KUDETA PUSPA ialah satu siri novel ringan (NoRi) terbitan Maple Comics.
Ditulis oleh Hasif Rayyan dan Siti Maryam, dan dilukis oleh Cross, siri ini mengisahkan pengembaraan Nisha ke negara Jauha untuk melihat sendiri tanah kelahirannya yang telah tandus akibat bencana nuklear.
Di situ, dia menemui sut eksoskleton Puspa Waja yang dikatakan menjadi buruan Empayar Mahajaya, serta petunjuk kepada masa silamnya.
DAEBAK! 🔥 Negara Jauha hancur dek nuklear & rakyatnya mengungsi ke Lamshar. Dihina sebagai pendatang, hak asasi mereka dinafikan. Nisha, gadis petinju jalanan menemui sut Puspa Waja & roda takdirnya sebagai pemimpin kudeta bergerak.
Karya post apocalyptic Malaysiana!
4/5⭐
✅ Watak utama yang manusiawi. Sang puteri yang dibungkam ke jalanan & bangkit menuntut kuasanya. Not a typical lovey dovey Disney Princess. Kasar & comot.
✅ Nuklear. Radiasi. Padang jarak, padang tekukur. Zombi. Sut kuasa
✅ 1 Malaysia! Puteri Melayu, Panglima India!
Acip & Maryam adalah pencerita yang baik. Novel ringan, ayat mudah & plot mengalir, tetapi isi novelnya tidak "ringan"
Bayangkan aku baru dapat novel petang tadi, baca sikit sebelum berbuka, lepas tarawih baring sambil layan cerita, tau-tau dah tamat! 😳
Dna aku memang sangat hargai sebarang novel dengan ilustrasi, lagi2 kalau ia cantik & hidup, macam Kudeta Puspa ini!
Mengenali Acip sebagai wibu (aku pun 🤟🏻😂), maka vibe anime memang jelas terasa. Another strong selling point untuk penggemar anime.
Btw, penulisnya kata Saga Kudeta Puspa ni 6 novel in total ya 🔥. Kalau jilid debut pun dah berkualiti sebegini, aku yakin sekuel-sekuelnya nanti lebih 🔥
Buku ni ada banyak worldbuilding tapi tak rasa pun sebab flownya lancar. Seronok tengok watak-watak dalam cerita ni. Sebuah permulaan yang baik untuk siri Kudeta Puspa. Sangat perlukan sambungan!
Tbh ni first time aku baca novel ringan which aku sendiri tak tahu tu apa?? Maybe a simplified story with a lighter theme and fewer pages??? Entah la nyahh. Yang aku tahu aku suka cerita ni.
Pada awal penceritaan aku macam mengantuk la jugak sebab aku rasa macam slow tapi once dah separuh cerita terus jadi best.
Aku suka theme dalam ni. Walaupun aku rasa theoretically light novel akan bawak tema yg ringan (aku buat palatau ja ni), tapi aku tak rasa tema dalam cerita ni ringan?? Tema paling besar dalam cerita ni adalah bagaimana migran asing di-diskriminasi oleh penduduk local.
Kalau sebut pasal watak, aku kurang sikit dengan MC which aku sendiri tak tahu kenapa (ke sebab aku misogynist 😭😭). Cuma aku boleh cakap yg watak Nisha ni badass.Tbh aku suka watak Kiresh sebab dia cool (ke aku ni sexist? 😭😭)
Hahh bila sebut pasal watak, istimewanya buku ni sebab ada beberapa drawing watak2 dalam ni. And drawing tu cantik nokharoms. Aku terus rasa nak koyak page yg ada drawing tu and lekat dekat dinding.
Okay berbalik kepada plot, aku suka twist cerita dalam ni. Aku macam "holy shik?" sambil tutup mulut sebab benda tu bagi 'watak' tu jadi lagi menarik. Aku tak boleh betul kalau ada rahsia2 macam tu. Sebab aku pun teringin nak ada orang cakap kat aku "hahhh ikmal sebenarnya awak ni ......!!"
