“Cuba menakluki Baghdad itu adalah jauh lebih indah daripada Baghdad itu sendiri.” — Sultan Murad IV
Bermula daripada segerombolan pelarian perang yang nomadik, mereka mendaki hierarki menjadi sebuah kerajaan beylik yang kecil, hinggalah berjaya meletakkan pusat mereka di antara Eropah dengan Asia, sekali gus bangkit sebagai salah satu kuasa dunia yang terpenting di Eropah Timur. Bangsa ini mungkin menjengkelkan tetapi bangsa ini bangsa yang tidak takut kalah.
Bayangkan bagaimana keadaan Eropah hari ini jika Uthmaniyah tidak pernah berdiri di Anatolia. Eropah hanya lebih “bertamadun” setelah munculnya kerajaan Islam tunggal di rantau mereka itu.
Malahan sayap mereka tidak hanya terhad di Eropah semata-mata. Mereka pernah menundukkan Amerika Syarikat tanpa perlu bertempur di Afrika Utara. Mereka pernah menyumbang senjata, kekuatan dan ilmu di Aceh. Mereka dianggap sebagai wira tidak didendang di Ireland.
Naskhah ini mengumpulkan himpunan bahan bacaan yang terbaik untuk dipelajari bersama-sama tanpa prejudis. Uthmaniyah adalah sebuah entiti yang sewajarnya diberi kredit dari segi pencapaian dan sumbangan terhadap dunia Islam. Namun, patut dikritik di atas apa jua kesilapan dan kezaliman yang dilakukan kerana selepas Rasulullah SAW meninggalkan umatnya di dunia ini, sudah tiada lagi pemimpin Islam yang sempurna.
“Jika dunia ini diperintah oleh satu kuasa tunggal, nescaya ibu kotanya berada di Istanbul.” — Napoleon Bonaparte
Lelaki melayu berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini merupakan penulis "freelance" di The Patriots. Jejaka lulusan Akademi Seni Terengganu ini sangat meminati sejarah negara Turki dan menjadikan bermain gitar sebagai hobi beliau.
Tetapi oleh kerana aku secara tidak sengaja mengikuti coretan2 penulis di laman facebooknya iaitu Amir Asyraf Alwi, Mustafa Kemal Attakiri(Ahli Kubur Terusir) dan Awang Kapir(Pengat). Aku terpesona dengan perkongsiannya mengenai sejarah negara Turki yang begitu meluas. Penulis gemar menabur meme2 kelakar di laman facebooknya dan jika kita meneliti mesej meme tersebut, ianya adalah fakta dan bukan meme yang "kosong". Ini menunjukkan yang penulis seorang yang sangat meminati sejarah Turki Usmaniyah sehingga boleh menyampaikan sejarah tamadun yang panjang itu dengan bersahaja.
Seusai membaca buku ini, ternyata buku ini tidak cukup. Aku berharap penulis akan menyambung lagi dengan "Uthmaniyah di Hujung Jari 2", kerana ada beberapa perkara menarik mengenai kerajaan Usmaniyah yang penulis belum kongsikan. Antara yang aku teringin sangat untuk tahu lagi ialah:
1) Sosok arwahyarham Badiuzzaman Said Nursi (mungkin kisah beliau lebih relevan pada zaman arwahyarham Atarturk, tetapi beliau juga turut menyertai perang Russo-Turki, mungkin penulis boleh kongsikan pengaruh beliau di masa2 akhir khilafah)
2) Fitnah terhadap arwahyarham Atarturk, mungkin penulis boleh jelaskan apa jenis2 fakta tidak benar mengenai arwah yang berlegar sampai sekarang (tapi buku ini mengenai kerajaan Usmaniyyah, logik jika tidak ada haha)
3) Satu perkara penting yang saya rasa agak pelik bila tidak diselitkan ialah senarai ulama2 terkenal dalam sejarah 600 tahun Kerajaan Uthmaniyyah, kita sedia tahu yang Usmaniyah adalah kerajaan islam, jadi sudah pasti ada ulama2 hebat seperti Syeikh Aq Syamsuddin guru kepada Mehmed Fateh II. Patut ada satu bab mengenai ini.
4) Apakah kerajaan Uthmaniyah ada mengamalkan undang2 hudud?
5) Ibu aku suka layan siri TV Turki bertajuk Magnificent Century ( Muhteşem Yüzyıl ), mungkin penulis boleh kongsikan butir2 dalam siri separa fiksyen tersebut yang tidak benar. Penulis juga boleh mengesyorkan siri2 TV atau Filem berkaitan Turki Uthmaniyah yang boleh ditonton sebagai rujukan.
