Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun.
Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Pertukaran daripada sekolah bandar ke sekolah di pedalaman Sarawak disebabkan oleh panggilan tugas tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan!
Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad
Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina
Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad
Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang drama queen ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je...
Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
To me 100% tentang kisah seorang guru. Dari guru semenanjung berhijrah ke area pendalaman sabah sarawak.
Syabas buat cikgu² yang menabur bakti sanggup berbakti pada anak² demi ilmu yang ada. Dari dulu F memang respect cikgu² area pendalaman. Bukan senang ya nak hidup di negeri orang yang serba kekurangan. If F jadi watak gini nangis tak berlagu. Memang confirm tolak 🤭🫣
F ada cousin seorang cikgu yang mengajar di Belaga. Dari masak suka² now hari² kena masak untuk roommate sebab masak portion yang banyak. Taklah membazir. Dan bekalan ayam daging bukan senang nak dapat ya di kawasan Belaga.
Kisah cinta Am dan Izz ni sangatlah manis. Am suka menyakat.. tak habis² dia mengusik si Izz. F suka cara Izz menerima perkahwinan dengan Am. Family Am pun baik².. suka vibe gini.
Pandailah penulis mengolah. F yakin penulis mesti buat homework tentang kerjaya guru di pendalaman. Syabas penulis !
trope(s) — childhood friends to frenemies to lover, he fell first and both fell harder, found family
📝 Izz Hanina seorang guru Sains Rumah Tangga hidup dengan abangnya, Ahmad sejak kematian ibu bapa mereka. Dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh buatkan Izz masih membujang sehingga umurnya 26 tahun.
Kehadiran Amirul Mukminin, rakan kuat mengusik ketika sekolah rendah dahulu sebagai ustaz baru di sekolah menegah tempat Izz mengajar sedikit sebanyak merubah suasana hidupnya. Dulu Amirul jiran meja depan dalam kelas, sekarang dalam bilik guru pon sama jugak berjiran depan!
Izz dan Amirul sama-sama ditukarkan ke sekolah pendalam Sarawak. Tapi buat Izz hampa bila Abang Ahmad keluarkan arahan mandatori, kalau nak pergi juga kena kahwin dulu!
"Nak kahwin dengan siapa?"
"Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat."
---
bukan kisah cinta semata, ini kisah kehidupan, perjuangan dan pengorbanan seorang guru. juga hubungan keluarga dan kasih sayang antara abang dan adik. buku kak izzah bila je lah tak lurveee😭🫶🏻 buku ni terlalu banyak ilmu, pengajaran dan perkongsian tak lupa juga setiap teguran dan nasihat yang sopan sebagai pembaca kita mudah je nak serap kebaikan yang dikongsi🥹🤍 tak lupa juga kehidupan dekat pendalam Sarawak sungguh membuka mata🌷
Amirul Mukminin — MANA NAK CARI WEHHH MANAAA TOLONG BAGITAHU CEPAT green flag is understatement because this man right here is running the whole forest in the world😔🫶🏻 ustaz kuat mengusik! suka betol dengan character Am ni sempoi je tenang, softspoken, respectful and so supportive! the way she treats his wife dan perlahan lahan guide Izz jadi isteri dan wanita solehah subhanallah dan terlalu banyak kata kata mutiara dari Am ni tauu rasa nak tab everytime dia bercakap😭🤍
Izz Hanina — when she said she wants to be a first class woman, she indeed in this category🥰💗 Izz tak lokek belajar dan perbaiki diri. Her mindset and how she sees the world sangatlah adorable! lagi lagi sebagai seorang pendidik respect gila🌷 Izz walaupun matang tapi perangai manja dan kuat drama dia Am je sabar layan HAHA what a girl crush la Izz ni!
chemistry — hubungan Am dan Izz such a perfect match! their energy complement each other really well, a relationship i wish i can have🤍 this book deserves infinity stars and i wish more people can read this masterpiece🫶🏻
Kalau yakin Allah itu dekat, bumi terbelahpun kau takkan takut.
Tak apa, Allah ada. Jangan risau, Allah jaga.