Satu bacaan yang menarik. Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami. Watak Nisha is quite lovable, boleh dikatakan relatable. Tak terlalu try-hard to be a perfect protagonist. Cuma aku rasa macam semua benda jadi too rushed. Lepas satu, satu benda jadi and new information being fed to the readers. Belum sempat hadam satu scene, tiba-tiba benda lain jadi. So habis je baca last page aku jadi tak puas. Disebabkan penulisan yang mudah difahami, of course aku faham apa yang jadi. Tapi aku perlukan more backstory, more details. Lebih show instead of just telling.
But then this books should be the first book of a series jadi aku harapkan more from the sequels. Untuk permulaan, this is good enough.
Buku ketiga dari penulis yang aku telah baca. Penulisan kali ini nampaknya lebih ringan dari Khayalan, dan nampak lebih matang dari Chimera. Aku suka dengan perjalanan plot, sungguh smooth. Cuma.. ada beberapa plot hole yang mungkin akan diterangkan lebih dalam siri seterusnya. Aku harap MakNah ada sesuatu. Menanti Kudeta Puspa #2.
Ini sememangnya sebuah novel ringan yang ringkas ahaha. Latar dia bagi aku tak susah nak faham. Disentuh apa yang perlu dan dijelaskan apa yang patut. Cuma dalam ringan dia tu ada nak menjurus ke arah berat, konflik negara dll, tetapi dalam naskah ni diceritakan sikit sahaja dulu.
Boleh anggap, naskah ini sebagai persembahan pembukaan. Semua instrumen sudah tersedia dan pemain pentas pun dah ada. Lagi satu, memang tak boleh dinafikan penceritaan Hasif kemas la bagi aku ahahaa.
Cuma bagi aku satu saja la kot, Nisha terlalu dipenuhi dengan kemarahan dalam kata dan tindakannya.
Secara keseluruhannya, ini bacaan ringan yang baik, tak rasa tersekat nak baca.
Kudeta Puspa mengisahkan Nisha yang mengembara ke negara asalnya, Jauha dan telah menemui sut eksoskeleton Puspa Waja di sana. Sut tersebut membuatkan Empayar Mahajaya memburunya. Malah, sut itu juga mempunyai kaitan dengan masa silamnya.
Saya suka dengan penulisan Hasif Rayyan dan Siti Maryam yang sangat mudah. Walaupun kadang ada babak yang "berat", namun emosi sampai kepada saya.
Binaan dunia (world building) dalam KuPu menarik. Kepelbagaian bentuk muka bumi, kecanggihan teknologi dan jenis-jenis makanan dalam KuPu memang membuatkan saya terpukau 😳
Ilustrasi-ilustrasi KuPu memang cantik. Lagi memeriahkan pembacaan. [Sebelum saya beli KuPu, saya ingat buku ni cerita pasal manusia lawan zombi dengan sut Ironman. Saja nak cakap, kulit buku ni sedikit mengelirukan😂]
Aku suka jalan ceritanya yang tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu pantas. Seperti anime dengan 14 episod. Just right 👌
Saya suka semua watak dan perwatakan masing-masing. Telatah mereka semua sangat mencuit hati, lagi-lagi Nisha & Kiresh.
Sedikit kritikan.
Watak Mak Nah kurang menonjol bagi saya. Walaupun dia hanya watak sampingan, perkembangan watak & perwatakan dia tak nampak sangat. Mak Nah hanyalah seorang wanita yang memungut Nisha dari jalanan dan pandai memasak serta bersifat keibuan terhadap Nisha & Kiresh. Harap dalam sambungan KuPu nanti ada perkembangan terhadap watak Mak Nah. Sayang Mak Nah♥️
Pertama sekali tahniah buat Hasif Rayyan dan Siti Maryam atas penghasilan sebuah karya sains fiksyen ringan, Kudeta Puspa.
Sebuah karya yang bagus dan enak dibaca. Suka dengan watak utamanya Nisha yang tidak bertapis, dan sentiasa berjiwa keras bertemu sesiapa saja tak kiralah lawan atau kawan.
Pada siri pertama Kudeta Puspa ini pada saya tidak cukup merangkumi sebuah karya itu bagus atau tidak, oleh kerana ia masih di dalam fasa membina asas, membina tapak, pembaca juga masih menyesuai diri dengan dunianya.
