Jump to ratings and reviews
Rate this book

Joko Ronggo

Rate this book
Pembunuhan misteri berlaku, tanpa petunjuk mahupun motif yang jelas. Satu per satu mangsa ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Heboh khabar angin dicanang, bahawa itu semua angkara Joko Ronggo.

“Kami orang kampung rasa terancam. Kami tak nak mati. Kami tak nak jadi mangsa korban si Joko Ronggo tu.” - Mail

Dalam diam, ada seseorang yang menyimpan dendam. Dek rasa marah yang semakin menguasai diri, teganya dia menyebarkan fitnah.

“Dia puja semula semangat Joko Ronggo tu untuk buat dia sentiasa nampak cantik. Dan sebagai balasan, dia jadikan suami dia sebagai korban.” -Che Puteh

Harith, pegawai polis yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan semua teka-teki itu. Logik akal terpaksa diletakkan ke tepi tatkala dirinya sendiri mengalami pengalaman aneh dan penuh misteri.

“Aku rasa aku nampak Joko Ronggo tadi.”
“Kau pasti ke kau nampak ‘benda’ tu?”
“Ye. Aku pasti. Dia berdiri betul-betul depan mata aku masa tu. Suara dia mendayu-dayu panggil nama aku. Hish, seramlah kalau nak cerita balik!”

Rasa ingin tahu mula menguasai diri, sehingga membawa Harith pada pembongkaran satu rahsia yang sangat besar.

281 pages, Paperback

First published November 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Intan Aidda

4 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (25%)
4 stars
11 (55%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Eyd1410.
840 reviews23 followers
February 21, 2021
Setelah sekian lama membaca genre yg bertemakan cinta, kali ini saya tukar ke genre yg telah sekian lama saya tinggalkan. Misteri dan seram. Dan woww, tak sia2 saya membelinya. Isi cerita yg padat, plot yg tersusun dan yg pasti tidak meleret.

Spt cerita misteri dan seram yg lainnya, suasana kampung mmg sangat sinonim utk cerita sebegini. Sebut shj kawasan pedalaman dan hutan, pasti terdetik di hati tentang elemen mistik. Joko Ronggo yg disebut2 masyarakat di Kampung Gua Batu Hitam tidak dipastikan kesahihannya adakah ianya benar wujud atau sekadar bualan masyarakat setempat.

Sehinggalah berlakunya kematian Leman, membawa Harith dan Hadi ke kampung tersebut utk menyiasat ttg kematian Leman yg agak misteri. Berentekan dr itu, satu persatu nyawa yg terkorban dan pelbagai pengalaman mistik yg dilalui oleh Harith.

Kesemua kematian itu dikatakan angkara Joko Ronggo dan Mahani dikaitkan sekali dgn kewujudan Joko Ronggo. Mahani difitnah dan dicaci oleh Cik Puteh kerana perasaan dengki dan dendamnya terhadap Mahani bilamana Tuan Bakar berhasrat utk menjadikan Mahani isteri keduanya.

Kemuncaknya bila nyawa Hadi sendiri menjadi taruhan kerana Hadi nampak siapakah pembunuh yg sebenarnya. Membaca Joko Ronggo mmg kita tak kan pernah terfikir siapa pembunuh yg sebenar. Mungkin kerana pembunuh itu bkn shj manusia tetapi adanya unsur mistik lain yg turut berkaitan.

Sungguh! Saya suka dgn cerita ini. Dan rasa berbaloi sgt membelinya. Ini 1st buku dr Intan Aidda yg saya baca. Saya tak tahu sama ada Aidda org lama atau baru. Tetapi jika ada karya beliau yg lain, why not kalau saya mencubanya utk next pembacaan👍
1 review
October 28, 2021
Betul orang kata, kalau baca buku ni memang kita tk akan expect siapa Joko Ronggo dan siapa dalang di sebalik semua misteri di Kampung Gua Batu Hitam. Sebagai peminat novel thriller, saya nk bagitau yg ni memang sebuah novel yg menyeronokkan. Bila dah start baca tu rasa berdebar debar dan tak sabar nak tau kisah selanjutnya. Tahniah buat penulis! Tak sia-sia beli novel ni! ^_^
107 reviews3 followers
Read
August 22, 2023
Notahanyauntukku

Ok jugak.. tak meleret ..mmg suka lah..cuma adakalanya dialog watak lelaki matang nampak mcm remaja gitu..takpun mcm ladies geng..and aku dapat agak kerja siapa walaupun belum masuk bab² yg terakhir.apapun tak boring.
Profile Image for SS.
576 reviews11 followers
February 1, 2025
Lepas Gharib. Kita teruskan misi baca buku karya penulis yang lain. Suprisingly Joko Ronggo juga mendapat tempat di hati saya ☝🏻

Nama Mahani tidak lekang menjadi bualan orang kampung. Kata mereka. Mahani menyeru Joko Ronggo untuk kekal cantik & dia jugalah menjadi dalang kematian suaminya. Kerana untuk kekal cantik, ada yang harus menjadi korbannya. Tambah pula dengan kes kematian yang berlaku pada Leman. Lagi bertambah-tambahlah gosip itu berterbangan.
Kasihan Mahani. Apa sebenarnya yang berlaku?

Setiap kali ada kematian. Kita tertanya-tanya. Makhluk Joko ni macam big foot / mawas ke?. Macam mana bentuk dia? Warna apa?. Basically fizikal Joko la. Sebab the way dia bunuh mangsa dia memang zap zap zap. Terus mati.

Tahniah penulis. Kita approved Joko Ronggo. First, of course sebab latar tempat yang dipilih penulis. Tak salah apa yang penulis pilih . Kampung - misteri ? 🤝 Kita suka macam mana penulis menceritakan pelbagai ragam dan kerenah penduduk kampung. Dalam sesebuah kampung mesti ada jenis perangai sedemikian. Dia macam sejenis pattern 🥴 Kemudian, diselitkan dengan 'makhluk' yang menjadi ketakutan semua.

Lagi seronok bila penulis hadirkan 2 anggota polis bernama Harith & Hadi untuk menyiasat dengan teliti kes Leman di Kampung Gua Batu Hitam. Actually, kita suka scene masa dieorang berdua nak cari kampung GBH. Berani betul masuk menonong dengan hanya percaya pada kata hati. Dan Harith? . Gangguan yang dia terima dan cara dia handle. Memang tabik.

Sebenarnya, cerita ni ada ending yang menyedihkan. Terutamanya bila kita tahu yang hubungkait antara semua yang terlibat. Kita rasa silapnya ialah bila manusia itu buat sesuatu perkara fikir seronok dulu baru fikir benda lain.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews