Penjara Manusia Sepi dan jerung gergasi. Dua benda yang paling ditakuti, namun sudah tiba giliran Sufian dan kawan baiknya, Hairul disumbat masuk ke penjara itu selepas gagal mencari pasangan hidup masing-masing. Tak ada cara lain untuk keluar dari situ, melainkan berkahwin, atau dijadikan santapan jerung gergasi dalam laut yang mengelilingi penjara itu.
Pertemuan dengan Joanna, gadis pelumba yang berpenampilan tomboy membuatkan hati Sufian berdebar-debar. Tawaran untuk mengahwini gadis itu dilihat sebagai jalan untuk dia melepaskan diri dari Penjara Manusia Sepi. Tapi ada satu masalah besar, yang rasanya boleh menjejaskan peluangnya untuk kembali menjalani hidup seperti biasa di luar sana.
Sufian tak ada pilihan lain, jalan seterusnya adalah untuk melarikan diri. Tapi bagaimana caranya, dan bersama siapa?
Jujurnya, saya sangatlah tertarik dengan sinopsis Penjara ini. Rasa macam wow lain konsep cerita ni. Bila fikir tengah ada simptom reading slump was was juga nak beli dan baca sebab 435 muka surat kot. Sudahnya ambil masa 2-3 hari juga nak habiskan. Okay okay. Back to the main topic. 😑
Bayangkan, kau masih muda dan taknak berkahwin dan taknak sangkut dengan apa apa komitmen. Tapi ditangkap sebab itu. Tidak berkahwin. Dan dihumban ke dalam Penjara Manusia Sepi yang dikelilingi oleh jerung gergasi. Lepastu, keadaan dalam penjara tu penuh dengan syarat-syarat yang aneh. Itu la yang terjadi dekat Sufian. Sufian rasa hak berkahwin tu, adalah hak manusia. Tak perlu orang lain masuk campur terutamanya kerajaan la.
Ketika Sufian ditangkap, ada beberapa lagi orang yang mengalami nasib yang sama seperti Megat, Paul, Anggerik, Joanna. So untuk dijadikan cerita, dalam tu semuanya akan bekerja la. Di bahagian masing-masing. So, semuanya akan berpasangan untuk buat kerja tersebut. Sufian bergandingan dengan salah seorang dari yang ditangkap dengan dia. And dekat sana, mereka diberi peluang untuk cari pasangan dan berkahwin. Tapi, mereka akan hidup di rumah agam. Kalau okay dalam fasa perkahwinan tersebut mereka akan dibebaskan. Agak agak macam mana kehidupan Sufian? Dia akan dapat cari pasangan dan bebas tak?
Permulaan cerita memang membuatkan saya berdesup baca sebab seronok. Suka dengan idea penulis yang membawa kita menjelajahi pengalaman berada di Penjara Manusia Sepi. Boleh imagine la sebab ada cerita juga keadaan di sana bagaimana. Akan tetapi, sampailah dekat 200++ - 300mukasurat. Rasa macam 'perlahan' sedikit. Especially part dalam hutan. Mungkin sebab diri sendiri tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku dekat dieorang semua. Dan ada juga diselitkan selingan babak 18sx di beberapa bahagian. Hm Saya sebenarnya taktahu nak cakap macam mana tapi ending dia saya hanya mampu berhuhu di dalam kepala otak je.
Sebelum ending yang huhu tu, saya suka juga dengan ending yang akhirnya menyelesaikan segala persoalan di permulaan cerita. Ending yang mengembirakan untuk manusia manusia di Penjara Manusia Sepi. Kira ada dua ending la. Ending kedua TAK BOLEH TERIMA LANSUNG! Justeru itu, tak sure nak rate berapa bintang untuk Penjara huu T.T
Maaf, terpaksa dnf walaupun dah separuh bacaan. Garapan dunia distopia dalam tema totalitariannya sangat lemah. Penceritaannya juga sangat mendatar walaupun gubahan ayat dan penggunaan bahasanya kemas dan teratur. Karakterisasi yang tiada dinamik-- terlalu statik (barangkali kerana latar cerita pun tak ada kemajuan jadi watak pun sama tak bergerak). Tak gemar cara penulis habiskan naratif pada setiap bab-- macam ada fragmen yang dipadam bila mula bab seterusnya.