Pun begitu, selain pujian diberikan wajar saya sebutkan kelemahan yang boleh penulis-penulis perbaiki (atau mungkin sudah baiki di karya KuPu 2),
Pertama sekali kekurangan konflik pada Nisha. Boleh dikatakan cerita ini sebenarnya terlalu berat kepada plot (plot driven) membuatkan penulis sedikit lupa untuk membawa kita mengenali Nisha, kepayahan dia, psikologi dia Atau mungkin trauma.
Saya faham, kemungkinan personal goal, atau motivasi Nisha adalah inginkan kehidupan dia dan Mak Nah berubah kearah lebih baik. Tetapi kenapa? Apakah yang menyebabkan motivasi itu wujud? Inilah yang harus diteroka lebih dalam. (Backstory mengenai sesuatu yang mendorong sikap tertentu watak.)
Penggunaan telling yang kerap. Sebagai penulis yang baru, kita sedar ramai termasuk saya kadang-kadang melakukan kesilapan begini.
Konsep show dont tell. Sekiranya terlalu kerap 'tell' menjadikan pembaca kurang menjiwai apa yang dirasai oleh setiap watak, setiap kejadian. Menjadikan setiap bait terasa keras dan memaksa. Bayangkan seperti itu, kita tahu epal itu merah dan sedap, tetapi lantas orang kata itu epal merah dan sedap. Kan tak syok. Kita pun kata lah aku tau laah. Lebih syok kalau kita menyentuhnya, jari jemari menguliti setiap penjuru epal tersebut. Ia licin kerana disalut lilin. Gigitan pertama kita serta merta membuatkan kita terpejam mata rapat, badan dikecutkan kepala dan badan sedikit bergetar. "Masam!!"
Ahaha abaikan, saat ini hang mesti rasa ni reviewer jenis apakah aku ini. Sabarlah sahabat. Aku tulis sebab bosan ni. Boleh baca sampai habis, atau abaikan jika rasa ia merapu, terpulang. baiklah seterusnya.
Misteri. Elemen penting membuatkan sesuatu cerita menjadi bualan dan tarikan. Dalam KuPu, penulis tidak meletakkan banyak foreshadow (mcm tiada) , misteri, hint atau sesuatu yang boleh pembaca berteori. Diharap, pada buku kedua kelak, hal ini diperbanyakkan. Dalam KuPu 1 bukan tiada, tapi ia juga terjawab dalam buku tersebut juga.
Memorable moment. Jika ditanya kelak, babak apa yang saya akan ingat di dalam KuPu 1 saya cuma ingat kemunculan watak Mak Nah sahaja. Which is, pada permulaan cerita. Selain itu perjalanan cerita setiap babak, seperti babak gladiator misalnya. Itu adalah babak kebiasaan yang telah dilakukan oleh banyak pembikin cerita.
Memorable moment/Brilliant moment adalah satu elemen penting membuatkan cerita menjadi istimewa dan menjadi sebutan orang. Contoh memorable moment cerita My Neighbour Totoro adalah ketika mereka menunggu kepulangan ayah mereka di kawasan tunggu bas. Semua orang ingat akan scene tersebut, Saya rasa penulis faham. Harus ingat, tidak kira cerita kita cliche mana, namun setidaknya memorable moment inilah yang akan menaikkan keistimewaan cerita kita.
Ketiadaan Main Villain dan Arc yang tidak capai klimaks.
Agak mengecewakan kerana dalam Kudeta Puspa 1 ini tiada main villain. Seolah kita menonton cerita spiderman, tetapi penghujung cerita hanya berlawan makhluk fodder.
Tapi seperti saya katakan tadi, untuk buku pertama, saya anggap ia dalam membina tapak. Seolah tv siri berbanding movie.
Apapun tahniah, apa yang saya sebutkan boleh diambil jika mahu, boleh abaikan jika mahu. Apapun saya menantikan karya seterusnya. Jujurnya ia memang menarik dan saya suka jika cerita2 begini diperbanyakkan di kala masa akan datang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
It’s extremely good novel ringan can easily enjoyed by everyone. Bahasa yang chill but at the same time tidak melampau buat kan rasa mudah nak hidup dalam buku.
