Perangkap Rumah Kosong Dr. Wilson masih lagi bersedih dengan kematian Sherlock Holmes walaupun sudah tiga tahun kejadian di Reichenbach Falls itu berlaku. Semasa sedang menyiasat satu kes, Watson bertembung dengan seorang tua pelik pengumpul buku-buku lama di satu jalan. Lebih mengejutkan, lelaki tua itu datang mencarinya di rumah. Apakah kaitan lelaki tua itu dengan Sherlock Holmes? Apakah nyawa Dr. Watson kini terancam?
Jurubina dari Norwood Sherlock Holmes dan Dr. Watson dikunjungi seorang peguam muda, John Hector McFarlane yang dalam keadaan cemas kerana dituduh membunuh kliennya, Jonas Oldacre. Dia adalah orang terakhir yang dilihat berada bersama Jonas Oldacre, dan segala bukti yang ada menunjukkan dia adalah pembunuhnya. Lestrade sudah bersedia menangkapnya. Walau bagaimanapun, Sherlock Holmes dapat menghidu sesuatu yang pelik tentang kes itu. Benarkah John Hector McFarlane adalah seorang pembunuh?
Rahsia Orang Menari Hilton Cubitt datang ke Baker Street dan menunjukkannya sekeping kertas yang terlukis beberapa orang lidi. Cubitt menerangkan yang dia baru berkahwin dengan seorang perempuan Amerika bernama Elsie Patrick. Rumah tangga mereka aman bahagia sehinggalah kertas-kertas yang mengandungi lukisan orang lidi itu tiba ke rumah mereka. Sherlock Holmes meneliti lukisan yang seperti hasil kerja tangan kanak-kanak itu dan merasakan ada sesuatu yang jahat terpendam di dalamnya. Dapatkah Sherlock Holmes dan Dr. Watson menyelesaikan misteri ini?
Ketiga-tiga kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Return of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1905.
Sir Arthur Ignatius Conan Doyle was a Scottish writer and physician. He created the character Sherlock Holmes in 1887 for A Study in Scarlet, the first of four novels and fifty-six short stories about Holmes and Dr. Watson. The Sherlock Holmes stories are milestones in the field of crime fiction.
Doyle was a prolific writer. In addition to the Holmes stories, his works include fantasy and science fiction stories about Professor Challenger, and humorous stories about the Napoleonic soldier Brigadier Gerard, as well as plays, romances, poetry, non-fiction, and historical novels. One of Doyle's early short stories, "J. Habakuk Jephson's Statement" (1884), helped to popularise the mystery of the brigantine Mary Celeste, found drifting at sea with no crew member aboard.
Saya rasa, baca semua buku dalam siri Sherlock Holmes ni pun akan bagi 5 bintang sebab saya peminat tegar filem adaptasinya. Saya nak tekankan bawah terjemahannya sangat baik dan tiada "direct translation" dijumpai. Itu membuatkan pengalaman membaca saya tidak terganggu.
Nilai Moral yang boleh didapati dalam setiap kisah pendek : 1. Perangkap Rumah Kosong : Persahabatan, cekal menempuh cabaran 2. Jurubina dari Norwood : Harta bukanlah segalanya 3. Rahsia Orang Menari : Cinta tak semestinya memiliki, jangan bertindak di luar moral
Semua kisahnya menarik dan membuatkan saya ingin mengulangtonton siri sherlock holmes di kaca televisyen!
Setelah menekuni kumpulan cerita pendek The Adventures of Sherlock Holmes dan The Memoirs of Sherlock Holmes, kini tiba pula giliran saya memulakan bacaan The Return of Sherlock Holmes (cerita pendek ketiga daripada lima yang ditulis).
Permulaan pada cerpen Perangkap Rumah Kosong, ketika Dr Watson sedang menyiasat pembunuhan seorang lelaki yang ditembak dengan peluru revolver, Sherlock membuat kemunculan semula ketika penduduk kota London sudahpun menerima hakikat 'kematiannya' dalam pergelutan bersama Prof Moriarty di Reichenbach Falls. Kes ini ada berkait dengan 'kematian' Sherlock.
