What do you think?

Mencari Unta Merah Jepun
Mencari Unta Merah Jepun merupakan sebuah perjalanan kembara Ustaz Abdullah Bukhari bersama rakan-rakannya ke negeri Sakura demi mencari “Unta Merah” seperti yang dimaksudkan hadis Nabi SAW.
Maka demi Allah, (ganjaran yang kamu perolehi) keranan seseorang memeluk Islam (atas usahamu) lebih baik (nilai) seekor unta merah (unta yang sangat mahal harga kepada orang Arab).
Dengan memegang kuat hadis Nabi tersebut, beberapa siri ziarah ke Jepun dan perancangan yang teliti dibuat demi menyampaikan Islam kepada masyarakat di sana.
Bangsa Jepun yang sering dikaitakan sebagai sebuah bangsa yang sangat bersopan santun, menepati masa, rajin dan lengkap serba-serbi secara fizikal dan materialnya, tetapi apakah faktor yang membuatkan mereka boleh tertarik dengan Islam?
Ayuh ikuti kisah penuh inspirasi ini bagi memperdalam lagi cinta kita kepada dakwah Islam.

- GenresIslam
375 pages, Paperback
First published January 1, 2020
About the author
Abdullah Bukhari Abdul Rahim
14 books20 followersAbdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran JAKIM, bermula tahun 1993 hingga tahun 1997, Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya bermula tahun 1997 hingga tahun 2000 dan Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya bermula tahun 2000 hingga tahun 2004. Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000. Bidang pengkhususannya adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran. Beliau juga adalah seorang blogger dengan gelaran Hamba Allah dan Hamba al-Quran.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
June 24, 2022
Setelah membaca buku ini, barulah aku faham maksud "unta merah" yang dikatakan oleh penulis sekaligus memahami tajuk buku ini. Mencari Unta Merah Jepun ialah travelog perjalanan dakwah penulis dan rakan-rakan seperjuangannya di negara Jepun.
Buku ini sarat dengan Al-Quran dan hadis berserta dengan terjemahannya yang diselitkan bersama dengan cerita-cerita travelog penulis. Buku ini seronok. Tetapi aku rasa pengalaman penulis di Jepun tidak sebanyak kisah-kisah lain di dalam buku ini, dan sesetengahnya berulang kali diceritakan contohnya seperti pengalaman penulis di Masjid Kyoto, yang dapat dibaca di beberapa bab dalam buku ini. Apa pun, masih terdapat banyak mutiara-mutiara ilmu yang dapat dikutip dengan membaca buku ini. Terutamanya hadis-hadis yang tak pernah aku dengar dan baca kisah-kisahnya sebelum ini, jadi ia merupakan pelajaran baru bagi aku sendiri. Terbaik!

March 6, 2021
Alhamdulillah dan berasa sangat cemburu dengan individu & pelopor yg disebutkan di dalam buku kerana sudah mempunyai unta merah sendiri.
Semoga diri ini akan mempunyai peluang seperti ini suatu hari nanti.
Ditekankan dalam buku ini adalah konsep dakwah dan keperluan utk kita memberi sadaqah lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan yg akan bakal tiba tidak lama lagi. Hadis sadaqah di bulan Ramadhan ini telah diulang tayang banyak kali di dalam buku ini sebagai satu reminder kepada diri kita utk berbuat demikian apabila tiba masanya.
Tahniah ustaz dan team kerana telah membuat jambatan pahala bagi mendapatkan unta merah di Jepun sana.

April 5, 2022
Buku ini merupakan perkongsian penulis tentang kisah perjalanan kembara dakwah beliau bersama-sama dengan NGO di negara Jepun.
Perkenalan penulis dan saudara Zulkarnain menjadi permulaan kepada kembara dakwah di negara Jepun ini.
Muslim di Jepun adalah minoriti, jadi banyak cabaran yang perlu dilalui untuk menyebarkan agama Islam di Jepun. Masjid bukan tempat untuk berdakwah, hanya sebagai tempat melakukan ibadat. Bilangan masjid juga tidak banyak dan salah satu masjid yang menjadi tumpuan adalah Masjid Kobe.
Berdakwah di negara Jepun mempunyai banyak cabaran. Selain faktor kewangan, faktor bahasa dan budaya juga menjadi salah satu cabaran. Usaha yang dilakukan untuk memyebarkan Islam di bumi Jepun ini amat bagus.
Saya kagum dengan usaha yang dijalankan bagi mengumpul dana untuk membeli sebuah bangunan sebagai pusat dakwah. Bangunan ini berjaya dibeli dan siap untuk digunakan sebagai Japan Dakwah Centre.
Semoga cahaya Islam akan terus bersinar di negara matahari terbit ini dan lebih ramai lagi akan mendapat manfaat daripada usaha dakwah yang dijalankan.

