Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Buah Hati Encik Sendu

Rate this book
Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di sisi. Aku ingin terus hidup!

Lebih menyedihkan, keadaan hidup kami yang susah langsung tak dipeduli oleh adik-beradik belah ayah. Tapi bila sebut soal harta peninggalan arwah ayah, laju saja nak uruskan. Dapat tahu semua harta atas nama aku, mereka buat rancangan sendiri nak kahwinkan aku dengan entah siapa. Habis, adik-adik aku siapa nak jaga?

Bila tahu Ngah Zamri nak kahwinkan aku, tergesa-gesa Hajah Sanisah datang nak pastikan. Lega dia bila aku tak ingin pun kahwin.

"Tak payahlah nak kahwin dulu. Kalau betul kamu nak kahwin, Zahar ada Uzair pun ada. Ambil ajelah yang mana satu kamu suka, Jee."

Siap dia buat tawaran lagi dua anak teruna dia. Tak cukup Hajah Sanisah, salah seorang anaknya sibuk betul bertanya.

"Aku dengar mak saudara kau nak kahwinkan kau dengan pilihan mereka. Betul ke?"

"Haah."

"Kau setuju?"

"Kau tengok muka aku memang gatal nak kahwin ke?"

"Ada juga sikit-sikit."

"Sengal!"

Tapi aku tak perlu ambil kesah sebab apa yang penting sekarang aku harus kerja keras membanting tulang demi pastikan adik-adik cukup makan dan pakai. Akulah harapan mereka semua.

Dalam mengharungi susah dan senang, ada si dia yang sentiasa ada untuk aku. Dia pasti ada. Tanpa pernah aku minta, dia tetap peruntukkan masa buat aku.

"Jee..."

"Ya."

"Kalau kau nak kahwin sangat, kahwinlah dengan aku."

"Nantilah, kalau dah tak ada siapa-siapa nak aku, aku cari kau. Tapi tunggu Ammar keluar universiti dulu."

"Baik, aku tunggu."

Inilah potret kehidupanku yang sederhana bersama keluarga dan orang tersayang. Sarat cerita duka dan ria namun kami tetap bahagia dengan cara kami sendiri.

397 pages, Paperback

Published November 1, 2020

1 person is currently reading
54 people want to read

About the author

Airisz

10 books128 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (31%)
4 stars
45 (43%)
3 stars
24 (23%)
2 stars
2 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
December 13, 2020
[147-2020]

#CikBuahHatiEncikSendu #Airisz

Kadang kala saya keliru bila melibatkan cerita Airisz dan Marissa. Dua-dua ada persamaan iaitu heroin bukan heroin cengeng dan ceritanya ringkas tidak perlu panjang berjela. Luv!

Untuk novel CBHES ini, sejujurnya air mata menitis bila melibatkan kisah nenek Jee. Mula-mula tu benci betul watak nenek Jee. Tapi saat dia mula mengenal keluarga Jee, menangis betul. Hahahaha. Ceritanya ringkas. Kisah kehidupan yang berlaku pada zaman ini. Anak-anak tidak mahu menjaga ibu bapa, berebut harta si mati. Sungguh terkesan di hati.

Keseluruhannya, novel ini tidak bermain dengan emosi yang melampau. Cukup penulis memberi fokus pada isu semasa, saya sebagai pembaca terasa sampai ceritanya. Cuma itulah kalau diberi fokus lebih sedikit kepada kisah cinta Jee dan Uzair mungkin lagi manis ceritanya. Apa-apapun tahniah buat Airisz!! Antara novel yang wajib dimiliki daripada penulis.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 7, 2020
seperti biasa, Airisz Novelis tak pernah mengecewakan pembaca dengan kisah yang disampaikan.

kali ini fauziah hanim yang berusaha keras dalam menjaga adik-adik dan emaknya. ayahnya meninggal tiba-tiba dan emaknya yang baru berapa hari bersalinkan adik bongsu mereka mengalami kemurungan.

suka dengan gambaran adik-beradik fauziah hanim ini. masing-masing rapat dan saling bergantungan antara satu sama lain. tau tugas masing-masing dan punya kelebihan masing-masing.

uzair. si kacang hantu tapi sangat baik dengan orang kampung. dengan fauziah hanim memang awalnya asyik bergaduh tapi keikhlasan uzair nampak waktu dia sama-sama cari mak fauziah hanim yang hilang ketika itu.

