Seteguh Gunung Fuji Berdiri membawa semangat lita'araafu yang terkandung dalam surah Al-Hujurat. Ia sebuah catatan renungan Ustaz Mohd Hariri ketika berada di negara matahari terbit dalam mengenal citra budaya masyarakat di sana.
Naskhah ini membawa pembaca mengikuti kisah perjalanan nan indah dan penuh hikmah di negeri sakura itu yangdirangkai baik oleh penulis melalui kanta mata pendakwah kecil.
Coretan pengalaman penulis melalui program selama 14 hari di negara Jepun, yang ditaja oleh pihak dari negara matahari terbit ini9.
Catatan santai, ada lucu, ada yang mengusik jiwa, banyak dialog yang dimasukkan berjaya menghidupkan naratif perjalanan serta ulasan yang ada kalanya agak panjang berbanding kisah yang dilalui.
Kecantikan suasana beberapa lokasi menarik seperti Gunma digambarkan dalam penceritaan serta foto dengan baik dan mengujakan. Sesuai dengan kehendak penaja yang mengharapkan 20 peserta kursus ini berjaya menarik 2000 pelancong yang lain, ia pasti berjaya mencetuskan keinginan ke sana.
Beberapa perkara berkenaan sikap, amalan serta kelebihan orang Jepun seperti meletakkan malu pada tempat yang lebih bermakna, tentang ketepatan masa, kesungguhan dalam melakukan sesuatu serta bab agama, menambah nilai baik dalam buku ini berbanding buku travelog penulis lain.
Penulis menggunakan kelebihan pengetahuan agamanya untuk mengajak pembaca mentadabbur ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah-kisah yang disampaikan.
Hanya keteguhan gunung Fuji yang tidak begitu jelas dalam pengkisahannya, atau saya yang tidak pandai menilai maksud di sebalik judul buku ini.
Apapun, buku ini sesuai dan wajar dibaca oleh semua lapisan pembaca untuk melihat kelainan perjalanan penulis ini dengan penulis yang lain.
Bagi saya sekiranya travelog itu hanya diceritakan mengenai pengembaraan seseorang di suatu tempat, kita hanya boleh merasainya dengan akal fikiran sahaja (Imagine).
Tapi, jika suatu travelog itu diselitkan dengan ibrah dan teladan, kita akan dapat merasai pengalaman penulis dengan akal dan juga hati. Itulah yang saya rasa tika membaca buku ini.
Setiap perjalanan atau insiden yang berlaku akan diselitkan dengan ibrah dan dikaitkan dengan ajaran Islam sehingga kita dapat rasa bahawa Islam itu betul-betul agama yang syumul.
Saya suka apabila penulis banyak menceritakan mengenai Jepun dari sekecil-kecil perkara seperti tilam yang dipakai sehinggalah tempat yang terkenal dengan pelancongan.
Benar kata penulis bahawa gambaran seseorang terhadap negara Jepun bergantung kepada “apa yang dihidangkan” kepada kita mengenai Jepun pada waktu itu.
Orang Jepun sangat menghayati nilai. Namun, sayang mereka tidak beragama. Tapi, orang kita, ada agama. Cuma kadang-kadang kurang menghayati nilai. Rugi kan?
Antara salah satu buku saranan Puan Saadiah Ali, CEO Jejak Tarbiah ketika saya menyampai hajat hati untuk suatu hari terbitkan buku penulisan travelog sendiri sewaktu bersembang pada Festival Buku Merdeka yg lepas. Katanya Ust Hariri antara penulis yang berinspirasikan penulisan HAMKA.
Secara umumnya, buku tulisan Ust Hariri ini sgt fluid flownya dan paling penting setiap bab, ust akan kaitkan refleksi samada dikaitkan dgn Islam atau Malaysia. Buku ini berkisar kisah pendek ust ketika berprogram di Jepun dan mendalami budaya mereka dilihat pendek masanya tetapi penuh ibrah yang boleh dicedok.
