Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Satria-Satria Sejati #5

Hikayat Satria-Satria Sejati #5: Generasi Pejuang

Rate this book
Bustanati, negara nusantara yang gagah berdiri sebagai benteng terakhir amukan Mukan’Aja, menjadi tempat perlindungan seterusnya buat Ariki dan rakan-rakan. Bersama kepimpinan Bustanati, mereka cuba mencari jalan ke arah kemenangan.
Tuah Awaras cuba untuk menjalin hubungan semula dengan Ariki, namun Ariki sukar menerimanya akibat kebenaran yang telah terzahir. Namun terpaksa bersama dengannya, akibat ilmu Seni Tempur Maharaja yang perlu dimahiri.
Merasai kehilangan, Ashwadi menyimpan dendam mendalam terhadap Lutello, yang dianggapnya menjadi punca kepada kematian insan tersayang.
Mikail pula menyusun strategi tuntas untuk bergabung Tanah Suci dan Bustanati bergabung tenaga bagi menumbangkan Mukan’Aja.
Sementara itu, Lutello tenggelam di dalam kesunyian diri dan kegelisahan jiwa.
Pada masa yang sama, Lakshamana tidak sabar untuk mempamerkan kekuatan dan menyempurnakan misi asal maharajanya!
Penamat siri Hikayat Satria-Satria Sejati, apakah perjuangan akan berakhir di sini?

468 pages, Paperback

First published December 1, 2020

7 people are currently reading
223 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
149 (79%)
4 stars
36 (19%)
3 stars
3 (1%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
December 26, 2020
Tahniah kepada Hilal Asyraf kerana sudah melengkapi siri Hikayat Satria Satria Sejati.

Perjalanan Ariki dan rakan-rakan sudah sampai ke kemuncaknya. Latar belakang dalam novel kebanyakan berada di Bustanati. Selepas kematian Arata dan kejatuhan Mastazadi, Bustanati memberi perlindungan kepada rakyat Mastazadi yang masih hidup. Ariki terus melakukan latihan untuk menghayati Seni Tempur Maharaja. Peperangan menentang Uluwalu dan Mukan'Aja terhadap Bustanati semakin panas. Uluwalu semakin menunjuk kegilaan dengan pelbagai uji kaji. Pengkhianat dalaman Bustanati semakin menunjukkan belang. Apa pengakhirannya?

Saya betul-betul tak percaya apabila mengetahui pengkhianat dalaman Bustanati. Sangat mengejutkan. Saya juga sangat terkejut dengan plot cerita. Setiap pergerakan diceritakan dengan baik dan teliti oleh Hilal Asyraf. Istimewa novel ini adalah di bahagian belakang ada gambaran lukisan watak-watak utama.

Terima kasih.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
479 reviews42 followers
November 19, 2024
Setelah Mastazadi kini Bustanati menjadi sasaran selanjutnya. Bustanati terpaksa menghadapi 2 konflik sekaligus. Serangan dari luar dan juga pengkhianatan dari dalam.

Naskah yang terakhir bagi siri ini ternyata mampu memberi kepuasan membaca untuk SH. Penuh dengan konflik, pengkhiatan, strategi, emosi dan sebagainya. Dan SH rasa ini adalah penutup yang sangat baik bagi siri ini.

Ternyata tekaan SH tentang siapa dalang pengkhianatan di Bustanati betul. Geram betul dengan dia. Dan memang benar orang selalu kata pengkhianatan biasanya dilakukan oleh orang yang terdekat dengan kita. Dan pengkhiatan ini andai tidak dibendung mampu merosakkan negara.

Dan sesungguhnya hati kita sememangnya dipegang olehNya. Mampu berbolak balik pada bila-bila. Dan mampu berubah andai jentikan hidayah itu disahut dengan hati yang terbuka. Sebab itu kita jangan selalu pandang orang jahat kerana mungkin sepanjang hayatnya dia berbuat kejahatan tapi di hujung nyawa dia sempat bertaubat dan meminta keampunan. Dan mungkin orang yang kelihatan baik di mata kita tidaklah baik di mataNya. Tiada siapa yang mampu meneka di mana pengakhiran kita.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
October 25, 2023
My thoughts?


1. Well, kalau dah nama buku karya Hilal Asyraf of course la best tak perlu dipertikaikan lagi. Nirnama is one of my favourite. Aku dah baca Saga Hero, pun best. HSSS pun tak kurang hebat. Ada anime vibes. Love the storyline and the plot. The worldbuilding is fantastic. Fantasy but I think setting masa dia is in future. Kot? 


