk melupakan kisah silam yang melibatkan kekeliruan terhadap keinginan nafsu yang tidak selari dengan fitrah kejadian, baik dari watak Dr.Faris mahupun Dr.Iman, sebagai seorang individu dan dalam masa yang sama sebagai pasangan yang baru berumah tangga.

Secara peribadi, konflik yang diketengahkan oleh penulis digarapkan dengan baik kerana aku dapat melihat keberadaan konflik utama dan sampingan dengan jelas. Memandangkan Karma merupakan sekuel kepada Stigma, dari segi perkembangan watak Dr. Faris dan Dr Iman, jelas Dr. Iman kali ini lebih dominan berbanding Dr. Faris. Dari perjalanan cerita pula, aku merasakan Karma bergerak sedikit lambat berbanding Stigma yang lebih laju dan rancak. Namun, cara penulis meletakkah noktah kepada penutup cerita, pada aku ia sangat memberi kesan kepada emosi pembaca.

Walaupun cerita ini melibatkan istilah perubatan yang agak banyak namun tambahan nota kaki membantu pembaca di luar bidang perubatan untuk memahami maklumat yang disampaikan dengan jelas.

Selain itu, aku juga suka dengan sentuhan penulis dalam mencipta dialog yang menunjukkan komunikasi yang komprehensif antara suami dan isteri, pekerja dan majikan, antara dua individu lain.

Keseluruhannya, aku kagum dengan usaha penulis kerana menyambung Stigma dengan menghasilkan Karma, mengetengahkan isu LGBT dalam ruang lingkup yang sedikit berbeza dan dengan penyampaian mesej yang tidak meletakkan sebarang nilai kepada golongan ini. Pada aku, kisah LGBT ini terlalu luas untuk dibincangkan,dan melibatkan banyak faktor luaran dan dalaman. Dan sekiranya korang seorang pembaca yang suka ekstrak mesej dari pembacaan, supaya menjadi seorang yang lebih memahami, aku cadangkan korang untuk dapatkan naskhah Karma dan Stigma (untuk lebih memahami Karma) ini.
Profile Image for Dyna Tiga.
2 reviews
April 28, 2019
Saya yakin ramai pembaca membeli novel ini kerana hebatnya impak novel Stigma. Namun, saya akan jujur di sini:
1. Saya rasa penceritaan novel Karma kurang smooth. Ada bab yg langsung tiada kaitan dengan bab sebelumnya. Penceritaan juga tak sama pace. Ada yg terlalu perlahan (awal2. Dah 2 3 bab pun masih tak faham apa konflik Iman dan Faris sebenarnya) dan terlalu laju (ending). Pun begitu, saya suka teknik penceritaan flashback sebab hakikatnya kita selalu begitu kan?
2. Kesalahan teknikal seperti grammar, salah eja, salah nama watak (tiba2 ada nama watak lain!), pembaziran satu page penuh semata2 nak masuk bab baru, buku terlalu tebal sedangkan margin page yg besar dan font besar.
3. Saya kurang rasa emosi untuk setiap scene. Mungkin perlu detailkan lagi setiap scene.
4. Saya suka dengan mesej yg ingin seperti bagaimana Iman dan Faris tidak bersangka buruk terhadap Allah. Cuma saya rasa penulis perlu kongsi juga adakah OK untuk pesakit HIV melancong ke luar negara ketika baru sahaja menghabiskan ‘cycle’ kerana saya agak tertanya tanya ketika scene tersebut (sorry bagi spoiler).

In a nutshell, saya sebenarnya mengharapkan lebih lagi dari novel penulis kerana saya amat meminati penulisan2 lain penulis.
1 review
April 10, 2019
Sebagai seorang pelajar perubatan, saya melihat novel Stigma lebih memfokuskan aspek kehidupan profesional seorang doktor muda, yang dalam pada yang sama ingin menyeimbangkan tuntutan dakwah, mengawal kehendak nafsu diri sendiri dan juga menyantuni masyarakat sekelilingnya.

