Adinda Putri bukanlah anak bangsawan seperti Tengku Anisah atau Tengku Marissa. Dia juga bukan millionaire. Tetapi dia anak perempuan kepada Angelina Khon, wanita ke 10 terkaya di Perancis!
Adinda cuba lari dari kebiasaan hidup yang sarat protokol. Tidak sedar dalam pada dia cuba belajar menjadi orang kebanyakan. Ayahnya telah memberikan dia satu pelajaran yang sulit untuk dia lalui. Iaitu menjadi PA kepada kepada CEO muda itu. William seorang lelaki yang dikenali oleh semua orang sebagai complicated man.
Lalu berkisahlah perjalanan Adinda sebagai setiausaha CEO yang sombong, ego dan segala macam perangai buruk lagi. Sayangnya, cinta juga tidak ketinggalan menyerlah di dalam perjalanan itu. William merayu cinta Adinda dalam pada Adinda sudah tidak sabar mahu meninggalkan lelaki itu.
Tetapi siapakah yang mampu menolak takdir? William nanar apabila Adinda pergi meninggalkannya. Dalam ribut perasaannya, ujian hidupnya memuncak. Dia bertemu dengan bapa angkat yang memimpinnya keluar dari kegelapan. Ketika berjauhan dari Adinda, dia memeluk agama islam. Dia mencari ketenangan agar dapat melupakan wanita yang dicintainya.
Tetapi ketika mereka terpisah jauh, khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tentang William akan dijodohkan dengan Zarith, sepupu Adinda sendiri. Tidak mengaku cintakan William, Adinda menggelabah pula! ‘Tiada apa yang senang di atas dunia ini, Dinda. Begitu juga hubungan antara lelaki dan wanita. Ada begitu banyak philosophy tentang cinta di atas dunia ini. Tetapi cinta yang sebenar adalah tentang dua manusia yang tidak akan mengalah ke atas diri masing-masing.’- Angelina Khon.
Berbekalkan pesanan ibunya Adinda terbang jauh ke Malaysia untuk merampas semula lelaki yang dicintainya. Kisah CEO dan orang gaji itu klise? Ini kisah enggang dan enggang yang memiliki keperibadian berbeza. Mampukah hidup bersama? Benarkah hidup sebagai orang kaya itu bahagia semata, tidak melalui ujian hidup seperti orang biasa? Mr. And Mrs. Alberton menjawab soalan itu!
wow.. cerita yang penuh kajian.. ilmu dan pemahaman yang tinggi.. like u penulis.. cukup kajian u.. sampai rasa cam tgh tgk cerita turkey... panjang episod nyer..
sya tak pandai nak ulas tp.. i like.. rasa cam baca buku pengurusan perniagaan, trafik udara, ekonomi dan buku agama.. wow..wow..
William John Alberton Seorang yang sepatutnya Islam.. kerana emak mak islam.. tetap dibesarkan nenek yang bukan islam dan tinggal di kota london .. seorang yang mendambarkan kasih sayang mama nya yang x pernah nak sayang dia .. willjd seorang yang pemarah ..cerewet tetapi dalam masa yang sama seorang yang begitu penyayang dengan kucing .. jadi seorang yang manja bila beristeriakn Adinda
The author clearly did her research on the corporate world. F enjoyed how Adinda handled the flight issue. Teringat tense scene where the plane crashed due to the Russia–Uzbekistan conflict.
Sedih masa itu. Sedih bila kita hanya mampu melihat keranda diturunkan dan without getting to see the face of our loved one one last time.
What I didn’t quite enjoy:
The constant mention of a man admiring a woman’s backside… sikit² cerita punggung. F noticed this in several of the author’s works. Mulalah husband grins cheekily... nampaklah miangnya si suami. Kadang² F rasa uncomfortable.
Eloklah penulis buat ebook sekarang. Karya dia memang sesuai untuk bacaan dewasa.
But don’t take it the wrong way, dear author. F still buy your ebooks every time you release a new one!
Tipikal anak orang kaya. Itulah Adinda dan William. Awal cerita, Adinda nak cuba sesuatu yang baru. Dengan bekerja sebagai PA kepada William John Alberton. Mampu ke Adinda nak hadap dengan sikap William? Seorang yang perengus, suka marah-marah, cerewet dan sangat pembersih.