2. I love most of the characters. My favourite are:

• Mikail - omg you're Sultan?! 😱

• Runihara & Jilani - great siblings 

• Arata - The Great Emperor, you'll be missed 😭

• Ashwadi - from villain to hero


Ariki dan Aifer pasangan malu2 kucing 😆

Lutello reminds me of Pharaoh. And don't forget Gardin Ramsi (read Gordon Ramsay 🤣)


3. I love the magic system. They can manipulate/control elements. Earth, water, fire, air, lightning. Teringat kat cerita The Last Airbender.


4. Cerita ni action packed dan fast paced so memang tak bosan. Cerita Tuan Hilal tak sah kalau tak sarat dengan pengisian agama dan pengajaran. Sambil kau fefeeling tengah beraksi kau jugak dapat knowledge.


*Spoiler Alert*


5. Buku 4 so heartbreaking 😭😭😭 Tuan Hilal so kijammm

• Mahararaja Arata 😭 ( I still can't believe this, how dare you kill my fav character 😭😭😭)

• Permaisuri Afiefa 😭

• parents Ashwadi 😭 ( this scene really broke me 😭😭😭)

• sang naga 😭 (perlu ke?😭😭😭)


6. I didn't expect what happened in the last book of the series

• Lutello - that scene broke me too 😭

• Ariki saat2 akhir baru keluar kuasa hampeh tul la 😂

• Luckily the gang survived - Ariki, Aifer, Mikail, Runihara, Jilani and Yusuf 🤍I don't think I can handle it if anything happens to them.


Personal rating:

🩷🩷🩷🩷.5/5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alif Fitri.
12 reviews2 followers
March 5, 2021
Buku terakhir dalam siri ini. Penuh dengan kejutan yang tak dijangka terutama apabila berlakunya khianat antara si pengkhianat menyebabkan tidak dapat ditentukan apa yang akan terjadi seterusnya. penulis turut menyelitkan sedikit suatu isu yang agak panas yang sering ditimbulkan oleh segelintir orang dengan gaya dan laras bahasa yang penuh kiasan tapi boleh difahami dengan mudah. Malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh golongan ini turut diutarakan dalam dialog antara watak dan disertakan juga jawapan balas kepada persoalan tersebut. Semoga kita semua sentiasa berusaha menegakkan kebenaran kerana ia merupakan sebuah perjuangan yang tiada pengakhiran.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
February 12, 2021
Satu penutupan yang sangat memuaskan. Plot twists yang tak dijangka ditambah dengan pengakhiran yang dikira lengkap, aku rasa puas hati baca siri ni. Alhamdulillah. Another great series by Encik Hilal Asyraf
Profile Image for Noral.
115 reviews6 followers
February 12, 2022
Saya baca sebab nak sangat tahu ending. Baca buku ni teringat edward cullen :P.

Kdg terfikir, agaknya penulis dipengaruhi naruto, twilight bila tulis cerite ni.


Bilalah aku nak dapat idea menulis hebat buku laris cam gini... Adeh..
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 8, 2024
Penutup yang terbaik!! Ariki akhirnya memahami Seni Tempur Maharaja dan mula menunjukkan potensi yang luar biasa.. Lutello mati tapi kematiannya mengejutkan semua.. Musuh sebenar akhrnya tumbang juga.. Namun perjuangan menentang kebatilan akan tetap berterusan...
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
September 11, 2021
Penutup bagi siri Hikayat Satria Satria Sejati. Tak jangka di pertengahan lain pula yang terjadi. Pengakhirannya buat aku rasa sungguh puas hati. Tak sabar nak tunggu ketibaan Nirnama nanti.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
September 25, 2023
Kepenatan membaca sama yang aku rasa masa menghabiskan Trilogi TAKDIR dulu.

Tapi kepenatan yang berbaloi. Puas hati....

Antara siri yang terbaik dari Hilal Asyraf!
Profile Image for Lia.
45 reviews
October 5, 2023
Mix english-malay.

4 bintang sebab buku last ni ada plot twist yang tak disangka-sangka dalam pemerintahan Bustanati. Kiranya dia macam ada banyak drama compared to other kingdom haa.

Next, part Lutello sedih matt and im glad he choose that way. Terharu sebab hatinya terbuka untuk berubah tapi sedihhh sebab dia tak sempat nak tebus kesalahan dia dengan Ariki. I wish Lutello hidup bahagia sebagai bapa angkat pada Ariki tapi...tu lah, nak buat macam mana kan.

Menyentuh tentang Ariki-Aifer, Mikail-Runihara, tidak dapat tidak i rasa sedikit cringe bila mereka dah bertukar status. Selama empat buku i baca pasal persahabatan diorang tiba-tiba panggilan berubah jadi adinda-kekanda. Like ooohhh..okay.

