“... salah satu ‘lagu ulangan’ yang akan kembali berkumandang, khusus oleh kelompok nasionalis ialah; menjajakan keunggulan peradaban Melayu satu ketika dahulu. Di sebalik hujah yang dinyatakan tersebut, salah satu yang sering diabaikan oleh ‘sejarawan retrophiliac’ adalah faktor keadaan manusia Melayu murbawan itu sendiri. Sebagai misalan, soalan yang mungkin sering diabaikan adalah apakah kegemilangan dan kehebatan peradaban Melayu tersebut dapat dikecapi, dinikmati sama-rata atau sampai ke kaum bawahan, rakyat jelata dan manusia kecil?” Faisal Tehrani
Kompilasi baru ini mengandungi sepilihan esei-esei provokatif dan polemik karya Faisal Tehrani. Antara tumpuannya termasuk agama, sastera, sejarah dan politik – empat bidang yang biasa menjadi ruang pemikiran konservatif dan reaksioner. Dalam buku ini, hal-hal semasa seperti kesupreman Melayu, pengharaman buku-buku, budaya keagamaan dan lain-lain dibincangkan dalam bentuk yang cukup berseni, berteraskan sumber sejarah dan analisis tajam.
FAISAL TEHRANI, atau nama penuhnya, Mohd Faizal Musa, telah menerima pelbagai anugerah dan hadiah sastera termasuklah Anugerah Seni Negara (2006). Beliau terkenal dengan penulisannya yang meneliti dan mempersoal keadaan masyarakat. Karya beliau yang diterbit oleh Gerakbudaya termasuk The Professor (2019) dan edisi baru 1515 (2020).
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Membaca karya Faisal Tehrani memerlukan cebisan asas pengetahuan am, isu politik dan sejarah. Selebihnya, penulis akan membawa pembaca menyelam ke dasar asal usul sejarah di setiap genap penjuru berkaitan dengan sesetengah isu yang telah dibangkitkan dan kurang diketahui ramai.
“Sastera Adalah Makanan Anjing” mengandungi kompilasi esei-esei provokatif dan polemik karya Faisal Tehrani. Sedikit berat isinya. Namun, keterujaan perasaan oleh kerna indah bahasa, kiasan dan sindiran pedas. Nukilan dari Faisal Tehrani berkait rapat dengan penunggang agama, Islam serabut, perasuah, kaya buta, hak asasi manusia, melayu supreme dll lagi.
Antara isi yang boleh diperoleh :
-Kejahatan yang melata sekarang adalah berpunca dari peradaban terdahulu. -Hinanya menjadi manusia yang melacurkan agamanya untuk kepentingan dunia. -Alamat manusia cetek akal apabila menjadi Pak Turut dalam beragama. -Golongan kaya yang tersangat kaya sehinggakan tidak pernah dengar tentang kemiskinan.
Menilai sebuah tamadun hendaklah berteraskan dengan salasilah. Sebuah buku yang dapat mengedepankan masyarakat yang masih lagi terjajah oleh keahmahan.
Buku ini akan digemari oleh peminat-peminat tulisan FT. Esei-esei dibahagi kepada empat kumpulan:
- feudalisme - hak asasi manusia - agama - budaya
Sifatnya berani dan provokatif. Sesetengah pandangan mungkin kontroversi. Banyak sejarah lama digali dari sudut pandang yang berlainan daripada buku teks sekolah atau ada juga yang tak pernah saya tahu seperti kisah perkahwinan diraja Kedah bernilai RM3 juta pada tahun 1906.
Bukan semua tulisan dalam buku ini perlu diimani terus. Pembaca matang tentu mampu menapis informasi, mencari nilai tambah atau semak imbang melalui sumber lain.
Pun begitu, saya senang dengan kumpulan esei begini. Tajuk-tajuknya sangat pelbagai. Bukan selalu minat untuk menelaah topik-topik berkenaan datang dengan sendiri.
Untuk yang tertanya-tanya tajuk buku ini tentang apa; ia adalah esei luahan kekecewaan FT ke atas pengharaman buku-bukunya.
Buku yang sangat elok untuk dibaca pada permulaan tahun 2021 lagi-lagi pada musim PKP ini. Kerana lebih banyak masa untuk refleksi.
Antara terkandung adalah topik yang tidak selalu dibincangkan dalam arus perdana seperti melihat ketamadunan kerajaan Melayu silam melalui sudut yang lebih kritis. Kupasan-kupansan bernas juga berpandukan rujukan.
Saya setuju dengan penulis. Saya juga sering merasa loya apabila kita selalu dicanangkan dengan keunggulan kerajaan Melayu silam yang penuh gemilang walhal banyak lagi yang perlu diselidik dan dirungkai tentang sejarah lampau. Supaya ia bukan hanya menjadi candu untuk kita berkhayal di atas awan namun juga untuk kita mengambil pengajaran untuk tidak mengulang.