Ternyata Adinda dapat melakukan kerja dengan baik. Pada mulanya, Adinda rasa nak give up dengan William, atas dorongan dan nasihat ibunya, Adinda teruskan bekerja dengan lelaki tersebut. Adinda yang tegas dan tidak takut dengan William. Sekali sekala perlu diajar jugak si perengus itu. Lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat. Terbit rasa cinta di antara mereka tetapi terpaksa ditolak Adinda kerana tidak suka dengan sikap William.
Ada banyak isu yang berbangkit dalam novel ni. Kesemuanya teratur seiring dengan perkembangan plot dan watak. Di mana-mana kita akan jumpa dengan orang yang macam Raizan, terutama sekali di tempat kerja. Adinda tidak mahu ambil peduli.
Diselitkan juga ilmu dalam perniagaan. Yang ini memang sangat membantu untuk saya faham. Akhir sekali mengenai Puan Natasha. Memang tak putus asa ye nak pecah belahkan hubungan suami isteri anak dan menantu. Dan saya sangat suka dengan cara Adinda berhadapan dengan sikap ibu mertuanya. Puan Natasya terlalu mementingkan wang dalam hidupnya. Dia perlu hidup mewah. Kerana sikapnya ini telah banyak melukakan hati seorang anak, William.
Hidup orang kaya ini mesti melalui ujian hidup. Penyampaian penulis mengenai nahas kapal terbang disampaikan dengan baik. Itu menjadikan Adinda semakin matang dan bijak. Adab sopan santunnya masih terpelihara. Lembut tapi tegas. Sungguhpun kelayakan Adinda dalam menyelesaikan masalah dalam syarikat penerbangan dipersoalkan, tetapi dia berjaya mengatasinya di samping bantuan keluarganya.
Saya ada perasaan love-hate relationship untuk buku ini. Entah kenapa susah betul nak jumpa buku cinta yang kena dengan jiwa semenjak dua menjak ini.
Kita cerita kelebihan buku ini dulu.
Pertama, saya memang tabik spring dengan kajian dan penceritaan penulis terhadap dunia korporat. Memang layak diberi A+, bukan sekadar cinta biasa, cinta orang kaya CEO yang perangai entah apa² jatuh cinta semudah ABC dengan PA dia. Dia punya twist untuk cerita cliche memang layak diberi pujian.
Kedua, latar tempat cerita ini saya rasai. Walaupun kebanyakannya di Malaysia, tetapi ketika mereka di Jepun, London dan Perancis saya sukakan detailnya walaupun tidak banyak.
Kemudian ketegasan Adinda buatkan saya rasa she's the one lah babe. Karisma dia tu terserlah betul, kerasnya hati dilatih oleh ibunya seorang billionare mampu membezakan dia dan orang lain yang kononnya anak orang ada². Keluarga Adinda ni keluarga old money okay!
Okay mari kita cerita apa yang kurang saya gemar tentang buku ini.
Karakter William. Aduh, saya tak boleh nak suka lah 🤦♀️. Tak tahu kenapa. Nak kata dia lemah tak juga sebab dia sendiri lahir dari keluarga berada. Pengemas, pembersih itu bukannya suatu kelemahan. Saya tak harapkan karakter dia ni lelaki yang gentleman sangat pun, sebab setiap karakter hero boleh saja penulis buat nakal² sikit tapi dia ni bukan nakal. Dia ni gatal!
Begitu juga dengan Adinda, kamu ni 😭! Sama naik saja. Apa yang buat saya tak selesa, Adinda ini bertudung dan saya tak rasa dia perempuan yang murah! Kata ada karisma tapi bila jatuh cinta mudah saja biar William pegang sana pegang sini eiii aku piat jugak telinga si Adinda ni.
Cover buku ni saya diss. Okay full stop! I don't like it!
Ada satu benda yang saya nak tegur, okay ini bukan melucah tau.
Saya sangat tak suka bila penulis gunakan kata ganti nama untuk kemaluan lelaki dengan makanan. Benda ini sangatlah salah! Tak suka alasan penulis untuk kata sebut kemaluan lelaki terlalu jelas tak manis. Apa masalahnya sebut zakar? Ia salah satu daripada biologi manusia.
