Jump to ratings and reviews
Rate this book

Berhenti Tagih Cintaku

Rate this book
Lama merantau, Irdine nekad untuk pulang. Tapi dia berharap, kepulangannya ke bumi Malaysia bukan untuk dilukai lagi.

Namun siapa sangka, orang yang tidak ingin dia temui itu tiba-tiba muncul depan mata.

“Irdine nilah kekasih saya yang ‘hilang’ dulu. Orang yang saya tunggu selama ni.” – Danny Mirza.

Baru hari pertama di tempat kerja, Irdine sudah rasa seperti kepalanya dihentak batu oleh lelaki yang pernah buatkan jiwanya hilang suatu ketika dulu. Lelaki yang buatkan dia merantau jauh.

"Irdine, I sedia bertanggungjawab atas apa yang I lakukan pada you. So please, I'm begging you." – Danny Mirza.

“Don’t bullshit me with your lies, Danny. I tak perlukan you untuk bertanggungjawab. In fact, you don’t have to do anything at all.” Irdine Raisya.

Bagi Danny, dia langsung tak faham mengapa Irdine begitu keras hati. Betul dia pernah lukakan hati Irdine namun, tidak layakkah dia mendapat sebuah kemaafan?

“You nak sambut tangan I aje ke ataupun you nak I cempung you terus?” – Danny Mirza.

“You ni dah macam orang gila talak. I tak faham kenapa you asyik nak kacau hidup I.” – Irdine Raisya.

Mampukah Danny menagih semula cinta Irdine? Apa pula yang disimpan Irdine sehingga Danny dilabel sebagai kesalahan terbesar dalam hidupnya?

Dan bila segalanya terbongkar, Danny bagai jatuh terduduk.

"Tell me Irdine, why did you do that? I faham kalau you bencikan I, tapi salah tu salah kita bersama. Kenapa you nak hadap sorang-sorang?” – Danny Mirza.

Ya, mereka pernah melakukan kesilapan. Tapi adakah jalan bahagia akan terus tertutup hanya kerana satu kesilapan?

Berjayakah Danny yakinkan Irdine yang mereka masih punya peluang untuk bahagia bersama?

506 pages, Paperback

Published October 1, 2020

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Lynn Azami

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (12%)
4 stars
7 (87%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
January 18, 2021
manusia punya ego. memang tak boleh nak dinafikan langsung. baik, lembut macam mana pun tetap akan ada.

kalau tidak, masa kan irdine sanggup merantau tinggalkan tanah air selepas terluka. selepas lapan tahun baru nak kembali.

dan manusia yang bernama danny mirza yang dielakkan sangat itulah yang dia ketemu kembali. bos pula tu di tempat dia diterima bekerja. takkanlah sebab danny, dia yang baru kerja sehari nak letak jawatan, ya tak?

yang bagusnya, irdine tetap tidak menyalahkan danny atas kesilapan silam. dia salahkan dirinya sendiri yang jatuh cinta hingga jadi stalker pada lelaki itu. segala kecewa dan luka ditanggung sendirian walaupun digasak keras oleh keluarga.

danny pula. dia yang puan penulis Lynn Azami gambarkan, tidaklah jahat mana. kesilapannya cuma ialah tercabar dengan perempuan dan mangsa adalah irdine. tapi dia tetap menerima hukuman bila irdine itulah menjadi kegilaan hatinya hingga tak mampu pandang pada yang lain.

irdine suka terus buat andaian sendiri. danny pula langsung tak boleh lupa cintanya pada wanita itu. kemuncak bila danny tahu rahsia besar yang irdine simpan bertahun lama dan dia amat kesal dan menyesal. nak patah kembali waktu silam memang langsung tak boleh.

dia cuma boleh berharap dan berdoa, irdine menerima dia kembali.

itulah kuasa cinta. adakala butakan mata, dan juga mata hati manusia.

tapi

cinta juga

mampu melerai segala kekusutan dan masalah yang berselirat

bila hati bekerjasama dengan akal yang waras.

cuma perlu

fikir sebaiknya.

dan

DOA.
Profile Image for Yan.
116 reviews2 followers
September 4, 2025
Another second chance romance book, and surprisingly, I enjoyed reading this one…❤️💛💖

𝑩𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊 𝑻𝒂𝒈𝒊𝒉 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂𝒌𝒖 𝒃𝒚 𝑳𝒚𝒏𝒏 𝑨𝒛𝒂𝒎𝒊

Rating: 🌟🌟🌟🌟

Seorang wanita bertemu kembali dengan ex-boyfriend nya, setelah 8 tahun berpisah. Dalam hati wanita itu, dah lama dia padam nama lelaki itu. Namun, si lelaki terus mengejar, menagih kembali cinta si wanita. Berjayakan si lelaki, untuk bersama dengan si wanita itu? Mampukah si wanita memberi peluang kedua kepada lelaki itu?