bukan boleh bawa main sakit kemurungan ni. tak tahu apa yang mereka fikirkan tambah seperti mak fauziah hanim yang baru lepas bersalin. padan juga dengan muka nenek yang kena balun. celupar lagi mulut.

kisah anak-anak yatim dan harta yang direbutkan. jelas, faraid bukan pembahagian yang menyukarkan kalau betul-betul ikut landasan yang ditentukan oleh agama Islam. bukan sekadar terima lepas tu anak yatim yang tinggal dibiarkan. jelas, saudara sebelah lelaki yang menerima harus bertanggungjawab untuk menjaga yang tinggal ini. arwah ayah fauziah hanim bijak menamakan semua padanya supaya keluarga mereka tidak terjejas. geram dengan perangai adik-beradik arwah ayahnya yang sibuk dengan harta yang ditinggalkan, tanpa nak fikir fauziah hanim bertujuh beradik.

kasih ibu. nenek ini gambaran ibu yang memilih kasih tapi akhirnya sedar anak-anak tak harus dilayan pilih bulu. yang pandai dan berharta dilebihkan dan yang biasa dan kurang berharta dipandang sepi. kasihan juga pada nenek ini.

hidup bukan untuk menongkat langit. segala yang payah boleh dilaksanakan dengan azam dan tekad yang tak henti.

rezeki juga akan datang tepat pada masa. adakala yang tak disangka.

Allah punya rencana. takkan pernah silap untuk umatnya.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 7, 2021
Nama Airisz tak lagi asing dalam dunia penulisan. Cerita yg dibawa oleh penulis, semua jenis sempoi2 je. Takdela cerita yang sakit2 kepale. Xde la langau2 yg over bagai. Lebih kepada kehidupan seharian mereka yg bergelar manusia biasa, yg hidup dikampung. Bergelumang dengan tanah demi mencari sesuap nasi
.

Cik buah hati encik sendu mengisahkan kehidupan seorang gadis yg baru berusia 18 tahun diuji oleh Allah dengan kematian ayahnya. Ditambah ibunya yg baru bersalin adik bongsunya seperti tdk dpt menerima hakikat pemergian suami tercinta. Ibunya duduk di dlm dunia sendiri. Tanggungjawab terhadap anak2 yg ditinggalkan oleh suaminya diabaikan tanpa sedar. Demi adik2,demi ibu dan demi arwah ayahnya, Fauziah aka Jee memikul tanggungjawab sbg ibu dan ayah
.
Adik2 Jee turut sama2 memikul tanggungjawab untuk keluarga mereka. Masing2 sedar bahawa mereka perlu berganding bahu dlm menjaga keluarga mereka. Mujurla ada adik beradik ibunya yg membantu. Adik beradiknya ayahnya, masing2 melepaskan tanggungjawab yg sepatutnya mereka ambil. Ditambah nenek menganggap mereka adik beradik seperti org asing
.

Uzair, si kutu rayau. Anak orang kaya. Tp pemalas. Sering mencari gaduh dgn Jee. Namun sebenarnya ada yg dia pendam
.

Nenek jatuh sekali. Setelah dipassing oleh anak2nya ibarat bola. Lalu rumah Jee menajadi destinasinya yg terakhir
.

Hubungan Jee dan Uzair makin rapat setelah sedikit demi sedikit perangai Uzair berubah ditambah usaha yg dilakukan Uzair utk mengubah hidupnya. Hinggakan Uzair mampu menggajikan Jee bekerja dgnnya
.

Diakhir2 cerita, aku sedikit sedih dgn kisah nenek mereka. Pengajaran utk mereka yg memilih kasih. Dan aku sukakan pengakhiran bg bapa dan ibu saudara jee. Mereka menerima balasan atas perbuatan mereka terhadap Jee sekeluarga dan jua ibu mereka. Jangan pernah sesekali menyakiti ibu sendiri. Kelak binasa badan. Aku sukakn perhubungan yg tercipta antara Jee adik beradik. Sangat utuh. Begitu jua hubungan ibunya serta maklong dan maksunya. Susah senang bersama
.

Tahniah penulis. Banyak pengajaran yg beliau sajikan buat pembaca
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
April 2, 2021
Tak... Takde apa yg salah dengan kisah ni. Cumanya bukan taste aku. Memang tak boleh masuk sangat dengan kisah buku ni.

Hmm, lebih tertumpu pada kisah kehidupan — nilai tanggungjawab.

