Ulu Yam di Liverpool 3 merupakan karya terakhir Allahyarham Nazali Noor di persada penulisan. Inilah karya beliau setelah tiga tahun menyepi. Menyepi bukan kerana tidak mahu lagi menulis. Beliau masih menulis namun akibat kekangan kesihatan yang tidak menentu membantutkan usahanya menghabiskan karya ini. Karyanya dihantar kepada pihak editor beberapa minggu sebelum Allayarham pergi ke dunia fananya. Kami sebulat suara ilhamkannya tanpa disunting sebagai tanda solidariti. . Ulu Yam di Liverpool 3 begitu isitmewa kerana naskhah ini merupakan penghormatan terakhir daripada seorang suami yang telah pergi buat selama-lamanya untuk isteri yang ditingalkan. Naskhah terakhir daripadanya sebagai lambang cinta terhadap sang isteri, Ainon Abdullah yang dikahwininya hampir 24 tahun. Pengorbanan dan kasih sayang Ainon yang mesra dipanggil Ain begitu mendalam. . Sesungguhnya Allahyarham Nazali Noor sangat menyayangi Syurga bidadarinya ini. Hari demi hari, Ain sentiasa berada di depan mata sehinggalah nafas terakhirnya. Coretannya begitu bersahaja dan mencuit hati...segala-galanya tentang Ain. Barulah kita tahu bahawa isteri merupakan pelengkap hidup dalam keluarga. Bacalah...semoga kita saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dalam hidup berumah tangga.
Bestselling book details Malaysian academic’s journey
Image of Nazali Noor with his book at book launchLJMU Senior Lecturer in Facilities Management Nazali Mohd Noor’s autobiographical book about his journey from a small village in Malaysia to academic life in Liverpool has been published by Karangkraf, one of the largest publishers in Malaysia.
The book, Ulu Yam di Liverpool (UYDL), sets forward positive vibes on how you should pursue a dream despite all the challenges that you might encounter.
Nazali joined LJMU in 2008 as a PhD student in Facilities Management. He is a Certified BIFM member (CBIFM) and a subject matter experts' group member of the Chartered Management Institute (MCMI). His key areas are Property, Facilities Management, Property Marketing, Real Estate Agency and Property Development. He gained his Bachelor degree (Hons) in Property Management and MSc in Facilities Management from Malaysia in 1996 and 2002 respectively.
He is currently pursuing PhD research on developing an optimum collaborative innovation framework for facilities management with focus on BS 11000. He has been invited as speakers to share his knowledge and experience in facilities management at many international platforms.
Nazali’s book was recently released nationwide in Malaysia and is currently third in the best sellers non-fiction category in MPH Bookstores throughout the country, and will soon be available in English and in an e-book format.
Ini buku kedua yang saya baca tulisan Allahyarham Nazali Noor. Buku pertama beliau yang saya baca ialah Anak-anak Abah. Saya juga maklum yang buku UYDL 3 ini adalah buku yang terakhir tulisan beliau sebelum arwah pergi dijemput Allah. Buku ni versi yang tidak diedit langsung oleh pihak penerbit atas dasar penghormatan dan penghargaan terhadap arwah.
jadinya, bila saya baca coretan hati beliau, terasa macam dialog-dialog seharian dan seolah beliau bersembang dengan kawan-kawan. Saya faham yang penerbit mahu kekalkan manuskrip seasli yang mungkin tetapi mungkin boleh betulkan typo. Ada banyak juga kesalahan ejaan. Bukannya isi yang perlu diubah tetapi hanyalah ejaan. Itu hanyalah pendapat saya.
Arwah penulis banyak sekali menceritakan kebaikan isteri beliau dalam naskhah kali ini. Seolah-olah sebuah penghargaan dan hadiah terakhir buat isteri. Sangat tersentuh bila baca semua pujian buat isteri. Saya juga begitu kagum dengan ketabahan dan kesabaran isteri beliau, Puan Ainon. Seorang gadis susah yang berasal dari kampung, graduan matematik dari UM dan seterusnya menjadi suri rumah dan pengusaha airbnb di Liverpool membesarkan anak-anak. Beliau menjaga suami yang sakit dengan begitu rapi sehingga lah akhir hayat suami. MasyaAllah, saya terinspirasi.