Secara peribadi, satu bab yang bertajuk 'Sunyi Tika Tua' membuatkan saya mengimbau lagu nyanyian ust atas nama 'ust 3 beradik' bertajuk 'terakhir' berkisar tentang nasihat ibu ketika tua.
Akhir kata, buku saya akan recommend utk sesiapa yang ingin mengintai secebis keunikan budaya jepun atau sesiapa shj yang ingin mengembara melalui medium buku ❤️✨
Buku ni mengisahkan pengalaman penulis berada di Jepun selama 14 hari untuk Program pertukaran belia Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (JENESYS). Permulaan cerita perlahan dan dimulai tentang info program tersebut. Bagi saya buku ni terlalu generic mungkin sbb sy pon mmg ada pengalaman mengenai budaya Jepun melalui pembacaan, tontonan dan travel ke sana sendiri. Mungkin pengalaman selama 14 hari tu terlalu pendek kot...
Bahasa yang ringkas dan mudah..Suka graphic buku ni cantik...
Kembara mejejak bumi matahati terbit sangat diimpikan oleh kebanyakkan orang. Jepun amat terkenal dgn sikap kuat bekerja,cintakan kebersihan dan sangat berdisiplin dan disebabkan itu ia menjadi sebuah negara maju. Dalam buku ni penulis menceritakan apa yang dialaminya selama berada di sana terutama dari segi agama,budaya dan gaya hidup rakyat Jepun..
Pengisian yang menarik. Banyak perkara tentang negara jepun yang saya tak pernah tahu, ada dalam buku ni. Walaupun pada permulaannya agak slow bagi saya tapi bila makin dibaca, membuatkan saya rasa makin tertarik untuk menghabiskannya.
Tajuk: Seteguh Gunung Fuji Berdiri Penulis: Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud Penerbit: JT Books PLT Tahun terbit: 2020 Halaman: 209 Oleh: @farrahreads
“Belajar daripada negara orang itu baik, tapi belajarlah yang baik-baik.” (Seteguh Gunung Fuji Berdiri, halaman 186)
Ustaz Hariri berpeluang menjejakkan kaki ke negara matahari terbit sebagai salah seorang peserta kursus Professional Japan-East Asia Network Exchange for Students and Youth (JENESYS). Pengalaman dan ibrah selama 14 hari di sana telah dirakam dalam bentuk travelog yang bertajuk Seteguh Gunung Fuji Berdiri ini.
Kenapa Gunung Fuji?
Sebab Gunung Fuji ialah salah satu Warisan Budaya Dunia di Jepun. Sebut sahaja Jepun, pasti kita akan teringat Gunung Fuji. Seperti mana sebut sahaja Sabah, pasti akan menyebut Gunung Kinabalu.
Jadi, apa yang nak didirikan seteguh Gunung Fuji itu?
Jawapannya, jati diri beliau sebagai orang muslim Malaysia. Itulah yang ingin dilakukan oleh ustaz Hariri melalui kunjungannya ini. Kembara ini bukan kembara perlancongan yang biasa-biasa. Bukan sekadar pergi mengambil gambar, makan, berseronok kemudian pulang ke tanah air.
Tidak, bukan begitu. Kembara ini adalah kembara silang budaya. Setiap pengalaman yang dilalui, setiap pengetahuan baru tentang Jepun disilangkan dengan dua perkara; Malaysia dan Islam. Saya kira inilah tarikan terbesar buku ini. Membuatkan saya mengerti mengapa tajuknya Seteguh Gunung Fuji Berdiri.
Kita memang gemar dan cenderung mengagumi budaya dan negara orang lain. Itu tidak salah, semestinya. Cuma, yang menjadi kesalahan ialah apabila kita tidak tahu dan mengkritik tanpa usul periksa budaya dan negara kita pula. Terlalu mengagumi orang luar, sehingga melupakan asal usul.
