Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Satria-Satria Sejati #4

Hikayat Satria-Satria Sejati #4: Samudera Pengorbanan

Rate this book
Mukan’Aja telah berpakat bersama Uluwalu dan Tanah Suci untuk menggempur Mastazadi. Kekuatan mereka telah berkumpul di hadapan benteng Mastazadi, menanti kehadiran Lutello untuk memulakan gempuran.
Menanti momen tersebut, Lakshamana telah memulakan serangan gerila bagi melemahkan pertahanan Mastazadi.
Pada masa yang sama, Ariki telah kembali bersama Aifer, Yusuf dan Ashwadi, dan diberikan misi oleh Arata untuk menguasai Seni Tempur Maharaja. Seni tempur yang dianggap sebagai kunci untuk Ariki memenuhi takdirnya sebagai Raja Yang Sebenar.
Sementara itu, Mikail, Runihara dan Jilani telah disembunyikan oleh Ruh Al-Akbar di Madinah, namun keberadaan mereka di situ telah diketahui oleh Habib Jama’a.
Keadaan semakin genting dan mendebarkan.
Pengorbanan tidak akan dapat dielakkan!

460 pages, Paperback

First published January 1, 2020

13 people are currently reading
231 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books859 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
147 (72%)
4 stars
54 (26%)
3 stars
3 (1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Farah Nisa.
111 reviews1 follower
July 14, 2021
Dah baca 1-4, ke 4 ni paling sedih 😭 why arata mati😭😭
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
June 27, 2025
dari awal sampai akhir, buku yang ke-4 ni memang penuh dengan aksi, walaupun hanya membaca tapi boleh rasa tercungap jugak la... and so many deaths in this..🥲
Profile Image for Nee (っ´▽`)っ.
68 reviews
August 14, 2025
Buku ke-4 = Five stages of grief.
😩😩😩
Mula mula baca, dah ready dah untuk kehilangan ramai watak. Memandangkan perang, jadi mesti ada yang terkorban. TAPI... bukan untuk Arata. Tak sangka pengakhirannya sebegitu. Terpaksa stop satu hari. Tengok langit. Tengok burung. Sebab marah dan tak dapat nak terima. Ingatkan dia akan berlawan bersama sama dengan Ariki. Hubungan mereka berdua pun dah rapat dan mesra. Tapi kenapaaaaaa... 😔

Penamatnya pun. Apakah? Tiba pula cerita sebenar pasal kelahiran Ariki tu. Tolonglah.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
466 reviews42 followers
November 12, 2024
Kini Mastazadi menjadi sasaran Mukan Aja dan Uluwalu untuk diranapkan. Ia dimulakan dengan serangan gerila untuk melemahkan pertahanan Mastazadi sebelum ke peperangan yang sebenar. Dalam Mastazadi sibuk menuju ke arah peperangan, Ariki dan rakan-rakan sibuk juga menyiapkan diri mereka dengan Seni Tempur Maharaja.

Naskah kali ini lebih laju dan penuh beremosi. Peperangan sudah tidak mampu dielakkan. Segalanya dilakukan untuk mencapai hasrat hati yang busuk lagi keji. Naskah kali ini lebih sarat dengan adegan pertarungan dan peperangan. Dan banyak juga adegan yang bakal bermain dengan emosi.

Membaca tentang Ruh Al Akbar entah kenapa membawa SH mengimbau bacaan penulis di dalam siri Takdir. Tak tahulah ada kaitan atau tidak tapi memang teringatkan naskah itu.

SH kagum sebenarnya dengan seluruh rakyat Mastazadi. Masing-masing tidak lari malah menyatakan kesanggupan untuk turut berperang walaupun dari kalangan mereka yang bukan pahlawan. Memang sangat jauh berbeza dari Mukan Aja yang diperintah secara diktaktor. Dan di sini nampak bagaimana pemerintahan berasaskan rasa hormat dan rasa takut mampu memberi kesan yang berbeza kepada rakyat.

