Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hanya Ikhlas untuk Kamu

Rate this book
Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati…

Ya, aku sakit hati, tapi aku sanggup buat apa saja asalkan dia sedar kewujudan aku. Panggillah aku perempuan tak tahu malu, terdesak dan tak sedar diri, aku tidak akan berganjak dan mengalah – AISYA

Berjuta misi Aisya lancarkan untuk memikat Zill De Leon

 Tampal lolipop pada lokar
 Bagi pick up line yang diinspirasikan oleh Sepahtu
 Tepis semua langau yang mahu menghinggap

Tapi, kenapa semua tak jalan ya? Hati Zill ni dimangga pakai apa, sampai pelbagai misi yang Aisya buat tak jadi?!

“If you can't act your age then you should at least try to measure your shoe size. From now on, aku tak nak tengok kau tergedik-gedik depan aku lagi.” – ZILL DE LEON

Hinaan halus daripada jejaka kesayangannya buat Aisya menangis. Kebekuan lelaki itu benar-benar mampu membunuh usaha dan mencalar jiwa.
Mengejar Zill selama ini adalah kebodohan yang dia cipta sendiri. Benar, cinta bertepuk sebelah tangan itu memang wujud.

Sudahlah… dia penat, dia benci, dia move on. TITIK.

Selepas enam tahun, mereka bertemu semula. Tetapi Zill sudah tidak mengenali Aisya…

Apakah misinya akan tetap diteruskan untuk memikat Zill?

Masih kuatkah pegangan Aisya setelah berkali-kali dirinya ditampar dengan sindiran yang mula menyedarkan dia supaya bertapak di bumi yang nyata?

Ada indah yang selalu diingat tentang kamu. Ada air mata yang selalu bertapa kerana kamu. Namun, jika menjauh mampu menenangkan segala-galanya, kenapa bukan pengakhiran itu saja yang diambil sejak dulu?

579 pages, Paperback

First published November 1, 2020

32 people want to read

About the author

Bella H.

8 books6 followers
Malaysian author.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (39%)
4 stars
20 (31%)
3 stars
15 (23%)
2 stars
3 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,039 reviews196 followers
October 17, 2022
Gigih Aisya nak tackle Zil yang jenis heartless and cold.

Zil banyak kali ignored Aisya tetap dengan impian dia.

Alaaa Zil tu cakap je tak suka, if tak suka ada few incidents mesti Zil yang jadi hero.

Btw F rasa awkward dengan penggunaan bahasa english. Cam tak kena. Sorry!
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
September 9, 2022
Kalau mahu mengenal cinta, harus berkenalan dengan sakit hati...

Suka dengan watak Aisya... Rajin dan tak emosional. Terang-terang dia tunjukkan suka dia pada Zill. Dia tak peduli pun apa orang nak kata dengan sikapnya yang itu. Macam-macam dia buat nak bagi Zill jatuh cinta dengan Aisya. Sebenarnya, Aisya anak Mak Embun. Pembantu rumah keluarga Zill. Hari-hari boleh nampak Zill.

Usaha Aisya tu sebenarnya ada hasil. Watak Zill yang tak beriak tu yang susah Aisya nak teka apa yang Zill fikir. Beku dan dingin. Kalau bercakap dengan Aisya selalu menyindir dan sinis. Kasihan Aisya. Tapi kalau dah hati dah sayang, dia telan je segala sindiran tu. Itu yang sakit hati tu. Dengan sikap Zill yang macam tu.

Bila Aisya tersedar daripada mimpi, dia berhenti kejar Zill. Aisya pujuk hati nk move on. Tambah lagi dengan kepulangan Tengku Dayana untuk kembali dapatkan Zill.

Please la Zill. Menyampah dengan Zill ni. Suka kan tengok Aisya terhegeh-hegeh pada dia. Egois. Nak minta maaf pada Aisya pun lambat. Lagi satu suka paksa dan mendesak.

