Selepas kehilangan kerjanya sebagai pengulas filem untuk sebuah majalah hiburan, Jimi ditawarkan pekerjaan sebagai seorang penulis di portal Gerabak Pop. Tugasnya mudah, tulislah apa-apa cerita, janji viral. Pencarian cerita-cerita viral itu kemudian menemukan dia dengan seorang pemandu Grab bernama Azie yang menceritakan kisahnya bertemu seorang penumpang yang bercakap tentang sebuah agama baru yang dicipta melalui mimpi yang diterimanya. Mereka berdua kemudian pergi menemui penumpang tersebut, yang hanya dkenali dengan nama Johan X. Kata Johan X, agama yang diasaskan itu diwahyukan kepadanya oleh seekor ular. Permintaan seorang perempuan bernama Rita untuk Jimi membantu mencari kakaknya yang hilang telah membawanya kembali ke Desa Damai X, perkampungan tempat penganut agama aneh itu. Apa agaknya rahsia yang terselindung di sebalik perkampungan itu dan apa kaitannya dengan kehilangan kakak Rita?
Idea yang menarik tapi terlalu banyak cabang cerita/subplot yang bagi aku tak membantu efisiensi dan perkembangan naratif-- kisah Mohalim dan Ghafar, kisah Daud dan Patrick di penjara, drama curang Karen vs Peter dan entah kenapa aku kena layan Azie tengok vcd.
Watak yang ramai dengan salingkait yang mengelirukan dan sebahagiannya tak perlu pun. Penulis seret plot dan campur aduk setiap cerita-- Jimi dan Rita, Jimi dan Azie, Jimi dan Ghafar/Mohalim, Jimi dan lotong merah pegang Twisties(?)-- sehingga aku rasa naratif jadi sangat 'berat'. Dari kisah hidup ke adventur hingga masuk genre misteri dan seram, agak lama nak tunggu ULAR tamat dan selesaikan misteri kehilangan Madam Zara.
Tak berapa gemar dengan cara penulis tukar babak dan penceritaan di antara bab namun kredit untuk penggunaan laras bahasa yang cermat dan teratur. Ada selitan kritik sosial dan moraliti yang agak bagus serta drama keluarga, perihal agama dan isu pinjaman wang haram juga tentang pelacuran. Plot twist di akhirnya agak tak tersangka-- jahat dibalas jahat dan Rita kembali ke bab pertama.
Kalau rasa hidup anda terlalu tenang atau perlahan dan perlukan sesuatu yang serabut atau fast-paced, boleh baca ULAR. Ssss~
Kalau baca buku ini mengharapkan sebuah cerita penyiasatan mengenai ajaran agama sesat, mungkin akan kecewa sikit. Adapun plot penyiasatan dan agama sesat, tidak begitu mengambil bahagian yang besar dalam cerita dan apabila sampai ke penghujungnya, diselesaikan dengan terlalu cepat dan ringkas pula. Lebih kepada karya humor dengan lawak ala-ala loyar buruk sikit. Mungkin kena dengan angin dan masa membaca, rasa terhibur jugalah. Tapi tetap rasa setiap kali babak skit lawak tu, watak-watak yang terlibat akan kedengaran lebih kurang je gayanya dengan watak-watak dalam skit lawak terdahulu dan kemudiannya. Sebab kebanyakan lawaknya sepesen aje. Ceritanya pun ada banyak sangat subplot. Ada yang okay dan ada yang lebih seperti filler je. Kadang-kadang filler tu terasa meleret juga bila dibaca. Tapi kebanyakan babak dalam buku ni pendek-pendek je. Jadi, kalau rasa penat nak baca satu-satu babak tu cubalah bertahan sehalaman dua, nanti habislah tu dan akan masuk ke babak lain.
Buku yang fun untuk dibaca dan agak kelakar. Terdapat beberapa cerita pendek menjadi selingan dalam novel ini dalam bentuk "artikel", "DVD" dan sebagainya. Walaupun cerita-cerita pendek itu mungkin tiada kaitan dengan penceritaan asal, ianya menarik untuk dibaca. Cuma saya masih musykil samada betul atau tidak mereka cukur bulu kucing Mila.
Kalau dari blurb belakang, nampak seperti sebuah cerita misteri dan penyiasatan. Tapi bila dibaca, masih ada tapi sangkaan aku agak meleset. Idea dah menarik, cuma terlalu banyak dimasukkan ke dalam cerita sampai berserabut.
Selepas membaca sinopsis, aku harapkan kisahnya lebih berfokus kepada rentetan kisah watak utama Jimi dalam membongkar aktiviti ajaran pelik Desa Damai X. Tetapi, sedikit hampa.
Konsep cerita memang sudah cukup menarik. Namun, olahan idea yang agak kucar-kacir mengganggu naratif kisah ini. Terdapat babak yang langsung tidak memberi imbuhan dan kesinambungan antara bahagian cerita juga mengelirukan.
Walau bagaimanapun, pengakhiran cerita ini tetap menjawab juga misteri kaitannya penganut ular itu dengan kehilangan si kakak Rita, tetapi penyampaian agak mendatar dan tidak begitu memberi impak.
tajuk and cover buku dah menarik tapi isi dalam dia mid. too many unnecessary plots and pening sikit bila dia tukar tukar scene. sekejap mimpi, sekejap current time, sekejap in the past. dia tak cite sangat pasal agama ular tu, and part Jimi tu dengan monyet pun cam sketchy, sebab i was wondering monyet makan twisties tu apa relation dia dengan Jimi. and Jimi wartawan right, bila dah sampai belakang cerita, takde dah pasal Jimi ni as a reporter. Ending dia tu oke la saya interested jugak nak habiskan, but still, takde kena mengena dengan tajuk buku ni.