Mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik yang tinggal bersama, Sim, Nazmi dan Badrul. Mereka sentiasa bersama meskipun terpaksa mengharungi dugaan. Dugaan apakah itu?
Semuanya berlaku selepas kemunculan seorang gadis bernama Lin dalam hidup mereka. Gadis yang telah menambat hati Sim.
Meskipun Badrul yang memperkenalkan Lin kepada Sim, tidak bermakna dia sangat mengenali Lin. Perkenalan mereka tidak sampai pun tempoh tiga tahun.
Rasa sayang yang baru sahaja terbit antara Sim dan Lin terhalang apabila Lin selalu merahsiakan identiti dirinya daripada Sim dengan pelbagai insiden mencurigakan yang memaksa Nazmi dan Badrul bertindak menyiasat tentang Lin dan kakak kembarnya, Melissa.
Apa yang mereka temui dalam penyiasatan ke bilik bawah tanah rahsia Melissa dan Lin memang mengejutkan. Melissa menyedari itu dan ia bermakna Nazmi dan Badrul tidak boleh keluar hidup-hidup!
Keadaan bertambah celaru apabila Badrul hilang diculik oleh Melissa, Sim pula menimbulkan masalah dengan penyakit lamanya iaitu Dissociative Identity Disorder (D.I.D) atau Kecelaruan Identiti. Kewujudan Iman Niffzul dalam hidup mereka juga menambahkan lagi kecelaruan yang ada. Siapakah Iman Niffzul?
Apakah yang akan berlaku terhadap Sim, Nazmi dan Badrul? Siapakah mangsa dan siapakah pemangsa? Siapa pula yang akan menang dan siapa pula sebaliknya?
Killer By Ismi Izzah . . "Kerana terlalu menghukum, aku pilih jalan ini".
Sim, Nazmi dan Badrul merupakan kawan yang tinggal bersama di sebuah apartment. Mereka sangat rapat antara satu sama lain, tetapi ada perkara yang misteri dalam diri salah seorang daripadanya iaitu Nazmi. Selalu keluar masuk rumah, kekadang tak balik rumah. Apa yang nak dipelikkan, sudah tugas seorang penyiasat peribadi kan? . Kemunculan Lin yang bercinta dengan Sim menjadi bualan kedua rakan-rakannya. Siapa sebenarnya Lin? Apa kaitan Lin dengan Melissa? . Melissa merupakan seorang pembunuh misteri dan tujuannya hanyalah satu, memburu dan membunuh LELAKI!! Kenapa cuma lelaki? Mesti korang tertanya kenapa aku spoil bab pembunuh kan? Sebab novel ni lebih "complecated" dari yg disangka🤯. . Setelah digali lebih mendalam tentang novel ini, baru aku tahu apa yang berlaku sebenarnya😂. Ending yang buatkan aku terkejut sampai aku tak sanggup berhadapan dengan apa lagi kenyataan yang memeritkan. Sama seperti watak utama dalam novel ni🥲. Apa sebenarnya terjadi? . Sebenarnya aku sendiri tak tahu nak review buku ini macam mana sebab sangat complecated dan membuatkan kepala aku pening😅. For me this masterpieces perlukan penambahbaikan dari segi pengolahan plot cerita dan kesinambungan yang jelas. Sejujurnya aku sangat pening dan keliru dengan jalan cerita yang cuba disampaikan. . Dalam novel ini diselitkan isu mengenai penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) dan ini mungkin antara punca kenapa aku pening🤣. Apa yang aku sangat suka dengan cerita ini ialah mengenai latar tempat di mahkamah dan situasi berada di dalam mahkamah..Aku suka giler sebab kita dapat reveal satu2 cerita untuk sabitkan kesalahan terhadap pembunuh. Dalam pada pening2, aku juga suka dengan plot twist yang banyak dan sangat mindblowing😳. . . Rating : 8⭐ Overall tidak terlalu mengecewakan. Masih ada wow factor disitu. Aina minta maaf jika review aina kalini menguris hati penulis🥺. Semoga apa yang dikatakan itu dapat menjadi titik semangat agar dapat memperbaiki kesilapan dan terus berkarya lagi🌹. Fighting💪🏻
Idea menarik tapi jalan cerita sangat memeningkan. Watak kejap hidup kejap mati siap polis jumpa mayat tapi tetiba hidup balik sampai bingung aku. Ada juga scene yang tak masuk akal macam Sim yang dipakaikan baju seperti pesakit mental agresif pakai tapi boleh makan nasi padahal tangan kan terikat dalam baju. Takkan makan pakai straw huhu..ada lagi a few scenes yang kalau aku try imagine macam tak masuk akal ja. Even ending dia pun macam tiber ja jadi gitu.
Agak bercelaru.. Menarik apa yang cuba disampaikan.. Mengenai tekanan emosi dan fizikal yang mampu mengubah kehidupan manusia.. Kecelaruan minda yang melampau..
Apa yang menarik perhatian saya untuk membaca buku ini adalah kerana kulit bukunya yang cantik dan jelas menunjukkan genrenya. Namun, isi kandungan di dalamnya agak mengecewakan. Pendahuluan yang terlalu ringkas dan penulis terus terjun ke plot twist yang berbelit-belit sehingga membuatkan saya tidak dapat memahami jalan cerita. Bagi saya, idea penulis sudah cukup kreatif dan menarik namun gaya penulisan serta cara penyampaian kurang memuaskan.
Apapun, tahniah kerana berjaya menuliskan idea dan jalan cerita yang luar biasa. Saya doakan sang penulis berjaya dalam setiap yang bidang yang diceburi.