Paling sedih dengan pemergian Mak Embun. Kehilangan mak yang tiba-tiba. Aisya hadapi dengan tabah.

Tapi kan, Puan Sri tak sedar ke dengan sikap Sharifah Hanis tu yang jelas tak sukakan Aisya dan Mak Embun. Atau buat-buat tak tahu. Alasan Puan Sri yang merayu pada Aisya putus dengan Zill saya sangat tak suka. Dalam baiknya tu masih nak bezakan status antara manusia.

Kisah cliche. Olahan penulis juga bagus. Cumanya penggunaan english terutamanya untuk watak Zill macam awkward. Rasa janggal.
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
March 9, 2021
Bermacam-macam emosi semasa membaca buku ni. Suka sangat Zill dan Aisya.😍🤧

Aisya, anak kepada Mak Embun yang bekerja sebagai pembantu rumah di Villa De Leon, Puan Sri, Tan Sri dan anak-anaknya Zill dan Leon. Saat pertama kali bertentang mata dengan Zill, Aisya nekad mahukannya. Pelbagai cara digunakan sehingga akhirnya dia memilih untuk mengalah. Kepulangan Tengku Dayana dan kata sinis itu akhirnya dia menghentikan kerja gila selama ni. Semuanya hanyalah fantasi yang dicipta oleh dirinya sendiri.

Zill, perwatakannya beku dan dingin. Sangat hormatkan kedua-dua orang tuanya. Kata di bibir amat membenci namun gelora di hati tiada siapa yang mengetahui. Tanpa sedar, hatinya terpaut pada Aisya. Namun pada waktu itu adakah masih punyai peluang setelah melukai hati insan yang dicintai itu?

Nekad. Zill melamar Aisya. Aisya terkedu. Adakah ini hanya khayalan semata-mata. Berpuluh kali ditolak namun hati menginginkannya. Terjalin hubungan namun adanya penghalang seterusnya. Puan Sri dan Sharifah Hanis inginkan Zill bersama Tengku Dayana. Boom! Berkecai hati seorang Aisya kerana tidak mampu menolak permintaan orang tua tersebut yang banyak berjasa dan sedar akan pangkat dirinya. Aisya membawa diri.

Enam tahun berlalu, Aisya kini berkerja sebagai pemandu pelancong. Takdir mengatakan dia bertemu kembali bersama Zill. Adakah Zill masih mengingatinya? Bahagiakan dia? Mungkin sudah tiba masanya belajar untuk menerima yang Zill kini sudah bertemu kehidupan yang dicari.

Okay, stop ayat gramatis. Penat pula taip macam ni🤣 jadi, bila baca ni anda tahu yang dia akan kahwin hahaha jangan risau sebab mereka hero heroin kan.. mestilah bersatu🤧

Apa yang aku dapat simpulkan, perasaan di hati tidak boleh ditipu. Beberapa kali kau menafikannya namun kau sendiri yang akan terseksa. Setianya dia menanti dan Aisya yang teguh berdiri saat ujian hadir tanpa henti. Mail, sekadar rakan namun sungguh memahami malah mendoakan kebahagiaan mereka dan Adra yang setia di sisi Aisya tatkala susah dan senang aku kagumi. Friends material gitu.🥺

Kisah sarat dengan emosi. Geram, sedih dan tersenyum sendiri semasa membaca. Syabas aku ucapkan pada kak Bella atas karya ini.❤️
Profile Image for ai.liliyha.
48 reviews
December 23, 2020
"𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙝𝙖𝙠 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙕𝙞𝙡𝙡." - 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙄𝙠𝙝𝙡𝙖𝙨 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙆𝙖𝙢𝙪

5 🌟 aku hadiahkan buat penulis untuk karya ini. Mungkin terlalu banyak pada pandangan mata orang lain tetapi bagi aku, penggunaan gaya bahasa di dalam karya ini berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan hasil pertama penulis ini walaupun kisah cinta Rumaisya dan Zill ini merupakan kisah cinta yang agak klise.