ML - Danny Mirza / Danny / Mirza
Boss di syarikat tempat FL bekerja. Seorang yang kaya and good looking. Typical ML dalam novel gitew…🤣😂

“𝑰𝒓𝒅𝒊𝒏𝒆, 𝑰 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒑𝒖𝒕𝒖𝒔 𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒚𝒐𝒖. 𝑰 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒆𝒏𝒕𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂𝒊 𝒚𝒐𝒖.” 𝑫𝒂𝒏𝒏𝒚 𝒕𝒐 𝑰𝒓𝒅𝒊𝒏𝒆.

Dia punya sayang kat FL tue, for 8 years dah tak pandang mana2 wanita dah…❤️💛💖

FL - Irdine Raisya / Irdine

Pernah bekerja di luar negara selama bertahun2. Balik Malaysia, dapat offer di satu syarikat. Pada awalnya, FL tak tahu pun yang dia bakal bekerja di bawah pengawasan ML…🤣😅

This story sebenarnya simple. Takder villain pun. Konflik utama, adalah rahsia yang disimpan oleh FL setelah berpisah dengan ML. Waktu belajar dulu, ML & FL adalah pasangan kekasih yang hangat bercinta. Cuma characters mereka agak berbeza dengan waktu dah kerja nie. ML pada masa tue, jenis dingin, kuat cemburu, layan acuh tak acuh jer. FL pula, sebab ML nie merupakan crush dia, jadi dia bagi sepenuh hati, jiwa dan raga kepada ML. Kiranya, cinta mati lah kat ML…🙂‍↕️🙂‍↔️

Then, something happened, yang menyebabkan FL minta untuk berpisah. At that time, kerana ego, ML langsung tak pujuk FL walaupun dalam hati dia, dah cinta separuh nyawa kat FL…😩 Lelaki dan ego, berpisah tiada…😒

Selepas 8 tahun, mereka bertemu kembali. Kali nie sebagai boss & pekerja. Masa nie, ML dah tak tunggu dah, terus pikat FL kembali. FL pula, dah jadi dingin, hati beku bagai. Siap cakap, ML was her biggest mistake in her life. Noohhh, sebijik dia bagi kat ML…😵

Kita suka dengan isu yang cuba dibangkitkan dalam buku nie, iaitu zina. Kerana berzina, impak dia bukan setakat pada pasangan kekasih tersebut, tetapi tercalit juga pada keluarga dan orang sekeliling. Penyesalan akibat berzina nie, akan dibawa sampai mati. Seronok sekejap jer, tapi derita & luka, bertahun2 tak sembuh…🥺😩 Sebab tue, agama memang dah melarang sangat2 zina nie. Sebab takder benda yang baik, lahir daripada dengan berzina. Benda yang Allah dah larang tue, jangan hampir atau dekatkan diri pun.

Kita suka dengan watak ML. The way dia menyesal for what happened. Efforts dia nak cuba baiki kesilapan masa silam, sanggup tebalkan muka jumpa family FL, walaupun dia tahu dia bakal kena ‘bambu’ dengan family FL. Yang penting, he’s not a coward. Berani buat, berani berdepan dengan apa jua yang akan datang…😍

The angst dalam buku nie sekejap jer. Sebab rahsia tue pun, awal2 ML dah dapat tahu. So, part grovel tue, sekejap sangat. Kita tak puas sungguh…😅😂

Walaupun kita suka dengan buku nie, tapi, bagi kita, bahagian selepas mereka berkahwin, agak mendatar bagi kita. Yer lah kan, dah habis konflik utama. Lepas kahwin tue, dah tahu dan boleh agak scene manis2 mereka berdua. So, bagi kita, agak bosan…🙂 Tak perlu ada pun, rasanya okey jer.

Buku nie, kesalahan ejaan dia agak minimal. Tak banyak. Sama juga dengan grammar mistakes untuk English sentences. Pun very minimal. Good job author & editor…👏🏻👍🏻 Penulisan bagi kita, sedap dibaca.

Apa2 pun, kita tak pasti kalau author nie masih lagi aktif menulis atau tidak. Overall, kita sukakan buku nie. Untuk author, jika masih menulis, all the best untuk akan datang…👏🏻👍🏻
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.