Bagaimanapun, Karma pula lebih tertumpu terhadap kupasan bagaimana seorang wanita yang juga seorang doktor, berhadapan dengan liku-liku kehidupan yang lebih getir dari sebelumnya. Karakter Iman saya lihat lebih tampak membumi, dengan emosi turun dan naiknya, namun masih boleh dijadikan contoh ikutan untuk pembaca.

Penamat yang benar-benar menyayat hati, tapi masih ada sinar di sebaliknya.

Syabas, Muharikah.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
April 20, 2022
Buku pertama setelah berada dlm reading slump. Buku yang baik untuk permulaan. Tidak membebankan fikiran.

Saya suka betapa realistiknya kehidupan selepas kahwin yang ditonjolkan. Bermasam muka, bertengkar, masing-masing nak tunjuk sisi alpha dan tidur membelakangi pasangan. Macam tu lah realitinya. Lepas kahwin baru tahu siapa pasangan sebenarnya. Mana ada lepas kahwin sentiasa bahagia walaupun dua-dua berpendidikan dan dua-dua doktor mcm dalam novel ini.

Selepas kahwin, yang suami gay maut akibat menghidap kanser dan HIV. Isteri pula bergelut dengan lesbianism. Mereka hanya mengecap bahagia hanya dua minggu sebelum Dr Faris meninggal. Sabar dan redha dengan takdir adalah kuncinya.

Saya bagi 4/5 kerana buku genre fiksyen medik ni berjaya mengeluarkan saya dari zon reading slump yg berlalu selama dua bulan lebih. Suka juga ending dia yang berakhir dengan kematian dan selitan ttg dunia pesakit-pesakit dalam wad, rawatan, proses merebaknya HIV dan sel kanser.
Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
May 1, 2019
Ramai yang ingat saya tak suka baca novel. Bukan, bukan tak suka. Tapi KURANG baca novel kalau nak dibandingkan dengan buku non fiction. Kurang baca bukan sebab tak suka tapi sebab tak kenal, maka tak cinta
.
.

Jadi untuk saya jatuh cinta dengan sesuatu novel, saya perlu baca dahulu sinopsis nya supaya saya tahu jalan ceritanya tentang apa. Being me, saya memang susah nak cari jalan cerita yang saya minat, yang saya nak selami serta fahami. Dan, kalau saya dah jatuh cinta, I will love it a little toooooo much
.
.

Okaylah, terus kepada apa yang saya nak tulis, #novelKarma by @muharikah ni adalah antara novel yang saya amat jatuh cinta, sejak terjebak dengan #novelStigma lagi. Meski saya kurang baca novel, tapi bila dah jumpa yang saya suka, fuhhh laju sekelip mata saya boleh habiskan, lebih laju dari saya baca buku non fiction. Dalam masa kurang sejam perjalanan dari KL ke Shah Alam, saya berjaya baca lebih separuh buku. Total ada 417 mukasurat. Kemudian saya habiskan baki mukasurat dalam masa sejam
.
.

#NovelKarma bagi saya sangat berbeza dengan novel kebanyakan. Ia menyentuh isu yang kita biasa dengar tapi jarang yang benar-benar mahu memahami serta memandang dengan mata hati, sedangkan isu ini memang wujud dalam mana-mana masyarakat di dunia ini
.
.

Dalam #novelStigma, saya mula suka pada perwatakan Iman, tapi dalam #novelKarma saya terus jatuh cinta! Sangat adore dengan perwatakan Iman, dengan "kegarangannya", dengan kelembutannya, dengan kekentalan hatinya, ahh, tentang segalanya. 😍 Jalan hidup Iman tak mudah, diuji dengan sesuatu yang menjadi kelemahannya, diuji di titik sama sehingga akhirnya dia cukup kuat untuk hadapi
.
.

Perkahwinannya dengan Faris banyak mengajarnya tentang perkara yang sebelum ini dia tak pernah alami. Apa yang mereka impi, tidak berlaku tetapi takdir Allah yang lebih indah berlaku meski tak semua hati manusia mampu menerimanya
.
.

Bacalah, amat disarankan. Yang dah beli cepat-cepat baca. Yang belum beli, cepat-cepat beli. Tapi make sure baca Stigma dulu. 🤗
.
.