Kasih sayang keluarga tidak terhad kepada mereka yang punyai talian darah sahaja. Ikatan kasih sayang juga mampu terbina dek keikhlasan. Seronok tengok kasih sayang antara Ashawadi dengan keluarga angkatnya.

Apabila sains disalahgunakan ia mampu membuatkan mereka percaya mereka lebih hebat dari Tuhan Maha Kuasa. Mereka rasa mampu melakukan apa sahaja dengan ilmu pengetahuan mereka. Begitulah yang berlaku di Uluwalu. Terlalu taksub dengan teknologi mereka. Hinggakan sanggup menjadikan manusia sebagai bahan kajian mereka.
Profile Image for SARAH.
18 reviews1 follower
December 1, 2021
THIS BOOK GOT ME SHITTING TEARS, BANGING MY HEAD ON THE WALL, SCREAMING TO MY PILLOW, KICKING THE AIR, CHOKING AIR AND SO ON!
okay sorry for being dramatic BUT I AMMMM
I usually took only a week or so to complete book 1, 2 and 3 but for book 4
just hit in my deepest and darkest heart ╰(‵□′)╯ so I took a legit month to finish this
and the plot twist!!? oh I've never expected that mad things
the flow, the character, the plot, the emotional ride, the motivational advice, the action packed, the DeAtH tRoPe are all sooo extremely good, I don't have anything to complain
it's totally worth it to binge on this series!!
and you know what, one of my new fear unlocked : penunggang agama.
Habib Jamaa is so scary and i got chills whenever he manipulated people to be on his side and thank god there's good progress in tanah suci <3
and the thing about satria-satria sejati is, i think since book 1 there's a mentioned of Mordekai but until book 4 there's really nothing about him except that he convinced afiefa to run away from the castle. just that's it. i think he must play an important role in next book and I'm eagerly waiting for it!
another thing is, I've had this tingling feelings toward tuah awaras. like he is so sus but i know he is a good man but i can't help it to feel that there's something odd about him. AND YEP IT'S TRUE WHEN THE TRUTH ABOUT HIS AFFAIR GOT REVEALED! so now I'm curious about him and mordekai guy. hope the last book can resolve this story nicely. I'm rooting for it!
much love from sarah, Hilal biggest fan eheh <3
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 2, 2021
Banyak betul pengorbanan yang berlaku dalam buku kali ini. Walaupun dah dapat agak, tapi aku macam tak boleh nak terima. Kejam sungguh. Moga cepat semuanya bergabung menentang.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
November 10, 2023
Buku ke-4 ni tak boleh nak rileks kalau baca. Terasa mengah sebab berkejar-kejar dengan pertarungan demi pertarungan.

Paling suka baca bahagian Mikail, Runihara dan Jalani dekat Tanah Suci dan Madinah 🥹 tak tahulah kenapa mungkin sebab sweet sebab Mikail dan Runihara dah kahwin. Lagi satu, perjuangan rakyat Madinah di bawah pemerintahan Ruh al-Akbar betul-betul beri kesan pada jiwa. Rasa puas hati sebab Habib Ja’maa dah mampuih dan kesesatan beliau tak dapat diteruskan lagi 😂

Lagi satu, Ariki berjaya mengawal kelima-lima unsur dan bertembung dengap bapa angkatnya, Lutello. Tp disebalik kesetiaan Lakshmana, aku rasa dia akan khianat Lutello ni memandangkan dia suruh Radion dari kerajaan Uluwalu buatkan teknologi canggih supaya dia lg kuat dari Lutello dan Ariki. Part sedih dan tak boleh move on bila Arata dan permaisuri Afiefa Lafayer mati. Kenapa Arata harus mati!! Dan lagi satu pasal kisah silam Tuah Awaras dengan Afiefa Lafayer. Aku geram nih, yihhh 😫 tak sabar nak habiskan buku ke-5 pula
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
December 22, 2020
Saya sebagai salah seorang peminat siri HSSS memang tidak sabar menunggu sambungan kisah ini.

Buku ini masih mengekalkan rencah yang sama, perang di sini-sana, persahabatan dan yang penting kepercayaan. Keamanan seolah-olah sukar untuk dikecapi.

