AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong adalah terbaik bagi setiap wanita. Kisah pahit yang pernah menjadi mimpi ngerinya suatu ketika dahulu telah mengubah sisi wanita itu kepada 360 darjah.
Hadirnya DANI ISKANDAR, si nakal yang ditugaskan untuk menjaga satu-satunya anak perempuan Dato’ Shah. Dia licik dan mahir dalam segala benda namun sedikit pun tidak menarik minat si gadis diva Cik Aisya. Hello? Bukan senang nak pikat perempuan ‘perasan’ cantik itu, tapi dia pasti kenakalannya yang suka mengusik Aisya mempu membuatkan gadis itu terpikat tanpa disedari. Kenapa? Tak percaya?
“Pernah ke saya sentuh Cik Aisya sebelum ni? Tidakkan?”
“Siapa kata? You pernah sentuh I masa dekat depan syarikat tu apa dia? Siap peluk bahu I lagi. Itu bukan dinamakan ambil kesempatan ke huh?”
“Hei, itu bukan ambil kesempatan okay?”
“Then? Apa dia?”
“Rezeki saya.”
Bertikam lidah. Memang itu yang akan jadi setiap kali mereka bertemu. Dalam diam, perasaan cinta mula mengetuk pintu hati mereka berdua. Namun, disaat hati mereka dilanda kebahagian datang pula masalah yang menyusul secara tiba-tiba. Rahsia yang digenggam erat daripada terlepas ke mulut jahat akhirnya terbongkar. Hancur retak seribu hati Aisya mengetahui identiti di sebalik bodyguard yang menjaganya setiap hari.
“Aku takkan lepaskan kau, Aisya. Takkan sebab benda ni kau nak jauhkan diri daripada aku?”- DANI
“Memang! I tak nak dekat dengan orang yang pernah rosakkan hidup keluarga I! lepaslah!”- AISYA
Siapakah DANI ISKANDAR yang sebenarnya? Adakah dia yang berada dalam mimpi ngeri gadis itu suatu ketika dahulu? Benarkah dia seorang pengawal biasa dan bagaimana pula dengan hati Aisya yang telah dikunci oleh perasaan cinta dan sayang? Dilupakan atau diteruskan?
Mengisahkan tentang Aisha, seorang gadis kaya yang terlalu diva. Diva dia tak boleh dibaca berbincang ya. Dia rasa dia paling cantik dan semuanya dia. Orang lain dia tak pandang pun. Hidup bersama dengan ayahnya dan ibunya telah meninggal ketika usianya 17 tahun (jika tidak silap). Kematian ibunya meninggalkan kesan yang terlalu besar dan membuatkan dirinya jadi seperti sekarang. Kekwat dan menjengkelkan.
Demi keselamatan Aisha, ayahnya telah mengupah seorang bodyguard yang bernama Dani. Dani merupakan bodyguard yang serba boleh dalam menjalankan tugasnya. Namun, perangai Dani yang terlalu berterus terang/ 'transparent' terhadap Aisha membuatkan Aisha angin satu badan. Dengan adanya Dani disisi Aisha jadi Aisha terpaksa menerima walaupun dia tak rela. Mereka kerap bergaduh dan selalunya memang nampak Aisha akan kalah teruk la.
Dani memang buli habis habisan. Dan pergaduhan mereka itu memang tak kering gusi la. Macam ada je benda tak kena. Kalau dah gaduh lama lama apa geng?. Lama lama ter-suka. Macam tu la untuk kes Aisha ni. Dia tertangkap cintan pulak dengan Dani.
Well. Ada beberapa perkara dalam buku ini. Iaitu adik kepada Dani iaitu Amani. Amani dikatakan berumur 7 tahun dan pada pendapat ika. Cara percakapan dia tak mcm budak umur 7 tahun. Terlalu petah dan matang. Agak kekok juga sedikit bila baca . Tapi it's okay. Sebab mungkin ini personal problem ika.
Dan to Puteri. Mohon tiada la manusia macam kau. Depan baik belakang semut pun tak mati. Pakaian yang tidak menunjukkan identiti diri. Emo betul dengan watak Puteri. Aisha yang kerek 1000 kali ganda lagi bagus dari engkau. See bayangkan kenapa agaknya ika cakap watak Aisha dari ini ke ini. Ke buruk ke baik atau ke buruk ke lebih baik? Mana agaknya?
Kena baca la geng. 👌🏻✌🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.