Itu sahaja pandanganku, tidak sedap perut baca bab "fratricide". Satu tragedi yang sangat menggerunkan. Tapi membaca buku ini sambil melayan mehter di YouTube memang kena.
honestly mula mula ada skeptikal view sikit dengan tajuk dan cover buku ni, tanggapan pertama? ini mesti buku Ottoman yg cliche. Tapi saya silap. konten yang ditulis oleh pengarang bernama Amir Ashraf Alwi ini sgt seimbang between the facts, assumption, theory, dan sgt berani mengemukakan fakta yg berat utk diterima oleh pemikiran generasi hari ini. kudos to the author and his team! banyakkan bahan bacaan mcm ni! 🌹
Saya menikmati pembacaan koleksi artikel berkaitan sejarah kerajaan Turki Uthmaniah ini. Garapan, kupasan dan penyampaian yang sangat mudah difahami. Susunan bab yang kemas memudahkan dan memberi pengalaman pembacaan yang memuaskan. Terima kasih penulis dan penerbit.
Dari kisah kebangkitan dan kejatuhan hinggalah kepada perihal hal ehwal hubungan luar, begitu banyak kisah dan hal menarik mengenai Daulah Uthmaniyah ada dikupas di dalam buku ini. Apa yang menarik tentang buku ini adalah; saudara @amirasyrafalwi berjaya menyampaikan setiap fakta dengan jelas tanpa ada sebarang unsur romantisme serta tersusun mengikut bab. Ringkasnya, buku ini amat sesuai buat sesiapa yang ingin mengenali Daulah Uthmaniyyah dengan lebih dekat.
Buku yang ringkas dan padat. Input yang diberikan secara objektif tanpa unsur romantisme. Berjaya menerangkan dengan jelas kebangkitan dan kejatuhan uthamaniyah. Tidak bias dalam membentangkan fakta terutamanya tentang kamal artartuk dan real politik yang diamalkan oleh uthmaniyah. Suka dengan susunan bab berbentuk fun facts yang menjadi ciri dalam siri2 hujung jari thepatriots
Empayar agung Uthmaniyah bukan satu empayar yang asing dalam sejarah dunia Islam. Lebih-lebih lagi ia terkenal dengan kisah pembukaan kota Konstantinopel oleh Sultan Mehmed Al Fateh. Kejatuhan kota itu ke atas tangan empayar Uthmaniyah menjadikan empayar itu semakin berkuasa dan meluas.
Akan tetapi, setiap empayar pastinya mempunyai sejarah kebangkitan dan kejatuhannya. Bermula daripada sultannya yang kuat hinggalah yang lemah mentadbir empayar hinggalah ke peningkatan taraf kemodenan serta campur tangan kuasa Eropah yang menjadi antara punca kejatuhan empayar itu sendiri.
Buku ini dikupas bukan hanya menceritakan sisi kejayaan dan kebangkitan empayar yang bermula daripada kerajaan beylik yang kecil dalam empayar seljuk pada abad ke-13. Akan tetapi kejatuhannya, punca kejatuhannya serta beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang pemerintahan empayar yang kuat ini.
Disertakan juga cerita berkenaan dengan siri peperangan yang dihadapi oleh Uthmaniyah, hubungan diplomatik dan faktor-faktor kejatuhan empayar masyhur itu sendiri. Terdapat juga bagaimana Mustapha Kamal Ataturk menjadi bapa kemerdekaan Turki dan juga penubuhan Republik Turki.
Aku kira buku ini padat dengan pelbagai maklumat tentang sejarah empayar yang besar yang pernah bertahan hingga 600 tahun lamanya dan juga berjaya menambah pengetahun serta menjawab persoalan aku tentang empayar hebat ini. Adalah baik jika buku ini dimiliki oleh ramai orang agar generasi hari ini mengenali dan mengambil iktibar daripada sejarah empayar ini.
Buku yang sangat bagus untuk orang yang baru nak berjinak- jinak membaca buku dan mempelajari sejarah. Buku ini penulisannya mudah difahami dan sesuai untuk dibaca secara santai. Selain itu, pemyusunan bab juga sangat bagus mudah untuk memahami bagi pembaca biasa seperti saya
baru ja habis membaca tp x sabar nak recommend buku ni. elak dari membaca habis sekaligus.nanti tak puas.pastikan hati kering sebelum helaian dibuka. luv it! @thepatriotsasia ☺️🥰