Jump to ratings and reviews
Rate this book

Negeri Cinta Zaim-Zini

Rate this book
Cinta itu umpama membina kerajaan. Kita bersama mentadbir zahir dan batin.

Kahwin suka sama suka setelah sekian lama terpisah! Namun ada hati yang berbolak-balik. Yang seorang sudah bersedia sehingga sanggup mencari kekasih hatinya itu. Yang seorang lagi pula waswas. Takut tatkala menempuh first night nanti. Hesy, peninglah budak berdua ni!

“Aku nak kau percaya pada aku. Setidak-tidaknya, kalau aku terpaksa tinggalkan kau esok lusa lepas kita bernikah, aku tenang. Aku tahu, aku pergi dengan doa kau.” – ZAIM

Ah, sesungguhnya Zaim benar-benar mahu memperisterikan Zini! Walau badai menghempas pantai, Zini tetap di hati.

“Cinta itu kebebasan, bukan untuk saling mengekang. Cinta itu kepercayaan, bukan cemburu tanpa alasan.” – ZINI

Ya, Zini amat menyayangi Zaim. Namun, ada sekelumit rasa cemburu menguasai diri tatkala ada makhluk perosak yang cuba menabur racun di taman syurga mereka.

“Kenapa, Zaim?! Kenapa kau tak pernah pandang aku? Kau tak tahu ke yang aku sangat cintakan kau?! Kenapa kau pilih orang lain? Apa kurangnya aku? Celaka kau, Zaim! Zini kau sejuk kaku, Zaim. Kamar asmara kau tak pernah bernyala dengan cinta, kan? ” – PENGGODA BERNAFSU

Auw, perempuan bajet terlebih perasan yang tidak putus-putus mahu menggoda Zaim! Hatinya sudah imun, tetap mahu menyingkirkan Zini daripada hidup lelaki itu. Masih lagi tak sedari diri!

Mampukah kerajaan cinta Zaim-Zini berdiri teguh, sedangkan kata-kata orang sekeliling menggoyahkan kepercayaan mereka?

427 pages, Paperback

Published January 1, 2020

7 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Mudin Ezairi

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (29%)
4 stars
7 (17%)
3 stars
11 (26%)
2 stars
4 (9%)
1 star
7 (17%)
Displaying 1 - 25 of 25 reviews
Profile Image for SS.
519 reviews5 followers
October 21, 2023
Sorry. Satu benda yang saya tak faham. Isi kandungan dalam buku ni untuk orang dewasa. Tapi lansung tak ada label pembaca dewasa di bahagian kulit buku. Dijual pula baru-baru ni PBAKL dengan harga yang sangat murah (3 buku RM20).

Jangan cakap saya kuno ya. Lucah dalam ni tak beragak. Sangat terperinci. Geli. Dirty mind and talk. Penulis juga tak ada tapis apa-apa ayat ya.

Saya risau buku ni budak-budak baca. Lansung tak sesuai. Dah la malas betul nak cakap. Tahun 2023 pun tak ada awarness lagi eh. Padahal isu ni common sense je la. Nak jual sekurang-kurangnya letak la sticker dekat buku mengatakan ini buku utk orang besawww baca.
Parents atau sesiapa aware la. Huh 😶 Kbye.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
December 21, 2020
[151-2020]

#NegeriCintaZaimZini #MudinEzairi

Berkisar mengenai Zini yang menaruh hati pada Zaim semenjak kecil lagi. Namun, sayang mereka terpisah hingga akhirnya bertemu kembali. Tekad Zaim, pertemuan kali ini dia ingin menjadikan Zini isterinya. Impiannya terlaksana. Dua hati bersatu, bahtera rumah tangga mula berlayar. Namun, rumah tangga mana tak dilanda badai. Muncul Kelly@Kalimah yang punya niat tersendiri untuk mendapatkan Zaim. Sudahnya, bagaimanakah Zini ingin mempertahankan negeri cintanya dengan Zaim?

Okaylah secara jujurnya, saya terhibur dengan cerita ini. Ada kelakarnya, terkesan dengan perwatakan watak-watak yang ada dan banyak juga informasi berguna berkenaan rumah tangga yang dikongsi terutama bila melibatkan watak mak tok.

Cumanya....

