Jump to ratings and reviews
Rate this book

CINTA UNTUK SUAMIKU

Rate this book
TALAK TIGA!
Hadiah dari suami tersayang buat KHADEEJA di pagi Syawal yang mulia. Dia diceraikan hanya kerana tidak pandai memasak. Dengan hati yang retak dan terluka dia pasrah. Talak bukan sesuatu yang boleh ditarik balik. Bukan juga bahan gurauan. Puas AZRAI meminta maaf tetapi talak tetap talak. Hukum telah membuatkan rumah tangganya yang baru berusia tiga bulan hancur.
CINA BUTA!
Itu sahaja jalan yang ada untuk AZRAI bersama semula dengan isterinya. Dia tidak akan melepaskan wanita kesayangannya terlepas lagi. Dia pujuk KHADEEJA untuk setuju walaupun dia sendiri tahu perkara itu haram di sisi agama. Janjinya kepada KHADEEJA akan menjadi suami terbaik jika diberi peluang kedua.
Kerbau dipegang pada talinya Deeja. Manusia dipegang pada janjinya. You nak jadi manusia munafik sebab mungkir janji – AZRAI
RAZI IKHMAL
Majikan kepada KHADEEJA. Dia adalah lelaki yang AZRAI pilih untuk menjadi suami sementara bekas isterinya.
IKHMAL setuju bersebab. Dan permintaannya mahukan zuriat dari KHADEEJA juga punya muslihat. AZRAI tidak tahu yang dia begitu mencintai KHADEEJA. Tawaran AZRAI bagaikan bulan jatuh ke riba. Dia akan pastikan KHADEEJA jatuh cinta kepadanya.
KHADEEJA
Cinta untuk suamiku? Dia keliru cintanya untuk siapa. Adakah cintanya masih teguh buat AZRAI yang banyak menyakitkan hatinya. Atau cintanya sudah beralih arah kepada IKHMAL yang sangat penyayang.
Deeja sayang... Please pertimbangkan keputusan you. You tak kesian ke dekat anak you sendiri. Dia baru lepas pantang. Belum puas lagi bermanja-manja dengan ibu dia – IKHMAL
Janji perlu ditunaikan Encik Ikhmal - KHADEEJA

320 pages, Paperback

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Aein Dhiyauddin

88 books273 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (11%)
4 stars
9 (52%)
3 stars
6 (35%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 6, 2022
memang kalau ikutkan nak sumpah seranah azrai ni. nak carutkan pun sekali. tapikan bila dah baca sampai habis, maaf katalah azrai ni jdi macam tu sebab dia kalah dengan perasaan cinta. boleh kata obses tapi dia tahu apa kehendak diri dia. dan dia yang sebenarnya pegang tampuk cerita ini.

berbeza dengan ikhmal. yang bagi akaklah, tak tahu nak perjuangkan kehendak, even hak sendiri. khadeeja tu dah jadi isteri dia kut. pegang sangatlah hal kata sanggup apa saja demi bahagia khadeeja. ciskek lah!

khadeeja ni pun satu hal. sama lembik macam ikhmal. dedua tak reti nak bercakap, tak reti nak bertindak ke apa? khadeeja mesti ada razmin dekat belakang. ikhmal pulak, mesti ada azlan. come on lah! korang yang nak lalui kehidupan sendiri.

yes. tak dinafikan manusia memang perlu ada sokongan, ada bantuan. tapi takkan lah ikhmal yang hebat serba serbi tetap jadi macam te sebab khadeeja. khadeeja pulak... adoi... malas nak ceritalah. konon munafik sebab mungkir janji. minah... lu tak fikir elok-elok ke? akai mana taruk?

2 jam dok ralit sambil peram geram. haish... puan penulis... i dah terbakar hangus tau! serius best la novel nih. emo i tau... emo... huh!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
September 15, 2022
Cinta itu mmg sangat buta. Aduii tak tahu nak cakap si Khadeeja ni. Dia punya cinta mati sampai sanggup dia tadahkan diri dia untuk disakiti emosinya oleh Azrai. Azrai suami yg tak guna itu. Kata sayang, cinta konon. Tapi baru je kakak² dah mengata Deeja tu tak tahu masak, terus dia bagi talak 3 terus. Gila.

Disebabkan ikutkan sgt gila si Azrai itulah Deeja ikut je rancangan Azrai utk cina buta. Tapi sebenarnya Deeja tu dah naik rimas dgn peel gila talak si Azrai. Ikhmal bos Deeja dipilih utk menjadi cina buta. Ikhmal tu apa lagi, mmg yak yak yeay la sbb Ikhmal mmg dah lama menaruh hati kat Deeja.

Yang Deeja ni pun satu. Ikhmal tu punyalah suami mithali. Semua kerja rumah dia buat. Masak pun dia. Tapi susah sgt ke Deeja ni nak buka hati, mata, hempedu tu semua utk melihat kebaikan dan rasa cinta dari Ikhmal? Yang dia nampak Azrai, Azrai dan Azrai. Mmg patut la Razmin tu panas hati bila tgk kawan baik perangai begitu.

Ikutkan dalam cerita ni si Azrai ni watak dia lebih dominan. Si Ikhmal ni tak tahulah nak cakap apa. Ikut je apa kemahuan si Deeja. Tahulah nak ambil hati Deeja secara perlahan. Tak mahu paksa². Tapi sikap si Ikhmal ni slow tahu tak. Kalaulah tak ada talian hayat dari Azlan dan Razmin, sampai ke sudah agaknya Ikhmal tu berputih mata!

Tapi pengakhirannya, tetaplah berbaloi bila Ikhmal berjaya mendapatkan cinta dari Deeja. Dah hujung barulah terbongkar rahsia hati sebenar Deeja terhadap Ikhmal. Haiishh bertabahlah masa mula² cerita bila tgk kebodohan si Deeja ni. Nasib baik dah hujung cerita dia jadi bijak👍. Dan Razmin? Sangat sesuai jodoh dia dgn si Azlan tu. Mulut sama² pot pet. Meriah la rumahtangga korang nanti🤔
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
March 6, 2021
Tak kena dengan selera. Apa benda lah perangai si Azrai tu? Self centered betul. Si deeja tu pun bendul bendul je. Nasib baik dapat dibendung. Haih.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 13, 2021
Bacaan yang santai. Cerita mengenai Khadeeja yang diceraikan oleh suaminya, Azrai pada hari raya sebab dia tak pandai masak. Singkat betul fikiran Azrai ni. Pastu, sekali dia buh talak 3. Terbaik ar. Rasa macam dungu pun ada gak si Azrai ni. Ikhmal plak, bos kepada Khadeeja, memang dah lama simpan perasaan dekat dia, terus guna kesempatan ni untuk jadi cina buta, kononnya lar. Tapi, dia memang tak berhajat pun nak ceraikan Khadeeja nanti. Apa pun, rasa geram dengan Khadeeja ni, cinta sangat si Azrai tu sampai dia pun jadi dungu macam Azrai tu. Ikut je cakap si Azrai tu. Kena pukul, kena marah, kena maki, kena hina, terima je. Eh apa bangang sangat perempuan macam ni haih. Geram!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.