Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Di wajahmu kulihat bulan bersembunyi disudut kerlingan Sadarkah tuan kau ditatap insan yang haus akan belaian
Di wajahmu kulihat bulan menerangi hati gelap rawan Biarlah daku mencari naungan di wajah damai rupawan
Kunci misteri ni ada cuma kena baca betul-betul. Ada terselit ... Jika bijaksana dah boleh tangkap ... Jika go with the flow ... Memang akan tak sangka ending
Kalau tak baca buku Mandatori takpe .. tak berkaitan sangat Cuma nak dapatkan feel .. boleh je ...
Izani - Jasmeen - Ezalina - Carlos - Nora - Dafi - Pagani - Datuk Fadzil ....
Carlos memang Carlos ke? Wujud ke? Siapa yang masalah split personality? Siapa fantasi? Siapa realiti?
Twist plot yang akan membuatkan pembaca akan rasa tak senang duduk .. percayalah ianya berbaloi ...
Carlos dalam novel ini bukanlah Carlos yang sama dalam novel Mandatori namun masih mempunyai perkaitan yang tidak disangka. Novel ini mempunya 4 timeline yang berbeza dan harus dibaca tanpa skip ke bab seterusnya agar tidak keliru. Lahirnya seorang Carlos copycat disebabkan kisah pembunuhan kejam pasangan suami isteri Kassim dan Haslin.
Nora dan Pagani, pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan dimana mangsa telah diseksa dan digantung sampai mati. Kes ini berkaitan dengan pemilik Syarikat Layabit, Dato' Faizul dan anaknya Dafi. Jasmeen pula selaku peguam syarikat selalu berusaha untuk menutup salah laku Dato' Faizul dan anaknya manakala Ezalina adalah wartawan bebas berita portal yang telah diugut oleh Carlos untuk siarkan berita tentang pembunuhan tersebut.
Izani merupakan seorang doktor pakar psikiatri dari Hospital Sungai Buloh. Namun disebabkan amnesia yang dihadapinya menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja dan buka klinik sendiri. Paling memeranjatkan Izani amat mengenali siapa sebenarnya Carlos namun disebabkan amnesia, dia hampir terlupa titik pertemuan dia dengan Carlos di hospital tempat dia bekerja.
Sepertiga malam, Bilal Piut dikunjungi wanita misteri bernama Mayang. Mayang sedang mencari Carlos sebenar kerana hanya Carlos saja yang tahu siapa yang bunuh Kassim dan Haslin. Bagaimana Bilal Piut tahu mengenai kisah tersebut sedangkan bukan dia Carlos dalam cerita itu? Siapa pula Carlos copycat ni? Mengapa cara pembunuhan mereka hampir serupa? Apa kaitan dengan Bilal Piut selaku Carlos sebenar?
Jawapannya ada namun harus berhati-hati agar tidak keliru. Seperti kata penulis, manusia ini kekuatannya pada otak.
Novel ini mempunyai plot twist yang langsung tak terjangka. Ada kisah disebalik cerita. Di saat kita menjangkakan kisah tersebut telah tamat rupanya masih ada lagi rahsia yang tersembunyi. Karya RAM memang terbaik!
Carlos kembali menghukum orang yang dirasakan bersalah di mahkamahnya. Case closed sebaik sahaja dijatuhkan hukuman mandatori oleh Carlos yang bertindak sebagai hakim. Namun misteri di sebalik Carlos semakin berbelit dan penuh tanda tanya.
Perjalanan cerita penuh tanda tanya dan kekeliruan hingga membuatkan rasa nak tahu SH ni semakin tinggi. Tetapi menuju ke penamat SH rasa agak terkilan. Segala pertanyaan seolah berlalu tanpa jawapan. Rasa tidak lengkap. Seolah-olah ada sesuatu yang kurang. Tapi menuju ke penamat cerita ia tambah membingung dan memeningkan.
3/4 cerita diceritakan dengan baik dan penuh persoalan hingga tidak sabar ingin menamatkan pembacaan untuk tahu apa yang terjadi. Kengerian dan kekejaman yang dilakukan Carlos berjaya sampai. Terasa sangat mengerikan dan penuh kekejaman. Carlos berjaya digambarkan sebagai manusia yang tidak punya hati kerana mampu berbuat sekejam itu.