Syabas kepada penulis kerana berjaya menyampaikan dengan begitu teliti tentang kehidupan seorang guru di Semenanjung yang dipost ke sekolah di pedalaman Sarawak. Isi yang mantap dan menarik, rich of knowledge and details.
Cover memberikan impression the focus is romance tetapi romance tu sideline je. Main focus of the story is about a teacher’s life, experiences and struggles.
For the romance, Joy suka how the relationship between MMC and FMC developed - clean, yet sweet and pure.
Sepanjang pembacaan Bintang Paling Terang, Joy ada perasan that cara pemikiran sendiri jadi lebih optimistic dan positive, and I stop to think about the little blessings in my life that I’ve taken for granted.
This is a fantastic book and it is highly recommended sbb banyak ajaran Islam diselitkan. Walaupun Joy non-Muslim but I felt motivated and reminded of Tuhan yang selalu ada untuk jaga kita. Cuma kita sebagai manusia jadi sibuk dengan urusan dunia sampai lupakan Dia.
Amirul Mukminin 💫 Am ni handsome. Macam mana saya tahu? Tengok personaliti la. Pak ustaz lepasan Mesir ni memang boleh tahan cheeky dari awal. Kuat mengusik Izz. Bukan sebelum kahwin je, lepas kahwin pun ok! Cara dia santuni Izz, pelihara setiap inci kewujudan Izz dan nasihatkan Izz apa patutnya betul2 mengingatkan I dekat Alam Uzayr. Kalau orang cakap dekat I yang Am ni anak didik Alam pun I akan percaya HAHA scene bila Am menangis dekat bahu Izz sebab takut hilang Izz and taknak Izz sakit lagi literally altered my brain chemistry his feelings are valid yaaa!! kasih dan sayang Am pada satu-satunya Izz Hanina dia is so puree masyaAllahhh😭🤍🥹🫶🏻🤍
Izz Hanina 💫 kalau nak dapat lelaki macam Amirul Mukminin, kena jadi perempuan macam Izz dulu. The fact that setiap didikan agama Am memang dah disematkan oleh Izz dalam minda dia, he thought her how to survive in a very complex situation and i guess this is one of Izz’s love language🥹 realistic la watak Izz ni sebab sekuat mana pun seorang wanita tu cuba untuk berdiri sendiri, dia tetap ada satu sisi yang perlukan seorang pelindung. Izz bukan perempuan yang senang2 mengalah, kalau dia jatuh dia akan cari cara untuk bangkit balik. Izz yang sentiasa rasa dia jauh dari layak untuk berada di sisi Am tapi dengan adanya Am pimpin Izz macam melengkapi missing puzzle Izz🥹🤍 kita adore betullaaa dengan relationship diorang ni jealous pun ada ishhh
Romance dalam cerita ni ada tapi hanya diselitkan sipi2 dalam perjalanan hidup mereka sebagai pendidik anak bangsa. I suka bila baca scene Am dengan Izz berdua2an sebab manisnya cukup sederhana dan sangat natural. Perbualan rumah tangga diorang bukan jenis flirting yang exaggerate—it was subtle and realistic tapi mampu buat saya sengih tersipu2🫠 it shows that in marriage, it isn’t all about love.