Sebab buku ni menceritakan tentang suatu kaum bermata ungu dari negara hebat Jauha yang dibenci oleh penduduk Lamshar. Disebabkan kemusnahan radiasi yang menyebabkan mereka yang terselamat terpaksa mencari perlindungan di negara jiran, tetapi kekal dilayan dengan sungguh keji selepas satu rusuhan. Rusuhan apa? Tu you guys kena beli and baca.
Sehingga tiba tiba muncul semula pewaris yang sah kepada raja kerajaan Jauha, kini mereka ingin mengembalikan kegemilangan Jauha.
Dengan perancangan mereka sendiri.
Tapi tiba-tiba buku ni habis. Bijak betul letak cliffhanger, lepas tu buku kedua tak keluar lagi. Geram betul haha.
A very easy read! But super enjoyable! So boleh beli and baca sementara chill chill lepak makan kuih raya minum kopi. Like serious, best.
Pertama kali baca fiksyen genre macam ni, and it was a great experience.
Dalam banyak-banyak watak, aku tertarik dengan Permaisuri. Aku rasa dia tu something and I wrote more about it here: https://wordpress.com/post/atikahrost... (it's a blog post cuz I am cutting sosmed for now)
Walaupun ini adalah novel ringan, tapi ada dua tiga perkataan yang aku kena google untuk tahu maksudnya. Suka juga vocab aku bertambah melalui pembacaan ringan macam ni.
Tapi pada beberapa mukasurat awal aku tak boleh nak take this novel seriously sebab ada perkataan yang aku rasa was an intended pun.. I can't write it here sebab nanti akan spoil pada yang belum baca.
NoRi - novel ringan. memang betul ringan. tiada mesej berat, tiada plot berpintal, tiada misteri yang memerah otak. sungguh ringan hingga habis dibaca tak sampai 2 jam.
ada satu yang menghairankan. budak kecil usia tujuh tahun boleh lari lincah dengan membawa setandan pisang. bukan sesikat, bukan sesisir. setandan. orang dewasa pun mengah nak angkat, inikan pulak budak kecil.
mungkinkah budak ini sebenarnya ada kuasa sakti yang tidak disedarinya? kita sambung KuPu 2 pulak.
Novel ringan tapi penceritaan sangat menarik. Walaupun ada sedikit persamaan dengan Alita tapi masih ada misteri tersendiri. Teruskan berkarya Hasif dan Maryam!
Terima kasih untuk masa, duit dan tenaga anda sepanjang membaca Kudeta Puspa #1. Semoga semua pelaburan itu mendatangkan kebahagiaan dan manfaat buat diri anda.
Saya Hasif Rayyan, penulis Kudeta Puspa. Ini kali pertama saya merealisasikan impian untuk menulis siri aksi sains fiksyen, dengan sedikit perubahan (yang saya sendiri tak duga), menampilkan seorang gadis pinggiran, Nisha sebagai watak utama.
Saya jangka akan ada total enam buku. Maknanya tinggal lagi 5 bahagian untuk diselesaikan. Sekarang saya sedang menulis Bahagian 2. Sesudah itu, akan saya teruskan dengan Bahagian 3. Doakan supaya siri ini dapat menemui penamatnya.
Lepas baca Khayalan, aku pernah kata dengan Acip aku tak sabar nak baca KuPu untuk lihat perkembangan penulisan beliau. Dan ternyata, tidak mengecewakan!
Aku sangat memuji laras bahasa Acip dalam buku ni. Rentak di awal cerita sedikit perlahan, tapi tidaklah membuatkan aku rasa nak berhenti. Walaupun aku sering tertukar konsep latar tempat dalam novel ni, tapi ia tidaklah mengganggu aku untuk menikmati plot cerita.
Dan aku memuji usaha Acip dalam mempelbagaikan watak dalam siri KuPu. Baik watak lelaki atau perempuan. Dan Acip nampaknya berjaya memberi keadilan kepada semua watak beliau. Malah aku dapat bezakan personaliti setiap watak, dimana bagi aku antara elemen yang agak mencabar untuk dilakukan, tapi Acip dapat laksanakan dengan baik.
Walaupun novel ringan, tetapi cukup menghiburkan. Well done, Acip!