Saya tertanya-tanya bagaimana novel seperti ini lepas untuk diterbitkan di bawah Karyaseni? Adakah Karyaseni sekarang sudah membuka pintu kepada karya yang membawa tema erotik seperti novel ini? Bagi saya, novel ini tidak digalakkan untuk dibaca oleh anak muda di bawah 18 tahun. Gitu nasihat. Sebenarnya, untuk novel seperti ini pihak Karyaseni perlu meletakkan satu label yang menunjukkan novel ini novel dewasa seperti yang dilakukan penerbitan buku Fixi.

Untuk saya sebagai pembaca (yang dah dewasa ni haha) tidak menjadi isu memandangkan saya juga (dan saya kira ada juga pembaca lain) pernah saja membaca karya erotik seperti FSOG, namun Karyaseni itu sendiri merupakan penerbit buku yang digemari semua peringkat umur. Jadinya, untuk karya seperti ini sepatutnya Penerbitan Karyaseni lebih peka.

Suka saya ingatkan, saya tidak mengecam penulis ye. Sebab perjalanan ceritanya memang menghiburkan, lebih 'terbuka' dan punya isi bukan sekadar cerita pasal hubungan kelamin semata. Apa-apapun usaha penulis wajar diberi pujian.
Profile Image for imiss nana.
18 reviews1 follower
August 1, 2021
terkedu part erotik. terfikir macam mana kalau budak2 sekolah yg baca? adoi.
karyaseni patut letak 18sx kat novel ni.
tak pasal2 aku kena asingkan novel ni dari rak buku. takut anak terbaca.huhuhu
overall cerita dia ok. yg baru nak kahwin, bolehlah baca. utk pengalaman.
Profile Image for a i n c e r a.
125 reviews14 followers
February 20, 2024
i hate the fact that < ni adalah buku pertama aku untuk tahun 2024 > :| dan aku dapat rasakan vibe buku ni lebih kepada < satu hari aku bangun dripda tido and aku decide nak tulis buku > like.... come on. its better than wattpad but worst compared to published book. Writting level mediocre.
Profile Image for Mslvoe.
2,067 reviews200 followers
August 21, 2022
Erotic and matured genre

Should label-kan supaya budak² sekolah, remaja tidak beli buku ini. Tak sesuai untuk mereka buat masa ini

Memang sesuai untuk orang² yang berkahwin.

Thank you pada penulis yang memberi banyak tips² dari maktok. Betul apa kata maktok.

And lagi 1 if kita ada problem jangan up status kt group or facebook. Jaga aib!

Pasal phone. Privacy. Bukan nak cakap apa la.. lelaki memang gitu. Kadang² kita bukan nak check tapi curious sebab phone beep banyak kali menandakan message masuk. Kadang² kita check jugak walaupun kita trust pada husband.
4 reviews
September 17, 2022
Honestly beli buku ni cuz cover semata2 ngl the cover is soo pretty mcm buku The Wicked King. I didn't read the synopsis and boy how i'm so stunned to speak. Shocked mcm mana this kinda book boleh dijual, I can't even imagine if budak2 baca this book. I dont get it how our ppl are normalising porn in books, its disgusting tbh.
Profile Image for nrrafitah.
117 reviews4 followers
July 17, 2023
Pernah baca half astu jual astu terjumpak balik dekat library so pinjam balik. Buku ni apa yg i boleh cakap tak sesuai untuk budak bawah umur tapi kalau yang nak kawin or dah kawin baca, okay jurr.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
June 27, 2024
Kahkahkahkah.
Camharammmmmmmm. Maaf carut 😂😭
Lain kali, bubuhlah tag "untuk pembaca dewasa sahaja". Ni novel yang aku pinjam dari budak bawah 18 tahun, kau tahu?

Goodreads mungkin dah boleh sediakan rating untuk pembaca kosongkan rating terus. Satu bintang pun rasa tak sesuai untuk diberikan. Sepatutnya kosong bintang terus.

Maafkan keterlanjuran bahasa saya.

Oh ya, cover novel ni sama macam The Wicked King. 😂
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
June 29, 2021
WARNING!

Mature content.

Sesuai untuk bacaan mereka yang bakal, baru dan sudah menjalani alam pernikahan. Banyak nasihat dan ilmu rumah tangga yang boleh diambil.