Satu lagi kisah yang membawakan isu kesihatan mental. Dan isu ini sememangnya tidak boleh dipandang rendah tak kira apa tahap ataupun apa sakitnya. Setiap masalah kesihatan mental ini mempunyai pengaruh kepada kehidupan pengidap itu sendiri. Hanya dia yang tahu apa yang dia lalui.
Sungguhlah. Saya lost sebab terlalu lama tidak membaca novel thriller RAM. Rupa-rupanya saya merekodkan telah turut baca Fisyen 302 dan Mandatori. Lebih 5 tahun dulu. Memang langsung tak ingat. Teruk betul ingatan saya.
Apapun, saya amat suka dengan serangan terang jelas watak utama / watak fiksyen dalam novel ini terhadap orang jahat : scammer, orang yang menjual kerakyatan, perasuah, penerima rasuah.
spnjng pembacaan, saya berasa berdebar, suspen, teruja dan tk sabar2 untuk merungkai segala misteri siapa Carlos dan kaitan2 yg lain. Bahagian pmbunuhn yg sngt mengerikn jauh lebih ngeri berbnding Mandatori sehinga sngt menganggu perasaan, sampai kita trpejam mata dek ngeri.
Novel ni tiada kaitan kaitan lngsng dngn segala plot dan watak2 dalm novel Mandatori. Kaitannya hanya pada watak Carlos sahaja. novel kali ni, bnyak watak2 baharu yg muncul. Izani, Dato' Faizul, Dafi, Jasmeen, Ezalina, Kamil, Razak, Nora, Pagani, Kassim dan Haslin.
Firstly, untk baca novel ni, kena faham ada banyak timeline yng berbeza. Jd jngn konfius antara setiap prtukrn timeline. Pertama, tahun 2015 yg dirujuk sbg lima tahun sblm harini di mana berlakunya pembunuhan tragis sepasang suami isteri Kassim dan Haslin. Kedua tahun 2020, yg dirujuk sbg harini, tahun di mana Carlos muncul membalas dendam bagi mereka yg menyebabkn kematian Kasim dan Haslin. Ketiga, tahun 2021, dirujuk sbg setahun slps harini, tahun di mana berkisarkn Dr Izani sahaja. Keempat, tahun 2045, dirujuk sbg 25 slps harini, tahun di mana Bilal Piut dikunjungi wanita misteri bernama Mayang di waktu spertiga malam untk menyiasat tentang pembunuhan Kasim dan Haslin serta siapa Carlos sebenarnya.
Plot bermula ngn pembunuhn tragis suami isteri, Kasim dan Haslin di vila mereka dan kemudian dibakar rentung. Kes ditutup pihak polis kerana ketiadaan bukti dan petunjuk. 30 kemudian, Bilal Piut didatangi wanita misteri bernama Mayang pd waktu sepertiga mlm ketika hujan lebat. Wanita itu mahu membongkar semula kematian tragis itu dan mempercayai Bilal Piut ialah Carlos. Bilal Piut kemudian menceritakan semula rentetan cerita satu prsatu kejadian 25 tahun lps di mana Carlos muncul untk membalas dendam bg menuntut bela kematian Kasim dan Haslin. Maka, berlakulah, imbauan yg panjng pd waktu spertiga malam itu.
Imbauan tahun 2020 dimulakan dengan pembunuhan Hakimi di bangunn Syarikat Layabit milik Dato Faizul. Pembunuhan itu isyarat pertama kebangkitan Carlos. Dato Faizul dan anaknya, Dafi terheret ke kancah masalah apabila pembunuhan brlaku di bangunn syarikat mereka. Jasmeen, peguam syarikat yang bijak pandai, datang membantu dalam kekusutan keadaan. Nora dan Pagani, dua pegawai polis menyiasat kes tersebut.