March 30, 2021
Tajuk: Mencari Unta Merah Jepun
Penulis: Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz
Penerbit: JT Books PLT / Jejak Tarbiah
Tahun Terbit: 2020
Halaman: 375ms
Oleh: @farrahreads
Ini buku travelog. Cuma travelog ini berbeza daripada travelog lain yang pernah saya baca. Mencari Unta Merah Jepun merupakan sebuah travelog dakwah yang sangat menginspirasikan.
3 kali ustaz Abdullah Bukhari berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Matahari Terbit. Siapa yang tak suka dapat peluang begini? Tapi peluangnya itu bukan untuk bersuka-ria, sebaliknya untuk melaksanakan sunnah terbesar Nabi Muhammad yang sering dilupakan iaitu berdakwah.
Ya, saya akui saya baru tahu berdakwah itu merupakan salah satu sunnah. Sebelum ini, saya sendiri tidak tahu saya meletakkannya sebagai apa.
Peluang ustaz Abdullah ini terbuka asbab beliau merupakan hafiz al-Quran yang mengajar pula ilmu kalam Allah itu kepada orang lain. Membaca perjalanan beliau ke Jepun ini ibarat sedang menyambung titik yang ada dalam kehidupan lalu membentuk hikmah. Bayangkan, beliau mula mendalami al-Quran sejak tahun 1993, pada ketika itu pasti tiada sekelumit pun terbayang oleh beliau bahawa al-Quran yang dipelajarinya itu akan membawanya jauh sehingga ke Jepun.
Tiada kebetulan dalam Islam. Semua telah ditentukan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Travelog ini salah satu contohnya. Ustaz Abdullah menghuraikan perkara ini dalam cerita beliau.
Dahulu pun saya selalu terfikir, bagaimana nak berdakwah kepada orang Jepun? Secara umumnya, orang ramai pun mengakui akhlak orang Jepun sangat baik. Contoh yang paling selalu digunakan ialah menepati masa dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam apa-apa jua perkara yang dilakukan.
Kedua-dua perkara itu adalah hal yang memang dituntut dalam Islam. Tapi, orang Jepun yang bukan beragama Islam sudah mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Kalau saya orang Jepun pun, mungkin saya akan bertanya semula “Untuk apa saya memeluk Islam sedangkan ajarannya lebih kurang sahaja?”
Tuan Zulkarnain, seorang bekas jurutera yang kini menetap di Jepun, telah menemukan jawapannya. Orang Jepun sangat tertarik dengan al-Quran. Kalam suci daripada Tuhan itulah yang menjadi daya tarikan untuk mereka memeluk agama Islam. Sebab itu jugalah ustaz Abdullah Bukhari boleh sampai ke Jepun, demi menyampaikan ayat-ayat itu.
Satu bab yang paling saya suka, jujurnya saya tersenyum dan menutup buku seketika dek kerana terlalu suka adalah pada halaman 148, apabila Dr. Kamilin menyampaikan tazkirah tentang pengajian hadis kepada peserta (orang Jepun) Tarbiya Camp. Tazkirah itu telah disampaikan dalam bahasa Melayu oleh Dr. Kamilin, kemudian dialih bahasa kepada bahasa Inggeris oleh ustaz Abdullah Bukhari seterusnya diterjemahkan kepada bahasa Jepun oleh Tuan Zulkarnain.
SubhanAllah. Tiga bahasa sekaligus secara langsung. Kalau saya di tempat kejadian, mesti saya tersenyum-senyum kerana saya memang suka mengetahui sesuatu perkara itu disampaikan dalam bahasa yang berbeza. Itu lah kepentingan dan kelebihan mempelajari banyak bahasa.
Melalui buku ini juga, saya telah mengikuti Tuan Zulkarnain serta JDC di Facebook dan mengikuti perkembangan mereka dari masa ke masa.
Satu bacaan yang menginspirasikan dan memuaskan. Namun, bak kata pesan ustaz Abdullah dalam buku ini, janganlah kisah ini dijadikan sebagai sebuah cerita yang dikagumi sahaja, sebaliknya, marilah bersama-sama berganding bahu menyemarakkan dakwah di sana.