Namun, bagi mereka perjuangan perlu diteruskan. Bagi saya cerita ini disusun dan ditulis dengan baik. Tidak bercelaru walaupun ada banyak watak dan kumpulan manusia. Cerita ini juga berlaku dibanyak tempat dan jalingannya nampak teratur.

Cuma sebagai pembaca, geram juga dengan penulis 😅. Saja je letak cliff hanger, tengah sedap-sedap baca, ditinggal dalam keadaan tanda tanya. Nasib baik, buku ke-5 dah diterbitkan sekali. Kalau tidak, termenung panjanglah fikir apa akan terjadi.

Seperti biasa, penulis tidak lupa menyelitkan ilmu-ilmu berguna pada waktu yang sesuai. Buku ini sesungguhnya memberi banyak peringatan kepada pembaca.

Semoga lebih ramai lagi yang akan membaca buku ini dan beroleh manfaat darinya.
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
December 23, 2020
Jalan cerita yang semakin menarik. Kelahiran Ariki menjadi persoalan utama untuk HSSS yang terakhir. Nasib baiklah HA keluarkan HSSS 4 dan 5 bersama kalau tidak memang agak jenuh nanti nak tunggu penamat.

Perjuangan yang ditunjukkan benar-benar membuka mata pihak. Akhirnya Habib ditewaskan oleh Mikhail. Arata maharaja cilik yang banyak mempunyai pandangan ke hadapan. Tidak disangka Mantan Wirawan Mukan'Aja menjadi salah satu kelebihan bagi pihak Ariki walaupun perjuangan awalnya untuk Ibu dan Bapa angkat yang menyelamatkan nyawanya.

Disarankan untuk dibaca oleh remaja. HA ada buat giveaway di Twitter.
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
February 3, 2022
Ceritanya ada. Sebab nak tahu apa jadi, saya baca. Macam tengok cerite bersiri di rv. Nak tahu apa jadi lepas tu 😅


Kadang2, tertanya2, bagaimana penulis boleh ada idea mencurah2?
5 reviews1 follower
June 7, 2022
Sebelum ini jilid ke-2 yang favourite seperti di dalam review buku tersebut. Setelah tamat kelima-lima jilid rasa jilid ke-4 antara favourite juga.

Secara spesifik, kurang pasti kenapa tapi mungkin kerana susunan. Antara kelima-lima novel, jilid ke-4 ni rasa macam melekat, tak sabar nak sambung baca lagi dan lagi.

Juga mungkin kerana awalnya di anggap klimaks pertarungan. Menarik cara di susun plot dengan main villain yang asal. Awalnya pelik juga jika diletakkan di jilid kedua terakhir berbanding jilid akhir tapi itulah kelebihan bila fiksyen disuntik Islam - kemenangan bukan sekadar bermaksud mengalahkan musuh, bahkan "menyelamatkan" mereka.

Cuma sebagai watak kegemaran, rasa sedikit ralat dengan cara Arata dipersembahkan dalam jilid ini. Rasa macam dengan foreshadowing sebelumnya, kekuatannya di anggap sepatutnya lebih tinggi dan menonjol tapi dalam jilid ini seolah macam "tak seberapa" - at least jika dia berjaya paksa musuh hingga ke limit & cedera betul-betul parah contohnya

Tapi overall memang HSSS ni Alhamdulillah sangat menarik bahkan jika hendak pilih antara Nirnama atau HSSS mungkin overall tetap pilih Nirnama tapi banyak pointers penting HSSS menang besar terutamanya character development Ariki - rasa feel struggle dia dalam improving, kalah, hampir mati dll berbanding Nirnama
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
February 11, 2021
Review ni mengandungi spoiler, so read at your own risk.

Perjuangan Ariki dan rakan2 diteruskan. Mikail, Jilani dan Runihara terpaksa meneruskan perjuangan mereka di Tanah Suci untuk memerangi Habeeb Jama'a. Ariki, walaupun sudah dapat semula kemampuan untuk manipulate 5 unsur, tapi nyata belum cukup kuat untuk terus melawan Lutello.