Terima kasih mak tok! Lepas ni saya jaga kesihatan badan betul-betul.
Profile Image for shyraLee.
14 reviews
February 15, 2022
2.8🌟 - kandungan dewasa 18+
-------------------------------------------------------------------------------------

𝟏. 𝘾𝙤𝙫𝙚𝙧 𝘽𝙪𝙠𝙪

Cover lawaa. Teringat buku The Wicked King by Holly Black. Mmng serupa gila🤣 ni fikirn sayalah ya

- The crown tu describe: kekayaan (sbb kerjaya couple ni bukang kaleng²) , king / queen iaitu pentadbir kerajaan @ keluarga
- Air/laut tu: Sebab si Zaim ni kerja Offshore. SEAMAN!

𝟐. 𝙆𝙖𝙣𝙙𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣

Saya belum la berkhawin lagi, tapi cerita ni rasa realistic! Plot dia senang cerita mcm nila- 80% risau nak tempuh malam pertama. Dan *𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗻𝗼. 𝟭* ya, banyak kandungan 18+.. tak berlapik tu👁️👄👁️. Kinda shock bila baca HAHHAHA sebab cover dia tak tunjuk "18+ 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 𝘬𝘦𝘢𝘵𝘢𝘴" so memang tak expect do kandungan sangat wild ya. Cerita biasa² , simple je sbb ada kandungan wild, so boleh tambah perasa. Pfft

- saya ni tak pernah berminat nak tahu kerja offshore ni . So tak tahu lebih² pasal kerjaya ni~ saya berterima kasih sbb perkenalkan kerjaya ni dalam novel. First time jumpa author masukkan kerjaya ni dalam novel. Sbb novel ni, saya pun terajin nak tahu lebih banyak tentang kerjaya ni. Diorang perlu korbankan masa dengan keluarga. Mesti sedihkan '(

- Banyak jugak tips², nasihat yang ada dalam novel ni which is sesuai untuk pasangan pengantin baru. Thank you for that~~

𝟑. 𝙋𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨𝙖𝙣 (slight spoiler)
Penulisan!! Erm saya faham ni karya pertama author... Jadi saya tak expect lebih.. tapi ni memang ermm kecundang betul😂 don't get it wrong tapi kalau saya CUBA jelaskan mungkin anda faham.

- Terlalu 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨 banyak typo, yes salah ejaan. Memang banyak sangat. ~Lpstu ayat pun macam ada perkataan tertinggal. Kekadang kena baca ulang² manatau aku ke yang tertinggal perkataan kan.. sbab baca pun bedesupp tapi erm nope memang ayatnya pelik. Serious macam ada perkataan yang tertinggal. Rasa annoying dan rasa nak meletup kepala nak hadamkan. Memang takde editor ea?

- Bukan si Qisya ni adik Qayla ke? (M/s 109) Apesal page nak akhir² tu terbalik pulak? Clueless gila aku tetiba si Qayla ni jadi adik, eh? Ingatkan aku yang high, bila selak² balik lah rupanya memang tertukar😭 (ms 402)

- Peredaran masa. Aku tak tahulah nak describe macam mana.. tapi kalau kau baca, memang kau akan rasa clueless habis. Berapa tempoh diorng tunggu untuk nikah, si Zaim jumpa si Zini ni pun ntah bila, n etc (sapa yg baca boleh faham agaknya apa yg saya cuba sampaikan.. sbb seriously saya tak tahu nak describe macam mana😭)

- Yang aku peliknya, (masa tadika) di awal novel, ckp si Zaim ni kemas, rambut belah tepi, pakai minyak rambut, handsome, tak pakai selipar tapi sepatu entahlah dlm m/s 112 si Qayla ckp dia ni kecik² dulu comot, muka nerdy muka serabai.
• 𝗽𝗹𝘂𝘀, 𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 " 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴?" 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗸 𝗸𝗲? 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗶𝗺𝗲 𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗻. 𝗔𝗻𝗱 𝗵𝗼𝘄 𝗵𝗼𝘄 𝗵𝗼𝘄𝘄 𝘁𝗲𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗰𝗸𝗽 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 " 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿?" 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮 𝗸𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝘀𝘁 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮 𝘁𝘂? 𝗮𝘀𝘁𝗮𝗴𝗮 (tak termasuk 'lelaki misteri' yg bayar duit masuk kereta kejadah tu ) tkpelah cop cop kang sampai 5 perenggan tak habis nnti hm

