“Takkanlah diorang silap? Ain sendiri yang nakkan Man. Man dah lupa ke apa yang Man pernah cakap dulu? Kononnya nak tunggu bidadari datang meminang…” - Hasnah Luqman terkejut dengan lamaran dari musuh ketatnya di alam remaja. Pulak tu, perempuan yang menghantar risikan. Dia sebagai lelaki mulalah tak senang duduk. “Kau nak mainkan aku ke? Selama ni, kita tak pernah baik. Asyik nak bergaduh je. Tup tup, kau balik sini… dok menyepi… lepas tu nak aku jadi suami kau. Memang tak masuk akal!” – Luqman Bagi Nurul Ain pula, ini peluang untuk dirinya setelah sekian lama berharap menjadi isteri kepada Luqman Latif. Andai kata Luqman menolak, Ain reda kerana dia sedar status dirinya. Dia bukan bidadari. Jauh sekali kerana dirinya mempunyai kisah silam yang tidak indah. Lagi pula, Maisarah si gadis cantik turut mengintai peluang untuk menjadi permaisuri hidup lelaki itu. Seperti yang Ain sedia maklum, sejak dulu Luqman memang membenci dirinya! Luqman keliru, antara kenangan lalu dan masa depan. Jika dia menerima lamaran Ain, adakah rumah tangga mereka bakal dihiasi dengan pergaduhan setiap hari seperti sebelum ini?
Cerita yang simple tapi best. Ain dan Luqman yang bergaduh dekat sekolah bagai nak rak. Tup tup bila dah besar si Ain pula masuk meminang Luqman. Mana Luqman nak letak muka, sebab malu Ain buat first move dulu. 😳
Plot tak berat sangat tapi olahan cerita ni menarik. Kenapa Ain ni nak kahwin dengan Luqman. Apa yang Ain cuba sembunyikan? Muncul pula watak Maisarah yang cemburu dengan Ain dan sanggup menjadi isteri kedua Luqman.
Pastu ada pain sikit. Macam biasalah karya MIa Azwari ni wajib ada back story yang pain dan watak utama yang tersakiti. Kalau tidak, memang tak lengkap cerita ni.
Cuma aku tak puas hati sebab ada ayat yang tergantung. Macam Bab 15 m/s 133, bab 21 m/s 192, bab 25 m/s 224. Semua ayat last bagi perenggan last tergantung.
Satu lagi cerita dekat epilog macam tak sesuai sebab lebih kepada flashback cerita masa mereka zaman sekolah dulu. Selalunya dekat epilog adalah cerita sambungan untuk buku seterusnya macam novel yang dijadikan series atau trilogy macam tu.
Apa pun aku suka dengan penulisan Kak MA sebab kena dengan selera aku.
Ni kisah berlatarbelakangkan golongan marhaen yang hidup di kampung seadanya. .
Dulu, waktu zaman sekolah, Ain dan Luqman selalu bergaduh. Pastu Ain pernah cakap, satu hari nanti, kalau Luqman masih bujang, dan walaupun masa tu, Ain dah jadi janda, dia sendiri akan datang meminang Luqman. hahaha .
Beberapa tahun berlalu, Ain mengotakan janjinya. haaa..mulalah Luqman gelabah. Dia ingatkan Ain nak balas dendam ke apa la. Tup tup, bila mereka dah jumpa, mereka setuju untuk kahwin. .
And finally happy ending. .
Tapi untuk sampai ke happy ending tu, cerita ni menyayat hati la jugak. Ke aku yang berhati tisu? .
Walaupun dari dulu, Ain menyintai Luqman dalam diam, dia terpaksa kahwin dengan bekas suaminya untuk membayar hutang ayahnya. Dan selama mereka berkahwin, Ain dijadikan hamba abdi. Disepak terajang, sehingga meninggalkan parut di tubuh Ain. Dan akhirnya, setelah bercerai, Ain nekad untuk kahwin ngan Luqman, walaupun dia rasa rendah diri. Aku pulak yang tumpang bahagia untuk Ain ni. hahha .
Luqman pula, hahahah...rupanya dalam diam pun cintakan Ain. Punyalah lama membujang, rupanya tanpa sedar, dia menunggu Ain. .
Tak tahu la kenapa, aku rasa cerita macam ni sangat menyentuh hati aku. Aku rasa kalau didramakan pun, mesti best. Tak perlu nak buat watak perempuan murah, buat watak mereka je pun dah cukup. hahaha... .
Tahniah Mia Azwari untuk cerita yang menyentuh hati ini.
Permulaan yang agak tenang, redup dengan suasana di kampung.
F memang suka suasana kat kampung. Buatkan mood membaca jadi tenang.