Maybe some akan rasa geram dengan Abang Ahmad tapi sesungguhnya I nampak betapa sayangnya Abang Ahmad dekat Izz. Dia pelihara ikhtilat, batas dan diri adik dia supaya suami Izz aje dapat sentuh dan tengok side childish Izz yang comel tu🥺 the anak sulung in me meronta2 nak ada abang jugak HAHA not to forget the friendship between Santesh, Claire, Am and Izz!! Santesh memang clown of the group the tangkap ayam scenee😭
Banyak sharing pasal cara2 nak survive kawasan pendalaman and cara Kak Izzah olah kehidupan seorang guru sangat detailed!😍 Kak Izzah macam terangkan lagi jalan untuk tengok benda basic tentang Islam yang saya dah lama tahu. Basic, tapi bila baca olahan ayat kak Izzah yang banyak sangat moral dan pengajaran yang buat saya terhenyak. All the hadis and kesedaran melalui pov Izz allahu besar pahala kak izzah guna cara ni kongsikan amal dakwah kepada orang2 yang kerdil ilmu agama macam saya ni🥹
Disebabkan buku nilah yang I rasa macam nak perbaiki solat I, jangan tergesa2 bila tengah menghadap Pencipta. Kalau boleh tengok fon berejam, takkan sujud dan luangkan masa dengan Allah tak boleh walau sekadar 5 minit sahaja masa dipinta? Belajar biar kerana Allah, jangan sebab nak pandai aje. Tukar niat, biar ilmu tu serap dalam kepala dengan cara yang betul. Sebagai seorang perempuan, menjaga emosi itu penting sebab perempuan ini kurang akalnya tetapi lebih emosinya. Siapa kita di dunia menentukan siapa kita di akhirat jadi tak perlu terkejar2kan sangat kesempurnaan dan terlalu enjoy seisi duniawi yang tempohnya hanyalah sekadar sementara ni sebab kubur kita nanti jawab sendiri2 juga. ❤️🩹
Rasa rindu pulak nak pergi sekolah awal pagi bila kak izzah tunjuk scene perhimpunan pagi, ketua pelajar bagi taklimat, and paling penting scene Izz ajar Am ‘D.R.B.A.C’ because it made me reminisce to the days I were in St. John! Ya Allah, rindunya nak berkhidmat as first aider😭🤍
Kalau nak listkan setiap yang kak Izzah potray dalam buku ni memang takkan habis la sebab setiap apa yang nak sampaikan berlainan tapi dia macam interconnected. I rasa hangat je hati ni bila ingat ayat2 yang kak Izzah susun. kebanyakan ayat yang kak izzah naratifkan selalu bersulamkan ilmu pengetahuan.
“𝓣𝓪𝓴 𝓪𝓹𝓪, 𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱 𝓪𝓭𝓪…” “𝓙𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓻𝓲𝓼𝓪𝓾, 𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱 𝓳𝓪𝓰𝓪.” BPT ni dah jadi one of my comfort book sebab isi kandungan dia macam tengah ‘peluk’ diri yang berada di titik terlemah. 🥺💗🫂🫶🏻
He fell first & he fell harder Friends to lovers (tapi kuat gaduh) 🤣
Sejujurnya memang tak nak baca buku ni sbb anti dgn ml ust 🤣 tapi sebab tengok review kata ust kuat mengusik so apa kata cuba je baca dulu sbb kalau suka mengusik ni mesti kelakar wehhhh iya mmg kelako ust ni 🤣
Cerita bermula dgn Izz yg hidup selama 26 tahun hanya berdua dengan abangnya, izz yg pergi kerja balik kerja tup tup terjumpa ex abang angkat HAHAHAHAHAAH pastu yg member tu pulak boleh pulak buat mcm kawan zaman sekolah rendah dulu tak reti mengalah mmg gaduh je keje dua org tu. Nasib baik tak bergaduh sepanjang masa je, malu dkt anak murid je nanti 🤣
Amirul Mukminin lelaki yg sangat sangat sangat green flag ☝🏻😔 ust kuat mengusik tapi baik budi pekertinya cuma dgn izz jelah dia tunjuk watak sebenar dia 🤣 sebelum kawin agaknya mmg dah ada dlm rutin hidup pak ust ni utk mengusik cik izz. Agaknya tak mengusik izz sehari, tak lengkap hidup pak ust ni hahahahahaahah. Tapi lepas je Izz kawin dgn Am, berubah si Am ni. Takdelah berubah sgt pun still ada usikan Am yelah bini kuat drama, makin suka lah dia mengusik 🤣😭 tapi Am sangat sangat berlembut dgn isteri dia, sangat banyak mengalah sampaikan saya yg membaca ni rasa Izz ni mengada betul. Am tahu tanggungjawab ✅ faham agama ✅ hormat orang tua ✅ soft spoken ✅ provider ✅ family man ✅ good listener ✅ dia tahu kalau Izz dalam stres/pendam perasaan pastu mulalah pak ust tu buat bini dia melalak 🤣 tapi bila tahu reason dia buat Izz mcm tu tak jadi nak marah, rasa single je hm.