Pembunuhn kali kedua berlaku lagi di bangunn milik Syarikat Layabit menambhkn panik. Dalam pada itu, Seorang pembunuh kontrak, Razak, mendendami Carlos kerana setiap mangsa yang dibunuh Carlos merupakan sasarannya juga. Carlos dianggap memintas sasarannya. Dia berasa tercabar dan mahu menamatkan nyawa Carlos. Ezarina, seorang wartawan bebas, diugut oleh Carlos untuk menulis berita spekulasi mengaitkan Dato Faizul dan Dafi dengn setiap pembunuhn yang berlaku. Namun, dia dijanjikan habuan wang ringgit yang lumayan oleh Carlos. Kamil, seorang scammer, diugut Carlos untuk menyediakan wang untuk Ezarina.
Manakala watak Izani terasing daripd watak2 lain kerana berada di tahun 2021. Seorang dktr pakar sakit jiwa yang mempunyai masalah amnesia. Isterinya, Jasmeen, peguam syarikat Layabit. Kebahagian hidupnya mula tergugah apabila isterinya tidak pulang2 ke rumah dn didatangi pesakit misteri bernama Carlos. Kejadian makin pelik apabila dirinya kerap menerima panggilan dr isterinya yang berada di tahun 2017 sedangkn dia berada di tahun 2021. Lebih tidak masuk akal, dirinya bagai disumpah satu kuasa sehingga tidak mampu melepasi pagar rumah. Andai dilepasi, dia akan terdampar ke masa silam, tahun 2016. Aneh bukan?
Segala watak2 pada tahun 2020, iaitu '5 yahun slps harini', hampir semuanya mempunyai kaitan dngn pembunuhn Kasim dan Haslin. Justeru, mereka menjdi sasaran Carlos. Carlos mengugut dan menghuru harakan kehidupn mereka. Inspektor Nora dan Pagani yang menyiasat masih tiada petunjuk siapa sbnrnya Carlos.
Ketika plot makin berkembang, kita semakin tidak snng duduk. Kerana setiap watak dirasakan berpotensi sbg Carlos. Kita akn mengesyaki hampir semua watak. Inspektor Nora dan Pagani juga tk trlps dr sangkaan. Kerana Carlos ni bijak menyamar. Dia boleh menjadi sesiapa sahaja. Plot semakin menarik apabila dirasakan Carlos di dalam novel ni seolah2 tiada kaitan lngsng dngn Carlos di dalam novel Mandatori walaupon dikisahkn sendiri oleh Bilal Piut kepada Mayang.
Mereka yang bertanggungjawab dalm kes kematian Kasim dan Haslin dihimpunkn oleh Carlos di 'kamar mahkamahnya' sendiri untuk diadili oleh dirinya yang menjadi 'hakim'untuk mengadili semua mereka. Plot twist siapa sbnrnya Carlos dalam kisah tragis Kassim dan Haslin sangat mengujakan. Walaupon saya dpt meneka tp masih tetap teruja! Malahn, kaitan antara watak2 yang berkait ngn pembunuhn itu juga tidak lngsng tidak dijangka!
Apabila semua yg bertanggungjawab kpd kematian Kasim dan Haslin telh dibunuh dngn digantung dan siapa Carlos telah dibongkar, saya sangka cerita ni dh tamat. Tp pelik sbb masih berbaki bnyk mukasurat lg. saya menjangkakan tentunya masih ada plot twist yg lebih besar yang disimpn oleh RAM di penghujung cerita.
Ternyata YAA!! Masih ada bnyk rahsia dan plot twist yang menanti! Bukn sekali! Tp berkali2! Sampai kita ternganga! Penamatnya sangat x dijangkakan! Cnthnya, siapa sbnrnya Izani? Dr awl lg wataknya sprt tidk penting n mengelirukn pembaca, rupa2nya segala kunci jwpn ada padanya! Kemudian, apa plk kaitan Carlos yang muncul untuk membalas dndm untk Kasim dan Haslin dngn 'Carlos versi Mandatori'? Ini kerana plot kehidupan merela jelas berbeza dan motif pembunuhn antara dua 'Carlos' ini sngt berbeza. Di dalm Mandatori, Carlos membunuh demi membela kematian ayahnya, Tassan namun Carlos di dalam kisah ni membunub demi membela Kasim dan Haslin. Justeru di mana titik silangnya? Bagaimana plk Bilal Piut blh mengetahui segala cerita tersebut?