Setelah membacanya, ya, saya menjadi lebih sedar dan terpanggil untuk meneguhkan jati diri sebagai anak Malaysia, bahawa kita juga mempunyai banyak khazanah budaya yang perlu diambil tahu, dipeduli dan dijaga.
Sebagai seseorang yang pernah belajar di luar negara, ya, kita sebenarnya akan lebih berasa bangga dengan negara kita apabila kita berkunjung ke negara luar. Ada satu perasaan tanggungjawab, seronok dan bangga berkongsi tentang budaya kita kepada orang luar.
Tetapi, bagaimana mahu berkongsi jika kita sendiri tak menghargai? Bagaimana mahu berbangga jika kita sendiri tak tahu tentangnya?
Sebab itulah, menerusi buku travelog kembara silang budaya ini, ustaz Hariri menukilkan dapatan beliau dan mengupasnya dengan baik agar jati dirinya sebagai anak Malaysia juga boleh seteguh Gunung Fuji itu berdiri.
Ada dua perkara yang saya ingin cadangkan tentang buku ini. Banyakkan ilustrasi. Tambah nota kaki untuk rujukan sumber.
Rasa seperti banyak hal tentang Malaysia yang saya pandang tak pandang sebelum membacanya. Kini, sedikit demi sedikit, saya berharap saya lebih belajar untuk ambil peduli. Moga-moga, jati diri saya juga boleh seteguh Gunung Fuji nanti.
BUKU (Dibaca): Seteguh Gunung Fuji Berdiri oleh Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud.
Ini kali pertama saya membaca tulisan Ustaz Hariri. Buku ini merupakan catatan pengalaman mengikuti kursus di negara Jepun.
Negara Jepun sebuah negara yang terkenal dari pelbagai sudut. Sebenarnya, sebahagian apa pengalaman yang dilalui oleh penulis, kita, juga saya sendiri sudah banyak kali membaca atau mendengarnya. Namun apa bezanya?
Saya bawakan satu quote dalam filem Titanic oleh seorang ketua Operasi mencari permata Heart of the ocean yang dikatakan tenggelam bersama Titanic. Beliau mendengar kisah Titanic dari Rose yang pernah di dalam Kapal itu dan juga mangsa tragedinya. Selepas itu dia berkata hampir begini maksudnya "Selama 3 tahun dalam kepala aku hanya fikir tentang Titanic. Namun, aku sedar, aku tak pernah walau sekali aku masuk dalam Titanic."
Jadi, bezanya penulis merasai sendiri pengalaman berada di Jepun. Sebanyak mana pun kita membaca pengalaman orang, pasti sangat berbeza dengan merasai sendiri.
Segala yang dirasai di Jepun, penulis merakamkan pengetahuan dan pengalaman beliau dan mengaitkan Jati diri beliau sebagai seorang Muslim, rakyat Malaysia dan bangsa Melayu.
Pengalaman awal penulis melawat Kuil Shinto. Di jepun rumah ibadat itu hanya sebagai tempat bagi industri pelancongan. Bukan lagi tempat orang beribadat dan mencari semangat spiritual. Berbeza kita ummat islam masih menjadikan masjid sebagai tempat mencari ketenangan dan mengukuhkan rasa bertuhan. Namun, jika mengabaikannya tak mustahil juga masjid akan menjadi tempat lawatan sahaja.
Perihal masa sudah menjadi perkara wajib bagi sesiapa sahaja yang pernah le Jepun. Penulis menulliskan pengalaman bersama keluarga angkat yang sangat mengambil berat soal masa.
Amalan kerja 5S (Sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal) yang diamalkan di Malaysia. Rupanya hanya budaya kerja di Toyota bukan sektor awam Jepun. Menurut penulis rakyat Jepun sebenarnya budaya itu sebati dalam kalangan rakyat Jepun tanpa perlu kepada program, kempen atau arahan.