June 11, 2022
Mencari Unta Merah Jepun, satu travelog tentang gerak kerja dakwah rakyat Malaysia di Jepun.
Penceritaan yang santai oleh penulis, diselangi dengan peringatan melalui kalam Allah dan hadis nabi.
Tertarik dengan kepelbagaian wasilah untuk melebarkan sayap Islam. Jika mampu dengan tenaga, lakukanlah. Jika tidak, korbankanlah wang ringgit kita. Jika masih ada kekangan, doakanlah mereka yang berkorban tenaga dan harta untuk agama.
Moga Islam terus subur di bumi Jepun.

April 26, 2021
Sebuah buku travelog dari Ustaz Abdullah Bukhari mengenai perjalanannya ke negara matahari terbit dalam menyebarkan cahaya Islam. Liku dakwah yang menarik untuk dikongsi dgn masyarakat, yang mana boleh membangkitkan semangat, erti kesyukuran dan takjub akan keindahan percaturan Tuhan.
Siapa sangka, al-Quran karim telah menjadi punca pintu rezeki terbuka lalu membawa ustaz ke Jepun. Tambahan lagi, diselitkan Kalamullah ataupun sabda Rasullullah yang berkait rapat dan seiring dengan jalan penceritaan di dalam buku ini.
Orang jepun diibaratkan seperti seekor unta merah yang tinggi nilainya. Budi asal mereka sudah menggambarkan ajaran islam sebenar, walaupun mereka belum mengenal ajaran Islam. Sesuailah dengan nama misi yang mereka telah namakan, iaitu “Mencari Unta Merah Jepun”.
Setelah berhempas pulas, beberapa kejayaan telah berjaya diukir oleh ustaz bersama taulannya. Oleh itu, bersama-samalah kita dalam mendokong usaha untuk menanam butiran mutiara iman ke dalam hati mereka(non-muslim).
Menyebarkan ajaran agama adalah mengikut kapasiti kita. Sama ada dengan bersedekah, kudrat tenaga, menunjukkan akhlak yang terpuji dan juga menyebarkan perkataan yang baik walaupun sepotong ayat.
Selaras dengan sabda nabi : بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah olehmu sekalian dariku meski hanya satu ayat (al Qur’an).”

January 24, 2021
Basically, buku ini mengangkat beberapa tema penting
1) Dakwah
Besarnya ganjaran mereka yang melakukan dakwah, apatah lagi yg mengajak non muslim kepada muslim.
Pernah tak terfikir, selama kita hidup sebagai org Islam, pernah tak kita ceritakan tentang Islam pada orang lain especially non muslim.
2) Realiti masyarakat muslim di Jepun
Perbincangan agama masih dianggap taboo oleh masyarakat Jepun + kurangnya usaha dakwah yang berlaku di Jepun.
Barangkali mudah untuk generasi pertama Muslim di Jepun utk mengamalkan Islam, tapi bagaimana pula dgn generasi kedua muslim di Jepun yg telah larut dgn budaya Jepun.
Sebab tu kita perlu take note, kdg2 ada muallaf yg kurang bimbingan.
3) Kelebihan gerak kerja secara berjemaah.
MashaAllah! Penubuhan Japan Dakwah Centre yang diceritakan di dalam buku ini menjadi saksi bahawa kita tidak akan mampu melakukan gerak kerja dakwah secara berseorangan. Gerak kerja secara berjemaah telah terbukti akan dapat menghasilkan output yang lebih efisien dan berkesan.
Cukuplah 3 point ini yang dapat saya kongsikan daripada buku ini. Apa pun, buku ini menjadi pemangkin semangat saya untuk belajar bahasa Jepun..hehe. Jepun adalah salah satu destinasi impian saya. Mudah mudahan dapat sampai ke sana.

