Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sukma

Rate this book
Yazid pernah berjanji yang langit untuk Sukma tak akan pernah gelap. Dan kerana janji itulah dia sanggup korbankan segalanya. Bagi Yazid, Sukmalah nyawanya. Dan bagi Sukma, Yazidlah segalanya. Hanya pada Yazid tempat dia berpaut dan menumpang sayang.

“Mulai hari ini, kita hanya tinggal berdua. Tak ada saudara, tak ada sesiapa. Kau cuma ada aku, dan aku cuma ada kau. – YAZID

Keutuhan kasih mereka diuji bila Sukma akhirnya terpaksa meninggalkan Yazid untuk menyambung pelajaran.

“Aku tak mahu tinggalkan kau, bang. Separuh hidup aku dihabiskan bersama dengan kau. Macam mana aku nak tinggalkan kau seorang diri di sini? Kau fikir aku boleh belajar dengan tenang ke kalau kepala aku, hati aku ni asyik risau dan bimbangkan kau? Kalau aku rindukan kau macam mana?” – SUKMA

Masa berlalu dan di antara Yazid dan Sukma, ada Alfian di tengah-tengah. Alfian, lelaki yang buat hati Sukma keliru bila dia diminta memilih antara cinta seorang lelaki dengan kasih seorang abang.

“Lepas kita kahwin nanti, saya tak mahu awak terlalu kerap berhubung dengan dia. Awak kena utamakan saya, kena dahulukan keluarga saya. Bukanlah saya minta awak putuskan hubungan dengan abang awak tu, tapi saya tak mahu awak lebihkan dia dalam apa-apa hal sekali pun. Awak faham tak tu Sukma?” – ALFIAN

Sukma bertemu Zakry dalam keadaan yang tidak disengajakan. Zakry, lelaki yang selalu berada dalam ingatan Sukma, lelaki yang tak pernah dia sangka akan dia temui semula.

“Saya akan jaga hati saya untuk Sukma. Jika hati Sukma dah kosong nanti, datanglah jumpa saya. Saya akan isikan tempat yang kosong tu.” – ZAKRY

Tapi, Zakry yang berjanji, Zakry jugalah yang tiba-tiba menghilangkan diri. Angkara dendam lama, hubungan darah antara Yazid dan Sukma mula diuji. Demi kasih, kedua mereka perlu membuat pilihan.

Antara Yazid dan Alfian, manakah yang Sukma akan korbankan? Dan sanggupkah Sukma meninggalkan Alfian demi janji Zakry yang tidak pasti? Atau mungkinkah juga kasih kasih seorang adik terhadap abangnya kali ini tewas diuji?

Paperback

First published October 1, 2020

1 person is currently reading
11 people want to read

About the author

Rissa Ahdiya

44 books278 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (46%)
4 stars
7 (46%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
January 16, 2021
Sungguh ku tak terfikir bagaimana seorang remaja lelaki yg baru berusia 15tahun sanggup memgambil alih tugas arwah kedua ibu bapanya utk menjaga adik perempuannya yang baru berumur 9 tahun. Ingatkan ada saudara mara boleh membantu jenguk mereka, rupanya masing2 ada niat yang tak elok.

Bayangkan dlm usia semuda itu, Yazid sanggup mengambil langkah drastik utk berhenti sekolah dan nekad utk mencari sesuap nasi utk adiknya Sukma. Bak kata Sukma, Yazid tu dah seperti bapa tunggal.😅

Sedih. Ya. Penulis berjaya membuatku mengalirkan air mata di permulaan cerita lagi. Betapa kasihnya Yazid pada Sukma sehingga segala perkara didahulukan utk Sukma. Biar diri dia kurang namun dia tak sanggup membiarkan Sukma berasa kekurangan. Penulis berjaya membuktikan bahawa kasih sayang seorang abang tidak dpt menandingi cinta dari sang kekasih.

Tabik spring saya pada Sukma dan Yazid. Kemana pon Sukma pergi, Yazid tetap dlm hati. Walau apa pon keadaan dan situasi, Sukma adalah keutamaan bagi Yazid. Sehingga Yazid sanggup menelan caci maki org disekelilingnya. Jika ada anugerah buku utk watak yg paling hebat, saya pasti Yazid boleh memenanginya.