The Lakshamana and Radion, as expected they want to conquer the world. Tapi bahagian Lakshamana dan Elyun ditumbangkan, macam terlalu cepat. I want them to die tbh.

Bagi i, part yang i kureng sikit is Tuah Awaras and Afiefa. Like dudeee. Tak puas hati dengan diorang. Even Tuah Awaras dah explain and Ariki dapat terima, BUT for me that was..i dont know.
*my pov je lah tapi.

Ending, okay. I suka bila Ariki end up berakhir di tempat segalanya bermula. So yeah. Congrats Encik Hilal Asyraf for this series. I enjoyed it.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 24, 2021
Tahniah untuk karya yang terakhir dan melengkapi siri HSSS. Novel yang tidak pernah tak cukup dengan plot twist. Setiap siri novelnya. Bukan sahaja mencakupi elemen saspens dan plot twist malah pertambahan ilmu lain yang menjadikan ianya novel islamik yang dekat dengan remaja mahupun belia.

Siri novel ini mengajar hidup ini tidak terjangka. Kita yang membuat pilihan. Mahu bergerak ke arah kebaikan atau keburukan, mendapatkan dan menuju takdir yang baik atau buruk? Mahu terus kekal di belakang atau berubah? Mahu berputus asa atau terus yakin pada janjiNya.

Novel yang menyentuh unsur cinta (hubungan dengan Allah, keluarga, sahabat mahupun saudara seagama), persahabatan, ketuhanan, adat warisan dan banyak lagi. Tak pernah menyesal membelinya. Banyak pengajaran dan manfaat yang saya prolehi. Terima kasih.
Profile Image for Izzah Berhan.
85 reviews5 followers
December 30, 2022
Hikayat Satria Satria Sejati kisah perjalanan pejuang2 agama Allah membanteras kebatilan. Sepanjang perjalanan diisi dgn pelbagai cabaran, pengorbanan. Kasih sayang antara elemen yg diterapkan. Dari jilid 1 hingga ke 4 boleh dikatakan sempurna dengan plot serta pengajarannya namun yg ke 5 ini pengakhiran yg "rushing" dan sedikit tidak puas. Apa pun tetap bermanfaat. Alhamdulillah. 3.5 🌟
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for shifa hanani.
98 reviews2 followers
June 2, 2024
Habis sahaja membaca HSS5, aku termenung sekejap merenung siling. Pelbagai rasa bercampur baur. Sedih pun ada juga.Ya lah,kita baca dari awal kisah;Ariki lari dari istana,bertemu Arata,bertarung dengan Lutello dan Lakshamana hinggalah kemuncak kisahnya dalam novel ini.

Ada banyak benda yang suka untuk aku nyatakan dalam review ini.

Pertamanya, aku suka sebab dalam novel terakhir ini bukan sahaja berkisar tentang Tanah Suci, rakyat Mastazadi, Uluwalu, Mukan' Aja tetapi juga ada tentang cerita Bustanati.Aku beranggapan bahawa Bustanati merupakan salah sebuah negara di Nusantara berdasarkan pembacaan. Seronok sebab kita dapat tahu tentang konflik dalam Bustanati, pengkhianatan yang tak disangka.Saja nak cakap yang aku bangga sebab tekaan aku mengenai pengkhianat Bustanati benar, hoho.

Selain itu, tentang kisah silam Tuah Awaras juga menarik perhatian aku ketika membaca. Aku jujurnya terkilan jugala dengan kisah silamnya itu tapi aku pujuk hati dengan mengatakan yang semua manusia tak terlepas dari kesilapan, begitu juga dengan Tuah Awaras. Mujurlah konflik Tuah-Ariki dapat diselesaikan dengan perdamaian.

Oh, paling menyentuh hati sebenarnya ialah pengakhiran hidup Lutello. Benarlah, mana-mana manusia pun tak layak dihakimi berdasarkan awal kehidupannya melainkan bagaimana pengakhiran hayatnya sahaja.Menitis jugalah air mata aku membaca conversation terakhir Ariki dengan Lutello, nampaklah di sini kasih sayang Lutello akan Ariki meskipun Ariki bukan daripada jalur keturunannya.

Aku rasa cukuplah sampai sini sahaja review kali ini. Bagi aku, siri Hikayat Satria-Satria Sejati merupakan siri terbaik daripada Hilal Asyraf.Serius, kalau boleh aku nak ulang kembali perasaan aku sewaktu membaca siri ini buat kali pertama, hehe. Tahniah, tuan Hilal!
Profile Image for Han Hana.
6 reviews
June 4, 2025
Saya akan review untuk semua buku dalam siri ini sebab bukunya bersambung.