Izz perempuan yg diluarnya nampak garang, kuat boleh panjang pokok, trauma dia pun mampu dia lawan, senang cerita semua benda dia boleh buat tapi dia cengeng betuls. Ada je benda tak kena, mulalah meleleh air mata nasib baik ada penyelamat sapu tangan biru legend pak ust 🤣 paling tak menahan demi pak ust nak tolong izz tu dia sanggup bagi jubah putih dan rida’ dia utk izz. Izz ni serba serbi sempurna sesuai dgn Am. Mana yg Izz tak mampu, Am memampukan diri dia. Suka ayat Am yg ada masa Izz boleh bagi 20% tapi Am akan bagi 80% . Inilah lumrah rumah tangga yg sewajarnya semua pasangan tahu sbb seorang manusia tu sifat dia sememangnya tidak sempurna walaupun Am tu pada sudut mata kasar dia nampak sempurna, tetap ada ketidaksempurnaannya tapi izz jelah yg tahu 🤣
Suka cerita ni yg memberi gambaran pekerjaan seorang guru. Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Izz sangat sangat berjiwa pendidik. Dia tak mahu anak murid dia rasa tak seronok dtg ke sekolah walaupun anak murid tu punca dia kena fitnah. Kecekalan Izz & Am dlm melalui kehidupan di pedalaman demi mendidik anak bangsa. Cabaran yg susah manapun, Izz sahut dgn semangat dan harapan anak muridnya dpt belajar sesuatu dari pengalaman. So siapa yg nak jadi cikgu boleh baca buku ni!
Sebelum ni ada baca buku penulis yg watak ml green flag & genre slife of life, rasa draggy bosan tapi utk buku ni tidak sbb semuanya cukup sempurna. Nak kata cringe tak cringe sbb tak melebih. Semua elemen dalam buku ni best dooh dooh. Cuma ingatkan bila dah kawin Am takde ngusik Izz dah, rupanya makin parah. Ada je idea pak ust tu nak ngusik bini dia yg queen drama tu.
Buku ni sangat sangat penuh dgn ilmu. Rasanya setakat beberapa buku dari penulis yg saya baca, buku ni paling banyak ilmu, dari sudut pendidikan, fiqh, hadis, tafsir haa ambik kau semua sekali penulis bagi. Cuma tulah ada scene yg membuatkan saya termenung sedikit sbb yelah related tapi itu tandanya kena lebih banyak menuntut ilmu. Paling suka quotes dkt epilog tu 🥹🫶🏻 sampaikan rasa kalau ada mana mana lelaki nak kawin dgn saya, nak suruh dia baca buku ni dulu hahahahahahahaha
Kisah seorang guru. Thumbs up untuk dakwah penulis melalui buku ini. Penceritaan kehidupan guru di Sarawak menarik minat saya kerana diceritakan dengan terperinci. Penulis memang buat kajian.
Lurveeee sgt buku2 kak izah. Ni antara buku pertama yg dibeli daripada karya kak izzah hani kalau tak selalu baca dkt wattpadd je. Suka sgt gaya penulisan dan ilmu2 agama dan kehidupan yg diapit dengan kisah ustaz am dan cikgu izz. Banyak part yg boleh di highlight kan dlm buku ni dan paling fav ust am ckp 'banyak perempuan cantik di dunia ni tapi yg bijak dan terpelihara susah nak jumpa'. Actually banyak lagi kata2 mutiara drpd ust am ni tapi kalau nak ditulisnya alamatnya berperenggan lah.
Saya suka cara kak izzah tulis kemanisan pasangan suami isteri amirul dgn izz hanina ni sbb dia rasa tak cringe and natural gittuu. Betul lah kan bila kemanisan suami isteri ni tak dipaparkan pada khalayak umum , manis tu hanya kita ja tahu subhanallah. Apa2 pon 100++/10 sbb sangat2 bermanfaat ilmu yg dikongsikan dlm karya ni. Tahniah kak izzah!