P/s: Saya sangat jarang tulis review buku. Kalau saya tulis, maknanya buku tu amat saya suka. 💖 Terima kasih @muharikah
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews7 followers
March 26, 2020
aku suka mesej-mesej yg disampaikan melalui buku Karma ni dan buku ni sesuai untuk orang yg meminati dunia perubatan sebab penulis banyak fokus pada part ni.

tapi jalan cerita dan watak yg ada, kurang smooth kurang emosi. awal cerita lagi telah berlaku konflik antara Iman dan Faris tapi watak utama kurang berkomunikasi sampai ke sudah aku tak faham apa masalah mereka ni. pengakhirannya sedih tapi itulah feeling tu tak sampai kat hati.
2 reviews
April 20, 2019
KARMA

Sebuah perkataan yang saya lazim ungkapkan ketika zaman sebelum saya faham Islam. Seringkali dikaitkan sesuatu musibah atau peristiwa buruk adalah kerana karma, walhal Allah yang Maha Agung Maha Mengetahui segala isi dunia yang mengatur setiap sesuatu. Itu yang dinamakan takdir.

Pengajaran terbesar bagi saya ialah, buku ni mendidik pembaca untuk percaya kepada takdir, bukan karma.

Dalam tempoh setahun dua ini, genre buku kegemaran saya rata-rata biografi, parenting atau pun anekdot. Namun, saya tidak boleh resist untuk tidak membaca sekuel novel @muharikah ini, dari Stigma (Pertama) dan Karma (Kedua). Ada beberapa sebab kenapa saya begitu teruja,
1. Ia merupakan fiksyen perubatan yang mengisarkan kehidupan dua sisi, sisi doktor dan pesakit. Penulis berjaya membawa pembaca menghayati kedua-dua sisi watak dan kehidupan ini.
2. Novel yang realistik (mirip kehidupan sebenar) tetapi unik kerana scene scene yang ditulis merupakan scene di luar kebiasaan saya iaitu di hospital, sebuah tempat yang bukan selalu kita pergi dan bukan selalu kita mahu pergi.

Setelah membaca Karma, saya sangat berpuas hati dengan sambungan yang sarat dengan pengajaran, mendebarkan dan sesungguhnya ending yang saya tidak jangka.

Ia telah membuka mata dan hati saya sekali lagi seperti Stigma cuma kali ini, agar kita yakin dengan aturan Allah swt dan percaya setiap ketentuan itu adalah yang terbaik untuk kita. Selain itu, pernah tak kalian kadang kadang timbul prasangka atau cemburu melihat kehidupan orang lain yang kita anggap perfect atau sempurna. Hakikatnya tiada yang sempurna, kehidupan seorang doktor yang almost perfect di luaran nya namun hakikat nya hidupnya didatangi dengan ujian dari Allah di luar jangkaan.

Jika kita pernah berada dalam situasi tersebut, ketuklah pintu hati mu dan bertaubat dan bersyukur dengan segala sesuatu yang Allah kurniakan kepada kita. Buang persepsi dan prasangka kepada orang lain.

So guys, this novel is recommended do read it. You can purchase it from @imanshoppe_official

#readbysalwabee
#karmamuharikah
1 review
April 4, 2019
Sangat2 mind blown dan penulis menekankan bahawasanya setiap induvidu diberikan hikmah ke atas setiap yg berlaku ke atas kita. Jika mahu memandang dunia dari sedut yg berbeza, buku ini sangat sesuai.
Profile Image for 0732sta.
19 reviews2 followers
April 5, 2019
Ending yg sedih tpi sangat menarik
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
May 10, 2019
Karma mengajar kita satu hal tentang hubungan suami isteri dalam rumahtangga yang sangat memerlukan keberkesanan komunikasi untuk mencapai matlamat dalam institusi rumahtangga itu sendiri -- yang kurang dimiliki oleh pasangan Iman dan Faris.

Watak Iman terlalu dominan dalam hubungan mereka, sehinggakan barangkali Iman tidak menyedari perlunya sikap toleransi dan kebergantungan sesama pasangan itu dipupuk, dek kerana betapa berdikari dan kuatnya dominasi karakter Iman dalam kehidupan sehariannya.

