Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Buku ini merupakan himpunan huraian dan syarahan hadis oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bersumberkan ‘Bab Sabar’ daripada kitab ‘Riyadh al-Solihin’ dalam Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, Marang. Kitab hadis tersebut telah disusun oleh al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawi, salah seorang ulama agung Mazhab al-Shafi‘i yang sangat diakui kewibawaannya.

Pesan-pesan Rasulullah SAW tentang kesabaran yang dinukilkan dalam karya ini sangat berguna bagi dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat yang mencari-cari sumber kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan yang sangat mencabar hari ini. Mudah-mudahan, sifat sabar yang dihayati itu berhasil melahirkan Mukmin yang mempunyai sifat reda, seterusnya menjemput rahmat Allah SWT sebagai bekalan untuk bertemu dengan-Nya kelak.

216 pages, Paperback

First published November 1, 2020

3 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Abdul Hadi Awang

69 books88 followers
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejakkan kaki ke Sekolah Agama Marang. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan agama, bahasa Arab, dan politik daripada ayahandanya sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila.

Selepas itu, Ayah Chik melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi pada tahun 1969–1973 dan berjaya memperoleh Ijazah BA Syariah. Seterusnya, beliau berhasil menggenggam Ijazah MA di Universiti al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Siyasah Syar‘iyyah selepas berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun, iaitu dari tahun 1974–1975.

Di samping itu, Ayah Chik juga telah memperoleh Ijazah Sanad daripada Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani pada tahun 1983. Beliau istiqamah mengajar di Masjid Rusila, Marang dan telah mengkhatamkan pengajian Tafsir al-Quran sebanyak dua kali dalam tempoh 40 tahun, bermula dari tahun 1976 sehingga kini.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (72%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Muhaimin Safaruddin.
Author 14 books21 followers
December 18, 2020
Sebagai salah seorang editor yang terlibat dalam penyuntingan buku ini, saya sesungguhnya menyaksikan bahawa kesemua tajuk hadis yang dihuraikan oleh Ayah Chik dalam kandungan buku ini adalah AMAT PENTING untuk dihadam oleh setiap pembaca. Tiada yang terkecuali.

Namun begitu, secara peribadi, ada lima tajuk yang benar-benar mengesankan dan paling menginsafkan diri saya saat membacanya:

1. Sabar dan Percaya akan Janji Allah

Tentang kesedihan Nabi Muhammad SAW yang menangisi pemergian cucunda Baginda.

2. Sabar dalam Menegakkan Kebenaran

Tentang kisah 'Ghulam (Pemuda) Dakwah' dan 'Ashab al-Ukhdud' (kaum yang menggali parit).

3. Sabar dalam Menghadapi Pelbagai Musibah

Tentang beberapa bentuk musibah yang pasti akan menimpa seorang Muslim dalam kehidupan.

4. Sabar Menghadapi Tekanan Hidup

Tentang perlunya seseorang untuk terus kuat meneruskan kehidupan seandainya mendepani cabaran dan jangan sesekali meminta mati disebabkan berputus asa.

5. Sabar Menahan Marah

Tentang kelebihan apabila bersikap matang dan berupaya menguasai diri ketika dalam situasi yang boleh menimbulkan kemarahan.

Cubalah teman-teman baca dan hayati naskhah ini. Insya-Allah, sedikit sebanyak, kita berhasil memperoleh tonik jiwa yang sungguh menenangkan dalam meniti jalan kesabaran sepanjang inci kehidupan.
Profile Image for ' Syamil.
238 reviews6 followers
January 28, 2021
Penulis memberitahu keistimewaan menjadi orang beriman ialah amalan ibadah dapat pahala dan tidak melakukan maksiat juga dapat pahala.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.