Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Dangerous Arlo Russo

Rate this book
Hanya kerana satu kejadian, telah menarik minat Arlo Russo, ketua mafia Itali yang kejam dan berdarah sejuk itu untuk menjadikan Darwina sebagai tawanan di rumah agamnya. Bagi Darwina pula, perkara itu langsung tidak pernah terlintas di fikirannya. Apa salah dia?
“You caught my interest. As I said before, I want you so bad.” - Arlo Russo
“Let me go! I’d rather die than being with you. I’m not yours!” - Darwina
Kata orang bila dah sebumbung, rasa benci pasti akan bertukar jadi suka. Atau mungkin lebih dari itu. Dan gelaran ‘tesoro’ selalu menjadi mainan di bibir lelaki itu.
Tapi segalanya mula berubah apabila satu rahsia tentang Darwina terungkai. Darwina adalah wanita yang dia cari selama ini. Wanita yang mempunyai kaitan dengan kematian orang tuanya. Namun belum sempat masalah dirungkaikan, Arlo telah kehilangan memori tentang Darwina.
“Kita pernah kenal ke?” - Arlo Russo
“Arlo... you dah lupakan I ke? Semudah itu?” - Darwina
Dan demi mengembalikan semula memori dan kisah tentang mereka, Darwina sanggup mengahwini Arlo. Tapi sikap Arlo selepas itu seolah-olah sebaliknya. Darwina mula ragu-ragu.
“Morning kiss I mana, tesoro?” - Arlo Russo
“You ada ingat apa-apa? Pasal kita?” - Darwina
Apa yang bakal terjadi antara mereka? Berjayakah Darwina mengembalikan Arlo Russonya yang dahulu? Dari bumi Itali, ke bumi Malaysia. Akhirnya bertemu juga.
❤❤❤❤
BUNYI tembakan yang datangnya dari arah Arlo memaksa Darwina menoleh. Dilihat lelaki yang memukul Arlo tadi sudah berlumuran darah. Manakala Arlo sudah diangkat dan dipapah oleh Mike. Arlo kelihatan lemah dan tidak berdaya. Pertama kali dia melihat Arlo sebegitu. Kakinya semakin kuat meronta-ronta. Dia ingin bebas. Dia mesti ikut Arlo. Dia mahu tahu keadaan Arlo. “Ya Allah, selamatkanlah Arlo.” Doanya tak putus-putus. “Jangan meronta.”
Terhenti rontaan Darwina apabila ada satu suara garau menegurnya. Terpacak figura Cruz di depannya dengan raut wajah yang tegang. Suara Cruz juga kedengaran keras. “Kalau aku lepaskan kau... kau mesti janji dengan aku.” Darwina senyap. Tiada jawab balas darinya. Seakan sudah dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut Cruz. “Kau jauhkan diri dari Arlo. Jangan muncul depan dia lagi. Disebabkan kau, dah dua kali dia cedera. Untuk pengetahuan kau, sebelum ini Arlo Russo tak pernah tercedera. Tapi sebab nak selamatkan kau, dia sanggup menjadi mangsa.”
Darwina menunduk. Betullah apa yang terdetik di hatinya tadi. Cruz memang mahu pisahkan dia dengan Arlo. Semua kesalahan diletakkan di atas bahunya. “Arlo tak sesuai dengan perempuan seperti kau.” Cruz membongkok. Tali yang melilit pergelangan tangan Darwina segera dirungkaikan. Buat sekian kalinya ayat Cruz menyakitkan perasaan Darwina. Sebaik saja tangan halus itu sudah bebas, Darwina segera menarik gumpalan kain yang tersekat di dalam mulutnya. Kemudian tangannya beralih ke kaki pula. Ikatan pada kaki dileraikan.
Saat dia mengangkat muka, mata memandang wajah Cruz yang masih menanti jawapan daripadanya. “Kalau kau sayangkan dia, lepaskan dia. Kau jangan muncul di depan dia. Selamanya.” Ulang Cruz lagi. Maksud yang sama, cuma dengan ayat yang berbeza. Darwina menarik nafas panjang. Seolah mencari kekuatan untuk melafazkan kata. “Kalau itu yang terbaik buat Arlo, aku akan turuti.”
“Good. Aku akan aturkan semuanya. Pastikan tiada siapa yang tahu selain dari kita berdua.”
Darwina meliarkan mata memandang ke sekeliling. Bergelimpangan mayat di atas lantai di gudang itu. Suasana yang riuh tadi sudah menjadi senyap sunyi. Tiada lagi bunyi senjata atau tempikan. Yang ada hanyalah bau hanyir darah yang menusuk hidung. Lalu Darwina melarikan anak matanya ke arah pintu gudang. Di situ, kelihatan Lucas sedang memandangnya dengan pandangan yang tak dapat dia mengertikan. Saat Lucas menundukkan sedikit badannya, seolah-olah tanda perpisahan, air mata Darwina menitis lagi.
Mulutnya bergerak mengucapkan selamat tinggal tanpa suara. “Selamat tinggal, Arlo Russo. Selamat tinggal bumi Itali.”