Character development yang penulis ciptakan sangat smooth. Aku suka cara penulis hasilkan watak Zill sebab watak Zill dalam buku ini sangat perfect. He just being himself dan perubahan Zill tidak terlalu drastik. Watak Zill tak berubah menjadi Zill the sweet guy. Tidak ! Zill masih lagi lelaki yang cold sehingga ke penamat.

Betul kata orang, masa boleh melukakan dan masa juga boleh menjadi penawar yang menyembuhkan. Walaupun masa yang diambil terlalu lama untuk berdepan dengan detik bahagia, namun aku suka pengakhiran cerita kerana pada akhirnya tiada lagi duka dan derita. Yang tinggal hanyalah kenangan dan bahagia.

"𝘿𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙕𝙞𝙡𝙡... 𝙕𝙞𝙡𝙡 𝘿𝙚 𝙇𝙚𝙤𝙣." - 𝙕𝙞𝙡𝙡

Kenapa aku banyak tekankan tentang watak Zill ? Sebab watak Rumaisya bagi aku agak ekstrim 🤭 beraninya Rumaisya buat aku terdiam dan tak mampu nak ulas banyak sebab beraninya seorang Rumaisya ialah berani yang berhasil. Tidak kosong, kudos to her (im at your back gurl! 🤣) dan aku juga suka dengan kesetiaan Rumaisya dan Zill dalam cerita ini. Enam tahun bukan satu jangka masa yang pendek. Macam-macam perkara boleh terjadi.

"𝙃𝙤𝙬 𝙘𝙖𝙣 𝙄 𝙗𝙚 𝙝𝙖𝙥𝙥𝙮 𝙬𝙞𝙩𝙝𝙤𝙪𝙩 𝙮𝙤𝙪?"

"𝙈𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙕𝙞𝙡𝙡"

Jadi, buat sesiapa yang mencari bahan bacaan yang ringan dan tidak merunsingkan kepala, karya ini adalah salah satu daripadanya. HIGHLY RECOMMENDED! 🌻 congrats to kak @bellasannah_ untuk karya ini, waiting for your next baby. May Allah ease everything for you, aamiin 💓
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 23, 2020
Tahniah buat bella atas kelahiran baby yg pertama ini. Mulai mengenali penulis melalui ebook duda buat jasmin, aku jatuh hati dengan penulisan beliau. Sehingga ku mula membaca cerpen sayangku series
.

Novel ni kisah cinta romantik sepenuhnya. Jujurnya pada awalan cerita bagi aku sedikit slow. Sebab aku stress dengan perangai kebudak-budakkan si Aisya. Terhegeh-hegeh mengejar sang jejaka, Zill De Leon. Aisya tinggal dirumah keluarga Zill kerana ibunya merupakan pembantu rumah Zill
. Pelbagai cara yg dilakukan Aisya demi memikat Zill, namun Zill tetap beku
.

Aisya, dalam hatinya hanya ada Zill. Namun satu perkara yang berlaku setelah kembalinya kekasih lama Zill iaitu, Tengku Dayana membuatkan Aisya sedar diri. Dan mula mengalah dalam menagih kasih Zill. Tanpa sedar, Zill mulai rasa kehilangan. Huluran cinta Tengku Dayana ditolak walaupon dulu mereka pasangan kekasih. Bagi Zill, kamus cintanya dgn Tengku Dayana sudah tamat
.

Tanpa isyarat, Zill mengajak Aisya berkahwin. Setelah Aisya move on. Bagi Aisya, Zill melamar dirinya kerana simpati. Kenapa? Serius part tu sangat sedih. Penulis mengganggu emosi aku
.

Aisya menerima Zill sbg kekasih. Namun Ibu Zill menyuruh mereka berpisah kerana Tengku Dayana. Aisya membawa diri ke Penang. Ke rumah maksunya. Enam tahun berlalu. Dapatkan jarak masa dan tempat menyatukan kembali hati yang menyintai antara satu sama lain?
. Apakah kesudahan kisah cinta Zill-Aisya? Bagaimana nasib Tengku Dayana?
.