Tahu tak, dengan mengajar anak² menggantikan kemaluan lelaki atau perempuan dengan makanan akan melahirkan anak² yang kuat melucah dan juga meningkatkan kejadian sexual harassment tanpa aduan kepada orang dewasa? Berapa kali lah nak educate orang kita ni, untuk tak gantikan nama kemaluan dengan makanan seperti timun, karipap dan sebagainya? Besar kesannya dan saya sendiri nampak di depan mata saya sendiri bila anak² lelaki cakap karipap banyak kali sambil gelak². Mereka sebenarnya sedang melucah ya, sedangkan karipap itu makanan.
Buku ni saya kurang suka bahagian itulah, mungkin penulis tulis cucumber sebab waktu tu mereka nak melakukan hubungan tapi hmm saya tak sukalah 🥲 bahagian hubungan intim tu pun saya tak suka. Tak sesuai untuk bacaan remaja dan tak nampak romantik. Kekerapan adengan tersebut buat saya tak selesa. Kalau cerita Fakhrul dan Humairah tidak diceritakan secara mendalam tentang mereka berhubungan kenapa buku ini tidak boleh?
Saya suka cerita tentang Fakhrul dan Humairah tapi buku ni saya kurang gemar sikit. Saya bagi 3.8 ⭐️
M&MA masih berkisarkan kepada keluarga Fakhrul-Humairah tetapi kali ini watak utama adalah ank mereka yg ketiga iaitu Adinda. Adinda tidak seperti Jordan dan Prince. Adinda seorang yg tegas dan dia lebih selesa utk hidup seperti orang biasa tanpa mahu dikenali sbg ank kepada taikun perniagaan yg berjaya.
Kerana mahukan sesuatu yg baru, Adinda bekerja sbg PA kpd William. William yg beku, dingin dan juga mempunyai personaliti yg agak sulit utk org sekeliling mendekatinya. Namun kerana kesabaran dan ketabahan seorang Adinda, mereka mula menerima antara satu sama lain walau pelbagai pahit getir yg dilalui oleh Adinda utk menyesuaikan dirinya dgn kerenah William yg pelbagai.
M&MA tak lepas dr isu pakcik bawang. Ingatkan makcik2 bawang je yg suka mengata. Namun Raizan juga tidak kurang hebatnya membawa cerita yg bukan2 hanya kerana cintanya ditolak. Tapi bila rahsia Adinda terbongkar barulah padan dgn muka si Raizan tu. Itulah suka sangat membuat kesimpulan tanpa mahu menyiasat dahulu latar belakang seseorang.
Satu lg isu yg plg ketara ialah tentang derhaka seorang ibu terhadap anaknya. Untuk kepentingan diri sendiri Puan Sri Natasha sanggup menggunakan William. Puan Sri Natasha tahu bagaimana kerasnya William tetapi bila melibatkan dirinya, William pasti akn cuba berlembut kerana sejak kecil lagi William sgt dahagakan kasih sayang ibunya. Dan itu jugalah yg menyebabkan Puan Sri Natasha mengambil kesempatan ke atas William dan selalu cuba utk menjatuhkan rumah tangga yg dibina oleh anaknya itu. Ermm
Kesimpulannya M&MA bukan sekadar novel cinta. Tetapi ianya diselitkan dgn ilmu dan kajian penulis terhadap sesuatu isu. Tahniah Adnil utk cerita ini👍
best sy suka.. watak dinda bijak.. bukan jenis cepat menuduh membabi buta .. nasib baik william terima dinda dan tak tarik tali. kalo dak merana.. buku ni menyebabkan aku carik semua kisah keluarga dinda bermula mak bapaknya sweet n dangerous, terrible prince yg bermasalah tp syg laura, jordan dgn si angle... tak sabar tgu next nobel.. hope masih best dan menyengat..5*tahniah adnill zaff..
Best. Menarik. Macam-macam plot cerita ni. Intresting sangat. Very details. Cerita pasal share dalam company, cerita pasal air crash, cerita pasal kucing. Wow! Semua details. Rasa macam baca buku ilmiah pun ada. 😅 Nice penulis 👍 Cuma 1 je, buku AZ memang tulisan dia kadang-kadang tu skema and baku, tapi tak pe lar, boleh hadap lagi sebab cerita best.