Ain dan Luqman sejak sekolah mereka tak boleh ngam. Gaduh je. Ain pernah berkata "if Luqman tak kahwin, Ain akan masuk meminang".
Selepas Ain pulang ke kampung dan bercerai, Ain melamar Luqman. Terkejut Luqman. Luqman setuju dengan syarat Luqman hantar wakil meminang Ain.
Before mereka berkahwin, Ain bertemu dengan Luqman dan tunjuk bekas² parut pada lengan Ain. Kehidupan Ain yang dahulu sangat seksa. Ain dijadikan hamba abdi dan bekas suami selalu pukul Ain.
Luqman berjanji akan menjaga dan membahagiakan Ain.
Actually mereka berdua ni suka sama suka tapi sorokkan perasaan masing².
Bestlah baca. Ain yang manja dengan Luqman. Si sweet!
Reread - untuk kali kedua. Kali pertama aku baca pada tahun lepas. Walaupun aku baca untuk kali kedua tapi still the feeling tu macam kali pertama baca. Aku peminat kepada cerita-cerita yang melodrama sikit huhu. Ada masanya aku memang akan bernafsu nak baca kisah cinta yang menyayat hati. Sebab aku nak menangis 😂. . Kisah ini menceritakan tentang Ain dan Luqman. Dah kenal lama sejak mereka kanak-kanak lagi. Tapi setiap kali ada pertemuan pasti akan bertekak. Masing-masing macam tak berpuas hati antara satu sama lain tetapi rupanya jeng jeng jeng. Ada rahsia yang disimpan. . Kalau mula-mula baca dulu berhingus jugak la aku dibuatnya. Untuk yang kedua kalinya aku dah lebih bersedia dari pelbagai segi. Hahahahahahha. Sedih tu tetap sampai tapi takdela sampai aku nak menangis lagi. 😏 . Sebuah mini novel. Tak panjang sangat dan tak pendek sangat tapi bagi aku, aku tak puas lagi nak baca 🤣. Setahu aku karya penulis memang banyak berkisarkan jalan cerita yang sedih. Ini yang aku cari hahahah. . Aku sangat berpuas hati dengan latar belakang cerita ni yang menumpukan kepada kehidupan di kampung beserta dengan watak yang bukan berlatar belakangkan keluarga Tan Sri, Dato, usahawan, ceo etc. Kehidupan rakyat marhaen yang boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan.
Buku pertama dari penulis yang saya baca. Not bad, patut la ramai peminat ya. Cuma, memandangkan harga buku2 penulis agak mahal dan saya agak trauma dengan penulis baru, jadi agak lambat kita nk berjodoh ya.
Gaya penulisan yang saya suka sebab tak terlalu jiwang, tak juga terlalu skema haha. Dan paling mengejutkan saya, penulis menulis sesuatu prosedur - dalam cerita ni pasal pembukaan taska - walaupun hanya secebis tetapi menunjukkan ada research dan pengetahuan, tak sekadar dibuat sambil lewa. Mungkin juga penulis memang pemilik taska hehe.
Cerita ni simple, mungkin sebab bukan full novel. Masih ada dramanya, tapi dalam keadaan terkawal. Nanti kita cuba kisah lain pula ya.
Cuma 200+ muka surat pendek tapi best ceritanya. Ain yg berparut ditubuh dikerjakan suami pertama dan setelah menjanda meminang 'musuh ketat' nya semasa remajanya.
Teruna dipinang janda. Hmm tak mesti tak bahagia kan
Alahai Luqman ber kau aku dgn Ain yg lembut. Mcm takde feeling gitu tapi sebenar ada taman dlm hati buat si Ain. Sgt protective bila sudah beristerikan Ain.
Tahniah Mia Azwari. Suka juga cerita Lady Boss cerita pertama dr Mia yg sy baca. BBL adalah cerita ke2. Suka, nak cari lagi ceritera2 dr penulis ini.
Best gilerrrrrrrrrrrrrr! Comey sgt². Buku ni x tebal sgt. Konflik pun x terlalu diterangkan sampai rasa terlalu berat. Cukup² je sebagai rencah. Tapi itula. Saya ni x berapa nak memilih. Senang terhibur. So, saya mmg enjoy baca cerita ni. Ada la kurang 3 jam dah khatam. Hehehe
Best kisah ni. Cinta berputik dari zaman sekolah. tapi kerana tanggungjawab pada ibu nya, Luqman sanggup "melepaskan" cinta pertama nya. Namun peluang ke-2 tak datang acapkali ya. Jadi bila "bidadari" nya kembali, cinta kembali bersatu.
Luqman terrrrrrrpaling green flag. A fast read but sedih please when Luqman found out what actually happened throughout the 10+ years Ain went missing. That feeling of longing from both Ain and Luqman is indescribable.