Novel ini fully cinta. Bak kata penulis kisah yang klise. Ya, aku akuinya
.

Tahniah Bella. Cant wait ur next novel😉
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 28, 2022

Crush dalam diam? Oh tak. Itu bukanlah style Aisya. Selalu bila orang ada crush, simpan diam kan? Tapi Aisya memang dah tunjuk terang-terangan yang dia mempunyai hati pada Zill De Leon.

Siapa yang tak kenal Zill tu? Mahukan Aisya tak kenal kerana Zill itu adalah anak kepada majikan ibunya. Ibunya seorang pembantu rumah keluarga Zill. Jadi Aisya pun menyelam sambil minum air lah 🤣 crush depan mata kot takkan nak lepas

Walaupun tak dilayan, tapi perasaan Aisya pada Zill lebih dari segalanya. Terasa hati itu ada tapi dia tolak tepi sampai satu tahap, kata-kata yang Zill lontarkan itu buatkan dia terdiam seribu kata. Sedarlah dia disaat itu, betapa beza dirinya dan lelaki itu.

🎈

“𝘞𝘩𝘺 𝘤𝘢𝘯'𝘵 𝘸𝘦 𝘣𝘦 𝘵𝘰𝘨𝘦𝘵𝘩𝘦𝘳?”

”𝘛𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘪𝘯𝘪, 𝘡𝘪𝘭𝘭. 𝘉𝘦𝘯𝘥𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘸𝘢𝘭.”

🎈

𝒟𝓊𝒶 𝒽𝒶𝓉𝒾 𝓎𝒶𝓃𝑔 𝓉𝑒𝓇𝓁𝓊𝓀𝒶, 𝓃𝒶𝓂𝓊𝓃 𝒾𝓉𝓊𝓁𝒶𝒽 𝓎𝒶𝓃𝑔 𝓈𝑒𝒷𝒶𝒾𝓀-𝒷𝒶𝒾𝓀𝓃𝓎𝒶 𝒷𝓊𝒶𝓉 𝓂𝑒𝓇𝑒𝓀𝒶 𝒷𝑒𝓇𝒹𝓊𝒶.

zu boleh kata yang conflict dalam buku ni a bit heavy, haa kenapa heavy? baca lah! 🤣 meleleh lah juga air mata tu bila aisya dan zill tak dapat bersama kerana orang lain 😌 malah hubungan mereka pun, orang yang paling penting itu tak merestuinya 😭

for those yang suka childhood romance, grumpy x sunshine trope and she fell first but he fell harder, buku ni sesuai 🤭 also bila dah nak sampai ending tu, eh eh uish ini apa ni 😳🫣
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
November 14, 2021
Cerita penuh dengan emosi kekeluargaan..

heroin x reti malu mengorat hero yang hati beku
Profile Image for libraryofaisha.
61 reviews5 followers
May 19, 2022
This will be my new comfort book. I loved the way Aisya tak pernah give up nak pikat hati Zill and I truly loved the ending. Maybe orang lain akan kata story ni 'cliche' but for me, cliche dia tak bosan and cute je cerita dia 😻. Will Aisya ever find her love? And will he love her back ? You'll have to read this cute book to find out.
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
April 23, 2021
Bnyk kesilapan teknikal yg terdapat dlm buku ini tidak menghalang diriku untuk memasukkan naskah ini sebagai ‘my favorite book’. Sungguh.membuatkan. hatiku.turut. serta. terasa. sangat. terharu. dan. libang. libu.