Dalam kehebatan dan kemajuan Jepun tetap ada titik buta tak semua masalah kemajuan dapat selesaikan. Contoh, kita kagum cara berfikir kerajaan Jepun mengatasi masalah bunuh diri dengan mengadakan cuti putus cinta. Tetap ketenangan yang hakiki dapat dikecapi dengan perasaan bertuhan tempat kita mengadu. Budaya kerja yang serius meninggalkan kesan diri menjadi sunyi.
Perjalanan atau kembara ke negara orang sentiasa menginsafkan kita untuk sentiasa bersyukur. Sama ada negara lebih maju atau tak maju, kedua memberi pengajaran kepada kita. Seperti kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik.
🏔️Buku pertama penulis @ustazhariri dibaca.Ada nilai tambah dirasai berbanding travelog lain setakat ini iaitu, elemen silang budaya pada tiap topik. Berkongsi bukan hanya pada pengalaman dan memberi info namun diselitkan tentang Agama, bangsa dan Malaysia, hadis dan Al-Quran. Perbandingan matang,tak jatuhkan cuma mengingatkan agar tak terlalu memuja hingga mengkritik bulat² tempat sendiri tanpa fikir pro dan kontranya.
🏔️ Menceritakan pengalaman penulis sebagai peserta kursus ke Jepun selama 14 hari.Banyak info pernah aku baca dan juga terbaru. Dalam tempoh program itu juga, penulis ada keluarga angkat, menjengah rumah tradisional🤩 Info² kecil pun buat aku tertarik seperti Tatami (tikar jerami padi), cara pasang Futon (tilam yg ada beberapa lapisan) diterangkan seringkasnya. Siap ada ilustrasi. Info baru bagi aku, keterangan agama Shinto (pemujaan alam dan roh) agama asal negara itu sebelum datangnya Buddha dan Kristian sebelum ini hanya sekadar tahu nama agama itu. Tentang agama bukan hal besar bagi negara mereka umpama sekadar 'ada'.
🏔️Bagaimana ilmu 5S dipraktikkan di Malaysia yang kita ceduk dari Jepun sewaktu Dasar Pandang ke Timur dulu seperti asing di telinga mereka. Bukan penulis aku sendiri ternganga baca,kelu😂 Ternyata 'budaya boleh diubah dan berubah', sendu bila fikirkan dah berapa lama kita amalkan dan bukan senang untuk kita ubah budaya.
🏔️ Aku takkan lupa momen lucu,😂 di Teradomari Fish Market di Niigata. Aku tersengih dan tergeleng² tindakan ayah angkat penulis. Ketetapan masa sinonim warga Jepun. Terharu,hormat dan disiplinnya beliau untuk pastikan penulis dapat solat zuhur tepat waktu walau dah terang rukhsah solat tetap tak endahkan.Tiber! rasa macam layan Tokyo Drift versi Niigata Drift😄
🏔️ Info tulisan Jepun juga baru tahu bukan hanya Kanji semata tapi ada lagi 2 jenis nama tulisan. Banyak lagi info menarik dalam naskah yang tak ketinggalan pantulkan kupasan di Malaysia juga.Mana ada buluh tidak berbuku? Begitu juga, dalam kita suka sesuatu kena akui tiada yang sempurna Jepun junjung nilai dan akhlak tanpa agama tapi kita ada agama namun kadang tergelincir berpegang pada nilai dan akhlak. Nampak?
Sebuah lagi karya travelog Ust Hariri yang saya berjaya habiskan. Kali ini penulisannya membawa kita semua menelusuri selok belok budaya masyarakat Jepun yang beliau sendiri pelajari ketika berkursus di sana.