Watak William tu, garang nak mampus kat office, tapi bila dah start jatuh hati dengan Adinda, dah mula nampak hati tisu dia. Hahaha. Lepas kahwin dengan Adinda lagi la mengada-ngada dan bertambah hati tisu dengan isteri sendiri. Nasib baik lar Adinda tu larat nak layan perangai William. Dan boleh nampak jugak lar kadang-kadang tu macam William ni takut bini pun ada. Haha. Kelakar. Adinda pula, wow! Suka watak dia. Terlampau kaya tapi chill je, rilek je, takda nak canang pun pasal kekayaan dia. Dah lar kaya, cantik, bijak plak tu. Lagi suka cara Adinda handle mama William tu. Oo gosh! Tak boleh tahan dengan mama William tu, sampai kesudah dia punya tahap tamak tu. Geram!
homework ... homework ... baca ... selidik. ini bukan tentang kisah dalam novel ini. tapi tentang penulis yang all out untuk hasilkan sebuah karya yang punya value dan ilmu.
adinda bukan tipikal anak orang kaya. william juga. masing-masing bergelut dengan cerita sendiri. dah kaya pun bukan bermakna hidup tu terus senang. akan ada cabaran dalam cabang lain pula.
seperti william. dia ni ditidakkan hak sebagai seorang anak. bayangkan emaknya tidak pedulipun akan diri dia. tapi william, dalam garang, tegas dan tak peduli hal orang tapi bila sampai pada hal ibunya, dia kalah. dia tetap sayangkan si ibu walaupun puan sri natasha mengecewakan dia berkali-kali.
adinda satu hal pula. patut jadi doktor tapi dia tetap mencari hal lain yang dia mahu lakukan. sebenarnya dia tak tahu pun. dia cuma tak mahu terikat, tak mahu terjebak. pada pandangan akak, dia ada sikap penting diri sendiri juga.
mereka berdua bertemu. seorang bos dengan seorang PA. hambik ... ada saja yang tak kena. sikap william sering mencabar kesabaran adinda. namun, adinda tetap terus berkhidmat sebaiknya.
banyak kisah tentang perniagaan. cantik. detail tapi penerangan yang penulis sampaikan tetap sedap dibaca. daripada tak tau, boleh jadi faham.
watak-watak yang ada semua main peranan masing-masing dalam menguatkan cerita. bukan ada semberono.
hidup tak mudah. perlu ikut aturan dan jalan yang ada telah ditetapkan. akan jadi lagi mudah bila apa yang Allah tetapkan terus dipatuhi.
Bila baca novel ni, teringat Estaban. Antara William dengan Estaban, Estaban lebih teruk sebab main perempuan belakang isteri. Tapi aku rasa dua-dua teruk. 😂
Dinda sangat berkarisma. Suka gila dengan karakter dinda. William ni aku rasa nak hempuk-hempuk je.
Bab aircraft incident tu, mata aku bergenang dah. Sedih gila kat bahagian pakcik tu nak anak dia balik. Sebab tu, Humaira tak bagi Prince balik KL uruskan hal ni, Adinda yang sihat pun boleh terganggu dengan kejadian ni, kalau Prince yang uruskan aku rasa prince terus shut down his world from others.
Pak Syed Marwan ❤️ Tak sabar nak baca kisah Jordan pula.
Saya suka William sebab William sayang kucing. Untung "Makcik" dah jadi org London. Saya suka Adinda sebab Adinda wanita kaya...😆. Yg saya suka, Adinda seorg yg tegas. Tak lembik, cengeng atau gedik. Kerana novel ni saya kena cari novel ttg Puan Humairah & Tuan Fakhrul dan anak2 nya lain.
Cerita yg menarik. As usual, watak heroin dia dominant. Awal2 cerita bnyk kisah diorg berdua, dh nk habis tu bnyk tonjolkan watak heroin. Yg mne di Dinda and family dia busy dgn syarikat penerbangan diorg sbb .... Kena baca sendiri😂. Kdg smpai lupa mana pergi si William ni😂. Pastu konflik dh tamat, baru kisah diorg balik. But yeah, kena tunggu buku kedua which will have more conflict between them. Ikutkn blurb dr fb, anak sukung diorg meninggal and Will salahkn Dinda. So yeah, kena tunggu buku 2. Can't wait