Jump to ratings and reviews
Rate this book

Percaya Pada Janji

Rate this book
UYAINA BALQIS ; Dia tak percaya cinta dan dia tak percayakn lelaki. Bagi dia, semua itu lagi berbisa dan pedih dari ditusuk duri. Ada apa dengan cinta? Awal-awal memang lah manis di mulut. Pijak semut pun tak mati. Tapi lama-lama, cinta ke mana sayang ke mana!
LUTHFAN RAZIN ; Dia pernah kata semua perempuan itu hipokrit. Pandangkan rupa dan luaran semata-mata. Tiada perempuan yg ikhlas dalam bercinta. Tapi selepas brtemu dgn seorang gadis bertopi atas kepala, Luthfan sedar, tak semua perempuan begitu.
Uya dan Luth. Kedua-duanya ada pengalaman pahit dalam hubungan cinta. Uyaina ditinggalkan kekasih, Luth ditinggalkan tunang. Kerana? Orang ketiga. Pertemuan pertama mereka, penuh dengan salah faham. Uyaina fikir Luthfan lelaki buta hanya kerana Luthfan hampir dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan. Sehingga lah selepas empat tahun kembali mempertemukan mereka.
"Jadi isteri saya." - LUTHFAN.
"Gila! Lelaki gila!" - UYAINA.
Kata Uyaina, Luthfan lelaki gila. Jumpa baru beberapa kali, kenal pun tak, tiba-tiba lelaki itu ajak kahwin. Ingat dia ni anak patung? Barang dagangan yg boleh dibeli begitu sahaja?
"Izinkan saya jadikan awak isteri saya. Saya janji akan bahagiakan awak. Pegang janji saya," - LUTHFAN.
Uyaina terima. Kerana janji Luthfan.
"Saya tak perlukn awak, Luth. Tinggalkn saya."- UYAINA.

Paperback

First published September 1, 2020

2 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Cik Mardiah

23 books47 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (25%)
4 stars
6 (37%)
3 stars
5 (31%)
2 stars
1 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Yaya H. Amir.
147 reviews6 followers
March 15, 2023
2.7 🌟🌟

1. Dari awal cerita, aku tak suka watak heroin. Sorry. Minah ni annoying gila! Aku cuba untuk selami dan faham why watak dia jadi macam tu. Sebab dia datang dari broken family, tapi tak tahu kenapa aku tambah menyampah😅

2. Aku pun tak suka watak hero. HAHA! Jatuh cinta dia macam tak logik sikit. (Bagi aku je la. Maybe sebab aku tak pernah bercinta kot. Tapi logiknya, cinta wujud kerana kasih sayang. Macam mana kau nak kasihkan seorang perempuan yg kau tak kenal? Lainlah kalau tertarik atau terpesona)

Lagi, hero macam trying hard pikat heroin. Cringe tahu tak! Dah tu happy pula bila orang panggil dia gila. Eh!

3. Sebenarnya hampir DNF sebab tak suka kedua-dua watak. Tapi sayang pula sebab dah keluar duit😶 Jalan cerita boleh tahan best. Aku suka dengan konflik keluarga heroin. Maka gigihlah menghabiskan. Makan hari juga ya.

4. Bosan jugalah dengan perangai heroin lepas kahwin tu. Tapi nak salahkan dia pun tak boleh. Padanlah muka si hero, memaksa sangat!

Apa pun, cerita ni boleh layan. Sangat sesuai untuk pembaca yg suka kisah santai dan ringan.
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
December 27, 2021
Rasanya, ini merupakan karya pertama dari penulis yang Ika baca. Dan ika tak sangka yang ika mampu habiskan Percaya Pada Janji ini dalam masa yang singkat. Jadi, apa maksudnya itu?. Maksudnya kenalah dengan selera ika. Ika susah nak habiskan buku dalam masa yang singkat unless buku tu best.
So, nak ulas sedikit la mengenai PPJ ini.

Bila baca kisah Uyaina & Luthfan ini. Terus automatik teringat Hun Haqeem & Uyaina (artis Malaysia). Sebab rasa macam tap tap tap terimagine muka mereka dua untuk dua watak ni. Haha.

Mengisahkan tentang Uyaina & Luthfan yang masing-masing patah hati kerana breakup. Uyaina break dengan Irfan disebabkan Irfan sudah mempunyai gadis lain & Luthfan dengan tunangnya, Elmira. Elmira kutuk fizikal dan appearance Luthfan sepanjang tempoh mereka bertunang. Kiranya Elmira fikir yang Luthfan ni selekeh dan kempeng la. Bukan macam lelaki yang dia tengah kenal pada masa tu. Dalam hari yang sama, Uyaina dan Luthfan terjumpa secara tidak sengaja bila Uyaina menyelamatkan Luthfan dari dilanggar.

