Jump to ratings and reviews
Rate this book

War of Love

Rate this book
Auranya lain macam! Misteri dan suspens. Muncul seperti ribut, hadir seperti angin. Buat hidup Iris haru-biru. Adiknya ditinggalkan terkontang-kanting depan tok kadi, ayahnya jatuh sakit dan semua harta keluarganya secara tiba-tiba menjadi milik lelaki itu.

Hayat Mikael, ada saja kejutan yang dilakukannya menjadikan Iris naik hantu. Mikael memang cari nahas, tak mungkin Iris akan biarkan saja tanpa melawan. Kau buat aku, aku akan buat kau juga. Nak lawan? Nak berperang? Ok, set, on!

“It’s my pleasure to fight with you, my darling. Our game, our war... The war of love. Pastikan yang you takkan kalah, sebab kalau kalah… itu bermakna you dah jatuh cinta dengan I.” – MIKAEL

“Aku takkan jatuh cinta dengan kau. Jerk!” – IRIS

Iris lancarkan perang benci, Mikael lancarkan perang berstrategi. Mikael kejam dan sentiasa 10 langkah ke hadapan! Iris berdendam walaupun tahu Mikael bukan saingan.

Bila rahsia terbongkar, Iris sendiri keliru. Perang benci menjadi simpati. Hati yang dingin menjadi lembut dan perasaan dendam bertukar cinta.

Macam mana nak berperang habis-habisan kalau begini? Macam mana nak kentalkan jiwa ni? Ah, sudah… bahaya gila!

Adakah Iris mampu untuk terus memerangi Mikael lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu

Bagaimana untuk Iris berdepan dengan apa yang telah berlaku?

Teruskanlah membenci kerana suatu saat, kau akan mencintaiku… Walaupun dengan cara yang menyakitkan.

Paperback

First published February 1, 2020

1 person is currently reading
17 people want to read

About the author

Wannie Nordin

14 books17 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (50%)
4 stars
14 (43%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Eisya.
187 reviews4 followers
February 8, 2022
Best….plot Jalan cerita pun cepat tidak meleret…xde satu bab pn rasa nak skip…dari awal terfikir fikir apa motif mikael buat semua itu…sedikit demi sedikit rahsia terbongkar dan jelas matlamat mikael yang sebenarnya…
Profile Image for ai.liliyha.
48 reviews
January 14, 2021
"𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙟𝙖𝙝𝙖𝙩 𝙞𝙩𝙪 𝙙𝙞𝙖... 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙙𝙞𝙖. 𝘼𝙙𝙖𝙠𝙖𝙝 𝙝𝙖𝙧𝙪𝙨 𝙟𝙞𝙬𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙘𝙞 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙠𝙪𝙞 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖?" - 𝙒𝙖𝙧 𝙊𝙛 𝙇𝙤𝙫𝙚

Pertama kali mendengar nama dan membaca karya penulis, Wannie Nordin, aku tak letakkan harapan yang terlalu tinggi. Tetapi hasilnya sangatlah tak terduga. Aku suka karya beliau yang bertemakan dendam, kekeluargaan, pengkhianatan dan kasih sayang ini.

Watak Hayat Mikael yang pada mulanya agak menjengkelkan namun jika diselami kronologi kehidupannya, amatlah menyedihkan. Iris yang berani dan kakak yang penyayang yang mementingkan keluarga, namun demi maruah keluarga, rela diperkotak-katikkan oleh adiknya (Inaara) yang terlalu buta menilai kasih sayang seorang kakak.

Dunia ini bulat. Jika terlalu mengagungkan harta dunia, terlalu mudah untuk kita terpesong ke jalan yang membinasakan. Itulah yang terjadi kepada Dato' Izzudin. Sahabat baik dikhianati, ditikam tanpa henti dan menanggung seksanya dikeji manakala dirinya disanjung tinggi dan hidup tanpa sebarang penyesalan.

Dan aku juga kurang gemar dengan sikap Inaara yang terlalu mudah memberi kepercayaan kepada lelaki dan kuat memberontak. Mudah lemah dengan cinta sang jejaka dan bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Karya yang tidak terlalu tebal ini tidak terlalu meleret. Cerita yang just nice untuk aku mulakan pembacaan tahun 2021. Penggunaan bahasa yang agak baik, tiadanya sebarang kesalahan ejaan dan plot serta konflik yang dicipta, melajukan lagi pembacaan aku.

Tahniah kepada penulis. 4 🌟 untuk karya ini.
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
February 3, 2021
Ini merupakan kali pertama membaca karya dari penulis Wannie Nordin. Tak familiar dengan nama penulis tapi blurb buku ini sangatlah menarik. Jadi, kita beli dan baca.