Pembawaan penulis di dalam naskhah ini sama seperti karyanya sebelum ini; Menjejaki Firmanmu Di Langit Amerika. Akan tetapi , kali ini kita akan lebih merasai dekatnya negara yang dikarang oleh penulis ini dengan diri kita kerana ia merupakan negara yang seringkali kita dengar . Masakan tidak, ia sebuah negara yang pernah menakluki tanah air kita suatu ketika dahulu dan negara tersebut berkongsi satu benua dengan kita iaitu benua Asia. Sisi budaya masyarakat Asia kebanyakannya sama sahaja setiap negara. Maka, sedikit sebanyak para pembaca dapat mengaitkan reailiti kehidupan masyarakat Jepun dengan negara kita; Malaysia.
Dalam buku ini, saya dapati penulis sentiasa mengingatkan para pembaca supaya mengambil manfaat daripada budaya baik atau sifat2 'mahmudah' yang ditonjolkan oleh masyarakat Jepun. Pada hemat saya, kita juga (yang beragama Islam) sebenarnya boleh jadi lebih baik daripada mereka kerana masyarakat Jepun tidak menitikberatkan agama dan hanya fokus sepenuhnya terhadap usaha mereka di dunia. Sayang sekali. Walhal kita pula sudah berpegang teguh dengan agama Islam, akan tetapi nilai-nilai ajaran Islam itu masih banyak kita tidak ikuti dan tidak berada pada tahap yang sedap didengar untuk bergelar sebagai Muslim yang cemerlang. Oleh itu, renungkan dan aplikasikan contoh baik masyarakat Jepun dalam diri kita serta tinggalkan perkara-perkara yang tiada manfaat buat diri kita. Seperti kata penulis dalam buku ini " ada yang boleh diteladani dan ada juga yang perlu disempadani."
Sebagai penutup, suka untuk saya katakan bahawa saya amat tertarik dengan puisi yang dikarang oleh penulis yang bertajuk 'Apakah Itu Agama' pada halaman 50 & 51. Antara cebisan puisi beliau ialah: "Apakah itu agama, Agama itu kehidupan, Kehidupan berperaturan."
Andai ditanya, jika ada rezeki untuk kembara ke luar negara, negara manakah yang akan dipilih? Dek kerana terpengaruh oleh satu drama Jepun suatu ketika dulu, dan menyaksikan keindahan panorama alam yang hanya wujud di salah satu daerah terbesar Jepun, iaitu di Hokkaido. Sejak itu, saya berimpian untuk mengembara ke Jepun.
Sama sepertimana yang penulis lalui dan alami semasa pengembaraannya ke negara matahari terbit, Jepun memang terkenal dengan budayanya yang sangat menepati masa dan menjaga nilai adab dan akhlak. Kalau tidak, masakan perjalanan pergi mengambil masa 3 jam, perjalanan balik hanya 1 jam setengah. Seram ya...hal ini kerana apabila keluarga angkat penulis risau mereka akan ketinggalan waktu solat.
Ada banyak cerita-cerita dari negara matahari terbit ini yang boleh kita contohi, namun ada juga sebagai batasan untuk kita teladani.
"Mengembara tidak semestinya perlu terbang ke luar negara tetapi boleh dinikmati melalui pembacaan".
Ada benarnya. Namun, pengalaman yang kita lalui sendiri dengan pancaindera kita nyata akan memberikan pengalaman yang berbeza dan pastinya lebih berbekas di hati.
Pada mulanya, tidak mengenali siapakah penulis buku ini, dan ku selak sehingga halaman belakang, oh kenal ! Selalu ustaz Hariri menjadi moderator rancangan RTM Forum Perdana, rancangan wajib tonton opahku. Tak pernah tahu yang dia juga seorang penulis buku, dan amat baik sekali tulisan nya.