- Sunsunan situasi pun haih terabur! Pening aku baca😭 awal smpi dh nak akhir pun boleh tahan serabut nak baca tapi haih takpelah.
_________________________________________________
𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙤𝙢𝙚𝙣𝙩 ² 𝙕𝙖𝙞𝙢 𝙖𝙣𝙙 𝙕𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙬𝙚𝙚𝙩𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙪𝙠𝙖. 𝘽𝙚𝙧𝙗𝙪𝙩𝙩𝙚𝙧𝙛𝙡𝙞𝙚𝙨 𝙮𝙖 (tapi ada jugak tercringe sikit🤣)
𝙃𝙚𝙖𝙡𝙩𝙝𝙮 𝙘𝙤𝙪𝙥𝙡𝙚! 𝙂𝙧𝙚𝙖𝙩 𝙘𝙤𝙢𝙢𝙪𝙣𝙞𝙘𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙞𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙠𝙚𝙮! (The reason aku bgi 3 kalu tak, dah 2🌟 je aku bagi😂)

𝙆𝙚𝙣𝙖 𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩 𝙟𝙪𝙜𝙖𝙠 𝙕𝙖𝙞𝙢 𝙣𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙚𝙘𝙞𝙡 𝙙𝙞𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙠 𝙩𝙤𝙠𝙣𝙮𝙖 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙥𝙖𝙧𝙚𝙣𝙩𝙨 𝙙𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡. 𝙅𝙖𝙙𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙞 𝙕𝙖𝙞𝙢 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙚𝙭𝙥𝙧𝙚𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙖. (Katanyalah HAHAHAH but I don't think so. Saya tengok Zaim yang yg paling wild ya🤣)

𝘿𝙤 𝙄 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙙𝙞𝙨 𝙣𝙤𝙫𝙚𝙡? : No but Kinda..but more to No

𝘿𝙤 𝙄 𝙧𝙚𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙙 𝙙𝙞𝙨 𝙣𝙤𝙫𝙚𝙡?: No but Yes for the newlywed couples.
- a lot of tips, advices , good quotes and etc

𝙒𝙤𝙧𝙩𝙝 𝙩𝙤 𝙧𝙚𝙖𝙙? : Errmmm No.. sbb no 3. But i don't knowlah for others. But lowkey, nak cakap yes sebab novel ni tak berat pun... Tapi okelah bacaan ringan je.

_________________________________________________

Fighting author! Sila usaha lagi. Terima kasih atas karya awak.🤍
Profile Image for Wie Wie.
13 reviews1 follower
October 16, 2022
Jalan cite simple je....psl dunia hubungan suami isteri n cabaran or dugaan bila berkahwin...mmg kena cover tu dgn cerita ni...cuma saya kurang suka bila part penulis menceritakan part 18 tahun keatas tu...bgi saya ok je klo nak dceritakan sbb dh nama cerita hubungan suami isteri...bohonglah klo xde bnda2 18 tahun ketas cmtu...cuma klo bleh berlapis lah cket penceritaan tu mcm cth guna perumpamaan ker or just cerita surface je ker...tpi kat novel ni penulis btol2 detail menceritakan part tu lgi2 bila scene antagonis tgk netflix ngn zaim kacau zini wktu kt dapur....tu bgi saya x perlu ntuk diceritakan sbb x ssuai untuk pembaca novel karya seni...

Tapi apa pun buku ni ada kelebihan juga yg mana bermacam2 info berkenaan rumah tangga yg penulis berikan...gaya penulisan bagi saya sgt bgus sbb kadang2 first novel dari penulis baru, kita akan kurang suka or msuk dgn pengolahan bhasa yg ditulis oleh penulis baru...tpi ni tak lancar je pembacaan saya dari awal sampai habis..

Overall saya bgi 4/5⭐️...Tahniah penulis n harap dapat improve menjadi lebih2 bgus ntuk next2 novel ok👌
Profile Image for Puteri Mostapa.
1 review
January 4, 2021
Terima kasih Karyaseni.
Servis laju.
Semua novel yg diorder, sampai perfect 10! Siap dpt hadiah lagi. Berbaloi-baloi beli direct dgn Karyaseni.


Jujurnyalah, aku tak nak share komen Negeri Cinta ni mcm mana. Takut terberi spoiler.
PLot dia simple aje. Tapi rasa mcm ada rerama dlm perut masa baca. Rasa ngilu pun ada.
Kalau sesiapa nak kahwin tu, sesuai sgt baca novel ni.
Byk tips hidup berumahtangga dlm ni.
Tips nak layan laki terutama yg PJJ dengan hubby atau isteri.
Hidup laki bini yang dipisahkan sebab kerja ni memang mencabar.
Nak panaskan hubungan yang selalu terpisah satu ujian.
Novel ni kupas isu tu.
Ada byk jugak tips nak elak hambar sama suami.
Kena open minded masa baca buku ni.
Sebab dialog dia tak ada tapis2 dlm ni.
Bagi aku simple aje, ambik yg mana rasa ada ilmu.
yg rasa x sesuai, ketepikan aje.
Keseluruhan memang seronok cerita ni. Tahniah buat Mudin Ezairi. Seingat aku ni nama baru dlm Karyaseni.

Profile Image for Yana.
2 reviews
December 26, 2020
Musim lemau PKP ni, baca novel Negeri Cerita jadi terbeliak bijik mata.
Ikukn simple aje ceritanya. Agak biasa plotnya tapi dalam biasa tulah rasa menyengat tetap ada.
Cara penulis bawa watak Zaim & Zini yg baru bernikah ni buat rasa senyum-senyum baca. Tak tahu komen org lain mcm mana. Novel ni banyak part yang panas. Isu sensitif, isu hubungan bilik tidur suami isteri dikupas. Masalah Kalimah yg gersang dan kurang kasih sayang, berpeluh baca. Ada selang seli tips orang lama dalam menyemarakkan kasih sayang suami isteri yang dah twar sejuk. Byk ilmu lain. Sesuai untuk org baru nak nikah, nak faham masalah taboo rumahtangga. Kira berbaloi beli Negeri Cinta ni. Overall best! Memang best! Tahniah utk penulis baru Karyaseni, Mudin Ezairi.



Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 12, 2021
Best!!! Siapa yang nak dekat kahwin bolehlah baca buku ni. Yang dah kahwin pun lagi sesuai sangat. Banyak tips rumah tangga yang boleh kita dapat. Pada aku, buku ni khas untuk PEMBACA MATANG. Budak2 tak leh baca. Nanti miang keladi pulak.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 26, 2023
[BOOK 78]

Negeri Cinta Zaim-Zini by Mudin Ezairi.
.

Novel kontroversi.
.

STRICTLY FOR 18+ ONLY. READ AT YOUR OWN RISK.
.

Buku ni sesuai untuk orang yang dah kahwin, atau bakal berkahwin.
.

Antara faktor tarikan untuk memilih buku ni ialah disebabkan ianya nipis. Makin tua ni, makin nak baca buku nipis je.
.

Walaupun sebelum beli, aku dah tahu kandungannya matang, aku tetap beli sebab nak tahu sejauh mana 'kematangannya'. Ya, memang terperinci.
.

Ceritanya tentang Zaim dan Zini yang dah suka sama suka waktu tadika. Allahu, aku langsung takde memori zaman tadika aku, dorang dua ketul ni siap bercinta dan berjanji.
.

Biarpun terpisah, Zaim tetap mencari Zini. Dan bila sampai waktunya, Zaim meminang Zini. Isunya, Zini ni, walaupun acah-acah playgirl, tapi dia naif. Dia takut nak kahwin, nak hadap malam pertama, nak layan suami bla bla bla. Tambah-tambah Mak Tok (nenek Zaim) yang macam tak suka Zini.
.

Okay, jujurnya, kalau buang part 18+ itu, buku ni probably hanya setebal 200 pages je kot. Part 'dewasa' sangat terperinci yang aku rasa, dah macam gaya baca buku Fixi yang berlabel matang itu. Tapi buku ni takde label Matang.
.

By the way, aku suka je bila Zaim cuba jelaskan tentang kerjayanya di laut kepada Zini. Cumanya, aku mengharapkan cerita ni lebih difokuskan kepada perkembangan karakter.
.

Kawan-kawan Zini duk cakap, Zaim tu pendiam yang macho la gitu. Hurm, aku tak nampak aura tersebut, sebab setiap kali Zaim bercakap dengan Zini, mesti ada flirting, ayat uncensored semua tu. haih, Aku rasa cam sexual harrassment dah tu. Tapi sebab Zini suka je, so, takde hal la kot.
.

Lepas tu, lepas kahwin, Zini ni duk cakap yang Mak tok tak suka dia. Tapi Mak tok rajin je ajar tentang penjagaan wanita untuk menambat hati suami tu. Tapi aku geram je dengan Zini. Kononnya takut suami lari, tapi duk takut-takut camtu. Eh nyampah la. hahahha
.

Overall, buku ni nipis. Kalau dibuang part dewasa, akan lagi nipis. Ceritanya bagus je. Ia macam baca novel Akad by Rose Harissa. Cerita tentang rumah tangga.
.

