Jump to ratings and reviews
Rate this book

Genesis #1

Genesis: Kosmologi dan Dunia Kuantum

Rate this book
Telah banyak manusia ketahui tentang isi kandungan alam semesta dari lohong hitam, bintang-bintang dan galaksi-galaksi hinggalah sifat ruang-masa yang amat unik. Namun, lebih banyak rahsia yang masih belum diketahui lebih-lebih lagi misteri tenaga gelap, jirim gelap dan ramalan penghancuran alam.

Sekecil-kecil dunia kuantum telah menjadi dasar untuk memahami realiti dan blok-blok asas ciptaan. Dunia kuantum meneroka daya-daya dan tenaga yang menjadi jentera untuk menggerakkan pelbagai jenis fenomena alam yang menakjubkan.

Manusia terus maju ke hadapan untuk bergerak lebih jauh dengan pelbagai visi yang mengagumkan, daripada membina tamadun galaksi, menuju ke masa hadapan, bergerak melebihi kelajuan cahaya hinggalah aspirasi mencari tamadun asing.

“Saya teruja kerana buku ini mengandungi isian yang mantap dan berlandaskan pengetahuan fizik yang kukuh serta bukan sekadar sentuhan pada permukaan sains sahaja. Ia mantap dan padat, namun ditulis dalam cara yang mudah difahami bagi yang bukan ahli.”
— Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah

290 pages, Paperback

Published January 1, 2020

37 people are currently reading
171 people want to read

About the author

Zamir Mohyedin

9 books141 followers
Zamir Mohyedin is a physicist and author based in Malaysia. He holds B.Sc in physics, M.Sc in material physics and Ph.D in medical physics. His research involves computation and simulation of properties of material at atomic level using density functional theory (DFT). He also involves in radiation dosimetry research, formulating 3D dosimeter for application in radiotherapy verification. 

Zamir is the author of popular science books particularly in physics and related topics. He is also a regular contributor to his own blog and other media outlets such as Selangorkini, Dewan Kosmik and The Patriots. He was a speaker of Tedx.​

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (63%)
4 stars
42 (28%)
3 stars
9 (6%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
February 8, 2021
Sangat bagus! Untuk orang biasa macam saya, buku ni memberi pendedahan mengenai ilmu fizik dalam bahasa yang mudah faham. Kesemua 4 bab memang menarik dan wow!! Ini antara yg menarik!

Bab 1- asal usul kejadian alam, lohong hitam, macam mana terbeentuknya sistem suria.

Bab 2- penemuan unsur alam, zarah, atom, kejadian cahaya, gelombang.

Bab 3- daya semula jadi, kuantum, bagaimana teknologi komunikasi berfungsi, seperti internet 4g, 5g, x-ray dan nuklear.

Bab 4- pengembaraan masa, boleh tak ke masa lampau, ke masa depan? Pengembaraan ke Marikh, dunia selari dan dunia hologram.

Sangat berpuas hati sebab mmg membuka mata tentang penemuan sains yg hebat tentang kejadian alam. Yang pasti menambah rasa kagum pada Sang Pencipta kita Allah SWT yang menciptakan segalanya.

Recommended!!
Profile Image for Mushair..
21 reviews2 followers
February 15, 2021
Orang kata, semakin banyak kita membaca, semakin luas pemikiran kita.

And I can say, this book makes you feel just like that.

Satu persatu bab dibaca dari mula dan isinya diolah dengan baik sekali oleh Zamir. Buku ini penuh dengan terma sains dan fakta, jadi sudah tentu sebagai seorang pembaca kita ingin memahaminya dengan mudah.

Saya perasan setiap konsep dan bab adalah berantai penerangannya, jadi perkara yang sukar difahami pada bab belakang boleh dirujuk pada bab terdahulu.

Semakin banyak muka surat dibelek, semakin banyak persoalan muncul di kepala dan buatkan kita sangat kagum dengan ciptaan Allah SWT. Segala perkara yang berlaku, tidak kira kecil atau besar, semuanya diatur dengan sempurna dan menunggu manusia untuk mempelajarinya.

Dunia kuantum salah satunya, sangat menarik minat saya, disebabkan sifatnya yang misteri dan mempunyai rahsia tersendiri. Be warned, bacaan semakin lama akan semakin berat (haha) tetapi rasa ingin tahu itu juga semakin kuat.

Bab 4 bagi saya ialah bab yang sangat menarik. Bab ini menerangkan tentang time travel, space travel, teleportation, aliens, living on Mars, parallel universe, hologram, and dimensions. Semua persoalan yang sering kita tertanya tanya semasa menonton filem sains fiksyen seperti Interstellar diterangkan di dalam buku ini.

Persoalan besar seperti,

"Is it possible?"

