"Mencintai diri sendiri bukanlah tindakan egois, tapi upaya lebih menghargai hidup".
Tajuk, slogan, dan kulit buku adalah faktor yang membuatkan aku terpikat untuk membaca buku ini. Terima kasih @chentabuku sudi menghadiahkan buku ini. Sis sangat menghargainya 💖
Bertepatan dengan tajuk Love Yourself atau mencintai diri sendiri, buku ini secara khususnya mengajar kita untuk mempelajari cara mencintai dan seterusnya memandang diri sendiri secara positif. Manusia tidak pernah sempurna cuma kita boleh belajar menjadi peribadi yang lebih baik dan dalam masa yang sama menjadi diri sendiri.
Selain itu, penulis juga mengajak kita untuk merasa yakin diri bahawa kita sudah melakukan yang terbaik dan berhak untuk berasa bahagia. Beberapa kali juga penulis menekankan bahawa pentingnya untuk kita berdamai dengan diri sendiri sama ada dari segi pemikiran dan emosi.
Dengan itu, penulis ada berkongsi mengenai 101 Alasan Mengapa Penting Berdamai dengan Diri Sendiri. Bukan itu saja, kita boleh dapati beberapa tips untuk perkara lain yang mungkin dialami dalam kehidupan.
Antara tips yang diberi dalam buku ini adalah: 1. Sikap positif harus ada dalam diri 2. Ritual pagi yang bisa membuat hatimu dan fikiranmu tenang 3. Cara berdamai dengan perasaan sakit hati 4. Cara membantu kita untuk membebaskan diri dari pola fikir negatif 5. Cara untuk menjaga kesihatan mental
Buku ini dalam bahasa Indonesia. Gaya penulisan dan bahasa yang digunakan mudah difahami. Jadi tidak perlu risau pembaca di 🇲🇾. Kadar pembacaan aku untuk buku ini agak perlahan memandangkan banyak input yang perlu dihadam. Bersepah sticky label untuk buku ini.
Sesungguhnya, kita semua sedia maklum bahawa jika kita mahu mengubah kehidupan menjadi lebih baik, semuanya perlu dimulai dengan diri sendiri. Pola pikir setiap orang berbeza, namun itu amat penting kerana ia menentukan hidup kita. Bagiku, buku ini bisa dijadikan permulaan untuk mempunyai pola pikir yang cergas dan lebih positif.
Seterusnya, jika kamu mempunyai kesulitan untuk mencintai diri sendiri dan memerlukan kata-kata motivasi, buku ini juga buat kamu. Recommended 👍🏻💖
Isi bukunya ringan , cuma aku ngerasa dari banyaknya buku yang ber tema "love your self" yang pernah aku baca, buku ini masih kurang kena ke aku secara pribadi... cuman dia menggambarkan secara global tanpa spesifik. setiap karya aku percaya punya perspektif yang beda2 buat setiap pembacanya, dan setiap buku meberikan makna penangkapan yang pasti berbeda dari satu pembaca dengan pembaca lainnya. Selamat berpetualang didunia membaca!
Jangan menilai diri kita dengan kata-kata negatif dan membandingkan diri dengan orang lain. Percayalah bahawa semua manusia diciptakan dengan hati yang baik dan mempunyai nilai lebih di mata Allah.
Buku terbitan Indonesia ini sangat santai dan penggunaan bahasanya mudah difahami. Memberi inspirasi kepada kita untuk lebih menyanyangi diri sendiri dengan mengamalkan hidup secara sihat daripada segenap segi.