Setibanya Iris Alesya di airport, dia telah didatangi oleh seorang stranger yang memperkenalkan diri sebagai Hayat Mikael. Hayat memberitahu Iris, dia adalah kenalan yang sangat rapat dengan adik Iris (Inaara). Dan telah offerkan diri kepada Iris untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kepulangan Iris kerana ingin memeriahkan majlis perkahwinan adiknya. Akan tetapi, lain pula jadinya bila Iris sampai di rumahnya. Tiada orang dan tiada sebarang majlis berlansung, malahan dia mendapati ayah dan adiknya bergaduh besar sehingga berlakunya sesuatu.

Selepas itu, Iris kerap bertemu dengan Hayat Mikael yang misteri itu. Yang akan membuat kehidupan dan dunianya berpusing 360 darjah. Yang membuatkan keluarga yang dia sayangi berubah. Dan yang paling penting, yang akan membuatkan dia tiada pilihan selain mengikut telunjuk Hayat Mikael yang annoying itu!

Satu demi satu rahsia terbongkar. Iris tergamam dan susah untuk dia hadamkan semua yang dia ketahui. Nak tahu apa? Kalian kena dapatkan WOL.

Personally, aku suka dengan watak Hayat Mikael. Seorang yang matang dalam membuat keputusan. Segala tindak tanduknya bersebab. Dan orangnya sangat protective. Boleh lihat macam mana care nya dia dekat insan-insan yang disayangi. Sangat tersentuh dengan perjalanan hidup Mikael. Pengalaman juga mengajar dia erti kehidupan sebenar. Aku kalau bab keluarga ni bukan boleh. Karang meleleh je air mata. Hm.

Buat Iris, ada juga beberapa sifatnya yang boleh dicontohi antaranya sifat kasih dan sayangnya terhadap keluarga. Sanggup korbankan diri untuk menjaga nama baik dan maruah keluarga. Sampai ke tahap itu dia fikirkan. Dan ada ketika, Iris bertindak tanpa berfikir. Membuatkan aku ada rasa sedikit geram. Tapi itulah, perempuan ni selalu buat dulu baru fikir sama juga macam cakap. Kadang dah sehabis baik jaga semua tu pun, tetap ada yang terlepas laku. Begitulah. Tidak sempurna bak kata orang.

Watak antagonis di dalam WOL ini memang boleh buat darah mendidih panas. Tapi lagi panas hati dengan adik Iris yang sampai ke sudah bodohnya tidak boleh dibawa berbincang atau disorok sama sekali. Jangan jadi seperti Innara yang mudah sangat dengan semua perkara. Pfft.

Tahniah penulis. Teringin nak baca karya penulis yang lain 🌸
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
August 14, 2023
Kisah ni okey pada saya. Saya dah boleh agak plotnya macam mana. 🎈🎈🎈

Saya okey sahaja dengan Hayat Mikael. Dia boleh jadi gila bila sesuatu terjadi pada Iris. Dia jugak suka memaksa dan tak hiraukan apa yang terjadi kepada ahli keluarga Dato Izzudin kecuali Iris seorang sahaja. Sangat yakin yang Iris akan jatuh cinta dengan dia. Dendamnya pada Dato Izzudin sangat mendalam. Saya cuma tak suka dengan sikap nya yang suka ugut dan mendesak. Tapi semua tu bersebab.

Dan Iris pulak, dia jadi terpaksa sebab sebagai anak sulung memang dia bersifat melindungi. Terpaksa terima apa yang Mikael suruh. Asalkan keluarganya tak ditimpa musibah. Ditambah dengan perangai Inaara yang suka ikut perasaan dan pendek akal. Dia juga terkejut dengan apa yang telah ayahnya lakukan selama ini. Si ayah pulak masih tamak hingga sanggup buang Iris sebagai anaknya.

Ketika Dato Izzudin masih tak sedar kan diri, Mikael bagi tawaran pada Iris. Memang susah Iris nak tolak sebab dia sayangkan keluarganya. Adakah dendam yang di simpan Mikael terbalas? Kerana itu jugak lah Iris berada dalam bahaya.

Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
December 31, 2020
Best! Tak rugi beli. Masa beli tu just ambil random je. Redha je janji dpt beli buku😂. Tapi bila dah start baca, Wahhhh teruja terus sampai tak mampu utk letak.

Jatuh cinta dgn Hayat Mikael. Walau setiap perlakuannya penuh dgn misteri dan maksud tersirat, tetapi bila berhadapan dgn Iris pasti Mikael kalah tanpa sedar. Baginya Iris adalah segala2 utknya. Matlamat hidupnya hanya utk dapatkan Iris dan bawa Iris jauh dr pengaruh yg tidak baik dlm keluarga Dato Izzudin. Setianya Mikael terhadap Iris sehingga habis diamuknya jika sesuatu yg buruk berlaku terhadap Iris.