_____

Perjalanan cerita Karma pada saya ialah seperti sebuah buku yang lebih medical alike berbanding kepada perjalanan watak-watak dalam cerita itu sendiri -- seolah-olah kisah peribadi watak dalam buku ini hanyalah kisah sampingan.

Perjalanan cerita pada saya agak lambat. Kisah Iman dan Faris -- sebagai suami isteri dalam menjalani perjalanan rumahtangga mereka -- terasa begitu sedikit dikisahkan; watak Faris terutamanya. Tidak dapat untuk saya terlalu melayan perasaan atau merasakan kesan emosi yang dalam, ketika membaca buku ini.

Hanya ketika pembacaan sudah menuju ke beberapa bab akhir saya rasa barulah kita sudah lebih masuk ke dalam kehidupan Iman dan Faris, tetapi semuanya seperti terlalu cepat mengambil tempat, it plays hard with your heart and without you even realizing the story has already ended.

Saya sebenarnya lebih mengharapkan development story dalam hubungan Iman dan Faris, tak kisah negatif or positif -- I want to know more about them (because I love it if I can fall in love with the character XD)

_____

Satu hal lagi, kesalahan tatabahasa, typo -- semua mengganggu pembacaan saya, tiba-tiba perfectionist alert hidup. Sampai satu tahap hati saya berbisik, buku ni betul kah sudah melalui proses editing. Sorry, selalunya saya ketepikan perkara-perkara teknikal dan hanya fokus kepada perjalanan cerita, tapi entah kenapa kali ni tak boleh. Haha.

All and all, Karma does give you lessons to learn.
Profile Image for AreaMall.
6 reviews1 follower
April 22, 2019
Hai kak Muharikah, Thank you sebab keluarkan write up macam ni. I adore buku2 u buat lagi after I baca #stigma .

Back to #novelkarma , I ada buat audio rating kat twitter. I believe dah u tengok pun.But I tau review kt goodreads ni penting kan.

#Novelkarma beberapa chapter dia buatkan saya tersenyum membacanya.Kerana ada beberapa perkara di dlm buku itu masih didalam hati saya.Berperang dengan nafsu sendiri itu tidak mudah.

beberapa chapter terakhir pula buat air mata mengalir.Menyedarkan serta setiap kesusahan/kepayahan yg berlaku,akhirnya akan Allah s.w.t gantikan dengan berita gembira.walau kita terpaksa hilang org yg kita syg,tapi percayalah.Hikmah selepas itu ada.

#NovelKarma ini isinya bukan hanya kehidupan songsang tetapi ada beberapa perkara seperti ilmu perubatan dan penyakit2,kekeluargaan , rumah tangga dan banyak sebenarnya yg disentuh.

Banyak emosi sy tercipta bila baca novel ini.Saya takkan spoil semuanya.trust me u guys kena baca ni.its a must read book.Rugi kalian ulat buku tetapi tidak mencuba buku kak #muharikah ini. Percayalah.

Review by A.Amalina .
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
November 8, 2020
Selesai sebuah lagi karya Muharikah , sambungan daripada Stigma, karya beliau yang pertama yang mengutarakan isu LGBTQ , HIV dalam persekitaran kehidupan Dr. Iman. Pada kali ini adalah perjalanan kisah hidup Iman yang akhirnya berkahwin dengan Faris dan perbalahan yang berlanjutan sesama mereka kerana Faris tidak pernah 'bersama' Iman sepanjang perkahwinannya kerana dibimbangi Iman dijangkiti HIV, yang mana tanpa pengetahuan Iman sendiri tindakan Faris yang terlalu berahsia dengan dia.

Kini Iman berjaya menjauhkan perasaan / nafsu minatnya terhadap wanita apabila dibuktikan ketika Iman bersama dengan Aleph. Hatinya betul - betul beralih ke arah Faris , suaminya. Kematian Faris dan kewujudan kandungan dalam Iman merupakan ujian dan rezeki yang Allah kurniakan buat hambaNya yang tabah, sabar dan kuat menempuh ujianNya.