Untuk cerpen Jurubina dari Norwood pula, seorang peguam disyaki dalam pembunuhan kliennya yang dijumpai sangat tragis dalam kebakaran. Agak sukar untuk menemukan bukti pada mayat yang hancur dimamah api, mungkin pada waktu tersebut tidak ada kepakaran forensik, maka Sherlock menggunakan helah lain bagi menangkap pembunuh tersebut. Dan ya, pembunuhnya bukan seperti dalam sangkaan saya.
Kes seterusnya Rahsia Orang Menari melibatkan jenayah yang sukar dengan menggunakan kod rahsia iaitu lukisan orang lidi. Saya sendiri cukup teruja dapat meneka kod tersebut setelah dirungkai oleh Sherlock walaupun bukan sepenuhnya saya dapat teka. Kes ini mungkin boleh saya kategorikan sebagai berjaya dan gagal oleh Sherlock atas kelewatannya menterjemah kod tersebut.
😍Ternyata Holmes tak mati lagi, stay dalam penyamaran dalam diam mengikut perkembangan Watson. Hebat dan agak menakutkan bila kawan baik sendiri keep follow kita, tapi kita tak tahu. Tapi demi setia kawan Holmes terhadap Watson, itu saja cara melindungi sahabatnya. Saat merungkai misteri yang menyelubungi kematian olok-oloknya, kematian misteri seorang pemuda dalam bilik terkunci yang bukan bunuh diri muncul. Holmes bakal menamatkan dendam sengketa dengan seorang pembunuh handal yang masih mencari ruang untuk menamatkan nyawa Holmes bagi membela kematian Prof Moriarty.
Kes seterusnya melibatkan seorang peguam muda yang dituduh membunuh, sedangkan dengan licik Si Mangsa itu masih hidup dan bersembunyi di balik dinding rumahnya demi mendapatkan wang. Penganiayaan dilakukan terhadap peguam muda ini, kerana dendam cinta lalu, apabila ditolak oleh ibu anak muda itu.
Kes aneh lukisan orang lidi yang menari dengan pelbagai gaya di sekitar rumah seorang lelaki, ternyata mempunyai hubungan dengan masa lampau Si Isteri dalam satu sindiket jenayah antara bangsa. Malangnya, Holmes terlambat untuk menyelamatkan lelaki tersebut daripada kematian.
Persoalan sikap individualistik dijadikan punca berlakunya pelbagai konflik dalam kehidupan. Atas kehendak, fikiran dan cara seseorang itu, pelbagai hal dan kesan aneh yang berupaya mengancam nyawa dan orang lain oleh berlaku. Oleh itu, setiap tindakan harus memperkirakan orang terdekat dan sekeliling kita kerana baik buruknya akan turut memberi impak tak terjangka melalui akibat sesuatu tindakan kita itu.
Komunikasi, jujur dan perkongsian sentiasa membuka jalan lebih baik dalam mengatasi konflik. Salute Sir Arthur Conan Doyle dengan karya yang memaparkan kemanusiaan dengan unggul.Congratz to team #PenerbitX dengan terjemahan yang baik, mudah faham dan sedap dibaca untuk pembaca Bahasa Melayu. #reviewbuku #timahreviewbuku #malaysiamembaca
Sherlock Holmes #6 : Siri 1 - Perangkap Rumah Kosong - Jurubina dari Norwood - Rahsia Orang Menari .
Disebabkan aku amik random je mana-mana buku Sherlock Holmes ni untuk dibaca, so, aku tak expect la pulak yang Holmes ni dah 'mati'. .
Tapi, tak mati pun la sebenarnya. .
1. Perangkap Rumah Kosong. . Ni berkait dengan 'kematian' Holmes la jugak. Dr Watson sedang menyiasat tentang pembunuhan seorang lelaki yang ditembak. Tapi bilik tu berkunci. So, siapa pembunuhnya? .
2. Jurubina Dari Norwood. . Ni cerita tentang pembunuhan seorang lelaki yang dibakar. So, mayatnya hancur. Jadi, tak tahu la camne nak siasat pembunuhnya. Ni cerita berkait dengan harta dan dendam. .
3. Rahsia Orang Menari. . Hebat la pulak si Holmes ni baca kod rahsia berdasarkan lukisan orang menari. Sayangnya, Holmes terlambat. Kliennya dah pun mati. .
Overall, okay je. Mungkin kalau layan versi filem ke, akan lagi best la kot.