Overall, novel ni sngat direkomenkn bg kategori psiko triller tp bg saya ini buknlah karya psiko thriller terbaik dr RAM. bg saya, Mandatori dan Rahsia Perindu, jauh lebih baik dr novel ini. Ni kerana, saya rasa ceritanya agak rush dan kita kurng dpt menyelami emosi watak2. endingnya juga kurang jelas n berbelit. Yang mana realiti? Yang mana fantasi? siapa sbnrnya Mayang? Dan adakah semua yg berlaku itu hanya brlaku di kepala Bilal Piut sahaja? Jd bermaksud segala kejadian itu hanylah ilusi semata-mata? Entahlah pening. Lagi satu, saya agak hilang mood jugk di bahagian last kerana mendapati RAM asyik menggunakan style yg sama apabila menulis karya psiko thriller. style yg pada saya sama sprt dlm rahsia perindu. Seolah2 itu sahaja modal yg RAM ada bila menulis novl genre begini. so agak kecewa di situ.
Apapon novel ni sngat berbaloi dibaca! Lebih2 lg oleh penggemar novel thriller!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kepada sesiapa yang pernah baca Rahsia Perindu mesti familiar dengan konsep buku ni. Saya considernya sebagai bacaan berat yang mana otak kita macam main puzzle yang 1000 pcs tu. Sampai satu tahap kita lost dah biarkan nya follow the writing.
Namun, saya rasa lagi menarik jikalau tuan RAM boleh jelaskan apa kaitan setiap watak yang muncul dengan pemain utama iaitu Izani. Juga, siapakah Mayang yang muncul secara tiba-tiba di rumah Bilal Piut dan menagih kebenaran tentang Carlos.
Buat yang nak baca naskhah ni, tolong baca dengan fokus yang tinggi supaya anda tak mengalami macam saya, sentiasa lost and found 😅😅😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tak tahu lah cakap apa..tapi saya kecewa sebab kalau nak baca buku ini kena ada 'pengetahuan' dalam novel RAM yang terdahulu. Maaf spoiler lah ya.. Jalan cerita? Awal hingga pertengahan memang rasa mencanak nak tahu! Tapi bila dah sampai waktu watak Izani berbalam-balam naik gelisah dan geram. Apa motif novel ini? Thriller? Psikologi? Tapi satu sahaja saya kagum..cerita ni fiksyen dalam fiksyen. Bab-bab akhir novel ni buat saya kecewa sangat!! Tapi yelah..kalau siapa pembaca yang memang khatam semua novel RAM boleh baca dan anda mungkin suka dengan plot twist yang ditampilkan. Mungkin sudah terang lagi bersuluh bukan untuk saya.
Baru sahaja selesai membaca helaian demi helaian buku cerita yang berat kepala nak hadam. Serius rasa penat betul otak ni. Menyesal membaca terus menerus... seeloknya sabar sedikit baca part by part...
Cerita dan watak yang berat dan boleh membuatkan kita sebagai pembaca boleh jadi gila! plot twist terbaik!!!! pertengahan cerita macam tahu siapa Carlos tetiba aiyak!!! bukan le.... ohhhhh betul la dia ni Carlos!!! Tapi hampa! Akhirnya gelihati dan tergelak bila part last watak Mayang dan Bilal Piut keluar... suspen, berdebar, ngeri tup tup gelihati ... lepas tu ... pelik?! haaa... semacam orang gila la kan...
Kepada yang masih belum baca... selamat membacanya...
Dari Magis, aku tau siapa Carlos. Tp dlm Carlos:Case Closed ni aku jd keliru. Adakah Izani wujud? Apakah ianya hanya cerita rekaan Bilal Piut? Wujud kah Mayang?
Sedikit kecewa. Tapi aku anggap je cerita ni bukan tentang Carlos sebenar.
Teringin je nak tau mcm mana Bilal Piut boleh berada di Terengganu? Mungkin jawapannya ada dlm Mandatori? Aku belom baca lg…
Karya tuan Ramlee Awang Murshid kali ini sungguh gila! Jalur ceritanya benar-benar menggugah pemikiran. Pembaca sendiri terperangkap dalam relung antara fantasi dan realiti. Umpama bidak yang mudah-mudah diatur dan digerakkan oleh tangan penguasa sendiri.