February 14, 2023
𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗼𝗽𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗼𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 j𝗮𝘂𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.
Masa saya baca petikan ni, wow..just wow. Really sentap and hit deep inside me as a muslim, what have we done to incorporate and amalkan islam dalam hidup kita?
𝗝𝗲𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶𝗸 𝗻𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.
Buku ni terlalu bagus penuh dengan maklumat dan menjawab persoalan saya selama ini.
1- Kalau Muslim bagus sangat why org Jepun lebih sopan dan berakhlak malah lebih disiplin?
2- Adakah mereka lebih baik dari Islam?
3- Apa pegangan dan pahaman mereka tentang etika,akhlak dan agama?
4- Kenapa pahaman dan kehidupan Jepun hampir sama dengan Islam tapi mereka tak banyak terdedah dengan Islam?
Satu yang saya discover adalah , Jepun ada 𝐎𝐦𝐨𝐭𝐞𝐧𝐚𝐬𝐡𝐢 - Sifat Ikhlas org Jepun iaitu membuat sesuatu yg terbaik utk org lain, tapi matlamat ini sempit sebab cuma cari redho manusia.
Manakala dalam Islam kita ada 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 - kita buat kerana Allah, rasa sayang yg mendalam kpd Allah membuatkan kita patuh kpd Nya,bukan manusia.
This is only one, there's a bunch i learn new things about Japan,sebab sy mmg suka dan serasi dgn Jepun dari kecil. Kesopanan,adat budaya dan bahasa mereka indah pd sy. Jadi sy agak 'geram' kenapa Muslim tak berperangai seperti mereka. Now i know why.
𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗺𝘂, 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵, 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮-𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗴𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗸𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗿𝗮𝗯. 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮, 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗸𝗶𝘁𝗮, 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.
__________________________
There's a reason sy tak rate 5, bukan sebab buku ni tp sebab sy. Haha, buku ni ada 3 parts (sy yg bahagikan berdasarkan observation sy baca lah)
𝐅𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐩𝐚𝐫𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐨𝐤 - Pengenalan dan segala persoalan yg ada dalam kepala kita sebagai Muslim tentang Jepun dan Islam diperkenalkan dan dijawab dgn sgt bagus oleh Ust Bukhari, jadi sy sgt enjoy the first part
𝐬𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐩𝐚𝐫𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐨𝐤 - Is very beautiful, dah mula 'menjelajah' dunia Jepun dan sy 'jumpa' org2 hebat dalam perjuangan dalam ini. Sy doa semoga Allah kurnia syurga buat mereka terutama sy nak sampaikan bijak nya Muslim yg guna minat Jepun dan Anime dia utk belajar bahasa Jepun dlm masa yg sama Huffaz sehingga dapat tajaan pHD, siapa kata minat anime ni sia2? Kita je sia2 kan, saya kagum dgn mereka sgt2
𝐭𝐡𝐞 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐩𝐚𝐫𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐨𝐤 - Where it bores me a bit, again..bkn salah buku tu,sy yg bosan. Haha, sebab lebih kepada tajaan,penaja cerita penubuhan bangunan dan individu2 yg terlibat. Macam memoir gitu
__________________________
Tapi saya suka penulisan non-fiction travelog yg mcm ni, dibahagi chapter untuk beberapa bahagian jadi senang utk summarize for each chapter
Sgt indah Ust Bukhari memperlihatkan dunia dan ujian ini dengan Quran sebagaimana para sahabat. Sungai biasa dibayangkan sungai syurga
ujian perit dunia dibayangkan kesenangan dan nikmat ketuhanan dalam diri melahirkan rasa syukur. Indah hidup mcm para sahabat, penuh dgn Quran. Really recommendee

July 19, 2026
Apa itu Unta Merah? 🐪❤️
Itulah persoalan yang membuatkan aku terus membeli buku ini ketika pertama kali nampak ia di kedai buku. 🤭
Buku ini membawa kita mengikuti travelog perjalanan dakwah di Jepun—sebuah negara yang sudah mempunyai cara hidup yang sangat berintegriti dan tersusun. Rupanya, berdakwah di sana bukanlah sesuatu yang mudah. Selain halangan bahasa, kekurangan pendakwah profesional juga menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi.
Antara perkara yang paling menarik perhatian aku ialah perbincangan tentang:
📖 Apa sebenarnya maksud berdakwah menggunakan al-Quran?
🌱 Tadabbur al-Quran
🕌 Perbezaan mazhab
🤝 Bagaimana mendekati masyarakat dengan cara yang lebih dekat dan sesuai dengan kehidupan mereka.
Jangan risau, penulisan buku ini tak heavy pun. Kita dibawa berjalan ke bandar syaitan—nanti korang carilah sendiri bandar mana tu, aku tak nak spoiler 🫣—mengunjungi masjid tertua di sebuah bandar di Jepun, malah turut mengikuti perjalanan mereka dalam misi mengumpul dana untuk membeli sebuah bangunan bagi dijadikan pusat dakwah di negara Nippon. 🇯🇵
Dan akhirnya… persoalan “apa itu Unta Merah?” turut terjawab. 🐪❤️
It’s a great book! 🥰 Buku ini bukan sahaja memberi gambaran tentang perjalanan dakwah di Jepun, malah turut memberikan idea bagaimana pendidikan dan dakwah boleh disampaikan kepada masyarakat dengan cara yang lebih dekat dengan mereka.
Topik-topiknya pula banyak mengingatkan semula perkara yang mungkin pernah kita belajar, tetapi sudah mula terlupa. Jadi, sambil membaca travelog, sambil berjalan-jalan ke Jepun… sambil itu juga otak kita diajak refresh ilmu. 🫡📚✨
Buku yang santai, berisi dan membuka perspektif tentang dakwah. ❤️