Sebuah buku travelog yang lain dari lain. Selain menceritakan perjalan dan pengalaman di Jepun, dikaitkan, dibandingkan dengan negara Malaysia dan tidak lupa diselitkan sekali pengajaran dan ibrah yang boleh dikaitkan dengan ajaran Islam. Bumi ini luas, mengembara lah. Jika tidak mampu seperti saya ni, bacalah buku seperti ini. Saya harap lebih ramai rakyat Malaysia dan anak muda yang akan baca buku ini, terbuka luas pandangan terhadap rakyat dan negara Jepun, walaupun tak pernah menjejak kaki di sana. Ada yang baik boleh diambil teladan dan ada juga yang tak usah diikutkan. Semoga Allah berkati ilmu baru yang dipelajari.
Buku pertama Ustaz Hariri yang saya baca. Penulisan yang sangat santai tapi pada masa yang sama ada buah fikir yang mahu ustaz sampaikan.
Kita sudah terbiasa memandang hujan emas di negeri orang, sebagaimana kebanyakan orang Malaysia yang memandang tinggi pada kehidupan masyarakat Jepun.
Adab dan amalan kehidupan mereka sangat baik, namun lompong kehidupan tanpa agama terlalu besar bagaikan barah dalam masyarakat mereka. Walaupun dari sudut sikap mereka sangat bagus, namun jiwa mereka kosong. Itulah antara punca kenapa kadar bunuh diri sangat tinggi di Jepun.
Namun apa yang kita patut ambil iktibar adalah, kita sebagai seorang Muslim patut malu jika kita yang beragama ini tidak punya nilai adab dan amalan kehidupan yang mencerminkan Islam itu agama yang sempurna untuk kehidupan manusia.
Disebabkan sebelum ni, saya baca buku travelog Mencari Unta Merah Jepun, jadi buku kali ini membuatkan saya membanding2 isi kedua2 buah buku ini. Dengan tajuk masing2, mungkin dapat agak isi yang ingin ditampilkan dalam buku ini. Cuma, untuk buku ini saya kurang dapat mengagak. Apapun, Ia buku yang bagus. Penulis banyak bercerita tentang negara Jepun dan membandingkannya dengan negara kita. Dan ada sedikit penambahan ilmu agama dalam buku ini.
Pertama kali saya baca buku ust Hariri dan tak mustahil saya akan bacanya lagi jika berkesempatan. Cuma saya agak ralat sedikit sebabsaya expect di dalamnya lebih banyak memuatkan ilmu agama yang boleh dhubungkaitkan tak kira sekecil apa pun isi, berbanding menampilkan banyak maklumat. Hihi.
Buku pengembaraan silang budaya antara Malaysia dan Jepun.
Jepun negara bukan Islam tetapi mengamalkan perkara yang diunjurkan dalam Islam iaitu dari segi kekemasan, menjaga masa, amanah dan lain-lain.
Buku ini menghimpunkan amalan baik yang dilakukan oleh orang Jepun sepanjang penulis berada di sana dan membuat perbandingan dengan agama Islam. Benarlah Islam itu panduan kepada kita kerana mencangkupi segala aspek dalam kehidupan dari mula celik mata sehingga kita menutup mata.
berjalan di negara orang, ambik yang baik utk jadikan pedoman, tinggalkan perkara yg tak baik kerana bukan tuntutan agama kita.
Buku pertama dari Ustaz Hariri yg saya baca. Mungkin review ni ada sedikit bias sebab saya memang selalu jatuh cinta dengan Jepun.
Buku travelog ini dimulakan dgn sedikit penerangan mengenai program yang disertai penulis untuk sampai ke Jepun. Info² sebegini saya kira sangat bermanfaat dan berguna untuk pembaca yg turut berminat untuk ke sana.
Suasana & pemandangan yg diceritakan penulis mampu membawa minda saya sehingga ke Jepun. Lukisan beserta label yg diselitkan sangat membantu untuk faham dgn jelas.
Disamping bercerita mengenai suasana & budaya yg dikagumi semasa berada di Jepun, penulis juga mengaitkannya dengan negara kita, Malaysia supaya pembaca dapat mengambil ibrah.