Yang kelakarnya, Uyaina fikir Luthfan orang buta sebab dia pakai spek hitam. Padahal member pakai spek hitam sebab taknak tunjuk yang dia menangis sebab patah hati 🤣 Kahkah. Tapi, Luthfan pun jadi seronok nak mengusik Uyaina ni. Dia iyakan je la apa yang Uyaina cakap. Sampai ke sudah dia tak bagitahu yang dia tak buta.

Beberapa tahun kemudia mereka berjumpa semula itupun secara tidak sengaja. Uyaina menjadi coach bola keranjang dan dia nak gunakan khidmat gym Luthfan. Semuanya tidak dirancang dan kalian akan disajikan dengan telatah Luthfan yang ada di mana saja Uyaina berada. Struggle teruk nak tackle! Haha

Apa yang best pasal PPJ?

Keluarga Uyaina boleh dikatakan huru hara dan porak peranda gara gara ayahnya. Ayahnya yang tidak bertanggungjawab sering meminta wang kepada Uyaina dan sampai satu tahap ada perkara yang tak terbayang dek akal yang ayahnya buat. Isu keluarga rosak dan berpecah belah ni satu isu yang berat.

Tapi penulis berjaya buat ika tutup buku sekejap and menangis bila part ayah Uyaina ni. Sedih kot! Baca la sendiri kalau nak tahu. Huu

Dan ika suka dengan watak Luthfan yang tidak berkira dan very protective. Dia sayangkan Uyaina dan semua tentang Uyaina. Itu yang paling paling paling penting! Menerima keluarga orang yang kita sayang seperti keluarga kita sendiri.

Goodjob penulis!
Profile Image for Ixora Riana.
32 reviews
June 18, 2021
Sebuah naskah hebat dari @cikmardiah_ . Aku geram dgn Uyaina. Degil, keras kepala, 'ketegaq', semua ada kt dia. Haha. Tapi, disebalik sifat luaran yg keras tu, Uyaina sebenarnya sgt sayangkan keluarga dia. Dia seorang anak yg bertanggungjawab dan penyayang. Kesian Uyaina sbb datang dari keluarga yg bermasalah. Bapak tak bertanggungjawab. Mak yg tak boleh diharap. Dan adik² yg selfish.
.
Bayangkan Uyaina sbg anak sulung kena tanggung keluarga. Bayar sewa rumah, bayar bil², beli barang dapur dan bagi duit belanja pd semua ahli rumah. Apa fungsi abah dia? Takde. Yg abah dia tau cuma mintak duit dari anak. Aku tak pasti kalau abah dia dulu seorang yg baik dan bertanggungjawab atau memang dari dulu camtu. Mungkin aku terlepas pandang. Maklum la baca pastu stop tengok Penthouse dan Running Man😅.
.
Uyaina ada adik yg dah kerja. Walaupun cuma kerja kilang tapi rasanya kalau nk tolong bayar bil api air tu lepas je. Apa salahnya tolong sikit. Tapi tula, adik Uyaina si Umaira ni pn selfish gak. Masak pn malas. Semua nk harapkan si kakak. Adik lelaki Uyaina si Zulfan je ok sikit sebab dia jarang ada kt rumah. Sibuk buat kerja part time cari duit belanja. Kesian. Adik bongsu plak masih bersekolah.
.
Actually, kalau Pn Mahira reti berfungsi sbg seorang ibu, dia takkan biar anak² 'menderita'. Kenapa dia masih bertahan dgn suami kaki pukul dan kaki judi tu? Kenapa tak minta cerai? Bila anak perempuan dia dah kena jual dan diorang kena halau dari rumah sewa baru dia nak minta cerai dari En Murad. Sepatutnya dari dulu lg dia ambil tindakan. Cara dia minta cerai sekarang pn salah. Time bertengkar baru nk terjerit² minta cerai. Pegi je terus ke pejabat agama. Hidup dgn suami mcm En Murad tu takde guna pn. Kalau masih sayang, bantu suami berubah. Dia pn boleh cuba cari duit sendiri dgn jual nasi lemak etc. Bukan harap anak bagi duit semata².
.
Ya, semua orang tak sama ujian hidupnya. Aku mungkin senang bercakap sbb tak ada kt tempat mereka. Hanya org yg lalui je faham. Untung Uyaina sbb Luthfan suka gila kt dia dan sanggup terima segala kekurangan dia. Tapi apa kaitan dan rahsia antara Luthfan dan Umaira? Jeng³. Kena baca tau. Cerita ni best dan tak klise
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.