Perjuangan mereka semakin menekan. Pemergian Arata, Gidaya dan 5 guru Mastazadi memberikan satu kehilangan besar buat mereka.

Lutello jelas terjatuh, dihimpap emosi dengan kehilang Afiefa. Laksamana pula sepertinya ada plan lain. Tak sabar nak tau apa yang bakal jadi seterusnya dan bagaimana pengakhiran perjuangan mereka.

Theory: Lutello hilang keinginan nak melawan tapi somehow Lakshamana yang jadi gila kuasa dan nak lawan Lutello. Either that or Lutello jadi degil balik and jadi gila. But aku lebih cenderung pada theory 1.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Amirah Husna.
24 reviews3 followers
July 7, 2021
Watak Ariki yang terlalu lemah dengan emosi & belas kasihan dalam sekuel yang keempat ini menjadikan hati saya penuh dengan emosi geram ketika membaca. Ariki yang sepatutnya bijak dalam mengawal emosi dan keadaan kelihatan terlalu lemah & penuh dengan rasa bersalah apabila dia sepatutnya bersiap siaga untuk menentang musuh sambil mereka yang lain berjuang untuk Mastazadi.

Tiga bintang juga untuk kisah silam kelahiran Ariki yang sebenar. Sejujurnya, saya kecewa dengan Tuah Awaras. Mana mungkin seorang individu yang penuh dengan kredibiliti dan dihormati orang ramai, sanggup berbuat demikian. Tetapi walau bagaimanapun, ini mengajar saya bahawa tidak ada manusia yang lari dari kesilapan, termasuklah Tuah Awaras.

Satu lagi sekuel, dan tamatlah perjalanan membaca saya bersama Hikayat Satria Satria Sejati.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 24, 2021
Setelah sekian lama bersama pengembaraan Ariki dan sahabat2nya, baru sedar diri ini meminati watak Jilani dan Permaisuri Afiefa Lafayer. Rasa teruja baca novel keempat. Rupanya, watak2 kecil boleh menjadi besar dan watak2 jahat boleh bertukar baik.

Air mata banyak gugur ketika membaca novel ini berbanding novel2 yang sebelumnya. Kesimpulannya, karya aksi tuan HA memang sekadar bukan aksi semata. Terima kasih untuk karya hebat ini.
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
March 14, 2022
Penuh dengan pelbagai rasa. Di buku ke-4 kita disajikan dengan dua peperangan yang berlaku di Mastazadi dan Tanah Suci. Lebih banyak kehilangan mereka yang berjasa dan ada bahagian yang sangat menyayat hati hampir di hujung cerita. Terasa seolah- olah ada bersama mereka lantang dan berjihad dalam berperang demi agama. Kalau nak ringkaskan lagi, tak tahu mcm mana kerana saya rasa buku ke-4 lebih padat dan mempunyai pelbagai rasa yang tak mampu nak terungkap 😭
Profile Image for zaynryuu.
2 reviews
October 10, 2021
Siri yang paling sebak diantara 1-3 dan 5, best sangat !! 👍
Profile Image for Alif Fitri.
12 reviews2 followers
March 2, 2021
Untuk buku keempat ini, isu yang diketengahkan adalah berkenaan dengan pengorbanan dalam perjuangan dan juga isu penunggang agama.

Perjuangan disini bukanlah sekadar melalui peperangan sahaja namun ia adalah lebih luas lagi definisinya. Sebagai contoh, seorang pelajar yang menuntut ilmu juga merupakan seorang pejuang di mana dia sedia untuk berkorban masa dan tenaganya untuk mempelajari suatu ilmu baharu yang kemudiannya diamalkan dan dimanfaat kepada orang lain disekelilingnya. Seperti yang ditunjukkan Ariki dan rakan-rakannya dalam buku ini, setiap perjuangan pasti akan ada naik turun disertakan bersama-sama dengan pengorbanan. Samalah situasinya untuk pelajar di ibu bapa mereka berkorban apa sahaja demi untuk memastikan mereka terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan.