Sebelum tenggelam dalam watak Carlos ini, sebaiknya pembaca harus berkenalan dengan Carlos dalam Mandatori. Walaupun ‘dua’ Carlos ini hakikatnya berdiri sendiri, namun rentas silang itu wujud untuk saling melengkapi. Carlos dalam karya ini bagaimanapun jauh lebih kejam dan buas. Tuan penulis juga sekadar menurut rentak Carlos, dengan terang-terangan menggambarkan adegan pembunuhan dan penyeksaan kepada penjenayah. Babak-babak ini, saya terpaksa langkau kerana tidak tertanggung akan penderitaannya walau hanya sekadar dibaca lewat baris kata.
Tatkala menikmati karya ini (tema tunggal yang diperkenalkan – kecelaruan identiti dan psikologi), ingatan saya terimbau kepada sebuah filem Korea Selatan yang diterbitkan pada tahun 2017 berjudul “Forgotten”. Tanpa perlu memperincikannya, saya sarankan agar kalian semua menontonnya kerana jalan cerita filem dan kerumitan untuk memahaminya agak mirip dengan karya ini.
Berbalik semula kepada karya, saya menjangkakan akan lahir dua jenis pembaca apabila pembacaan ditamatkan. Pertama, golongan yang tidak berpuas hati kerana terlalu banyak penyongsangan watak dan pemutarbalikkan plot, sehingga tiada satu kesimpulan tuntas walau pengisahan Carlos telah dinoktahkan. Kedua, pembaca yang benar-benar teruja dan puas kerana pemikiran mereka dicampak dan dipermainkan oleh tuan penulis; mereka lebih menghayati dan mengagumi pembentukan jalan cerita berbanding pengakhirannya, dan saya meletakkan diri saya dalam kelompok yang kedua.
Teknik imbas kembali, babak cemas dan kemuncak, serta persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh penulis, garapannya sangat kemas! Berselirat, tapi alunannya sangat jernih. Pembaca begitu ternanti-nanti akan lanjutan cerita. Dan terkadang, walau pembaca sudah menemukan satu kesimpulan awal, ia akan diremukkan kemudian. Begitu mahir tuan penulis menimbang-nimbang pemikiran pembaca.
Namun, saya akui bahawa pengakhiran karya ini tidak disimpulkan dengan ikatan yang kukuh. Peleraian di bahagian akhir hanya membuka ruang kepada kemusykilan yang jauh lebih mengelirukan. Saya berharap, walau karya ini diklasifikasikan sebagai "case closed”, status quo Carlos ini akan “dicabar” semula.
Bilal Piut masih betah menanti di pondok buruknya; menjadi penglipur lara yang bakal galak bercerita tentang masa lalunya.
"Bukankah dunia ini berpusing-pusing saja?" - Carlos
Wah....begitu pengakhirannya. Tak sangka, semua tekaan saya tidak tepat.
Carlos - Case Closed merupakan satu lagi novel psiko thriller jenayah tentang seorang pembunuh yang dikehendaki pihak polis. Modus operandi penjenayah ini masih dalam siasatan pihak polis, bagaimana pun berdasarkan petunjuk yang ditemui, sepertinya ia berkaitan dengan kes kebakaran yang terjadi lima tahun lalu.
Izani, seorang doktor psikiatri di Hospital Sungai Buloh. Isterinya Jasmeen seorang peguam yang bekerja dengan Syarikat Layabit kepunyaan Dato' Faizal. Terlibat dalam banyak business deal selagi mana ia membawa keuntungan kepada syarikat. Kehidupan mereka mula rapuh seperti retak menanti belah.
Ezalina seorang wartawan bebas. Dia menerima panggilan untuk memuatnaik berita sensasi tentang kes jenayah yang baru saja berlaku. Pada mulanya dia tidak percaya, tetapi dia tidak dapat mengelak bila pemanggil mengugut untuk menghapuskan ibunya di kampung.
Nora dan Pagani, dua orang anggota polis. Mereka ditugaskan menyiasat kes kematian yang berlaku di sebuah tapak pembinaan milik Syarikat Layabit. Kes tersebut menjadi permulaan kepada suatu jenayah yang lebih besar dan memeningkan mereka berdua.
