Jump to ratings and reviews

Filosofi Rerama

Anak-anak yang sudah remaja ibarat rama-rama yang keluar dari kepompong, mula terbang bebas meninggalkan orang tua masing-masing menuju ke kehidupan sebenar. Justeru, sebelum mereka melangkah masuk ke dalam komuniti, menjadi tugas ibu bapa bagi mempersiapkan mereka sebaik-baiknya.

Untuk ibu bapa, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang dicari oleh anak remaja daripada kita. Topik-topik penting yang perlu datang daripada kita sendiri, bukan guru, bukan mufti dan bukan polis, pendek kata bukan orang luar.

Buat remaja, naskhah ini memberi panduan asas tentang apa yang kalian perlu tahu sebelum melangkah masuk ke dunia dewasa, bagaimana mencari identiti diri, dan ke mana hala tuju kalian dalam kehidupan.

288 pages, Paperback

Published November 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Anie-Alja

5 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (50%)
4 stars
6 (50%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
February 12, 2021
Ada kelainan ditawarkan dari buku ini. Jika mahu cari cara anak berjaya dalam akademik. Ini bukan bukunya. Tetapi jika mahu mengetahui pendekatan terhadap anak remaja, inilah buku yang patut dibaca.
4 reviews
November 26, 2020
The book is very informative backed by solid end References to support the book's insights & exploration of teenage youths, young adults - suitable for parents & youths alike.

Easily readable, organized well into various parts, got a guide on how to use the book, highlighted words for easy note taking, and well written without jargon for the layman.

I found it useful even for a non parent like myself - as it has nuggets of useful information & wisdom for everyday life.

Mariposa - Spanish for butterfly...the book opens our minds to transcend like the butterfly itself from its humble beginnings to a beautiful butterfly - navigating life challenges...

A Must read...

*Malay translation:

Buku ini sangat bermaklumat disokong oleh Rujukan yang kukuh untuk menyokong pandangan & penerokaan buku remaja belia, dewasa muda - sesuai untuk ibu bapa & belia.

Mudah dibaca, disusun dengan baik ke dalam pelbagai bahagian, terdapat panduan tentang cara menggunakan buku, mengetengahkan kata-kata untuk mudah dicatat, dan ditulis dengan baik tanpa jargon untuk orang awam.

Saya menganggapnya berguna walaupun untuk orang yang belum ada anak seperti saya - kerana ia mempunyai banyak maklumat & kebijaksanaan yang berguna untuk kehidupan seharian.

Mariposa - Bahasa Sepanyol untuk rama-rama ... buku ini membuka minda kita untuk evolusi seperti rama-rama itu sendiri dari awalnya yang sederhana hingga rama-rama yang indah - mengharungi cabaran liku-liku hidup ...

Mesti dibaca ...
Profile Image for Anie Alja.
9 reviews
April 29, 2021
Kita banyak naskhah parenting anak-anak kecil. Makan apa, minum apa, tidur pukul berapa, baju brand apa, gadget bagaimana? Tapi ini buku parenting anak remaja, selepas usia 10 tahun hingga ke alam universiti.

Mengapa anak tidak mahu bercakap?
Mengapa anak ada self-pity?
Why peer pressure is really an issue?
Blaming games?
Twisted story?
Communication break-down?

Ya, 1001 satu isu antara mak ayah dan anak-anak remaja. Bantu anak-anak sebelum mereka terbang meninggalkan kita, Matlamat terakhir kita mendidik agar mereka mampu masuk dalam masyarakat.
1 review
October 2, 2021
Buku ni amat membantu saya untuk didik diri sendiri. Mula- mula baca tu, amik masa lama sangat utk habiskan satu chapter. Tapi sebab saya berpegang pada prinsip bila start kena habiskan. Jadi paksa juga baca. Ini antara buku parenting pertama yang saya baca. Yelah, spm pun x lepas lagi. Tapi sebab pernah baca satu buku yang kata "anak pertama yang kita didik adalah diri kita sendiri", saya mula berminat dengan buku parenting. Dan buku ni amat membantu bagi saya. Buku ni beri good impression dan buat saya lebih berminat untuk baca lebih banyak buku parenting. Dan banyak juga perkara yang saya belajar, dapat saya aplikasikan kat adik-adik.
Profile Image for Bidasari.
422 reviews2 followers
May 6, 2026
Perkongsian penulis tentang bagaimana mendidik anak-anak remaja supaya menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama, bangsa, negara, keluarga dan diri sendiri.

Pembacaan yang sangat sesuai untuk den yang ada 2 orang anak lelaki remaja yang macam-macam ceritanya😅.