Penunggang agama adalah isu lain yang boleh dilihat dalam buku ini sewaktu Mikail menentang Habib Jama'a. Keadaannya sama seperti sekarang di mana, mereka-mereka ini memanipulasi dalil-dalil daripada al-Quran mahupun hadis demi untuk kepentingan peribadi dan bukanlah untuk kepentingan umat islam seperti yang diucapkan mereka. Walaupun mereka mencanangkan bahawa itu adalah suatu kebenaran tapi ternyata ia merupakan suatu pembohongan. Mereka ini boleh dikalahkan dengan cara mendalami nas-nas ini serta tidak mengikut secara membuta tuli.

Kesimpulannya buku kali ini didatangkan dengan rasa pahitnya untuk menelan suatu pengorbanan demi untuk mencapai manisnya kejayaan nanti. Mungkin buku seterusnya akan hadir dengan rasa kemanisan sesebuah kejayaan.
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
January 4, 2021
Terkilan dan tertekan.

Sebagaimana tajuk kecilnya, samudera pengorbanan, siri ke-4 HSSS kali ini *tarik nafas dalam* telah menunjukkan kepada kita, tiada perjuangan tanpa pengorbanan.

Sedih? Sangat. Nak menangis? Dah menangis dah pun. Watak kegemaran saya telah...GUGUR!😭😭😭 siapa tak menangis? huhuhu. Menangis teruk kut, sampai tak boleh nak habiskan baca. Kena tunggu esok baru hati tenang sikit.

Cuma, tak sangka Lutello yang memang kejam dari dulu, menangis. Sebenarnya, saya mengharap untuk dia terus kekal menjadi antagonist dalam HSSS, jadi bila mengetahui hatinya mula merasai sesuatu dan semangat juang Lutello sendiri semakin berkurang, rasa macam, inikah Lutello itu? Come on dude, you’ve been a badass since you were young. You killed countless of people and suddenly you have a change of heart? No. In my pov, i want him dead.

Akan tetapi, mengetahui ini adalah cerita Tuan Hilal, kemungkinan perkara yang lain akan terjadi. Itu kita nantikan dalam siri terakir HSSS, Generasi pejuang.

Oh, dan membaca siri kali ini, banyak persoalan telah dirungkaikan. Serious, memang terkejut. Haha. Berkenaan, penumbuhan Satria-satria Sejati itu sendiri, early childhood Ariki, dan siapakah Gardin Ramsi yang sebenar? Haha. Kalau nak tahu, kena baca.

Akhir sekali, Mastazadi dan Arata.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
May 31, 2024
HSS4 memang sangat sedih. Pada mulanya saya menatap muka hadapan buku ini, saya macam "Eh kenapa tajuknya Samudera Pengorbanan?", tapi bila dah nak akhir pembacaan, saya faham kenapa tajuknya begini. Tambah-tambah lagi apabila saya mengetahui watak yang saya sangat suka (selepas Ariki) mengorbankan dirinya dalam novel ini.Serius, sangat terkesan sampaikan saya menangis dan letak tepi dahulu novel ini HAHA.

Samudera Pengorbanan. Apa yang saya faham dari tajuk ini ialah samudera itu sinonim ertinya dengan laut. Laut sifatnya luas. Bererti dalam novel ini kita dapat baca banyaknya pengorbanan yang dilakukan oleh watak-wataknya. Sedih tu memang sedih tapi hati ni terasa terpujuk apabila membaca kata terakhir watak-watak tersebut sebelum mereka menutup mata;mereka bahagia dan tenang untuk menemui Sang Pencipta.

Apapun, rasa sedih tadi disulam dengan perasaan gembira dan teruja sebab ketumbukan Habib Jama'a ditumpaskan dengan gayanya oleh Mikail, Runihara dan Jilani serta askar-askar Tanah Suci. Oh ya, siapa sangka kan mereka mendapat bantuan daripada.... (Tuan Hilal Asyraf memang bijak bermain dengan elemen kejutan!)