Tahniah penulis.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 11, 2021
Well done penulis 👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for fs.bacabuku.
25 reviews
May 28, 2022
"Awak tahu tak apa beza kepala paip masjid dengan awak?," -Aisya
"Tak. Aku tak tahu," -Zill
"Kalau kepala paip masjid saya nak ambil air wuduk, kalau awak saya nak batalkan wuduk," -Aisya

Berdekah jugakla di awal bacaan dengan telatah Aisya ni.

Mengisahkan Aisya merupakan anak Mak Embun yang berkhidmat sebagai pembantu rumah di vila De Leon. Sepanjang tinggal di sana sebagai pekerja, Aisya jatuh suka dengan Zill. Bayangkan perasaan suka hadir dari kecil hingga mereka menginjak ke umur remaja. Setia sungguh Aisya ni.

Macam-macam cara Aisya cuba untuk pikat hati Zill. Bagi pickup line,tampal lolipop dekat loker kolej dan kalau ada orang cuba menggatal dengan Zill,Aisya akan cuba potong line. Punyalah kuat semangat Aisya ni sampai dia tak kisah orang cakap yang dia tak tahu malu dan beria bila dia buat semua tu demi dapatkan hati Zill yang beku tu.

Zill tak mudah untuk dipikat. Sepanjang misi memikat yang Aisya buat takde satu pun berjaya. Malah hinaan yang Aisya dapat. Jatuh suka dan berangan dapat Zill tu ibarat impian yang sangat mustahil untuk dicapai. Yelah, dia kan anak pembantu rumah je. Siapa nak pandang?

Sampai satu tahap Aisya give up. Dia tak nak dah kejar Zill.
Agak-agak Zill buat apa?
Adakah impian Aisya yang satu itu masih dia kejar sehingga penghujungnya?

Ulasan aku untuk kisah HIUK :
Ini buku pertama karya cik penulis aku baca dan aku suka dan selesa dengan writingstyle beliau. Elemen metafora yang diterapkan berjaya menarik perhatian aku untuk mendalami perasaan dan emosi POV Aisya malah karakter yang lain.

Dari segi jalan cerita, bagi aku hubungan Zill dan Aisya ni agak toksik. Bercinta dengan anak majikan yang tinggal satu bumbung? Sangat tidak patut.

Dengan sikap orang sekeliling Aisya yang mempunyai kehidupan 'elit' memandang hina pada Aisya dan ibunya. Hanya pangkat dan harta sahaja mereka pandang demi menyama taraf kelompok mereka.
Bongkak. Itu satu patah kata yang sesuai buat golongan sebegini. Sedangkan kehidupan senang yang mereka ada pada waktu ini pun bukan datangnya dari mereka,hakikatnya datang dari Sang Pencipta.

Mujur dipenghujung cerita semua pihak mendapat pengajaran masing-masing.
Character development dekat sini mantap💯

Karakter Zill tu beku sungguh. Tapi bila sampai mood miang dia tu. Diabetes kronik aku dibuatnya. Seram pun hadoo AHAHAHAH

Konflik yang santai tapi bermain dengan emosi buat cerita ni tak bosan untuk dihabiskan sehingga ke penghujungnya.

Tahniah buat penulis.
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
February 26, 2022
Sejujurnya sedikit kecewa untuk bacaan kali ni. Mungkin sebabkan aku dah baca karya kak Bell, Sayangku Jasmin. Aku expect yang buku ni pun boleh buat aku jatuh cinta dengan Zill. But I just can't. Turn off dengan Zill :(

Kurangnya cerita ni bagi aku, bila author terlalu menceritakan perkara details kepada perkara-perkara yang remeh. Contohnya kejadian di kampung Zill, majlis kahwin Nadirah. Terlalu details yang menjadikan plot cerita berleretan. Lepastu conversation Aisya dengan Adra, dengan Puan Sri.. Bagi aku ada yang tak perlu diselitkan. Scene Zill tak banyak yang boleh buatkan aku jatuh cinta dengan dia. Melainkan hanya Zill yang sentiasa berada dalam fikiran Aisya.