Inaara. Walaupon menjadi mangsa balas dendam Mikael terhadap keluarganya, namun Inaara spt perempuan yg cetek akal. Percaya bulat2 dgn janji manis lelaki sehingga sanggup menyerahkan dirinya utk dijadikan alas nafsu Jefri. Sekali lg Inaara terpedaya dgn 'cinta'.

War Of Love bukan berkisarkan ttg kisah cinta semata. Tetapi di dalamnya terkandung ttg dendam Mikael terhadap Dato Izzudin, pengkhianatan Dato Izzudin yg bertahun lamanya dan sikap tamak haloba seorang Jefri yg mengambil jalan mudah utk berjaya. Juga terdapat teka teki ttg salasiah Mikael dan rahsia hidupnya yg tersimpan kemas.

Apapun, War Of Love ini mmg best. Jalan cerita yg teratur dan tidak bosan bila membacanya. Tahniah Wannie Nordin👍
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
December 31, 2020
Ini adalah novel pertama penulis yg aku baca
.

Kisah yang penuh misteri dengan kemunculan Hayat Mikael. Siapa Hayat Mikael hingga mampu memporak perandakan hidup keluarga Dato Izzuddin. Membatalkan perkahwinan dgn Inaara di saat akhir. Pada hari akad nikah dan tinggal masa utk berjabat tangan tok kadi. Apakah alasan sebenar Mikael?
.

Iris, anak sulung Dato Izzuddin. Terpaksa membayar segala harga atas perbuatan Dato Izzuddin. Dia dikehendaki utk menikahi Mikael supaya rahsia ayahnya tidak terbongkar dan maruah mereka terbela. Penyatuan mereka diwalikn oleh Izzul, adik bongsu Iris memandangkan Dato Izzuddin koma setelah perkahwinan Inaara batal
.

Beberapa syarat diletakkan oleh Mikael kpd Iris demi menjamin kehidupan dia bersama Iris. Namun saat semua terbongkar. Iris kelu. Perkara yg paling tidak disangka2. Apakah tujuan Mikael mengahwini Iris? Siapakah Iris pd Mikael? Harga apakah yg perlu dibayar Iris sekeluarga kpd Mikael?
.

Aku sukakan jalan ceritanya. Ditambah perangai Iris dan Mikael yg menggelikan hati aku. Serasa macam tidak puas menelaah naskhah ini. Serius. tak rugi aku beli dan baca. Tahniah penulis atas kelahiran novel yg mantap ini
.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
February 10, 2022
[BOOK 36]

War of Love by Wannie Nordin.
.

halah halah halah. Love nya buku ni.
.

Buku ni lebih kepada cinta dan dendam. So, if you are looking for melodrama, action ke, memang takde la. Buku ni lebih kepada romance and sweet gitu.
.

Iris, baru je touchdown airport dari Korea, munculnya Hayat Mikael dan offer nak hantar Iris pulang. Katanya, Mikael ni, kenalan rapat Inaara, adik Iris. Dia siap bagi bukti bergambar lagi. Dan Mikael juga cakap yang, kat rumah nanti, ada kejutan menanti.
.

Ingatkan majlis perkahwinan Inaara sedang berlangsung, rupanya, pengantin lelaki tidak muncul. Dan lelaki tersebut ialah Hayat Mikael.
.
Pandai Mikael ni plan semuanya. Dalam masa 6 bulan ketiadaan Iris, dia pikat Inaara and dumped her. Pada masa yang sama, dia beli saham syarikat keluarga Iris dan itu menjadikan dia pemegang saham terbesar syarikat. Dan lagi hebat, kalau Iris nak saman dia sekalipun, takde bukti yang Mikael telah memalukan Inaara. He planned everything.
.

Apa motif sebenar Mikael? Dan bila dia bongkarkan sedikit demi sedikit punca dia buat semua itu, yang perlu Iris pertaruhkan untuk melindungi maruah keluarganya ialah dengan mengahwini Mikael.
.

Ni pun Mikael dah prepare semuanya. Dengan syarat agreement sampai 3 pages depan belakang. hahha. Antaranya, kena tidur sekatil, tak boleh sebut aku kau, kena pegang tangan, mesra-mesra in public. Pandai eh Mikael ni.
.

Dan apa sebenarnya sejarah antara Mikael dan Iris?
.

Aku suka sebab buku ni, vibe macam lakorn. Hero pun macam dalam lakorn. Kalau korang baca buku Checkmate by Rehan Makhtar, dan sukakan heronya yang agresif tu, korang mesti suka Mikael. Dan heroin pun, bukannya lembik je.
.

Dan part dendam, memang bukan sekadar acah-acah dan separuh jalan je. Dan part sweet, hahaha, memang manis la.
.