Memang best. Saya tak menyesal baca dan habiskan masa untuk membaca kesemua lima buku.

Saya boleh bagi 4.8/5 sebab

1. Terlalu banyak pengkhianatan sepanjang 5 buku. Kalau 2 atau 3 boleh lagi tapi setiap kali ada halangan untuk mereka berjaya menentang musuh mesti pengkhianatan. Agak bosan sebab ada unsur berulang.

2. Lutello kalah begitu sahaja. Sepanjang 4 buku Ariki mencari seorang demi seorang ahli Satria Sejati, berbaik dengan Mastazadi, ramai yang terkorban termasuk Kebeer, permaisuri Afiefah, Maharaja Arata, Gidaya, Ibu Umierah hanya untuk Lutello mengalah dengan memilih perdamaian disebabkan kata-kata Gidaya, Arata dan isterinya, Afiefah terngiang-ngiang dalam kepala yang menyuruh Lutello memilih ketenangan dalam hidup dan peperangan bertukar arah ke Uluwalu sebagai musuh. Macam "tibeh". Rasa tak puas sebab musuh utama kalah dengan senang sedangkan bermacam cabaran mereka lalui untuk bertempur dengan Lutello dan Mukan'aja.

3. Menekankan unsur Islamik. Mereka kuat kerana Allah dan mengharapkan syahid. Semangat yang patut disemat dalam semua orang. Hidup dengan agama dan bukan nafsu.

4. Mengangkat adat dan budaya melayu walaupun sedikit.

Tapi tak dinafikan buku ini memang menarik. Paling saya suka apabila ia melibatkan konsep melayu klasik walaupun tak banyak. Susah nak cari buku fiksyen bertemakan fantasi begini. Aksi dalam 90%. Untuk yang tak berapa minat genre aksi, mungkin rasa bosan sebab memang setiap masa perang. Tak di situ, di sini perangnya.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
January 6, 2021
Plot twist yang tak dijangkakan! Dari awal membaca hsss, kita menyangka Lutello merupakan antagonist utama bagi hsss, namun, segalanya berubah bila Radion Rostislav memainkan peranan. Antara scene yang menyentuh saya, waktu Lutello berdepan dengan Mordekai. Ya, sebelum nih saya mahu Lutello kekal menjadi antagonist, tetapi fikiran segera berubah apabila Lutello menyelamatkan Ariki dan membuka isi hatinya kepada Mordekai. Setiap manusia layak berubah walaupun sejahat mana dia sebelum ini!

Seterusnya, identiti pengkhianat Bustanati turut membuat saya rasa kelu dan terkejut. Saya menjangkakan cukup Lutello dan angkatannya sebagai musuh dalam hsss, rupanya ada lagi musuh yang perlu dilawan. Sedih dan terkilan mengetahui identiti pengkhianat itu, bila emosi mula menguasai diri, memang sukar untuk kita bertindak secara rasional. Huhu.

Secara kesuluruhannya, 4/5. Tolak satu sebab watak kegemaran saya gugur😭😭😭

Profile Image for aini A.
7 reviews
February 3, 2021
Superb!

Hikayat Satria Sejati Generasi Perjuangan, penuh dengan aksi dan adegan yang berjaya menyentuh hati dan perasaan terutama ketika Lutello berhadapan dengan Mordekai dan juga ketika Lutello berhadapan dengan Ariki.

Tiada siapa sangka pengakhiran hidup Lutello sebegitu.

Sesungguhnya, benarlah hidayah itu milik Allah.

Allah mampu mengerakkan hati sesiapa jua yang dikehendakiNya.


HSS Generasi Perjuangan juga mendidik kita agar tidak berputus asa.

Sebagaimana Ariki yang akhirnya dapat menguasai kekuatan 'Raja Yang Sebenar.'

Usahanya selama beberapa purnama membuahkan hasil dan keberhasilannya itu tidak dapat dinafikan dibayar dengan harga yang mahal dengan gugurnya Maharaja Arata, Gidaya dan Afiefa Lafayer.


Tiada kebetulan. Semuanya menurut aturan Tuhan. Tugas manusia ialah berusaha keras, membuat keputusan memilih apa yang dirasakan terbaik. Selebihnya, dia perlu bergantung kepada Allah SWT. (ms 432)


Novel yang perlu dibaca!
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
March 17, 2022
Selepas peristiwa di Mastazadi, kita beralih ke Bustanati yang membuka seluas bantuan buat rakyat luar yang memerlukan perlindungan dan pemulihan. Pengkhianatan yang tak terduga semata-mata untuk menidakkan hak di dalam agama Islam. Uluwalu pula semakin menggila dengan teknologi yang tak terkawal demi mencapai penguasaan dunia hingga sanggup mengkhianati pemerintahan besar.