Nak bagi 2 star je but I end up bagi 3 sebab scene Mak Aisya pergi Penang tu buatkan aku menangis. Aku tak tahu lah sebab author bawakan peristiwa tu dengan baik atau mood aku sekarang yang mudah tersentuh. Maybe both. Bulan ni dah berapa novel aku baca asyik menangis😂 terlalu feel!

But i really wanna read another story from Kak Bell. I just can't get enough from Aafan sksksk. Saya harap for upcoming novel Kak Bell menjadi lebih baik. Maybe this is Kak Bell first baby, so saya terima kekurangan dalam novel ni. ❤
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
March 19, 2024
Kisah cerita yang light and simple, i like it. Saya suka betul penulisan Bella even plot biasa je. Rasa fresh plot tu maybe sebab background of the story. Sejujurnya lelaki seperti Zill di realiti memang seronok cuma kekadang tu kena makan hati la jugak huhu. Cumanya for me Zill better diam je hahaha sebab dia tak suka melayan dah sakit hati, bila bercakap double sakit hati. But suka juga once dia dah selesa, dia tak malu nak luah apa dia rasa because mostly orang ego nak express feelings. The efforts on both side sangat chef kiss. Aisya pun wowwwww i lurvee that delulu. Delulu until become solulu. Because at the end of the day, dapat juga kahwin dengan crush. Tapi pastikan crush tu worth untuk dikejar yeee.
Profile Image for chernation.
27 reviews
June 24, 2024
i read Sayangku Jasmin first and i love that book hence that's why i decided to read HUK.

unfortunately, HUK is not up to my liking. while the 1/3 of this book was good, the rest were kinda meh. aku tak dapat rasa chemistry antara zill dan aisya. dan aku tak nampak bagaimana zill jatuh suka kat aisya.

terlalu drastik, i didn't see any bunga bunga cinta haha gituh. tapi aku suka part aisya lari dan zill kejar dia balik. wishing for more pinning and yearning from zill tbh tapi okey la.

tapi, dialog English dalam ni sangat cringe ya. ada grammatical error jadi sedikit kelakar bila baca bcs it came from zill. rasa macam aura hot dia terus tenggelam bila baca dialog tu.

apa apa pun, aku tetap suka penulisan Bella H.
Profile Image for jiareads.
4 reviews
February 11, 2022

Dunia yang malang, hati yang kecil, jasad tidak indah, sudikah kau menyambut?

Read on: 2021
Review on: 11 February 2022

Nama diberi aisya, aisya ni mmg x give up utk mengejar cinta si zill even zill ni perli and marah dia
ahh byk la lgi, sampai la ada satu hari zill ni hina dia sampailah dia terasa gila huwaa part tu sedih *sobs sobs*

Then dia pun nk move on sbb dh fade up dh gorat si abe zill ni ha. Klau aku dh lama move on ha gituu. Then after 6 years they meet again tapi zill tidak mengenalnya lgi. Tapi adakah benar zill tidak mengenalnya lgi? Ha tu klau nk tau sila lah baca HIUK ni ❤️

I would rate thiss

4.8/5⭐⭐⭐⭐

Profile Image for Mikha Read.
21 reviews2 followers
June 21, 2021
Sejauh mana yang korang akan lakukan untuk memikat crush korang? Bagi lollipop di lokar sekolah?bagi ayat-ayat cinta? atau masakkan Makanan kegemaran Zill? Itu semua Cara yang dilakukan Aisya untuk memikat Zill de Leon. Namun Zill tak pernah terima cinta Aisya malahan menghina Aisya. Namun Aisya tidak pernah mengalah sehinggalah peristiwa pergaduhan Tengku Dayana Dan Adele membuatkan dia tawar hati dengan Zill. Bolehkah Aisya hidup bahagia tanpa Zill atau mungkin jika mereka bersama, adakah mereka akan bahagia?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
May 19, 2023
Hero heartless and ignorance ni cliche sangat dah kot bagi aku but it was good story
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.