Jadi jika anda mempunyai rasa curious terhadap apa apa perkara yang dimention di atas, bolehlah dapatkan karya ini.

Recommended. 5 bintang.
Profile Image for Muiz .
60 reviews
January 30, 2021
Buku yang sangat menarik dan ditulis dengan sangat baik. Susunan bab yang teratur memudahkan lagi pemahaman. Pengolahan dan penulisan yang mudah difahami dengan analogi analogi yang juga mudah digunakan penulis untuk menerangkan terma, hukum dan persoalan fizik yang diketengahkan. Sangat disyorkan kepada penggemar sains atau sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami kejadian alam semesta, dunia kuantum dan persoalan persoalan menarik dunia fizik, dengan lebih mudah dan santai sesuai untuk golongan bukan ahli sains juga. Terima kasih kepada penulis dan penerbit!
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
263 reviews56 followers
January 11, 2022
Ni pun sepatutnya reviu tahun lepas tapi acah2 busy gitewhh.

Aku macam ada love hate relationship sikit dengan buku ni. Aku baca buku ni as someone yg ada basic physic tapi aku kadang2 aku rasa explanation penulis macam agak confusing walhal benda yg diexplain tu aku pernah belajar before this.

So benda ni buat aku terfikir, what if orang yang langsung takdak basic baca buku ni?? Susah tak struggle diorang nak faham konsep2 fizik??
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 9, 2021
Teringat buku sains sekolah menengah dulu. Kelihatannya satu-satu penemuan sains itu berlaku dengan sangat mudah. Saya ingat lagi lakaran Sir Isaac Newton duduk di bawah pokok lalu buah epal jatuh ke atas muka - peristiwa popular yang mencetuskan teori tarikan graviti. Hakikatnya proses pembuktian sesebuah teori itu berlaku sangat perlahan. Dan ia sebenarnya banyak dibantu oleh penemuan-penemuan terdahulu oleh orang lain.

Sebagai pembaca biasa dan bukan ahli, ada beberapa bahagian yang saya merangkak-rangkak. Tapi keseluruhannya buku ini masih dapat dihadam. Lebih menarik kerana ditulis dalam Bahasa Melayu. Istimewa juga apabila topik-topik berkenaan dikumpul dalam satu buku. Boleh dijadikan rujukan sepanjang masa dan saya fikir mampu mencetus minat (Sains) yang mendalam buat anak-anak/adik-adik yang masih bersekolah.

Bab-bab terakhir adalah antara kegemaran saya. Sains dalam fiksyen memang sesuatu menarik untuk diteroka - antara sebab utama saya dapatkan buku ini. Mungkin penulis boleh kumpulkan untaian di twitter berkenaan topik ini untuk buku baru pada masa akan datang.

Recommended! 4.5*
Profile Image for Rashidi.
5 reviews5 followers
January 21, 2021
Penjelasan yang mudah difahami dan juga secara santai.

Penggunaan terma dalam bahasa Melayu yang diiringi dengan definisi Inggeris membantu mereka yang sudah biasa dengan penggunaan dalam Inggeris memahami kandungan yang disampaikan.
Profile Image for Apip.
72 reviews3 followers
August 10, 2023
Mula tahun lepas. On-off, on-off sibuk, habis tahun ni.

Aku gembira bahan-bahan ilmiah macam ni dalam sains, fizik dan astronomi ditulis dalam bahasa Melayu jadi masyarakat ada capaian (accessibility) kepada perbincangan2 ni.

Bukanlah nak kata sebelum ni, tak ada bahan bacaan sains dalam bahasa Melayu, tapi pada aku penting bukan sekadar, bahan tu ditulis dalam bahasa yang boleh difahami awam, tapi juga dipakejkan atau dipersembahkan dalam bentuk yang menarik kepada pembaca. Dengan adanya sosial media aku rasa dia merapatkan lagi jurang antara penerbit, penulis, ilmu dan masyarakat.

Pada aku, bahan bacaan macam ni penting sedikit sebanyak untuk tingkatkan celik sains (science literacy) masyarakat pada zaman di mana siapa2 boleh cakap apa2 dan kadang2 bercakap di luar pengetahuan dan bidang. Tak kisah la yang bercakap tu bercakap depan kamera untuk kandungan tiktok atau yang pakai kopiah dan duduk di meja ceramah.

Menariknya, lepas baca buku ni misalnya bahagian penjelasan ttg atom, teori kekusutan, aku nampak kekurangan medium buku berbanding medium video dalam menerangkan konsep yang kompleks. Bukan nak kata penulis tak jelaskan dengan baik, cuma secara peribadi, bila tonton video nampak lebih jelas konsep yang nak dijelaskan. Ni bukanlah kritikan kepada penulis atau buku, lebih kepada kekurangan dan kelebihan medium berbeza (buku, video dll) dalam menyampaikan idea.