Cumanya, aku mengharapkan adanya label Dewasa sekiranya penerbit Karya Seni sememangnya ingin mengeluarkan karya sebegini kerana KS ialah penerbit popular. Sayanglah kalau ada adik-adik yang terbeli.
Profile Image for Ariana Insyirah.
1 review1 follower
December 29, 2020
WOW! WOW! WOW!
Agreed with some of review here.
Novel ni simple aje cerita dia tapi somehow mcm seronok baca. Isu rumahtangga yg jadi penggerak plot. Setuju dgn review QUE, kisah bilik tidur, kisah cerita suami isteri, tips nenek-nenek, buat novel terasa manis pedas masam masinnya. Selalu kita baca fasal cemburu manja2, tapi masalah dlm Negeri Cinta ni, byk mengupas hal yg taboo, hal kepuasan seks dlm hubungan suami isteri. Novel ini memang ada aura erotik, tapi masih banyak ilmu yg boleh dikutip. Welldone Mudin Ezairi.
Profile Image for audrey.
8 reviews
March 15, 2022
this novel contain matured content but the storyline is not bad, it's a good read!! Zaim really make me laugh and how he being honest about 'Penggoda Bernafsu'. Zaim and Zini marriage is straightforward and sweetness overload hoho. You will fell in love with Zaim's character in this novel!! Zini a little bit jealousy wife but it's okay ma'am, im with you, Kelly behavior is too much uh. Anw, i gained a lot of knowledge, this novel suitable for 18+ i think?? What's important is our mindset :))
Profile Image for Rodziah.
1 review
December 25, 2020
Tak pernah nampak nama Mudin Ezairi ni. Cara menulis, sgt berani. Lain dr novel Karyaseni yg lain. Kisah rumahtangga. Cerita hubungan suami isteri yg dikacau org ketiga. Utk org yg baru nak kahwin, try baca. Mcm2 tips suami isteri ada. Byk ilmu orang nak kahwin, nak bahagia suami isteri dlm novel ni. Tak rugi beli & baca. Seronok & menghiburkan.
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
October 31, 2021
4.4/5 ⭐️
Actually this story not bad, best dibacaaa. Sebelum baca ingatkan hambar tapi banyak kali juga tergelak. Suka tengok hubungan cinta yang straightforward mcm ni cuma ada part yang terlalu matured. And I think orang yang dah berkahwin atau nak gain ilmu perkahwinan je sesuai baca. Apa-apa pun banyak benda saya belajar dalam novel ni.
41 reviews1 follower
June 16, 2022
Storyline cerita ni menarik. Banyak nasihat dan petua yang boleh diaplikasikan. Namun ada beberapa adegan/babak 18sx. Penerbit sepatutnya buat warning dkt cover depan tu sbb Penulisan2 ni ramai anak remaja yang baca.. Budak sekolah rendah pun dah pandai baca novel. Harapnya boleh kekalkan 'kesopanan' dalam novel bahasa Melayu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sumayyah Alias.
2 reviews
January 13, 2021
Novel yang seksi! Tu aje yang aku nak kata.
Macam tengok Desprate HouseWife. Isu perempuan bergelar isteri bermasalah dgn suami.
Rekomen!
Profile Image for noveeechim.
37 reviews1 follower
July 31, 2022
Pembacaan matang ye anak-anak. Jadi budak-budak bawah 18tahun jangan nak memandai nak baca hehehe. Part yg 18+ tu agak detail and aku pun terkejut betul ke ini di bawah penerbitan Penulisan2u? Kalau ya, kenapa tak letak warning? Tapi tak mengapa itu hanya soalan hehe.
Sejujurnya aku tak tahu nak bagi rating buku ini. Jadi aku bagi 3/5, separuh suka, separuh tidak. Ada ayat yang buat aku konfius and ada masalah typo ye. Hmm. Lepastu konfliknya tak lah berat tapi macam tak logic pun ada macam ehh?? Tiberrr ajeee. Ok dats all.
Untuk goodnya, pesanan & tips mak tok tu memang berguna untuk orang yang kahwin atau baru niat nak kahwin. Adalah petua-petua mengenai dalaman, tu boleh, ni tak boleh dan sebagainya. Walaupun mula-mula mak tok agak annoying sikit tapi huhuhu takpa, orang tua lah gituu. Overall, okaylah masih boleh dihabiskan dalam masa sehari. Apa-apapun, teruskan berkarya penulis! Fighting!! 😁👍
Displaying 1 - 25 of 25 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.