Terbaik!
Profile Image for Shafiqahsamin.
206 reviews4 followers
December 23, 2024
Berkecamuk jiwa dan raga aku. Aku mentaaaal aaaaarrrggghhhhh. Marah. Sedih. Sedih. Terkilan. Marah. Sedih. Semua adaaaaa 😫😫😫😫😫. Ini pun setelah bertenang baru aku start tulis review ni.

Sungguh weh. Sungguh. Hebatnya agama Islam. Indahnya agama kita. Kau buat lah kesalahan apa sekalipun, bila kau bertaubat, takde siapa akan judge kau. Sekurang kurangnya orang yang beriman takkan judge kau. Kau akan diterima dengan hati yang terbuka. Sedih, tapi semua Redha.

Aku tak payah tunggu buku ke 5. Aku dah tau dah reaksi semua orang!! Aaaaa. Aku yang tak boleh terima hakikat tu. AKU! Sesungguhnya imanku tak sehebat iman mereka. Walaupun begitu, aku cuba terima. Redha lah wahai hati.

Memang kena lah dengan tajuk, pengorbanan tu. Buku ni penuh dengan pengorbanan pelbagai pihak. Bahkan Lutello pun berkorban kau tauuuuuu. Kalau tak tau, baca cepat! Aaaaaaaaaa. Sungguh lah aku terkesan dengan buku ni. Aaaaaaaa.

*pickup next book*
3 reviews
September 18, 2023
Buku keempat dlm siri HSSS. Sejujurnya saya byk mengalami emotional ride dlm buku ni. Tak sangka ariki anak kepada tuah awaras dan afiefah lafayer. Menangis saya baca muka surat last. Bertubi ujian untuk ariki, dan mungkin yang paling sakit sekali rahsia kelahirannya.

Apapun tahniah Hilal Asyraf kerana plot twist mcm ni menyedarkan saya, dan sejujurnya menjadi peringatan yang semua manusia tidak sempurna, kita bukan Nabi yang maksum, tak terlepas dari melakukan dosa. Semoga ramai yang terinpirasi dengan karya tuan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
December 2, 2021
Seperti biasa, siri hikayat ini tidak pernah mengecewakan aku. Namun untuk buku ini, aku terpaksa menampal segala luka dek kerana bilangan kematian yang berkaliganda dari buku sebelumnya.

Bagi aku, Ariki terlalu gopoh dalam bertindak. Mungkin kerana naluri kepimpinannya masih belum diasah. Kematian Maharaja Arata dan Gidaya. Kisah sebenar mengenai ibubapa Ariki. Sungguh, terlalu padat dengan informasi. Apapun, aku tetap suka dengan buku ini!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Huda.
12 reviews
July 11, 2025
Buku ke-4 Hikayat Satria-Satria Sejati paling emosional setakat ini. Ariki dan rakan terus berjuang, tapi ramai syahid😭. Usaha Mikail bongkar kejahatan Habib Jama'a berjaya, namun peperangan masih berlanjutan. Cerita makin berat, tapi penuh nilai dan pengajaran. Harap buku ke-5 beri penutup yang hebat! 💫📖

Boleh baca review penuh saya di sini: https://bookreviewbyhuda.blogspot.com...
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 25, 2021
Penunggang agama. Itu gelaran yang paling sesuai untuk Habib Jama’a. Sanggup menipu demi mengekalkan kekuasaan.

Jeneral Jibril juga memberikan kejutan dengan pengkhianatannya. Mujur Ruh Al-Akbar menyelamatkan keadaan.

Persoalan di akhir cerita tentang asal usul Ariki menimbulkan rasa ingin tahu dan tak sabar untuk baca siri kelima!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 8, 2024
Memang betul-betul seperti tajuknya buku ini memaparkan betapa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan demi mecapai kemenangan menentang kebatilan.. Berundur bukan bermakna kalah cuma mencari peluang untuk bangkit semula..
6 reviews
June 23, 2022
Dalam siri ni Ariki dan kawannya diuji lg dgn cabaran yang berbeza. Perjuangan mereka semakin mencabar
Profile Image for Ijjah.
68 reviews
July 31, 2023
4.5⭐

i don't know if i want to know what lakshamana did to himself
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.