Adakala terhambur gelak apabila membaca, bukan kerana isi kandungannya terlalu lucu atau penulis bercanda, tapi reaksi spontan mengenangkan ke tidak masuk akal nya isu yang masih menjalar dalam masyarakat kita seperti, Melayu masih lagi bergaduh tentang fikah anjing. Barangkali saya sudah terjebak dengan apa yg dikatakan Arun Khundani 'Humor is often they way people cope with this subtle psychological terror.. a way of acknowledging the same anxiety.'
Sejujurnya, saya tidak mahu begitu. Iya. Memang topik-topik seperti kesupreman Melayu, rasuah, budaya Islam kelam kabut, penunggang agama, dan hak asasi manusia seumpamanya membuatkan kita resah gelisah tentang pemikiran minda masyarakat kita yang masih terbelakang. Tapi buku provokatif seperti ini harapnya dapat membuka mata semua pihak. Sua kan saja kepada mereka : Nah baca ini!
With the current instability of the political situation and racial tension in Malaysia, I was called to read this compilation of essays written by Faisal Tehrani in various online publications. These essays were written based on various events happened circa 2017 – 2020 and are classified into 4 parts: Feudalisme dan Identiti Melayu, Hak Asasi Manusia, Agama dan Rasionaliti, dan Kemiskinan Budaya.
Faisal Tehrani is infamously known as a controversial writer with plenty of his books being banned in Malaysia. He wrote mostly about matters that the Malaysian mass are unable to express, either because we do not have the same courage or we just do not possess his skill and talent. I like that his writings are loud and razor-sharp, especially in matters on Malays and Islam.
‘Bak kata Profesor Ungku Aziz, biarlan Melayu sampai bila-bila menganyam bakul. Kerana tidak berani keluar dari kerangka sedia ada.’
Satu kompilasi Esei-esei yang mampu membuka pandangan mata pembaca tentang susur galur kepada isu-isu yang berlaku dalam negara kita. Satu olahan yang mudah difahami yang meliputi sejarah, sosial, Politik dan masyarakat. Kritikan-kritikan pedas dan secara halus oleh penulis mampu mengubah pandangan kita pembaca kepada permasalahan atau isu yang melanda negara pada masa kini dan masa lepas.
Buku ini sangat baik untuk kita yang ingin mencabar cara kita memahami sejarah dan budaya Melayu Islam sebelum ini. Aku fikir, banyak tanggapan kita dahulu tentang Kesultanan Melayu sebelum ini akan dipaksakan untuk melihat sudut yang berbeza di dalam tulisan Faisal Tehrani yang baru ini.
Selain soal sejarah dan budaya, ada juga disentuh tentang politik dan sosial.
There are only few essays like “Sebuah Negeri Miskin, dan Mereka yang Mendongengkannya” with a good satirical background and reflection on the social fabric in Malaysia. Otherwise, the first two big chapters have a lot of misleading interpretation, “loose” transliteration and inadequate-superficial facts particularly on Nuruddin al-Raniri, Hamzah al-Fansuri and “Maqasid al-Shari‘ah”.
Sekali baca tajuk seperti macam ajak bertumbuk jer. Tapi setelah leka, buku ini senang saya kata mendidik untuk kita sentiasa berfikir, membaca untuk berfikir, membaca tidak sekadar untuk beri jawapan tapi membawa lebih banyak persoalan (fikir).
Kompilasi esei dari Faisal Tehrani ini mengupas pelbagai isu semasa negara dari agama, hak asasi manusia, budaya dan sejarah lampau yang membawa gaya hidup masyarakat sekarang.
....banyak lagi tapi tak cukup huruf nak tulis🙃 ______________________
Penulisannya ada jua rajuk emosi tapi diikat dengan banyak pandangan bernas para intelektual tempatan. Jadi bagi orang biasa-biasa seperti saya memang ketagih benar dengan bacaan begini. Kemas, padat, terus-terang tapi diselit juga ayat geli hati!
Semakin banyak saya menyelak halaman buku ini, semakin tebal isi tauladan yang boleh saya ambil. Yang pahit itu bagi saya tauladannya, untuk dicerna...dibaiki...
Kalau awak semua pun sudah muak dengan cerita manis penguasa, cuba hadam isi pahit dari buku ini pula. Supaya rasa pahit itu merangsang sel otak untuk berfikir. Tak mati pun makan buah isinya pahit. Bahkan ia mungkin jadi ubat mujarab!