450 pages, Paperback

First published December 1, 2020

10 people are currently reading
108 people want to read

About the author

Mum Linz

20 books69 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
30 (26%)
4 stars
34 (29%)
3 stars
32 (28%)
2 stars
11 (9%)
1 star
7 (6%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Fatimah Manaf.
83 reviews6 followers
March 28, 2022
Konflik susur galur diri, pegangan hidup dan cinta digarap dengan agak baik. Menampilkan Hero Itali Mafia dan Heroin Melayu mahir seni bela diri-ternyata percubaan 'memelayukan' karektor Hero dan momentnya dengan Heroin tak begitu menyakinkan, 'terlalu mencuba' (Well made) dan awkward pada aku. 2nd time baca #MumLinz aku tak begitu enjoy novel kali ini.

Namun aku fikir persoalan dendam, kemaafan dan kekeluargaan yang dipaparkan dalam jalan ceritanya sangat unggul. Sememangnya, Keluarga memberikan kesan besar terhadap kehidupan individu. Hal ini membentuk sikap dan view individu dalam segala aspek hidup. Begitu juga dengan emosi dan pemikiran karektor berjaya dipaparkan dengan baik. As reader, aku boleh feel apa yang dirasakan watak.Hanya moment-moment antara mereka adalah sangat aneh pada aku.

Dalam nak unikkan percintaan ala 365 dni- mafia versus angel mungkin tak begitu mudah bila ada batas-batas melibatkan pegangan dan nilai Heroin yang perlu dipertimbangkan, jadi aneh bila Hero boleh cakap Melayu ditambah best man dia pun sama, Kurung Heroin dengan ada orang gaji melayu(jadi Heroin maintain suci tak berdua saja dengan Hero) begitu juga hal-hal Heroin boleh fight dengan musuh Hero, tapi tak boleh lepaskan diri dari Hero
So ianya sangat here and there, yang menjejaskan make believe dan sebab- akibat plotnya. Tapi aku salute dengan kelainan yang cuba dibuat writer dalam novel kali ini. Moga lebih baik di masa akan datang, aku akan baca lagi karyanya. #fatimahmanaf #timahbacaapa
Profile Image for Encik Tembikai.
8 reviews
August 21, 2024
It is so bad, I want to give it a zero. But it's not possible, so I give it a one.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
October 24, 2022
Karya pertama dari ML yg aku baca..Boleh dilayan..Cuma tak blh lari dari rasa akward dan tak logik..Ada part yg rasa bosan dan nak cepat habiskn pembacaan..Ada part yg menarik dan seronok dibaca..3 bintang is good enough for this novel..
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
January 13, 2021
3.8⭐

Kerana MDAR, saya tekad membeli. Suka dengan tema sebegini. Dan saya rasa writter berjaya membuat pembaharuan dlm penulisannya kali ini. Lari dari kebiasaan penulis. Dan lari juga dari tema yg klise!

Arlo Russo seorang ketua mafia Itali menculik Darwina atas tarikan yg ada pada diri Darwina. Perempuan seksi di matanya bukan dr tubuh yg mengiurkan. Tetapi seksi bagi Arlo adalah seorang perempuan yg pandai mempertahankan diri. Kerana melihat sendiri kelincahan Darwina itulah yg menjadikan Arlo tekad menjadikan Darwina tahanan dan baginya Darwina hanya miliknya.

Namun berlainan pula anggapan Darwina yg merasakan dirinya ditahan kerana dendam yg sebati dlm diri Arlo terhadap arwah bapanya. Kerana ingin mempertahankan Darwina dari geng Costa Rica, dirinya cedera parah. Darwina diarahkan utk meninggalkan Arlo walaupon berat utk Darwina melakukannya. Dia yakin akan adanya cinta buat mereka berdua.