Pengalaman penulis berkursus selama 14 hari di Jepun terutamanya di Gunma yang membawa beliau menyelami tentang nilai-nilai Islam di dalam masyarakat dan budaya kerja orang Jepun daripada segi menghormati masa, sifat malu jika tidak berjaya melaksanakan tugasan yang diamanahkan, tiada penekanan pelaksanaan 5S di tempat bekerja kerana ianya telah menjadi amalan harian dalam kehidupan mereka dan sebagainya.
Setiap perkara yang penulis lalui di Jepun akan diolah dan dikaitkan dengan agama Islam, kebudayaan dan tatacara kehidupan di Malaysia khususnya orang Islam.
Buku santai yang dititipkan dengan pesanan untuk menambahbaik baki kehidupan kita di dunia ini.
pengalaman pengembaraan dari sudut kaca mata seorang pendakwah kecil yang membuka minda dan mencelikkan mata. Mungkin banyak travelog coretan penulis lain yang mungkin menarik pada anda, tetapi jika anda mencari penulisan travelog yang mengaitkan cara hidup beragama baca travelog ini anda bakal merasai sesuatu. Ustaz Hariri banyak membawa kita untuk merenung seketika mengenai banyak perkara, terdakang kita mengiakan dan terkadang kita bertanya balik "kenapa". Bacalah dengan hati terbuka dan tidak membanding-bandingkan, kelak anda akan ketemu jawapan.
Saya sangat meminati buku-buku travelog tulisan Hamka seperti 4 bulan di Amerika dan Di Tepi Sungai Dajlah. Ketika membaca buku-buku tersebut, saya terdetik ‘Ada kah penulis di Malaysia yang menulis buku travelog seperti Hamka ni ?’
Saya akhirnya temuinya melalui buku ini. Sangat menarik dan informatif. Sepanjang pembacaan, kerap kali saya berkata-kata dalam hati ‘Wah, penulisannya sama macam Hamka’ dan ianya membuatkan saya berasa sangat teruja.
Buku kedua Ustaz Hariri yg dibaca, ada penambahbaikan daripada buku sebelum ni, banyak input dan info baru yg sy tahu mengenai jepun! Contohnya 'cuti putus cinta', pengamalan agama dll. Tapi masih saya rasa kurang input😆 kalau tambah lagi mesti lagi menarik, ada beberapa bahagian juga macam tak perlu dimasukkan tapi okay je overall😚 Mengspirasikan diri untuk ke Jepun nanti!!
Buku ini mengajar kita untuk bermuhasabah. Kita mesti mencari cara untuk menilai apa saja yang melintasi hidup kita, tidak ada kebetulan. Sangat rugi jika membelanjakan banyak masa dan tenaga tanpa mendapatkan semula pengajarannya.
Namun permulaan buku ini sangat perlahan, saya hampir berputus asa.
Have been in Japan. The people there have a very time-keeping and humble culture. That's right, in Japan, we see Islam but not Muslims. One of the stories in this book that has stayed with me is ‘cuti putus cinta’ in Japan - how the issue of integrity and honesty is deeply rooted in Japanese society.
amazing story about jenesys exchange program and a lot of wisdom poured into this book, including the insights of the various religions in Japan and comparing it to Malaysia, and the implied meaning of the missing value in our country.
Tulisan yang mengujakan penulis sajikan. Travelog yang penuh sarat dengan erti muhasabah dan erti bersyukur dengan kehidupan sebagai seorang Muslim.
Penulis bijak membangkitkan rasa syukur dalam diri pembaca saat membandingkan tradisi dan budaya di antara masyarakat Malaysia dan masyarakat Jepun. Dari satu sudut pandang berbeza, sambil memberi nilai tambah dalam elemen etika dan sosiobudaya yang wajar rakyat Malaysia teladani daripada Jepun.