Antara perkara yang dikongsikan oleh penulis di dalam mendidik anak biar semasa di fasa rebung yang masih mudah dibentuk bukannya apabila telah menjadi buloh yang sukar dilentur:

✅adab!adab!adab!
Teringat masa den pergi mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak den. 2 orang pengetua daripada 2 sekolah berbeza memberitahu ayat yang lebih kurang sama di dalam ucapan mereka iaitu "kalau tidak pandai pun tidak apa asalkan ada adab dan budi bahasa".

✅Lengkapkan mereka dengan ilmu agama supaya mereka faham tanggungjawab kepada orang sekeliling mereka.
Contoh anak lelaki kelak yang akan membesar menjadi suami dan ayah faham tanggungjawab nafkah, dsb.

✅perkasakan jati diri.
Udah kenapa ayat macam silibus kursus Bina Negara😅.
🌸Perlu lengkapkan anak-anak dengan ilmu percaya diri dan harga diri seumpamanya supaya mereka dapat bertahan hidup di dalam komuniti kerana kita tidak selamanya berada untuk 'pedo' mereka.
🌸mereka ada ilmu untuk menjadi insan berguna bukannya mentibang laut, tahu nilai diri, dsb

✅Ilmu kewangan - supaya mereka bijak menguruskan hal kewangan daripada segi simpanan, perbelanjaan untuk kelangsungan hidup, tidak terjebak dengan pelaburan yang akhirnya melebur, dsb

✅menjadi kawan kepada anak supaya mereka boleh cerita apa sahaja dengan kita
🌸Validate perasaan mereka
🌸Menjadi pendengar yang baik walaupun kadang-kadang kita rasa sesuatu isu kecil sahaja tetapi pada mereka di usia remaja isu itu adalah sesuatu yang begitu besar

✅menjadi penyokong kuat anak-anak dan guide mereka di dalam kehidupan
🌸kenalpasti kekuatan dan kekurangan anak-anak supaya kita dapat guide mereka ke laluan yang sepatutnya
🌸sokong minat dan cita-cita anak-anak selagi ianya berada di landasan yang benar

✅tanamkan nilai you reap what you sow
🌸supaya mereka tidak berperangai seperti mentibang laut yang dibagi minum air Yassin dari 7 kolah masjid pun dia tetap menunggang agama.
Eh😅

✅terapkan tanggungjawab sejak deme kecil walaupun hasil kejadian menyebabkan dada kita agak terpleot dan bisa mengundang rasukan abalasa.
🌸Masak nasi seolah gigi orang yang makannya dibuat daripada vibranium. Suruh deme habiskan nasi keras yang deme masak. Lepas tu deme akan cuba baiki supaya nasi yang dimasak sedang elok.
🌸Terlupa buat homework? Biarkan deme didenda mencangkung tepi longkang dek cikgu

✅Mak ayah jangan membuli anak-anak dan vice versa.

✅Mak ayah perlu berlapang dada dan belajar melepaskan anak-anak ala-ala melepaskan layang-layang terbang tinggi tetapi ditarik talinya apabila perlu.

✅Mak ayah perlu sentiasa mendoakan anak-anak agar sentiasa beroleh rahmat Allah, diteguhkan hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar, dikelilingi orang beriman dan baik, dsb.

Semoga Allah merahmati kita agar tidak mem'payung' anak kita sehingga dia menjadi Anakku Sazali tanpa kita sedar.

Banyak pengajaran daripada buku ini yang boleh kita adaptasi di dalam usaha mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang molek di dunia dan di akhirat.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
July 30, 2022
Dari pandangan seorang kakak yang menguruskan 2 orang adik berumur 8 dan 15 tahun sangat mencabar kewarasan saya sebagai seorang manusia.

Nah hasilnya bila membaca buku ini, rasa seperti ditampar-tampar saja. Rupanya tersilap dalam mengaplikasikan ilmu komunikasi bersama kiddos.

Belajar letak ego ditepi, belajar bercampur dengan pelbagai latar belakang berbeza tanpa justifikasi yang negatif.

Akhir kata, sebelum kita nampak buruk orang, cermin dulu buruk kita.
Profile Image for Ummu Hakeem.
6 reviews1 follower
October 9, 2022
Buku kegemaran saya! Ibu ayah, bacalah buku ni untuk lebih dekat dengan anak-anak remaja. Banyak tips dan maklumat berguna yang boleh dijadikan modal sembang-sembang dengan anak-anak. Terima kasih acik Anie Alja tulis buku ni, sampai lunyai saya baca berulang-ulang kali.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews