Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kompas Al-Mulk

Rate this book
Menariknya buku ini bakal menjawab 5 persoalan:
- Apakah status hadith mengenai Fadhilat Surah Al-Mulk?
- Bagaimana keadaan Rasulullah di Makkah semasa turunnya Surah ini?
- Apakah hikmahnya Surah Al-Mulk ini disusun selepas Surah At-Tahrim dalam mashaf Al-Quran?
- Mengapa Rasulullah membaca Surah Al-Mulk dan Surah As-Sajdah sebelum tidur?
- Apakah persamaan yang indah antara surah "Tabaraka" dalam Al-Quran?

"Kompas Al-Mulk merupakan tadabbur terperinci yang wajib diselak setiap muka surat, agar bacaan Al-Mulk saban waktu sebelum tidur dapat memberikan manfaat kepada praktis hidup, bukan lagi sekadar menjadi ritual biasa." - Hilal Asyraf (Penulis novel Islami).

432 pages, Paperback

Published November 1, 2020

Loading...
Loading...

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

34 books123 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (81%)
4 stars
4 (18%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Shaharuddin.
463 reviews9 followers
December 24, 2024
Ustaz Syaari Ab. Rahman antara asatizah yang ke hadapan dalam membudayakan tadabur al-Quran iaitu final product dari al-Quran. Dengan tadabur kita dapat menangkap makna sebenar kenapa kita membaca al-Quran. Usaha beliau begitu bersungguh-sungguh pula dengan menerbitkan buku-buku berkaitan tadabur. Terutama sekali tadabur surah Al-Mulk ini, yang agak femes dikalangan umat Islam. Paling menarik bagi saya adalah munasabah antara ayat dan juga turutan surah-surah yang Nabi SAW baca sebelum tidur.
Profile Image for Elle Houri.
97 reviews1 follower
July 8, 2023
Saya pernah terfikir mengapa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meninggalkan surah al- Mulk sebelum tidur? Saya juga tertanya-tanya apa kaitan surah ini sehinggakan surah ini dapat menemani kita di alam kubur kelak. Setelah membaca tafsirnya, saya juga masih tidak mampu untuk relate kedua-dua pertanyaan saya ini dengan tafsirnya.

Alhamdulillah pencerahan daripada buku ini membuka minda saya. Saya semakin faham apa kaitan persoalan-persoalan di minda saya ini setelah membaca buku ini. Itulah pentingnya tadabbur al-Quran.

Hasil tulisan ust Syaari Ab Rahman benar-benar menjadi favourite saya. Saya sentiasa ternanti-nantikan buku beliau kerana penerangannya sangat jelas dan tidak terlintas di fikiran saya. Apatah lagi jika anda mendengar kelas-kelas tadabbur dan juga kelas online yang beliau adakan samada secara berbayar atau percuma.

Semoga penulis di panjangkan umur dan dipermudah urusan dalam menyampaikan ilmu berdasarkan ayat-ayat Quran agak kita lebih memahami dan mendalami mukjizat Quran yang di turunkan kepada kita.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
June 19, 2021

Sekian lama saya mengamalkan bacaan surah Al-Mulk sebelum tidur tanpa mengambil tahu mengapa Rasulullah mengamalkannya. Selepas membaca buku ini, saya lebih faham dan dapat menjiwai makna di sebalik 30 ayat dalam surah ini serta memahami sebab Rasulullah mengamalkan surah ini sebelum tidur.

Saya sangat tertarik dengan ‘teori komposisi cincin’ yang menerangkan kaitan ayat di awal surah dengan ayat penutup. Satu kaedah tadabbur yang mengujakan.

Bagi yang belum menghafaz surah al-Mulk, buku ini juga menyediakan kaedah akronim untuk membantu kita menghafaz dengan lebih mudah.

Saya berharap penulis membukukan Kompas Al-Kahfi pula selepas ini.

#KompasAlMulk
#SyaariAbRahman
#bukubukuwa
#MalaysiaMembaca
#bookloverMalaysia
#bookstagrammerMalaysia













Profile Image for Marissa.
22 reviews12 followers
March 31, 2021
It is titled ‘Kompas’ for a reason...

You want to learn Surah Al Mulk exclusively? This book is for you. It has everything laid out for you to fully engage with the Surah.

☑️ Detailed analysis of every verse including keywords to help us unravel the lesson and remember the meaning.
☑️ Explanation of the Surah & verse in relation to few different Surah & verse that enable us to connect the dot between one message to another.
☑️ Interesting Ring Composition theory of Al Mulk
☑️Tips & steps in memorising the Al Mulk.

You’ll be surprise with what you can learn from Surah Al Mulk through this book! ❤️
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews5 followers
January 15, 2022
Very comprehensive. This book is beyond awesome ma shaa Allah. Too much the digest in just one book, thank you so much ustaz.. looking forward to read more of your books
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
October 3, 2025
Kompas al-Mulk

Ketebalan buku membawa 2 perasaan berbeza:
excited + mampukah baca

Perasaan lepas baca: Nak kena ulang baca lagi, sebab tak puas baca sekali. Kalau boleh, nak dibaca setiap bulan (tapi nota my qurantime pun dok tunggu turn tu)
Isi buku: Bahasa mudah difahami, kronologi/kaitan antara ayat juga dijelaskan dengan sangat baik. Ada pengisian dari tafsir rujukan penulis, dan semestinya tadabur ringkas.
Seronok baca bahagian penjelasan ayat. Dapat tahu maksud ayat dan serba sedikit tentang bahasa Arab. Sedikit mencabar untuk bahagian kaitan surah al-Mulk dengan surah lain. Almaklum, kita tak arif bahasa Arab dan tidak menghafaz quran.
Recommendation: Highly recommended.
Harga: rm40
Mana nak beli: IG/shopee paradigma ibrah.


#paradigmaibrah #kompasalmulk
Displaying 1 - 6 of 6 reviews