Bila baca buku ni, dengan fikiran aku sekali rasa terbeban membayangkan tanggungjawab Jee kena pikul seawal usia 18 tahun. Kena jaga mak yg sakit meroyan sebab baru kematian suami, pastu kena sara pula 6 orang adik — Faridah (17 tahun), Irfan (15 tahun), Farhana (9 tahun), Luqman (7 tahun), Faizzah (4 tahun), dan Ammar (si bongsu yg baru lihat dunia).

Harapan aku baca buku ni ingat nak baca kisah santai-santai, rupanya... jeng jeng jeng.

Kisah ni agak berat untuk aku. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. (?)

Lebih-lebih lagi, memang jahanam sungguh watak-watak pak saudara dan mak saudara belah ayah Jee. Si nenek tu pun sama jer jahatnya, tengah-tengah buku baru nak insaf. Biasalah cerita...

Tapi aku sangat puas hati dengan pembalasan yg semua anak nenek dapat pada akhirnya. Mak Long Aishah, Pak Ngah Zamri, Pak Cik Saiful, semua akhirnya dapat balasan, kahkahkah memang padan mukaaa. Paling sadis Pak Ngah Zamri lah.

Kalau nak harapkan kisah cinta yg manis bergula, memang taklah. Ini kisah Jee yg jadi ketua keluarga, kerja keras setiap hari untuk tanggung keluarga. Di sebalik kesusahan yg Jee lalui, selalu ada Uzair. Bagi Jee, Uzair selalu ada untuk dia kala susah dan senang, sebab itu tanpa ragu-ragu dia terima perasaan Uzair pada dia.

"Lelaki yang baik adalah lelaki yang tahu tanggungjawab dia sebagai lelaki." — Jee

Dan Uzair pula contoh lelaki yg bertanggungjawab. Senang cakap, sikap rajin kerja dan bertanggungjawab ni ada pada kedua-dua watak Jee dan Uzair. Memang sepadanlah dua orang ni.

Keseluruhan jalan cerita memang berfokus pada kehidupan Jee sekeluarga. Memang betul-betul Jee yg mendominasi kisah. Kadang-kadang aku rasa watak Uzair tu pun ala-ala watak sampingan jer, sebab tak dominan dan kurang aura heronya — mungkin inilah juga salah satu sebab utama kenapa cerita ni tak berjaya tarik perhatian aku dari mula.

Bagi aku, watak Uzair memang tak menonjol sangat. Hmm, babak-babak dia tu memanglah ada dalam buku ni. Cuma... bila dah ramai sangat watak-watak dalam buku ni — watak orang-orang kampung lagi, keluarga belah ayah lagi, keluarga belah mak lagi, n blablabla — buatkan watak Uzair kadangnya tenggelam. Tambah-tambah lagi buku ni POV 1 (Jee). Jadi kalau ada hari yg Jee jumpa Uzair, adalah babak Uzair tu. Kalau takde, takdelah.

Jadi disebabkan itulah aura Uzair sebagai hero tak terasa sangat, rasa macam dia ni member Jee jer, bukan kekasih. Lebih-lebih lagi Jee jenis yg serius dan tegas, jadi takdenya Uzair nak usik lebih-lebih. Yalah, Jee pun sibuk buat kerja selalu, Uzair pun kerja. Masing-masing bila jumpa pun, cakap hal sesama sendiri saja, saling kongsi masalah, saling menasihat. Takdenya ayat-ayat sweet romantis macam pasangan lain.

Memandangkan perwatakan Jee yg serius, dan kisah ni pun bukan kisah lawak, itulah yg buat aku rasa cerita ni berat dan tak mampu hiburkan aku. Aku tak pasti ada ke tak scene lawak dalam buku ni. Rasanya tak wujud.

Satu-satunya scene yg manis antara Jee-Uzair adalah scene epilog. Makna kata, kau kena rempuh dulu segala ranjau kepahitan konflik di depan baru kau boleh nikmati satu scene manis terakhir dalam buku ni, hahaha.

Jadi bagi sesiapa yg memang sukakan kisah kehidupan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kurang elemen cinta, boleh cuba buku ni. Banyak pengajaran yg boleh diambil.


p/s; walaupun Uzair tak sweet macam kebanyakan hero, tapi special-nya dia ialah keikhlasan dia pada Jee. Apa saja sanggup dia buat untuk Jee. Ada satu scene ni, dia siap belanja baju-baju sekolah untuk adik-adik Jee yg ramai tu. Awal-awal lagi dia dah ada sikap ambil berat pada bakal adik-adik ipar, hahaha.
Profile Image for Cutie_pie28.
387 reviews8 followers
May 21, 2025
Cerita yg sarat ttg keluarga, tanggungjwb..