Soalan yang masih tak terjawab :
1. Dari manakah datangnya virus HIV yang ada pada Faris sedangkan keputusan HIV yang diambil sebelum berkahwin negatif?
2. Apakah punca penyakit Non - Hodgkin Lymphoma?
3. Siapakah bakal suami Aleph?
4. Apakah yang terjadi pada Arshad?

Profile Image for Miss Faz &#x1f338;.
5 reviews
July 12, 2019
As usual, tidak mengecewakan daripada Muharikah. Karma, a sequel to Stigma. Stigma talks more about LGBTQ, HIV and a bit introduction of Dr Iman & Dr Faris’s relationships. Whereas Karma is more towards the ups & downs of a marriage and on oncology department. Really love how the author portrays the characters very well. Dr Iman, a very dedicated doctor but she struggled to be a good wife. Dr Faris, tried his best to be a good husband but his past kept on haunting him. How can they cope with this situation? Can they change for the better or for worse? I didn’t expect the ending to be as such but it surely makes me cry a lot. Chapter 24 really hits me hard.
*now I have puffy eyes*

A little comment on this novel would be to remove few parts in it which for me should be fine if the author just skip it. Should have been straight to the point rather than making a lot of twist which readers already know what to expect especially the early part of the book. It is a very thick book indeed. Should refine it a little and voila, a perfect romance medical book for everyone.

Good job, Muharikah =)
May 2, 2019
Novel ini merupakan sambungan novel Stigma yang semestinya membawa sedikit kelainan daripada novel pertama.

Saya terkesan dengan sikap/perangai Iman yang bersikap terlalu dominan dalam rumahtangga disebabkan Iman merupakan ketua suaminya di hospital. Ia membuka minda saya bahawa kita seharusnya pandai menyeimbangi antara pekerjaan dan peribadi.

Ya, amat sukar tapi tidak mustahil.

Novel ini juga meyakinkan saya lagi tentang hadis yang berkaitan dengan niat. Kedua-2 watak utama berkahwin atas kepentingan peribadi, bukanlah atas niat yang sebenar. Masing-masing ingin menutup kisah silam mereka dengan perkahwinan.

Tanpa mereka sedar, itu lah yang menyebabkan rumahtangga mereka hampir musnah.

Namun, saya yakin di setiap jalan yang Allah tentukan mesti ada hikmah dan sebabnya.

Siapa sangka... jalan ini lah yang membawa mereka lebih dekat dengan Allah dalam memaknai cinta sebenar.

Tapi, kenapa ending dia macam tu?😢
Sedih sangat.
Macam mana Iman nak teruskan hidup tanpa Faris?

Adakah Iman akan berkahwin dengan Hisyam? Hehe
Profile Image for Tyrah Draman.
42 reviews2 followers
April 21, 2019
Interesting storyline. The good thing about this book is you get to learn about the medical terms used by doctors and how terminal disease such as cancer can be detected. I truly enjoy that part of the book. The first hundred pages is quite dull but as I continued more, the story gets more interesting. I definitely learned a lot from this book.
Profile Image for Aziem Abdullah.
4 reviews5 followers
April 13, 2019
Kisah penyambungan dari novel stigma. Membawa mesej yang lebih mendalam. Bukan juga novel cinta biasa, tetapi mengetengahkan banyak isu isu lain seperti ilmu kedoktoran. Impressive writing, I can’t even put the book down! Finished it in a day! A good job well done again from Muharikah.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
April 30, 2019
Ilovethisnovel cukup perencah, cukup rasa. Sedih gembira bahagia sakit 😢 sediakan tisu disebelah ya. "... Ujian tu hadir untuk memberi pesanan buat kita. Bahawa, tuhan tu ada. Dia sentiasa menanti kita meminta daripadaNya."
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
May 6, 2019
Tak pernah saya baca buku berkaitan LGBT and ID ni. Alhamdulillah kisah Dr. Iman dan Dr. Faris ni banyak pengajarannya. Hmm. Ambillah yang jernih buat teladan dan ambil jugak yang keruh buat pengajaran.

