Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hari-hari Tarbiah Dalam Hidupku - Pengalaman Sebagai Pesakit Covid19

Rate this book

53 pages, ebook

Published January 1, 2020

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (40%)
4 stars
4 (26%)
3 stars
5 (33%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
February 9, 2021
Sebuah buku yang sarat dengan pengajaran mengenai kehidupan sebelum mendapat perkhabaran mengenai keputusan positif Covid-19 dan semasa kehidupan Dr Zulkifli menjalani tempoh rawatan di dalam wad sebagai pesakit Covid-19

Bahkan, di dalam buku ini diselitkan dengan pelbagai hikmah serta Dr membawa kita memandang satu pengajaran atau ibrah yang dapat kita ambil daripada wabak ini secara khususnya.
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
July 30, 2021
Himpunan catatan harian Mufti Negara selama 10 hari ketika beliau menerima rawatan sebagai pesakit COVID-19 di Hospital Tunku Jaafar, Seremban sekitar September-Oktober 2020 yang lepas.

Beliau nukilkan secara ringkas apa aktiviti yang beliau lakukan selama menempuh hari-hari secara berseorangan di bilik hospital tersebut. Menjadi seorang agamawan penting negara, seperti boleh dijangka aktivitinya berkisar kepada menambahkan ilmu agama beliau secara maya & beribadat.

Banyak juga sunnah Nabi dan tips dalam bab menjaga kesihatan diri, doa-doa yang bersesuaian, dan ilmu agama yang beliau titipkan & sampaikan di dalam buku nipis ini. Pelbagai tokoh agama dahulu & kini beliau tampilkan juga namanya di dalam buku ini setiap kali beliau mengikuti kuliahnya/menelaah kitabnya, sebagai rujukan pembaca sekiranya mereka berkeinginan untuk mendalami ilmu-ilmu tokoh itu sendiri.

Buku ini tamat sejurus Mufti dibenarkan pulang ke rumah selepas ujian swabnya negatif pada hari yang ke-10.

Buku yang nipis namun bermanfaat.
Profile Image for Akram Muhammad.
45 reviews6 followers
December 29, 2025
Alhamdulillah selesai membaca buku ini dalam masa lebih kurang sejam lebih. Direzekikan dapat buku ini sebagai free gift kerana membeli Kitab Dr. Zul Al-Bakri semasa live beliau. Selain itu dapat juga free gift buku Kalimah Allah Isu & Penyelesaian.

Sengaja memilih untuk membaca buku yang nipis ini kerana sudah hampir lambat untuk menghabiskan 2025 book challenge saya, 12 buku untuk tahun ni.

Sepanjang dikuarantin COVID-19, Dr Zul Al-Bakri, selalu menonton ceramah-ceramah, talaqi ulamak serata dunia. Nasihat beliau dalam buku ini,

"Kecanggihan teknologi pada hari ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh penuntut ilmu. Amat malang bagi penuntut ilmu yang tenggelam dalam kecanggihan teknologi, tetapi sedikit sekali masa yang diambil untuk memanfaatkannya demi ilmu."

Antara hadis yang tertulis dalam buku ini, untuk menjaga kesihatan diri dengan sebaiknya,

إن لنفسك عليك حقا

"sesungguhnya dirimu itu mempunyai hak" - Riwayat Al-Bukhari (1975) dan Muslim (1159)

Juga diselitkan doa memohon rezeki,

اللهم إني أسألك من فضلك ورحمتك فإنه لا يملكها الا انت
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu daripada kurniaan-Mu dan rahmat-Mu, maka sesungguhnya tiada yang memilikinya kecuali Engkau."

- Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir (10379) dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Auliya' (7/280)

Pada akhir buku ini Dr. Zul Al-Bakri titipkan beberapa nasihat untuk pesakit COVID-19, antaranya redha, ucap istirja', wuduk dan soalt sunat selepas menerima berita, banyakkan selawat, istighfar serta baca Al-Quran dan solat. Juga Dr menasihatkan untuk berfikirlah secara positif.
Profile Image for Mohd Hafiz.
59 reviews
February 21, 2021
Catatan ringkas Datuk Zulkifli sepanjang tempoh beliau menjadi pesakit COVID-19. Kagum dengan Datuk yang menghadapi ujian Allah dengan tenang, ucapan Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun, solat, zikir, & Al-Quran. Datuk juga menunjukkan contoh bagaimana untuk sentiasa redha dengan apa saja yang Allah timpakan ke atas kita dan sentiasa bersangka baik. Sepanjang tempoh kuarantin di wad, Datuk Zulkifli berjaya khatam Al-Quran. Tertanya-tanya kepada diri, jika kita diletakkan di tempat beliau, mampukah kita memanfaatkan masa yang ada sebaik beliau?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Damaisuria.
77 reviews12 followers
January 16, 2026
Dr. Zulkifli Al Bakri, ilmuan penuh di dada. Menjadi rujukan umat sejagat. Seperti mana kelaziman beliau banyak menulis, maka begitulah sosok diri beliau yang sempat menghasilkan nukilan diri sehingga menghasilkan sebuah buku berjudul Hari-Hari Tarbiah dalam Hidupku ketika mendapat rawatan beberapa waktu dan hari di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Negeri Sembilan. Fasa itu, beliau yang ketika itu menjadi Menteri Agama diberitakan menghidapi ujian virus Covid-19. Namun dengan kecekalan, istiqamah berikhtiar dengan rawatan dan doa, beliau segera pulih dari virus ini.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.