Jee anak sulong.. baru kematian ayah die selepas 3ari mak die bersalin.. dlm pada tu, mmg mak die murung..

Jee bertungkus lumus membanting tulang utk kelangsungan hidup die, adik² die..di bantu Angah dan Alang.. ade 2 org pakcik dri sbelah arwah ayah pun tk di hirau nyee..

Satu ari nenek yg membenci keluarga Jee ni, di hantar oleh Pak Ngah sbb nenek sakit dan tk bole jaga.. byk dugaan dan cabaran bile dorg jaga nenek.. last² mmg smue ank tg lain tk heran pun..

Best cerita nie.. santai jee baca.. cume cerita die lepas kawin tu skejap sgt..
Profile Image for nrrafitah.
115 reviews4 followers
September 5, 2024
3.5 ⭐️

Novel ni penuh dengan pengajaran dan isu kekeluargaan. Masih kekal dengan tema berlatar belakangkan kampung plus pekerjaan yang biasa. Tak cliche gitu.
Bila orang gila harta plus buta hati ni mmg sanggup buat apa saja kan? takda belas ihsan langsung dekat anak2 yatim. Anak buah sendiri pulak tu. Sanggup family belah ayah Jee buat macam tu, menyirap ja aku yg baca ni. (yaa mmg realitinya ada segelintir orang macam ni tapi takpa, kifarah Allah tu kan ada) Suka dengan adik beradik jee ni semua tahu tanggungjawab masing2 walaupun masih kecil. Pandai berdikari. Best!
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
April 7, 2021
Naskah ini penuh dengan pengajaran dan nasihat.

Terhibur baca naskah ini. Masa keluarga belah arwah ayahnya datang sebab harta, menyirap darah. Inilah zaman sekarang. Pasal harta pusaka ramai orang buta mata buta hati.

Suka pada uzair yang sentiasa berada disisi jee tanpa diminta. Ada je hero datang. Sweet!

Kesian nenek, sampai hati anak² sendiri membuang. Minta dijauhkan perangai tak elok itu dari kita semua.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
October 27, 2024
Sinopsis Ringkas: Kematian ayah Jee yang secara mengejut itu membuatkan emaknya yang baru sahaja melahirkan adiknya menjadi tidak terurus & mereka adik-beradik hilang tempat bergantung. Jadi, Jee ambil keputusan untuk ambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga & melupakan masa depannya. Apa yang jadi seterusnya?

Nak baca buku yang fully bercakap soal tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai ibu bapa dan anak. Ini bukunya. Terus rasa macam wake up wake up! Ayuh samangat kerja keras macam Jee jugak!
Sebagai anak sulung, dia memang tegas, pandai sorok perasaan dan banyak berkorban. Buktinya, tak nampak sangat Jee dalam fasa sedih selepas ayahnya meninggal. Sebab dia terus terfikir apa nak buat lepasni.

Secara peribadi, kita rasa watak Jee sangat menonjol sampaikan watak hero tenggelam. Macam tak seimbang. Uzair tu dia menyerlah bila ada scene dieorang. Lepastu poof macam turun balik graf. Tahap manis pun kita rasa macam samar-samar. Kita boleh cakap relationship Jee & Uzair macam cinta orang matang yang serius tapi tak serius hshs see so complicated nak describe. Relationship dieorang takda konflik. Lebih pada saling ada susah senang & tulang belakang sesama sendiri.

Banyak yang nak diperkatakan tapi kita rasa pengajaran paling penting kalian boleh dapat dalam buku ni ialah jangan sesekali kita campak ibu ayah kita macam sampah selepas mereka dah tua dan sakit. Kita lupa nak didik diri kita untuk tidak lupa diri. Bayangkan, pada awal cerita memang menyampah juga dengan nenek Jee.
Profile Image for Iqa.
142 reviews4 followers
August 19, 2022
So chill! I love that it’s not like most of the cliche Malay plot. The characters are not as cringey and their relationship development was so cute. Some light issues here and there.

Legit loved how Uzair is always there for Jee. Their banters.