Kalau ada antara anda yang meminati travelog, coretan berkisarkan kekeluargaan, boleh lah cuba baca ya.
Terdetik nak membaca buku ni sebab tajuk ada Liverpool. Ya, ada orang tu suka Liverpool so saya terpaksa, dipaksa dan memaksakan diri minat Liverpool juga hahaha
Ni buku yang ketiga dan terakhir ya kalau saya tak salah? Tapi saya tak baca buku yang sebelum ni so taktahu. Buku ni katanya ebih banyak fokus kepada kak Ain. Sayangnya arwah dekat kak Ain ya. Setiap ayat disusun dengan kasih sayang. Diolah dengan cinta.
Di akhir bab, banyak benda baru saya belajar tentang negara orang. Terima kasih kongsi dengan kami suka dan duka kehidupan arwah dan kak Ain. Semoga kak Ain sekeluarga terus kuat dan bahagia. “Wa caya sama lu” hahhahaha adoi lawak yang ni
Aku belum sempat membaca buku UYDL 1 dan 2, terus sahaja melompat ke siri ke-3. Rupanya boleh sahaja 🥰. Secara keseluruhan, buku ini adalah curahan hati seorang suami terhadap isteri dunia akhiratnya. Hampir keseluruhan cerita berfokus tentang isterinya sejak kecil sehingga mereka disatukan. Hanya sekitar 2% sahaja diselitkan warkah daripada isterinya sendiri.
Aku menangis banyak kali, terutama pada bahagian ketika En Nazali mula jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital pada Oktober 2016. Sangat menyentuh hati membaca semangat juang isterinya serta kesusahan dan kesetiaan mereka sebagai suami isteri. Satu perkara penting yang aku belajar—kita mesti selesaikan hutang, buat simpanan sebanyak mungkin, dan tetapkan keutamaan hidup dengan jelas. Buku ini benar-benar memberi kesan mendalam 😭😭😭.
Mengapa anda perlu baca buku ini? 💸Menjawab persoalan tentang persediaan kewangan, seperti formula Nabi Yusuf dalam al-Quran (7 tahun simpanan). Inilah jawapan bila sesuatu yang tidak dirancang berlaku. 🤱Belajar daripada peribadi seorang wanita yang tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain. Walau susah, dia tetap berfikir selangkah ke hadapan demi cinta hatinya. 📈Kesusahan hidup mengajar kita menghargai kesenangan dan merancang dengan lebih bijak. 💪Kekuatan seorang wanita yang sanggup menjaga suami sakit sambil mengurus keluarga amat luar biasa. ☝️Hidup bukan sekadar untuk ketawa dan berseronok, tetapi perlu seimbang dan sederhana. ✍️Belajar daripada arwah En. Nazali yang begitu menghargai dan menyayangi isterinya. Tidak semua kita mampu ikut, tapi sekurang-kurangnya kita boleh mencontohi sebahagian amal baiknya.
🥰Kesimpulan Ulu Yam di Liverpool 3 bukan sekadar kisah cinta dan pengorbanan, tetapi juga sebuah manual kehidupan tentang persediaan kewangan, nilai kesabaran, dan erti sebenar menghargai pasangan. Ia mengingatkan kita bahawa cinta sejati bukan hanya pada masa senang, tetapi diuji paling hebat ketika susah dan sakit. Membaca buku ini membuatkan aku lebih sedar tentang pentingnya merancang hidup, menghargai keluarga, dan belajar untuk tidak mudah berputus asa.
Semoga Allah SWT mengampuni arwah Nazali Noor, ditempatkan bersama orang-orang beriman dan tenang disana. Nantilah ahli keluargamu akan kembali bersatu juga kelak.Amin🤲
Sebuah cerita tentang kenangan, banyak bab yang berasal daripada buku-buku Arwah Abang Naz. Walaubagaimanapun, di akhir-akhir bab banyak mengisahkan daripada hati Kak Ain selepas ketiadaan Abang Naz.. Semoga cerita dan kisah yang di warkah pada setiap bukunya menjadi inspirasi kepada semua pembaca. 😍
berbaki beberapa bab terakhir saya menangis sambil membaca coretan Almarhum terhadap sang isteri yang dikasihinya. . Bahagian akhir ketika Puan Ain menceritakan kisah pengakhiran hayat sang suami dan proses pemakaman begitu menyentuh jiwa saya.