Tak mahu buang masa dengan baca lebih lanjut sebab tak rasa pun nak tahu apa jadi akhirnya. Semoga berjaya untuk lari dari PENJARA, Sufian.
Sejujurnya plot yang menarik dengan premis ketiadaan Tuhan dan Tuan Presiden yang bertindak sebagai seorang Diktator. Pembakaran buku-buku, penghapusan fauna terpilih dan menempatkan yang unik dalam zoo, tambahan lagi premis tajuk novel, iaitu Penjara Manusia Sepi. Tetapi perkembangan plot yang agak bertaburan, slow antiklimaks dan pengakhiran yang mengejut bagi saya, membuatkan novel ini tahap 2 bintang sahaja.
Penggunaan time travel di akhir novel akibat taufan, kenapa agaknya. Adakah disebabkan kehausan idea untuk menamatkan plot? Yang mengecewakan apabila watak-watak menarik seperti Sofia, Joanna dan Megat diakhiri dengan kematian dan penangkapan. Sufian pula mati dek ditolak secara tidak sengaja oleh Maria yang tetiba muncul untuk memujuknya tidak melompat.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Hidup memang kena jadi gila. Kalau tak gila, macam mana nak berjaya?"
Penjara, sebuah novel bergenre fiksyen spekulatif/mis, mengisahkan Syafiq yang hidup di negara distopia ditadbiri Tuan Presiden yang menguatkuasakan rakyatnya untuk mendirikan rumahtangga. Individu yang gagal untuk berkahwin akan dihumban ke Penjara Manusia Sepi dalam suatu tempoh untuk mencari pasangan, jika masih gagal mereka akan dihumban ke lautan dipenuhi ikan jerung gergasi.
Novel ini bermula dengan pengenalan watak-wataknya sekitar Penjara Manusia Sepi dan sistem penjara tersebut yang disampaikan selari dengan pengembangan plot yang baik namun dengan tempo yang perlahan. Gaya penulisannya pula boleh dibanggakan kerana penulis berjaya bermain dengan perasaan ingin tahu pembaca. Namun apa yang menjadi masalah apabila beberapa perkara yang diacah oleh penulis tidak diperjelaskan di bab selanjutnya menjadikan wujudnya lompongan plot. Selain itu, dirasakan penulis tidak tahu ingin menggunakan wataknya yang ramai apabila menuju penamat, seperti kerap kali watak menghilang kemudian muncul semula dan ada yang dimatikan begitu sahaja, terutamanya watak Tuan Presiden yang ada potensi untuk menjadi diktator yang digeruni. Namun disebabkan kelemahan binaan dunianya seperti tiada asas kukuh, wataknya terasa kosong. Antara perihal yang disentuh penulis ialah kebebasan individu untuk membuat pilihan tanpa paksaan dan kesedaran mengenai betapa beratnya tanggungjawab apabila mendirikan rumahtangga.
Secara keseluruhannya, sebagai novel debut, novel ini boleh dikatakan sebagai percubaan awal untuk penulis mengenalpasti kekuatan dan kelemahan. Sejujurnya penulis ada bakat dalam penulisan, namun ada beberapa faktor yang menjadikan premis menarik ini tidak mencapai jangkaan pembaca. Semoga penulis terus berkarya pada masa yang sama memperbaiki kekurangan dan mengukuhkan kekuatan sedia ada untuk karya seterusnya.
Ideanya menarik dan latar dystopiannya jelas. Penulisan pun sedap dibaca. Cuma plot dan garapannya lemah, banyak plot hole di sana sini. Saya suka bab-bab awal di dalam penjara. Sayang sekali bila keluar penjara, penceritaan semakin merudum. Saya fikir jika penulis diberi bimbingan, atau berusaha belajar mengenai teknik (rahsia) penceritaan novel, penulis mampu menghasilkan novel yang lebih baik selepas ini. Good luck!
Idea penulis memang lain dari yang lain, cuma pembawaan cerita itu agak lemah. Pengulangan tandas dan tidur buat aku sedikit meluat. Plothole terlalu banyak, hampir semua pengakhiran bab tergantung secara tiba-tiba. Masih boleh dibaiki lagi.