June 13, 2022
Antara buku travelog yang patut dimiliki oleh pendakwah2 muda mahupun tua. Sebagai pembangkit semangat untuk menyebarkan dakwah sama ada di negara sendiri mahupun negara lain.
Baca perkongsian ust berkenaan gerak kerja dakwahnya (dan sahabat2nya yang lain serta pencetus kepada gerakan dakwah sehingga tertubuh syarikat dan sebagainya) membuka mata kita bagaimana bukan mudan jalan yang perlu dilalui oleh seorang pendakwah dan mengingatkan kita kepada sirah nabi.Bagaimana kuat dan sabarnya nabi dalam berdakwah.
Benarlah, Allah akan membantu sesiapa yang membantu agamanya. Dan setiap daripada kita adalah pendakwah. Cuma dakwah yang kita sampaikan mengikut sejauhmana ilmu yang kita ada. Dan dengarkanlah sabda nabi, "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."

Read
June 14, 2026Perjuangan penulis dan rakan-rakan dalam usaha menyampaikan Islam di Jepun mempunyai banyak liku-liku, namun di sebalik itu juga ada banyak keajaiban dan bantuan Tuhan.
Beruntung orang yang memperjuangkan agama dan al-Quran, terutama dalam membawa orang bukan Islam mengenali Islam.
Di dalam buku ini juga penulis menyatakan, jika kita tak berpeluang mencari unta merah kita sendiri, bantulah dari segi menyediakan kekang atau talinya. Usaha dakwah ini sentiasa memerlukan wang untuk berjalan, maka kita juga mampu turut serta dari segi menyumbang kewangan.

November 8, 2021
Buku yang den kategorikan sebagai buku ilmiah, kisah perjuangan dan misi dakwah di Jepun yang dilaksanakan melalui ziarah dan kerjasama rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang (agamawan, ilmuan, peniaga, doktor, jurutera,dsb), gerak gempur kutipan dana melalui pelbagai kaedah, sedekah daripada umat Islam di Malaysia, pusat penyembelihan halal di Jepun, pembelian tanah perkuburan dan sebagainya.
Buku yang menekankan tentang kepentingan berdakwah di dalam kehidupan.

This entire review has been hidden because of spoilers.
March 24, 2021
Kembara dalam mencari unta merah jepun,membentuk nilai beragama dalam masyarakt Jepun dan mengisahkan kisah disebalik keajaiban sedekah itu sendiri. Setiap penerangan disertakan dengan pejelasan daripada Al-quran dan hadis daripada Rasulullah SAW. Disini kita sedar bertapa kerdilnya kita.
March 17, 2024
Sebuah naskhah perjalanan dakwah di bumi Jepun yang banyak membuka fikiran dan memberi inspirasi.
Sesungguhnya, dakwah kepada mereka yang belum kenal Islam adalah sunah Rasullullah SAW yang paling awal dan utama.
Bacaan yang bagus buat semua peringkat umur.

January 1, 2021
Kisah perjalanan dakwah mencari unta merah di Jepun. Benar, warga Jepun sudah beragama dengan nilai, hanya perlu dimasukkan akidah sahaja
April 10, 2025
Kisah menarik tentang pekerjaan dan usaha berdakwah di Jepun, esp Osaka.
February 18, 2026
Inspirasi kepada gen z utk berdakwah 💯💯💯
Displaying 1 - 17 of 17 reviews