Walau ingatan Arlo tiada lagi utk Darwina, tetapi jika sudah tertulis jodoh buat mereka, pergilah kemana shj pasti bertemu jua. Dan tak sangka ya dari seorang mafia yg digeruni akhirnya bertukar profession kpd tukang masak!🤔

Permulaan cerita yg laju tetapi dipenghujungnya agak mendatar. Tapi utk saya ianya ok. Tak adalah sampai tahap bosan. Biasalah kalau dah happy2 automatic lah ceritanya x seteruja di peringkat awal. Apapun tahniah Mum Linz. Saya suka👍
This entire review has been hidden because of spoilers.
4 reviews
September 17, 2022
Jarang tgk org review this book so i was having some doubt if i should get the book. After reading the reviews dekat goodreads i decided to buy it. Idk even know where to start, at some point the story was illogical and too fast paced. Typical mafia story i could say. Kinda ada vibe2 wattpad gitu. I tak boleh brain, wasted my money on this book. Lain org lain taste dia kut but for sure the book dosent met my expectations (I really do have high expectations for this book srsly) and i was terribly dissapointed.
Profile Image for CrystalGrey.
144 reviews15 followers
January 7, 2021
menarik jalan cerita nya seorang mafia itali yang ada darah melayu.. merancang membalas dendam ata kematian ibu bapa nya..
Arlo Russo.. so lovely handsome man
Darwina Humairah yang yatim piatu .. membesar dengan kak angkat Dania. Seorang yang tangkas dalam seni pertahankan diri.. tu yang buat kan Arlo jantuh cinta
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
August 27, 2022
Rate: 2.5⭐

Storyline was very interesting at first but went downhill after 1/4 of the book.

Very little to almost zero "mafia" element written and I felt really tricked by the synopsis at the back of the book.

I can't say for the Italian sentences, but the usage of English language could be improved. Google is always there to assist.
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
March 12, 2021
It was okay. Jarang baca cerita melayu pasal mafia ni.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
March 7, 2021
Bacaan 1 malam je sebab terlalu menarik dan tak boleh berhenti baca. Awal-awal bacaan tu, rasa cerita ni macam cerita 365 days je. I like Arlo Russo. Entah kenapa suka watak hero jahat macam ni. Haha. Suka watak dia yang beku, kayu, kejam tu. Tapi, bila dah separuh baca, bila start jadi 1 insiden kat Arlo tu, merubah dia dan watak dia, alaaaaa... sedikit kecewa. Rasa macam dia jadi hero yang too cheesy plak. Haih lar. Pastu Darwina tu, kata rindu sangat kat Arlo, kenapa masa terjumpa balik tu pergi larikan diri? Ish! Geram je kat Darwina ni. Lagi 1 masa dia acah-acah sangat dok tolak Arlo lepas kahwin tu. Eh! Dah kahwin kan? Dok acah tak nak tidur sekali plak. Memula kemain dia yang ajak duk sekali, dah halal dok acah-acah macam ni plak. Geram plak kat Wina ni.
Profile Image for jiareads.
4 reviews
February 11, 2022
If u like cite mafia i would recommend 😀☝️

Read on: 2021
Review on: 11 feb 2022

Sicily, Italy

Okay from the synopsis arlo ni mmg culik dia pun biasalah alasannya sbb dia berminat kt si darwina ni ha, okay hero kite ni mmg cool/ego lebih x silap aku HAHAHAHAHA aku lupa jalan cite dia sbb dh byk baca cite mafia kt wattpad kot💀 tapi arlo ni ada juga sisi romantik dia aciaa ha gituu.. Go to heroin lak oke heroin ni ya Allah degil gila idk how to say tapi tula tapi dia x lemah au bgus heroin kite ni😔 kite gi kpd hero pula.. Hero suka panggil si heroin ni tesoro JJHSHDHDHDHEH blushing kite ☺️
Tesoro means treasure atau dlm bhsa melayunya adalah harta karun😉 then lama2 darwina ni pun tersuka la kt si arlo ni haa gitu then selepas bercinta citun si arlo ni mengalami accident yg membuat kan dia amnesia yaitu hilang ingatan so mesti la dia x igt si heroin ni dlm bape tahun tah.. Ada satu hari ni diorang pun terjumpa kt Malaysia tetapi si arlo ni mesti la tk igt darwina ni kan. Demi mengembalikan ingatan si arlo ni dia pun kwin la ngn arlo tapi dpt ke dia memulihkan semula ingatan si arlo ni? Klau nk tau silalah baca.

4.5/5⭐⭐⭐⭐
Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
January 17, 2021
Let me recall name of characters in this novel 🙂
Arlo Russo @ Armand Ariff, Darwina Humairah Emraan, Lucas @ Luth, Eduardo, Cruz, Aunty Rina, Bebeh, Sarah, Rizqin, Dania.