Dr. Faizal Musa, dengan nama pena lebih tersohor, Faisal Tehrani; saya membesar dengan sekadar mengetahui bahawa beliau penulis kontroversi yang beberapa buah bukunya telah diharamkan di Malaysia. Novel pertama beliau, 1515 menyoroti saya untuk lebih mengenal idea-ideanya. Pernah juga terbaca tulisan ilmiah beliau yang mengincah gagasan Islamisasi ilmu Prof al-Attas, namun ia tidak berupaya menggali pemikiran sebenar beliau. Syukur, buku kedua ini begitu cerah.
Benar, terlalu banyak idea beliau yang melawan kebiasaan. Semua golongan majoriti dihunjam tepat ke kerongkong-kerongkong mereka. Begitu kuat beliau membenci Wahabi kerana Wahabi anti-Syiah, dihujatnya ulama-ulama yang terlalu sempit agama, orang Melayu yang telah terlalu menebal ketuanannya dan tidak terkecuali golongan konservatif yang begitu takutkan label sekular dan liberal.
Beliau meneliti ruang-ruang yang jarang diteroka oleh orang kebanyakan. Benar-benar usaha yang baik dalam melempang perangai manusia (Malaysia) yang mencangkung atas kebatilan yang menjadi kebiasaan. Tulisan beliau tidak semua bernas, namun cukup berasas.
This is the second essay book i read from Faisal Tehrani. It thicker and the content is full of rage. The style of writing still maintain the academic way just like the previous book (that had been banned if im not mistaken). I think all of the essay is in academic way of writing except a few of it. The book consists of four parts including feudalisme dan identiti melayu, hak asasi manusia, agama dan rasionaliti dan kemiskinan budaya. Just like the previous book, most of essay can be taken in life but some of them you need to clarify yourself. For example, in this book, Faisal Tehrani mentioned that he is a Liberalist and some of what he mentioned does knocked the door of your heart but some of them still need to be filtered. I think it is common for writer and reader to rationalize the writing and only take what you agree with. However, this is still an important b0ok and need to be read by all people despite their ages even though most of the topic can be considered hard to understand and digest.
Satu bacaan penting, provokatif, kritikal dan membuka minda - terutamanya untuk tahun 2022 kerana tak lama lagi kita akan memilih (baca: Pilihanraya Umum - dijangka pada tahun 2022 & selewat-lewatnya Julai 2023).
Tulisan FT sememangnya berani - tentang dasar-dasar ketuanan Melayu, Melayu yang terlalu patuh/tunduk kepada Raja, hak-hak kemanusiaan yang selalu diabaikan di Malaysia dan topik paling hangat iaitu "Pemimpin Melayu dan Rasuah" - berpisah tiada, tetap menjadi 'pojaan' hatiku.
Yes, memang beliau banyak mengutuk Melayu sebab kita layak diketuk agar generasi baru, generasi muda akan berevolusi merubah sistem dan budaya politik Malaysia. Politik yang telus, bersih dan amanah menggalas tanggungjawab demi rakyat - bukan untuk kroni, bukan untuk tembolok sendiri.
Saya paling ingat petikan kurang lebih seperti ini "Kita jangan pernah kutip duit tepi jalan, jangan pernah ambil hak orang lain walau apa pun alasan. Walaupun demi menyelamatkan negara!"
[nanti saya rujuk semula buku, ingat-ingat lupa tapi memang terpahat maksud peringatan itu]
Kompilasi esei-esei ini membuka minda saya tentang mitos melayu yang tidak jauh dengan zaman gila politik di Malaysia sekarang.
Esei-esei kegemaran saya yang bertemakan kemanusiaan, topik seperti kahwin bawah umur dan pelarian Rohingnya memberi saya perspektif yang lebih mendalam tentang topik yang saya minat untuk kaji.
Cara Tehrani merangka dan menulis eseinya bukan sahaja memberi saya banyak informasi yang manfaat tetapi saya amat gemar akan skop bahasan yang dibentangkan dalam esei-esei ini.
Tidak rugi saya membeli buku ini kerana sudah kian lama saya baca esei dalam bahasa melayu, buku ini kasi saya semangat untuk berbahas dan menulis falam bahasa melayu dengan lebih kerap.
I couldn’t understand the first few parts but towards the end of the parts I had a few laughs. Kudos to the author for having the guts to write this book.
Sebuah penulisan oleh Faisal Tehrani yang mempunyai cerita dan kisah yang tidak disangka. Sejarah terdahulu menceritakan kepada kita tentang zaman kesultanan melayu melaka. Tetapi di dalam buku ini ,lebih daripada itu yang kita akan tahu berkenaan Raja yang dulu.
Terdapat perbezaan pendapat agama, hukum, kaum dan ragam masyarakat yg penulis buku ini ceritakan. Hasil pembacaan yg baik bagi saya, teruja mahu membaca yg seterusnya.