"Dalam hidup tak baik buruk sangka. Tapi dalam menjalankan siasatan jenayah...curiga itu mesti ada dan bertempat. Tuduhan melulu hanya akan memburukkan keadaan."
Cerita ini berlapis-lapis dan ada banyak garis waktu yang perlu diikuti. Usah keliru dengan permainan masa ini kerana ia merupakan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes-kes jenayah yang terjadi.
Pada awal kisah, saya sedikit sukar untuk mendapatkan momentum bacaan. Fokus ketika membaca cerita ini perlu untuk mengelakkan pembaca hilang arah. Jika anda sering membaca novel thriller karya Tuan RAM, anda akan perasan yang cerita setiap watak yang wujud penting kerana semuanya akan terjalin pada akhirnya. Itu akan membuatkan kita faham keseluruhan kisah.
(Beli secara pratempah pada 12.10.2020 Tempoh baca: 16.8.2023-22.8.2023)
Siapakah Carlos dalam kisah kali ini?
Pembunuhan Kassim dan Haslin menjadi punca utama kemunculan Carlos dalam cerita ini. Nora dan Pagani menyiasat kes ini selaku pegawai polis. Syarikat Layabit yang diterajui oleh Dato' Faizul dan anaknya Dafi, dikatakan menjadi dalang kes pembunuhan Kassim dan Haslin. Sementara Jasmeen sebagai peguam Syarikat Layabit, juga mempunyai banyak perkaitan dalam menyelamatkan Syarikat Layabit. Izani selaku doktor psikiatri pula sepertinya terkurung dalam banglo sederhana di Bukit Gasing. Mayang dan Bilal Piut yang dibawa dalam cerita juga membawa seribu satu kemungkinan dalam mempengaruhi pengakhiran jalan ceritanya.
Dalam pengisahan novel ini, setiap watak sepertinya berpotensi dianggap Carlos. Penulis membawa cerita ini dengan jalinan yang agak kompleks dan boleh mengelirukan pembaca. Babak-babak yang agak 'gore' diceritakan dengan berkesan. Sangat jijik dan ngeri.
Menghampiri ke penghujung cerita, saat pembaca merasakan semuanya sudah terlerai, penulis nampaknya mengenakan plot twist lagi yang menjanjikan kejutan buat pembaca. Agak stress jugak membacanya sebab ingat dah terlerai, tapi yang pastinya, ia menjanjikan penutup yang membuatkan pembaca berfikir sejenak, akan ada lagikah watak lain yang terlahir, selepas Carlos? Atau cahaya iman yang acapkali memandu hidup agar tidak terjebak kembali kepada kejahatan diri sendiri?
2/2022📚 Carlos : Case Closed karya Ramlee Awang Murshid
Setelah sekian lama, tuan RAM muncul kembali dengan naskhah bergenre psiko thriller dan seperti kebiasaan, bukan untuk dibaca seimbas lalu, namun memerlukan sedikit fokus untuk mengelakkan kekeliruan oleh ‘plot twist’ yang pelbagai.
Empat jalan cerita, yang pada luarannya nampak tidak berkait, namun sebenarnya tanpa disedari saling ada perkaitan. Nora dan Pagani, dua pegawai polis yang ditugaskan untuk sebuah kes berprofil tinggi melibatkan sesorang berpangkat Dato’ dan anaknya yang hampir maut di tangan seorang pembunuh upahan..atas sebab apa? Mayang datang mengunjungi Bilal Piut, demi untuk bertanyakan sebuah kebenaran dan mencungkil rahasia..mengenai seorang, Carlos? Izani, seorang pakar psikiatri yang menderita amnesia sehinggakan terpaksa melepaskan jawatan dalam hospital dan membuka klinik sendiri, namun hidupnya seakan tersekat di sebuah banglo..mengapa? Carlos..sang algojo yang menjatuhkan hukuman mandatori berdasarkan mahkamah yang direkanya sendiri, sebenarnya siapa?