Great content 👍🏻
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
August 15, 2019
Impaknya ternyata lebih berkesan dari stigma.

Ending stigma dulu seakan mudah. Eh senangnya mereka nak kahwin.itu fikiran aku. Dan karma menceritakan dugaan selepas kahwin itu.
Aku turut sama bersedih dengan Iman. Dan ya aku turut sama bermuhasabah seperti Iman.

Cinta Iman dgn Faris buat aku turut sama jatuh hati.rasanya lain sebab kita tahu kisah silam mereka. Ternyata cinta yg halal itu lebih membahagiakan.
Profile Image for Firafenn.
13 reviews
July 13, 2019
I love to see how the protagonist trying to be strong and looking at the positive side despite of everything that happened around her. The author included her inner feelings on how she face her problems, which make us learn that every strong person also feels down, hesitate, regret etc., and they not let those feelings control their life, instead always put trust on Allah.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
July 3, 2019
Sekuel Karma kali ni fokus kepada kehidupan suami isteri Faris dan Iman. Kisah bagaimana Iman dan Faris yang struggle untuk berubah dari kesilapan lalu dan cuba untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Bukan mudah untuk move on dari kisah silam yang kadangkala menghantui diri. Namun impian yang indah itu tak semudah kata untuk dilaksanakan. Pengorbanan dan pengertian yang tinggi amatlah diperlukan.

"Cinta atas dasar cinta pastinya akan berlalu pergi. Cinta yang didasarkan kerana Ilahi dan untuk memenuhi redha-Nya, itulah cinta yang hakiki."
Profile Image for Syikinyunus.
129 reviews8 followers
August 21, 2019
Actual rating: 3.5

This is a sequel to Stigma by the same author.

Written in Bahasa Melayu - I find that these duology are different from other novels in Malay fiction genre - exploring the dilemma of having sexual attraction between same-gender, debates of ethics & religious faith & medical anecdotes - all in one storyline.

Iman, a lady doctor & Faris, her colleague are the main characters who fell in love and got married. As they explore their relationship- the past & their own inner conflicts threaten their budding relationship. Their faith and love were tested with challenges.

I give credit to the author for being brave in exploring a taboo issue especially since the main characters are Muslims. However the storyline is predictable & so is the ending. I feel that the emotions are not well accentuated enough in this story - when it comes to parts of fights/romance, the story has an "awkward" touch..

Kudos to the author for fitting in medical information for the layman in a well written manner - not surprising since the author is an experienced medical doctor.

Overall, congratulations  to Muharikah the author for this book - a controversial topic to be tackled & you bravely explored it. Looking forward to read more books written by this author.
Profile Image for Najihah Mansor .
1 review
July 23, 2019
Karma sekuel daripada buku Stigma. Menceritakan bagaimana Dr. Iman berhadapan dengan kehidupan berumahtangga bersama Dr. Faris. Masing-masing mempunyai kisah silam tersendiri. Ternyata kisah silam tidak perlu diceritakan apabila kita sudah bertaubat hatta dengan pasangan sendiri.
Dapat tambah info berkaitan 'terms' medikal kerana ada nota kaki dan cuba memahami suasana di hospital.
Sesungguhnya setiap manusia itu tidak mampu mengawal takdir walaupun ujian itu terkadang mengoyahkan iman didada.
Penceritaan yang mengoyak emosi. Sedih, bahagia, geram, semuanya menjadi satu dalam sebuah buku Karma.
Tahniah Dr.! Teruskan menulis untuk ummah.
Profile Image for Renn Kiriyama.
1 review
June 12, 2019
tatkala kita menyangka bahawa masalah kita lah yang paling besar
tatkala kita menyangka bahawa Tuhan telah meninggalkan kita
tatkala kita menyangka ujian ini terlalu berat untuk kita
bukankah Tuhan itu ada? bukankah mulut kita masih dapat berbicara? bukankah tangan kita masih dapat menadah? maka BERDOALAH! Gunakanlah senjata yang paling ‘berbisa’ itu.

-bukan ayat dari Karma tetapi hanya sekadar review dari pembaca
9/10🔥
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.