Walau hero yg ditampilkan adalah Zakry. Tetapi hero di hati saya tetap jatuh pada Yazid. Sebabnya watak Yazid adalah kekuatan dlm naskah ini. Zakry juga mempunyai kisah pahit yg terpaksa ditelan sedari kecil. Cuma nasibnya lebih baik jika dibandingkan dgn Yazid dan Sukma.

Apapun, tahniah pada Rissa. Saya tidak pernah melepaskan utk membaca karya2 anda sblm ini. Cuma utk kisah ini saya terlebih review pula🤭
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
May 20, 2021
Kekuatan cerita ini ialah Yazid, abang Sukma. Dialah hero dalam Sukma.

Kematian mak pada waktu kecil, diikuti dengan ayah pada usia Sukma 9 tahun membuatkan Yazid, 15tahun nekad berhenti sekolah.. itupun setelah dia mendengar kata² sedaranya.

Berbagai cara Yazid buat untuk menyara hidupnya dan Sukma. Mereka sentiasa ada satu sama lain.

Tak terkata F baca cerita ini. Ikatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya. Berkali² F tahan sebak.

Bila Sukma nak graduate, Sukma beli tiket untuk abangnya Yazid.

Kekasih hati mula merasa tak selesa dengan Yazid. Yazid perasan tapi demi Sukma, Yazid diamkan diri. Bila Sukma diberi 2 pilihan, akhirnya Sukma memilih Yazid.

Bagus! Tak guna berhubungan dengan orang yang tidak boleh menerima keluarga kita.

Kisah² sampingan tu F tak kisah sangat sebab F rasa ingin tahu kisah Sukma & Yazid.

Ending pun best cuma itulah rasa tak puas pulak. F memang suka cerita kampung² ni. Jiwa rasa tenang 😊
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
January 14, 2023
3.5

A simple story tak ada konflik yg berat dalam kisah ini… Apa pun kagum dengan yazid. Di usia Yazid 15 tahun dah banyak berkorban demi satu satunya adik kandung yang ketika itu baru berumur 9 tahun… segala jerih perih Yazid demi adiknya Sukma berbaloi kerana adiknya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara… Fall in love sgt dengan perwatakan yazid yang nampak humble dan sangat tegas dengan sukma demi melihat adik tersayang berjaya dan seterusnya dapat tunaikan impian ibubapa mereka. Kekuatan kisah ini adalah dimana Yazid dan sukma saling sayang menyayangi di antara satu sama lain. Bonding antara abang dan adik sungguh kuat…

Rasa tak puas sebab nak tengok pula kisah kebahagiaan abang yazid.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 2, 2021
kagumnya dengan yazid. sungguh-sungguh dia sayangkan sukma. dia tak kisah berkorban apa saja demi sukma. kasih seorang abang yang tiada tara terhadap adiknya.

selepas ayah mereka meninggal kerana lemas, yazid mengambil alih tugas arwah ayahnya. dia sanggup berhenti sekolah, buat apa saja kerja demi menampung hidupnya bersama adik tersayang. kerana dia tahu, dia tak boleh nak mengharap pada kedua pak ciknya, long selamat dan fadli. kedua pak ciknya punya agenda, mahu merampas harta peninggalan orang tua mereka.

puan penulis hebat Rissa Ahdiya memberikan sebuah kisah yang panjang garis masa tapi pergerakan yang pantas, buat pembaca langsung tak rasa bosan dan rasa penuh setiap sudut cerita. dari kisah yazid dan sukma masih sekolah hingga mereka dewasa. jejak kisah semuanya padat terisi.

tiada kisah cinta pasangan manis berbunga. itu yang pasti. tapi setiap pergerakan, setiap babak yang ada... pada alfian, pada zakry buat pembaca mudah menuding jadi. seorang terlalu mahu menguasai dan seorang lagi lebih suka berkongsi. keduanya sukakan sukma. tapi, siapa yang lebih merajai hati gadis itu?

bukan sebab cinta, keluarga harus ditinggalkan. kuasa cinta sebenarnya mampu merapatkan jurang keluarga. diri sendiri yang mampu membentuk perasaan dan rasa itu.