It was a one-of-a-kind read.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
December 10, 2020
Cerita yang sarat dengan nasihat.
Fauziah Hanim @ Jee baru kehilangan ayah dan maknya yang baru melahirkan anak ke tujuh, sakit meroyan. Jee perlu kuat untuk mak dan adik-adiknya. Jee tolak untuk sambung pelajarannya demi untuk menjaga keluarganya. Mereka adik-beradik perlu berkerjasama untuk jaga sesama sendiri. Cubaan datang dalam bentuk nenek yang pilih kasih, pakcik dan makcik yang sombong dan tamak harta, Fatin yang suka serang dia dan lain-lain lagi. Bolehkah Jee jaga keluarganya? Adakah pengorbanannya berbaloi? Antara lelaki yang disyorkan untuk dirinya oleh orang-orang sekeliling, siapakah yang bakal dapat hatinya?
Profile Image for Batrisyia .
58 reviews3 followers
June 30, 2025
4/5

bertema latar belakang yang memang sekarang banyak terjadi dalam keluarga di Malaysia it's really good untuk baca dalam sehari
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
May 10, 2021
Sebab aku peminat Airisz, aku suka buku ni. Abaikan je tajuk tu tapi hayatilah jalan ceritanya. Aku lebih tertarik untuk baca sebab kisah hidup Jee tu memang ada terjadi dalam realiti kehidupan kita. Saat si ayah meninggal dunia, siapa dan berapa ramai yang sudi datang membantu dan membela nasib si anak yatim? Susah nak cari waris atau saudara yang sibuk perjuangkan hak anak yatim. Ya, masih ada waris dan sedara yang baik tapi yang suka mengambil kesempatan pun ramai. Rasanya lebih ramai sibuk berebutkan harta si mati berbanding sibuk jaga anak-anak yatim tu. Tapi yg manisnya dalam buku ni bila orang kampung dan ibu saudara sebelah emak Jee sangat baik pd Jee sekeluarga. Tak lokek hulur bantuan. Seronok aku baca.

Kalau korang expect buku ni ada jalan cerita dan scene manis bergula, aku nasihatkan sila cari buku lain. Baca blurb kat belakang buku pn boleh teka kan kisah ni lebih kepada isu keluarga. Jadi, jangan la bandingkan dengan buku lain kenapa hero buku ni tak sweet ke apa.. Mungkin sebab aku dah berusia, jadi aku takde masalah untuk baca buku sebegini. Tak perlu ada adegan mesra dan manis yang keterlaluan. Kalau Airisz tambah adegan tu semua memang lagi baik tapi nanti buku ni akan jadi tebal. Setakat koleksi yang aku ada, buku-buku Airisz semua memang tak tebal pun.

Aku tak kata buku ni best..nanti korang baca, korang rasa tertipu pulak. Aku cuma kata aku suka buku ni.. sebab jalan ceritanya memang sesuatu yg terjadi dalam kehidupan kita. Ada rasa puas hati bila pakcik makcik Jee yg sombong dan tak guna tu akhirnya dapat balasan setimpal. Aku geram jugak kt nenek dia sbb pilih kasih dan bezakan anak cucu.. tapi mujur nenek dia sempat berubah sebelum meninggal. Cuma aku simpati kt nenek dia bila dia nak sangat jumpa anak2 tapi sorang pn taknak datang melawat. Last2 meninggal dan Jee langsung tak khabarkan pada makcik pakcik dia (atas permintaan terakhir nenek dia). Itu yg Ngah Zamri meraung bila tau mak dia dah lama meninggal tu.

Bacalah buku ni kalau korang rasa nak lari dari kisah2 cinta tiga segi dan projek juta2 yg kerap kita jumpa dlm buku lain tu. Ada banyak pengajaran dan iktibar yg boleh kita ambil dari cerita ni. Paling penting, mujur arwah ayah Jee sempat letak nama Jee sebagai pewaris utk tanah kebun diorang. Bayangkn kalau masih nama ayah Jee? Baru seminggu ayah dia meninggal pakngah Jee dah sibuk datang tuntut harta. Langsung tak tanya khabar anak sedara. Muka tak malu! Perkara ni tak ramai yg alert. ayah2 diluar sana mungkin patut fikir.. andai si ayah meninggal dunia, apa akan jadi pada balu dan anak2?

Maaf kalau review ni agak berbelit. Aku memang tak pandai buat ringkasan. huhu.
22 reviews3 followers
August 17, 2022
Pertama kali baca buku penulis ni. Ramai yang sebut2 tapi baru kali ni tergerak nak cuba baca. Dan buku tajuk ni memang buku yang baik (bagi saya). Daripada segi isi, plot, pengajaran dan dialog semua bagus.