So, kalau sukakan yang manis, tak heavy sangat, boleh la baca.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
January 2, 2021
War of love.. tulisan Wannie Nordin.. walaupun Wannie dah tulis banyak karya.. tapi ini tulisan dia yg pertama saya baca..masa nak beli buku ini.. teragak2 juga.. ya lah tak kenal lagi cara penulisan Wannie kan.. orang kata.. tak kenal maka tak cinta.. dah kenal.. terjatuh cinta juga dengan War of love ini..
Cerita ini bagi saya tak lah berat sangat.. mudah di hadam.. Kisah Mikael yg ingin membalas dendam terhadap Dato' Izzudin... yang menjadi mangsa dendam Mikael ialah Ara adik kepada Iris.. Ara ditinggalkan oleh Mikael disaat hari penikahan mereka.. Iris sebagai kakak ingin menutut bela atas pebuatan Mikael pada keluarnya.. sayangnya.. dia juga yang terjerat dgn Mikael.. tapi siapa sangka.. Mikael ikhlas mencintai Iris.. setia Mikael pada Iris berkurun lama.. malah.. Iris jugalah kekuatan Mikael.. Bila Iris tahu Mikael adalah Hayat..terus Iris terima Mikael seikhlasnya..
Dato' Izzudin .. tak pernah berubah.. tamak hingga ke akhir hayat.. Ara pula.. sentiasa tertipu debgan cinta palsu.. apa yang penting.. akhir cerita ini.. happy ending.. buku yg berbaloi utk dibaca..
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
August 31, 2025
An okay read.

This book has potential, but the execution of the plot does not give the tension and thrill. The premise itself dah cukup popular, marriage inconvenience, enemy to lover.

Masa mula-mula baca buku ini, saya rasa teruja dan pembacaan saya sangatlah laju. Penuh tanda-tanya masa Mikael mula-mula muncul. Diikuti juga dengan karakter Iris yang bagi saya kuat dan matang. Bila plot mula dikembangkan terutama sekali selepas insiden yang melanda Dato' Izzudin, saya jadi makin tertarik, diikuti pergaduhan yang terjadi antara Mikael dan Iris.

Mikael ni memang a walking grey, tak faham dengan tindakan dia ni yang saya rasa terlampau berkasar dengan Iris. Kesian sungguh dengan Iris, dan bila satu persatu hal yang tersembunyi mula dikeluarkan saya jadi lagi kesian dengan Iris tapi Mikael haihhh, saya kesian berganda juga (walaupun masih geram dengan tindakan Mikael yang suka memaksa).

Buku ni banyak juga trigger warning, including SA. Sakitnya hati saya dengan perlakuan Mikael yang memaksa isteri sendiri, walaupun tak berlaku perkara tidak diingini tapi saya tak boleh terima kemarahan Mikael sehingga sanggup mengasari isteri sendiri disebabkan hal kerja. Just because she's wrong, boleh tak jangan mainkan maruah isteri? Maruah isteri tu lagi besar tau daripada hal kerja! Dan penulis kerap kali tonjolkan kemarahan Mikael yang kemudian menjurus kepada hal sensual dan lust, inilah yang buat saya tak selesa masa membaca buku ini.

Dan arah penceritaan semasa perubahan rasa hati Iris dalam plot cerita bagi saya kurang, saya rasa macam terlalu cepat. Mungkin penulis kurang kembangkan momen romantik sebelum Iris berubah hati.

The tension and suspend tu ada tapi perlu dikembangkan lagi. Barulah betul-betul terasa center of the genre which are enemy to lover and marriage inconvenience tu.

Dan sikap Dato' Izzudin ini sungguhlah mintak pelempang je dari saya, kenapa perlu korbankan integriti diri untuk kepentingan harta? Ke mana sajalah harta itu hendak dibawa? Nikmat dunia ni sekejap sahaja tahu.

This book have potential but should have been more.
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
February 9, 2024
Inaara ni memang cetek pemikiran. Bodoh sangat serahkan segala²nya kat Jefri. If cinta sayang pun perlu ke?

Jangan jadi bodoh.. jadilah perempuan yang mahal seperti Iris.
Profile Image for Pablo Reading Books.
90 reviews15 followers
January 24, 2023
Hayat Mikael & Iris Alesya..bff masa kecil..terpisah disebabkn insiden yg mnjd intipati cerita ni..love sangat dgn Mika..protective n loving hubby!!..kesian Iris bila cerita hitam Daddy dia terbongkar..happy ending!!
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
February 9, 2023
Ni pun sama dah baca dua tahun lepas.this underrated novel is so much good for me!
Profile Image for Atiqah Ahmad.
206 reviews2 followers
June 19, 2025
Love-hate relationship, bermotifkan dendam. Although some of the plots can be guessed, but it's still fun to read with, as i kinda like the ML 'dominance' in this story.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.