Sebuah komik klasik Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1980-an. Komik ni nampaknya diinspirasikan dari siri komik perang popular dari Amerika iaitu Combat, tapi plotnya direka supaya kena dengan suasana Malaysia. Lukisan D. Yusoff pula macam biasa, cantik dan kemas. Komik ni mengisahkan tentang Awang dan Dali, dua orang tentera tempatan yg terperangkap di tengah2 hutan yg dikuasai oleh pihak tentera Jepun. Mereka harus mencari jalan untuk menyelamatkan diri.