Aku katakan ini novel romance action. Mafia memang sinonim dengan negara Itali. Arlo anak kepada Arthur yang berkahwin dengan perempuan Islam dari Malaysia. Dendam ini bermula disebabkan rasa cemburu ayah Darwina. Dia yang menyebabkan kematian mama & papa Arlo.

Plot cerita yang menarik, cuma ermmm part romance dalam ini dah terlebih gula. Haishhh, itulah sikap Arlo. Dia bukan layan perempuan, tapi bila dengan Darwina, terlebih pulak 😌 Tentang Lucas & Sarah, dari mula mereka bertemu di kafe, akan ada something antara mereka. Happy Ending!!!
38 reviews1 follower
August 11, 2021
🌟4.4🌟

Good story and simple story.. tkde laaa watak yg jahanam sngt dlm citer ni.. but seriously.. sy tk suka sngt watak arlo russo mula².. satu jer yg tk suka,, time sesedap dia jer pegang Darwina.. SERAM TITEW!! cerita ni for me 18+..😂 dont ask me about it.. arlo russo ni gatal sngt.. lepas kawin tu memg emmm.. meremang bulu roma sy.. eee.. HAHAHAHAHHAHA jalan cerita okay.. sy memg sukaa cerita mafia² ni.. hoho..


mostly, part arlo gatal tuu.. for me im still young😂😂 first time baca buku cam gini.. bnyk sngt gula²..😶malu kitew.. overall okayy.. kayy byee.. hihi
2 reviews
February 14, 2022
Just read this novel around 1 weeks to finish. Usually if the novel catch my interest I habiskan within 2 days. The story line okay but for me a little boring skit. Writer lack of suspense episode. Mostly mcm Arlo bnyk menggoda2 and awkward moment pun sama. The writer fails to make me feel the character ( for me la). Jalan penulisan dia simple. So anyone yg suka kurang2 conflict, blh read Arlo ni
Profile Image for RoseBella.
2 reviews
June 10, 2022
Untuk sesiapa yang suka baca novel mafia ni i think you can try read this book walaupun character Arlo Russo ni menyakitkan hati kadang - kadang after dia tahu yang Darwina tu sebenarnya anak kepada musuh yang dia cari selamani but cara dia care pada Darwina tu sweet sangat macam jaga orang yang dia sayang but mostly this novel sangat seronok tak rasa menyesal beli
25 reviews
December 7, 2023
The first half serious best! Penulis bersikap realistik dalam menggambarkan sifat seorang mafia, and how FL tried to escape.

Tapi bila balik Malaysia, ceritanya jadi kucar kacir. Ending yang tak memuaskan. It's like author rush everything into a page. Disappointed because I actually like the beginning.
Profile Image for Suraya Hani.
33 reviews
May 28, 2025
Cara penulisan novel ni okay sedap dibaca. Tapi tula makin lama makin rasa tak logik ya.
Wujud ke mafia baik? Ermm macam terlalu memaksa. Arlo russo, lucas, eduardo semua pandai cakap melayu. Aku dah gelak kat sini. Haha
Aku baca habis pon sbb nk tahu apa yg jadi. Tapi serius cakap memang tak berbaloi la
Profile Image for Rja Ikha.
5 reviews
February 28, 2023
love the storyline, after 2 years arlo and Darwina are back together,

felt shocked when Arlo's cousin,Cruz died and allowed Arlo to marry Darwina

felt happy because Lucas converted to Islam and marry Darwina’s friend
This entire review has been hidden because of spoilers.
5 reviews
January 4, 2022
Buku ni say no more memang best !! Cringe ii tak berat sgt srs..and the butterfly sampai tab pink dah habis jenuh nk tampal kat semua ayat butterfly Arlo Russo!!
Profile Image for Elly.
33 reviews
May 6, 2022
Tbh cerita dia ringan, sangat ringan. Bertebalkan 400+ muka surat dan hari yang bosan maka buku ini telah pun di khatamkan dalam satu hari. To me takde la teruk sangat konflik atau pergaduhan. Seems normal for me tapi ada macam something yang kurang. I dah lama baca tapi baru ada masa nak mereview (tapi otak ku dah lupa benda yang kurang tu). Ada la 10% vibes Dheos (idok le 100% mcm dheos.. mesti la jalan cerita lain cuma vibes dia je sebab duduk dekat Italy / mafia / hilang ingatan). Siapa yang nak baca ringan ringan boleh la baca
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.