Perjuangan demi perjuangan yang ditempuh melalui penggabungan banyak pihak. Disini, kita kembali melihat penyatuan tenaga di antara Ariki, Aifer, Runihara, Mikail, Yusuf dan Jilani. Ariki yang akhirnya berjaya menguasai kelima-lima unsur yang disaksikan oleh kesemua rakan seperjuangan. Betapa semangatnya mereka berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

Terima kasih penulis untuk karya yang luar biasa ini. Moga terus berdakwah dalam karyamu!
December 3, 2021
Sungguh, pengakhiran hidup Lutello adalah sesuatu di luar jangkaan aku. Banyak betul ayat-ayat yang menarik perhatian aku untuk buku yang terakhir ini. Dan jikalau Yusuf tiada permaisuri hati, izinkan aku menjadinya. Hahaha. Aku rasa sudah tiba masa aku beli semua buku tulisan Hilal Asyraf. Sebelum ini, aku agak skeptikal dengan novel islamik Melayu. Aku ingatkan sambutan terhadap tulisan beliau sesuatu ya berlebih-lebihan. Sungguh, penulisannya membuka mata aku untuk baca semula novel Melayu kerana penulis tempatan kita sekarang juga sangat hebat! Terima kasih atas buku yang membuka mata aku 😊
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SARAH.
18 reviews1 follower
December 22, 2021
ALHAMDULILLAH GOT THE CHANCE TO FINISH ALL THE SERIES IN THIS ONE YEAR!
ABSOLUTELY MASTERPIECE AND WELL-WRITTEN, WELL DONE!

I've read others' reviews saying that the ending felt a Lil bit rushed?
but I don't think so, everything resolved perfectly and everyone got their deserved ending.
reading this felt like a wake-up call for my inner soul.

other than the 7 main characters, I like Mordekai the most!
got goosebumps all over my body when he fought with Lotello
but kinda disappointed at this scene where Lutello went to fight Radion,
I hoped some miracle could happen but meh- he **** and I cried.

Profile Image for Shafiqahsamin.
209 reviews4 followers
December 26, 2024
Akhirnya 😭😭😭😭😭😭

Setelah melalui pelbagai jenis emosi baca siri ni, akhirnya tamat jugak. Nak nangis rasa sebab terharu sangat. 5 buku bukan sikit wei. Bayangkan betapa banyak susah senang kita lalui bersama watak-watak kesayangan kita? Sepanjang baca buku ni duk terbayang bayang je siapa pulak nak mati niiiii aaaaaaa 😭😭😭😭.

Apapun, terima kasih atas karya epik ini. Saya bangga saya adalah salah satu pembaca. Dan banyak pengajaran yang saya dapat. Alhamdulillah.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
March 25, 2021
Plot twist demi plot twist. Dari awal hingga penghujung. Pengakhiran cerita yang ditunggu-tunggu. Setelah pelbagai mehnah dan tribulasi dilalui, akhirnya kemenangan berpihak pada kebenaran.

Pengakhiran hidup Lutello sangatlah tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan Elyun dan Lakshamana.

Tiada kebetulan. Semuanya menurut aturan Tuhan.


Tamat.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
May 28, 2024
Imma satisfied reader. What a series.

Ending yang digarap dengan baik, jelas dan tidak dipaksa-paksa. It's not easy to maintain the momentum of 5 books you know, but somehow Hilal did it, again.

With quite a mind blowing plot twist and lots lots of lessons, this last book of the series made me speechless, and got my eyes teary in some parts of the reading.
Profile Image for Maisa.
2 reviews
September 30, 2023
Assalamualaikum and tahniah kpd hilal asyraf

Best....cerita yang mengujakan
Tapi agak plot twist ( bagi saya)

Ariki
Aifer
Mikhail
Jilani
Runihara
Aswadi
Yusuf

Abg says berhasrat agar ada satria satria sejati generasi ketiga mungkin boleh?

Tentang Ridwan(lupalah camne nak eja😅) dan Arina..
Profile Image for Farah Nisa.
112 reviews1 follower
July 17, 2021
Masih tak boleh move on dah habis baca siri ni 😭love it
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
April 11, 2023
Gaya penceritaan yang sangat menarik! Tiada bahagian yang membosankan dan setiap watak mendapat perkembangan karakter yang bagus! Teruskan berkarya!
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.