[148-2020]
#Kasih #AzianZahra
1 bintang ni pun rasanya untuk cover depan sajalah yang sedap mata memandang. Boleh gitu? Ah, sayang betul.
Ceritanya kalau diikutkan tipikal novel cinta. Kematian isteri, muncul watak perempuan lain. Masing-masing tidak mahu mengaku dalam diam jatuh cinta. Cumanya, saya mengharapkan kalau ada kelainan. Tapi hampa. Sehingga perkataan tamat, tiada yang lain dalam kisah Kasih ini.
Entahlah. Jalan cerita bagi saya sangat perlahan. Ditambah lagi dengan kesalahan ejaan yang terlalu jelas pada hampir setiap bab cukup mengganggu mood pembacaan. Paling sebal bila nama tempat juga dieja dengan salah. Adakah penulis tidak melakukan carian ejaan di internet? Adakah novel ini ingin dicetak dengan kadar segera sehingga membuatkan bahagian editorial nampak seperti tidak melakukan kerja?
Macam biasalah, bukan niat untuk menghentam penulis. Tapi ini melibatkan wang pembaca. Sepatutnya isu kesalahan ejaan ini tidak patut ada. Kalau perlu diterbitkan lambat juga tidak mengapa asalkan novel yang dihasilkan ada kualiti. Maaf buat penulis. Diharapkan andai ada novel pada masa akan datang, penambahbaikan akan dapat dilihat.