Sebelum buat keputusan nak beli saya suka tengok review di GR atau blog. Dan ternyata saya tak menyesal langsung. Buku ni sesuai untuk semua lapisan umur baca. Tak ada babak bawah umur atau dialog 'double meaning'. Latar tempat ialah suasana kampung jadi sekali sekala keluar daripada kisah Megah Holdings, buku ni berjaya menambat hati saya.

Fauziah Hanim/Jee, seorang kakak sulung yang sangat bertanggungjawab menyara keluarga selepas ayah kesayangan meninggal dunia. Tambah pulak mak hilang arah atau orang kata meroyan (sebab baru bersalin anak bongsu) jadi semua letak di bahu Jee. Saya pun tabik spring dengan Jee sebab ada serba sikit persamaan antara kami. Mampukah saya sekuat Jee kalau diuji begitu hebat😌.

Tambah pulak keluarga belah arwah ayah masing2 ada saja ulah, mengganggu Jee sekeluarga. Tak ada rasa simpati dan empati langsung. Nak tuntut harta lah, nak kahwin kan Jee dengan kerabat diorang lah, macam2 lagi. Acah2 nak ikut faraid tapi mereka sndiri ke laut dalam.

Mujur keluarga sebelah mak Jee semuanya baik2. Jiran tetangga sekampung juga Bagus2. Jadi tak ada lah nasib anak yatim Jee dan Adik2 terbiar. Keadaan jadi makin konflik bila nenek, iaitu mak kepada arwah ayah Jee sakit dan tiada anak2 nak jaga. Semua pakat hantar ke rumah Jee atas alasan masing2 sibuk dan tak selesa dengan mulut lancang nenek. Pada awal, Jee dengan adik dia Faridah konflik sikit sebab Jee memanggg tak kenan dengan nenek. Yalah mereka ialah cucu2 dan menantu (mak Jee) tak disukai oleh nenek sejak dari awal ayah kahwin dengan mak. Tapi atas sebab kelembutan hati Faridah, Jee mengalah. Nenek lama2 terbuka mata siapa permata siapa kaca.

Dan plot bergerak ke depan sampai penamat. Buku ni buat pembaca ada banyak emosi: sedih, terharu, sebak, gembira, marah, benci. Pengajaran pulak, saya boleh katakan banyak. Tak dapat nak senaraikan. Tapi percaya lah kalau dibaca penuh penghayatan (walau kisah biasa), akan meresap ke hati. Ini kisah masyarakat dan selalu terjadi keliling kita. Paling utama, ingat lah ibu itu wajib dihormati, ditaati, disayangi selagi mana tak bercanggah hukum Allah. Bahagia ibu kerana kita, InsyaAllah bahagia dunia akhirat. #nasihatuntukdirisayajuga
Pengakhiran kepada watak2 aura negatif juga diselit dihujung cerita untuk teladan pembaca.

Kalau pembaca cari kisah cinta, bukan ini novelnya. Ada serba sikit kisah perasaan dan hati Jee dan Uzair. Tapi setakat itu. Penulis sebenarnya nak menyampaikan sesuatu lebih daripada itu. Hidup ini bukanlah bertunjangkan cinta semata kerana ada prkara lebih penting selain cinta.

Ini novel tentang kehidupan serta rencah dan asam garam realiti dunia. Kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya.

Saya amat cadangkan pada siapa2 untuk baca novel ni. Mana tahu sifat Egois dan narsisistik dalam diri boleh diturunkan.

Sekian review saya😊✌🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Booku Puspita.
43 reviews
December 17, 2025
Fauziah Hanim, atau nama panggilannya Jee, merupakan anak sulung daripada tujuh beradik. Seorang anak sulung yang menggadaikan masa depan demi menjaga ibu dan adik-adiknya selepas ayah meninggal dunia.

Ibunya mengalami penyakit murung hanya tiga hari selepas melahirkan adik bongsu, ditambah pula dengan pemergian ayah secara mengejut.

Jee bukan watak klise yang asyik bersedih dengan nasib. Dia jenis kuat, hadap apa saja keadaan tanpa banyak merungut. Mulut dia pula memang jenis cakap terus terang. Kalau dia tak suka, dia akan cakap. Memang jenis basuh orang sampai orang tu boleh terdiam. Dan yang paling penting, Jee takkan bagi ruang untuk orang luar sakiti keluarga dia.

Uzair, si kutu rayau yang suka pada Jee. Mujur Jee bagi kesedaran dekat dia untuk berubah. Dari budak yang asyik lepak, Uzair perlahan-lahan jadi rajin. Tiba-tiba je dia pergi kursus tanam rumput untuk makanan ternakan macam lembu. Semua tu sebab Jee.

Hubungan diorang pun tak macam couple biasa. Lebih kepada kawan-kawan. Tak ada sweet-sweet berlebihan sebab bagi Jee, manis-manis ni tak buat kenyang pun. Lebih baik cari duit dan hidup bahagia cara sendiri, sama macam arwah ayah dan ibu dia dulu.

Dalam cerita ni, kita memang geram dengan nenek dan adik-beradik belah arwah ayah Jee. Nenek yang pilih kasih, adik-beradik yang susah nak ambil tahu pasal keluarga Jee. Tapi bila bab harta, laju je muncul. Paling sakit hati bila anak-anak lepas tangan dan suruh Jee jaga nenek, sedangkan Jee sendiri ada keluarga kecil yang perlu dijaga.

Tapi bila nenek meninggal, nangis juga kita. Dan kita puas hati dengan balasan yang pak dan mak saudara Jee terima.
Profile Image for WaniEzanee.
8 reviews
October 12, 2022
Keseluruhan buku yang memang sarat dengan pengajaran. Pengolahan watak memang menjadi terutama untuk watak Fauziah. Aku suka watak Fauziah yang lantang, ada pendirian dan tegas. Memang bukan watak lembik mcm jelly. Penulis x jadikan watak fauziah sempurna serba serbi. Dia pun ada kekurangan contohnya sikap dia yang degil dan agak panas baran. Cara penulis describe suasana dan kerja-kerja kampung memang menjadi sbb sbgai pembaca feel kampung tu sampai.

Cuma kadang-kadang ada rasa jugak gaya penulisan mcm baca buku komsas dekat bahagian tertentu. Agak skema tp tak menganggu pembacaan sebab jalan cerita yang menarik. Buku ni sebenarnya banyak fokus pasal kehidupan Fauziah dan konflik keluarga dia berbanding hubungan dengan hero jadi jangan expect buku ni fully buku jiwang. Buku ni sngat realistik dan berpijak di bumi nyata. Overall buku yang menarik dan berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 13, 2021
Sejujurnya kisah² Airisz sudah blh nampak endingnya seawal membaca!. Gaya terus ke isu itu menjd 'tanda' seorg Airisz! Ikut diri sendiri menerima mcm mana dan bagaimana. Yg pd saya, saya enjoy membacanya!

Perjlnan hidup seorg fauziah hanim, yg teruji dan diduga..tk kuat iman mmg tunduk mengalah!
Menjd anak sulung, itu perlu kekuatan membawa 6 adik bradik utk lalui hidup tanpa seorg ayah wlu masih ada emak! Sayangnya si emak tdk sihat jiwanya.

Saudara? Kasihnya masa berada! Kala dilanda duka, usah nk dtg memberi sokong malah bertanya kabar juga payah!

Penulis ni, memberi kisah masyarakat. Yg benar ada kejadiannya. Jee seorg anak dan kakak yg baik! Berawal duka dan sakit, diakhirnya mampu jd senyuman bahagia! 😊👍
April 5, 2024
enemies?¿ to lovers

well basically bapak dia meninggal and all went wrong. Ada bapak saudara pon useless nak harta la malas jangan their own mom so kesian juga dekat Fauziah ni. This book is fast pace read so anyone yang taknak stress stress can read (i guess) but sumpah la weyh i wanna kick every single pakcik and makcik belah bapak diorang so bad and even their grandma aku nak kick tapi nasib baik dah taubat. Uzair is so understanding walaupun mula mula tu dia jadi penganggur berjaya tapi once he got the ilham memang rajin betul. this story more focused on family conflicts than love but seimbang la juga

The FL is so very rajin that even on the last sentence it says, “jom sayang. Kita potong rumput” lantak ko la bagus jadi rajin
Profile Image for Azie Syamimi.
1 review
January 20, 2021
Selalunya bila diri sendiri beli novel mesti tak best. Tapi bila kali ini beli, memang best! Kita sama Jee, anak sulung dan ada adik beradik. Bezanya kau budak kampung, menoreh getah, buat semua kerja sendiri pada usia yang sangat muda. Memang jadi si sulung menjadi berat bila banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.