Soalan yang hanya akan terjawab setelah usai membaca naskhah ini. Sudah agak lama tidak membaca novel seberat ini, jadi tumpuan lebih itu amat perlu. Syukur selesai jua bacaannya 😅 Penilaian peribadi: 4.5⭐️/5⭐️
Perasaan membaca naskhah ini tak sama dengan baca Mandatori dulu. Mungkin gap masa terlalu lama dan aku pun ingat-ingat lupa dah jalan cerita Mandatori. Dan mungkin juga waktu tu belum ramai penulis psiko thriller yang ada kat Malaysia.
Cerita ni menariklah bagi aku walaupun awal-awal tu rasa macam jalan cerita agak lewah sikit. Ada input dan isu semasa penulis sentuh. Pasal mental illness dll. Plot twist hujung2 tu memang tak sangka langsung. Aku rasa inilah kekuatan RAM. Namun aku rasa ada sedikit kelompongan pada naskhah ini. Ada beberapa persoalan yang tak terjawab. Dan kurang feel dengan emosi watak-watak.
Overall, masih menarik untuk dibaca tapi bukanlah karya terbaik RAM menurut pandangan peribadi aku.
Ya ampun, dri aku sekolah rendah lagi, cerita dripada RAM tak pernah mengecewakan lagi² Tombiruo. Seriously, the plot and the story are insane.
But, when i firstly read this book, I really love it because you keep thinking about who is Carlos. And buku ni juga buatkan aku minat novel genre thriller and psychology. Honestly, aku tak minat pun genre ni sbb aku lebih kepada genre romance. But seriously this book make a big change in my life.
Carlos? Izani? Bilal Piut? I think they're the same person but different personality haha....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Plot twist sentiasa ada dalam karya Tuan RAM. Sejak dari awal mula pembacaan sudah cuba untuk meneka menamatnya tapi tulah tidak kena juga dengan penamat. Penulisan Tuan RAM memang kita kena baca dengan teliti tarikh, latar masa dan latar tempat untuk mengelakan menjadi lebih bercelaru dalam pembacaan. Karya Tuan RAM memang tidak membosankan. Semakin pensaran pula buku apa yang seterusnya? Salah satu penulis yang saya akan auto beli buku walaupun masih belum lihat sinopsis.
I like it. As usual by Ramlee Awang Murshid, there are a few simultaneous timeline in which at times can be hard and confusing to track. I like how the write can keep you guessing as to who is Carlos this time around and how Carlos relate to the original story. However, for the ending, it was a little bit confusing for me, maybe because I have a different expectation of the ending or perhaps there is more to come.
Saya bagi 3.5 bintang. Kesemua cerita yang pernah saya baca semuanya menarik. Sudah lama saya tidak membaca novel dan pemilihan saya pula untuk permulaan agak sedikit berat.
Malang sekali sehingga ke bab terakhir masih ada lagi persoalan yang tidak berjawab walaupun ianya telah berjawab? Agak terkilan juga dia bab terakhir tu saya kurang mengerti. Adakah akan ada sequel?
Untuk tahu selanjutnya saya sarankan anda membaca cerita ini.
Siapa carlos sebenarnya? Masih belum terjawab. Mungkin izani, mungkin bilal piut, mungkin jasmeen atau keseluruhan cerita itu dan watak-watak hanya wujud dalam kepala seorang sahaja yang tidak ketahui siapa.
Syabas RAM, tertanya-tanya mungkin akan ada Carlos 3.
Yang pasti, bila baca jangan berhenti, kalau tidak boleh lost sekejap.
Pada saya ini la novel tuan RAM yg susah nak hadam . Penulis terlalu byk buat twist akhirnya cerita berbelit dan menyakitkan kepala . Mayang tu siapa ? Kenapa selepas jln cerita berbelit-belit tiba2 Izani kena tangkap ? Mcm mana nora boleh pakai jubah pulak ... Hais !! Saya kecewa
Ok la. Nak kata berkaitan 100% dengan Carlos (the origin) mmg tak, tapi sedikit berkaitan tu ada. Banyak plot twist sana sini membuatkan kita nak nak dan nak lagi baca sampai ke penghujung. Anyways sy bagi 3 bintang sahaja. Nak tau lebih sila lah baca sendiri.