tak salah yazid bila sanggup korban segalanya.
tak salah sukma bila sanggup lepaskan kasihnya.
tak salah zakry bila sanggup menjeruk rasanya.
tak salah alfian bila sanggup luahkan hinanya.
tak salah ahzar bila sanggup putuskan kawannya.

bila cinta mendominasi perasaan buat manusia hilang rencana.

tapi

bila cinta mendominasi akal fikiran

itulah ikhlasnya yang mampu bawa ke syurga.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 17, 2022
Berdebar baca permulaan cerita bila Yazid dirotan ayahnya kerana lupa nak ambil Sukma dari sekolah agama. Yahya sayang kedua orang anaknya tapi Yahya kena tegas untuk mendidik Yazid erti tanggungjawab.
Ditakdirkan Yahya meninggal dunia semasa menjala ikan dalam hujan lebat. Yazid dan Sukma telah menjadi anak yatim piatu pada usia muda.
Yazid yang baru berumur 15 tahun, terpaksa menjaga sendiri adiknya Sukma, 9 tahun. Tidak mahu meminta pertolongan bapa saudaranya, Selamat dan Fadli kerana Yazid tahu mereka nak harta arwah ayahnya saja.
Yazid berhenti sekolah tapi suruh Sukma teruskan belajar sehingga mencapai kejayaan. Paparan kehidupan Yazid dan Sukma sangat menyentuh perasaaan saya.
Karya yang bertemakan kekeluargaan ini memberi satu kelainan tentang kehidupan di kampung. Bagaimanapun masih ada genre cinta Zakry dan Sukma yang menjadi penyedap rasa naskhah ini.
Watak sampingan Alfian dan Ahzar, kawan satu universiti Sukma banyak membantu dengan jalan cerita. Begitu juga peranan Zahid, Wan Muna dan Cikgu Arah banyak menyokong sama.
Saya jatuh cinta dengan watak Yazid. Pada saya, dialah hero dalam cerita ini. Bagus juga kalau Yazid kahwin dengan Dayang, kawan Sukma. Dapatlah juga Sukma tengok kebahagiaan abangnya yang banyak berkorban selama ini. Cuma yang tak best kerana saya tak suka ada poligami.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 26, 2023
[BOOK 51]

Sukma by Rissa Ahdiya.
.

Emosi je aku baca buku ni. Ada ke buku RA yang tak buatkan aku mengalir air mata?
.

Walaupun tajuknya Sukma, cerita utamanya ialah tentang pengorbanan seorang abang yang bernama Yazid.
.

Setelah kematian ayah mereka, tinggal lah Yazid dan Sukma berdua. Tambah lagi, Yazid pernah terdengar bapa saudaranya ingin mengambil harta mereka dan meletakkan mereka di rumah anak yatim. Maka, itulah saatnya, Yazid nekad melindungi Sukma.
.

“Mulai hari ini, kita hanya tinggal berdua. Tak ada saudara, tak ada sesiapa. Kau cuma ada aku, dan aku cuma ada kau."
.

Yazid sanggup berhenti sekolah demi menyekolahkan Sukma. Dia lakukan semuanya demi Sukma. Sehinggalah Sukma berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
.

Dan tiba hari graduasi, Sukma belikan tiket untuk abangnya. Disana, Yazid berkenalan dengan Alfian, kekasih Sukma. Alfian ni tak sukakan Yazid. Bila Alfian minta Sukma datang berjumpa dengan orang tuanya, pada hari yang sama, Yazid perlu pulang ke Malaysia, Sukma tetap pilih Yazid.
.

Zakry pula ialah kawan Sukma. Tapi Zakry dalam diam sukakan Sukma.
.

“Saya akan jaga hati saya untuk Sukma. Jika hati Sukma dah kosong nanti, datanglah jumpa saya. Saya akan isikan tempat yang kosong tu."
.

Walaupun heronya ialah Zakry, tapi watak Yazid tetap berbekas di hati.
.

Kalau endingnya, ada part Yazid bertemu jodoh ke, mesti lagi best
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
May 29, 2022
Kisah Sukma dan abangnya, Yazid yang yatim piatu. Sedih, sebak. Tabahnya Yazid ni menjaga dan membesarkan Sukma sehingga dia berjaya. Nasib baik Sukma ni selalu mengutamakan Yazid, kalau dia jadi macam si Tanggang tu, mau sakit hati baca cerita ni.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.