Bila part nenek kau meninggal Jee, serius sedih. Tiba-tiba aku rasa seperti ada diposisi itu. Tapi siapa sangka kan, mak kau adik-adik kau semua berjaya. Kau pun apa kurangnya.

Tahniah penulis. Novel yang sangat bagus & ada terselit pengajaran! Moga terus berkarya dan dipermudahkan!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
March 3, 2021
Jika anda inginkan kisah cintan-cintun dalam naskhah ini , rasanya hanya 20%. Nashkah ini sarat dengan nasihat & teladan yang sangat berguna untuk kita sebagai manusia , anak , cucu , adik-beradik , jiran . Tahniah penulis kerana berjaya menghidupkan suasana kampung yang begitu jelas dan terus-terang aku katakan mesej untuk naskhah ini sampai tepat ke hatiku . Tabahnya seorang Jee yang begitu gigih membesarkan adik-beradik sepeninggalan ayahnya . Beban yang ditanggungnya sangat berat dan walaupun masih muda dia tetap berjaya memikulnya . Ingatlah percaturan Allah tidak pernah silap dan hanya DIA sahaja tempat kita bersujud. Tahniah Airisz..
Profile Image for Mimi [heyitsmeme06].
102 reviews10 followers
March 27, 2021
as usual. novel airisz light and smooth je plotnya. tema macam biasa, kekeluargaan berlatarkan suasana kampung dan org biasa biasa. more to reality of life rakyat biasa, B40 M40.

watak dalam cerita semua real, memang wujud atas muka bumi ni. suka dgn semangat dan kekuatan ikatan keluarga Jee.

moral story dalam cerita ni memang clear. yang penting, buku ni sangat sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. nak bagi adik yg sekolah rendah baca pun tak malu. boleh ajar untuk kesedaran moral value of it pun, lagi bagus.

cover pun suka betul tengok, menyerlah dgn kuning tapi calm je langit biru. nice.
Profile Image for Mia Mlee.
23 reviews1 follower
June 11, 2024
this book hits me home. nak tulis panjang2 mcm curhat pulak hahahah.

but Jee experienced this physically and had to cari duit because the father passed away, in my situation as an eldest daughter, I had to take care of my siblings emotionally and mentally. I still have both of my parents and had to learn and see on emotional aspect by the hard way. and I do mean that hard way.

but good that Jee found her love.

that invisible thing is truly exhausting :(
Profile Image for Melsriana.
114 reviews1 follower
March 27, 2021
Best sangat! Buku ni memang sarat dengan kisah kekeluargaan. Jalan ceritanya ringkas saja tapi memang seronok mengikuti kisah Jee sekeluarga, bagaimana mereka adik beradik semua menjaga ibu dan nenek mereka. Kecik kecik dah pandai berdikari, dah pikul tanggungjawab besar. A really good book. Love it so much. Good job!
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
January 1, 2021
Best juga bercinta di kebun... Kisah kekeluargaan yang memaparkan realiti kehidupan. Termenangis membaca babak kematian ayah dan nenek. Terkenang akan kematian ayah saya. Uzair, hero sengal yang sentiasa membantu heroin. Manis dan kelakar...
Profile Image for Falya Mysara.
3 reviews
January 9, 2021
1st time baca novel airisz. Quite high expectation sebenarnya sebab beli sekali dengan novel marissa punya. Memang best jugak novel ni sebab heroin dia tak lemah and pandai jaga hak keluarga dia. Overall its great! 😉
Profile Image for Jana Kelley.
Author 12 books11 followers
June 18, 2024
Thoroughly enjoyed this book. Would be a great language study book for advanced Bahasa learner to read with a Bahasa tutor. Or a book club book to discuss culture and values. Malay culture, kampung life.
Profile Image for Wan Asma Wan Omar.
82 reviews
September 11, 2024
Realiti hidup itu kadang2 pahit,tapi hidup perlu diteruskan.Penceritaan yang sangat teliti terutama sekali mengenai harta pusaka.Ramai yang tidak tahu betapa susahnya nak menjalankan amanah harta pusaka peninggalan si mati terutama sekali mereka yang meninggalkan anak2 yang masih kecil
6 reviews
February 14, 2021
cerita dia best, banyak pengajaran. Mostly berkisarkan kekeluargaan, so bagi yang nak baca yang cintan cintun sangat tu akan hampa sikitlah.
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.