Ya Allah im in love with this book 🥹💕 banyak ilmu yang memang berguna untuk saya mashaAllah besar pahala kak izzah sebarkan dakwah dengan cara macamni 🥹 secara jujurnya saya sangat emosi baca. bukan sebab sedih, tapi sebab buku hit me to the point i feel like "ya Allah, maafkan aku. rupanya aku belum cukup beriman kepada-mu." sebak sangat baca. dari ilmu kehidupan harian sampai ilmu rohani, saya hadam semuanya.
Buku ni menceritakan tentang perjalanan dua orang guru, Cikgu Izz Hanina dan Ustaz Amirul Mukminin yang dihantar ke kawasan pedalaman untuk menabur bakti mengajar anak-anak Sarawak.
Terima kasih untuk watak Amirul Mukminin juga sebab dah refresh memories saya belajar PAI time sekolah dulu 🥰 salah ke kalau saya manifesting jodoh saya macam pak ustaz ni juga? 😅 words of affirmationnya, act of servicenya 🔛🔝perangai kuat menyakatnya tu cara dia bermanja dengan Izz yihhh 😆 paling penting, dia tunaikan janji dia kat Abang Ahmad pergi belajar agama dulu baru boleh kahwin dengan Izz. fuhhh rupanya dah lama yee dia suka Izz 🤭
Izz Hanina, walaupun spesis kuat menangis, tapi campak dalam hutan pun boleh survive. Indeed a first class woman 💋 Jealousnya dengan Izz Hanina yang banyak kebolehan 😩 dalam ganas, ada lembutnya. Dia dibesarkan oleh Abang Ahmad yang memang menjaga Izz dari semua aspek sampai sanggup tak kawen 😭 sayang Ahmad Nanas seketul ni 🫂🫂 sampai part dia je memang berjurai air mata lagi lagi part dia kahwin, part dia tak kasi Izz mengajar kat Sarawak pastu Izz lari tu HUWAAA 😭😭 kasih sayang seorang abang macamtu rupanya 😭 dia tak sedih tapi more to sebak. ala paham paham la ekk
nak kasi credit jugak dekat the whole Abi Zakaria & Umi Rohayu family sebab sangat welcoming dekat dua beradik ni 🫂 Adore sungguh dengan kroni Amirul & Amirah ni. education level bukan main-main beb.
Buku ni light conflict je. saya suka. dari awal sampai akhir memang lurve. part drama tampar menampar yang viral, part Izz dan Am bertekak, part mereka lepas kahwin, pehh lepas kahwin sweet gilaa 😍pastu berkenalan dengan Cikgu Santesh yang drama king dan Miss Claire yang sempoi, perjalanan hidup mereka kat kawasan pedalaman tu, PART MASUK HUTAN PALING KITA SUKA!! tiba tiba ada genre horror lak 😭 part Cikgu Izz bawa Joseph, Rino, Aboi dan Vivi pergi pertandingan inovasi tu!! weh, nak compare kita budak bandar dengan dorang yang duduk pedalaman, kita ni level tapak kaki je weh. ya Allah, punyalah berbakat, rajin mereka semua. i was humbled kejap ya sebab kita ada kemudahan pun study sambil lewa ☹️ mereka yang ada limited access to everything tu bersungguh sungguh nak berjaya. Malu saya 😩😭
Terima kasih kak izzah sebab menceritakan pov pahit manis menjadi seorang guru. Terima kasih atas ilmu SRT yang kak izzah selitkan dalam buku ni. betapa beruntungnya students SRT dah belajar segala kemahiran yang kalau dicampak kemana-mana pun, akan tumbuh menjadi pulau. Here i am learning ilmu SRT through BPT 🤭
Kisah guru muda yg ingin berbakti pada bangsa dan negara..
Jalan cerita x berat.. xder plot² twist yg sakit kepala.. still ada mood turun naik dan geram jugak.. dan ni 1st time dari penulis ni yg mana MLC and FLC bukan dlm unit badan beruniform..
Dan bagus yer sbb detail dan bnyk ilmu yg boleh d ambk.. nice job..
Bagi yg suka bacaan santai tp still brmain emosi.. d galakan utk baca this story..