Sama yang berlaku bila aku baca buku Moving Heaven and Earth, ttg pergerakan retrograde Marikh, aku tak faham, sebab penjelasannya hanya beberapa gambar statik. Tapi bila tengok penjelasan Brian Cox di youtube bila dia lukis, baru faham.

Apa pun, syabas penulis dan penerbit.
Profile Image for yasreads.
26 reviews2 followers
September 11, 2021
Penulis berjaya menjelaskan dengan baik tentang bagaimana alam semesta ini dicipta dan menghuraikan tentang sifat-sifat jirim yang menjadi isinya. Setiap isi kandungan yang disampaikan mudah difahami walaupun jika dibaca oleh orang kebanyakan yang bukan ahli fizik/sains.

Penulis juga membantu pembaca untuk lebih faham tentang sesuatu konsep atau teori dengan memberikan beberapa contoh mudah.

Bab yang paling menarik bagi saya ialah bab pertama, yang menceritakan mengenai sejarah kejadian dan pembentukan alam semesta.

Profile Image for Esther Ess.
47 reviews
October 18, 2021
"Itulah naluri manusia yang kerdil ini, ingin menjelajahi ruang-ruang yang lebih luas. Begitu juga dari segi pengetahuan sains, tentang alam dan kejadian, kita sentiasa mencari pemahaman yang lebih luas." - Genesis, Zamir Mohyedin

Akhirnya, dari 18/07/21 sampailah 18/10/21 aku cuba untuk habiskan baca buku ni. Maksudnya, dalam tiga bulan ni aku stuck baca buku yang sama. Hehehe

Sejujurnya, aku takkan pernah menyesal beli buku ni. Serius, tak kiralah siapa pun korang, atau berapa pun umur korang. Korang kena ada dan baca buku ni! Bagi aku, aku sangat-sangat kagum dengan cara penulisan penulis buku ni. Ya, memang aku akui buku ni agak berat tetapi penulis banyak memberikan contoh dan penulis juga akan menghuraikan dengan lebih mendalam contoh itu supaya pembaca lebih memahami fakta yang ingin disampaikan.

Lepas baca buku ni juga, aku juga rasa sangat-sangat kagum dengan keajaiban sains terutamanya fizik. Korang pernah terfikir tak yang bukan kiamat ja boleh menghancurkan dunia yang kita diami sekarang ni? Malah kalau kita mempelajari dan memahami sains, kita akan berfikir bahawa tenaga gelap, entropi, dan graviti itu sendiri juga dapat menghancurkan alam semesta.

Terlalu banyak fakta menarik yang ada dalam buku ni, and this book is really meant to be read slowly. Good job, Zamir Mohyedin❤️
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
January 24, 2021
Penjelasan setiap topik yang amat mudah difahami tanpa bahasa bahasa jargon. Turut mempunyai lampiran bergambar yang berwarna yang membuatkan pembaca tanpa asas sains juga boleh merujuk untuk kefahaman. Tahniah penulis dan penerbit.
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
August 31, 2023
Ilmu baru yang menarik dibaca untuk dapatkan pengetahuan tentang dunia fizik dan kuantum. Penulisan yang jelas dan penerangan yang terperinci. Saya tertarik bagaimana penulis cerita tentang sejarah dan sains disebalik atom dan nuklear serta ahli-ahli fizik yang sangat teliti pada kajian mereka.

Secara keseluruhannya, ia satu bacaan yang seronok untuk saya dan ia pembacaan yang agak berat untuk dihadam oleh mereka yang kurang minat dunia sains fizik khususnya dunia kuantum.

Profile Image for Sherareads.
30 reviews1 follower
February 13, 2024
Saya belajar banyak sangat benda melalui kanta fizik dan faham, bahawa lagi banyak kajian, lagi banyak persoalan dan kebarangkalian.

Melawan tafsiran Copenhagen, Albert Einstein kata,

"I am convinced God does not play dice."

'He believed that nature is not made up of a sea of probability. The quote said that God—"The Old Gentleman," according to Einstein—would not let nature be in a state of probability when it was created.'

Persoalan di bab terakhir, adakah benar realiti bersifat kebarangkalian atau sebenarnya kebarangkalian itu berlaku disebabkan keterbatasan otak manusia?

Saya banyak tulis nota dari buku ni untuk kefahaman saya. Sel-sel otak ligat berhubung ketika baca. Sangat menarik!

Amat terima kasih kepada Tuan Zamir sebab usaha sebaik mungkin untuk jelaskan dalam bahasa kami boleh fahami (tetap masih belum terlepas daripada penggunaan frasa untuk menjelaskan sesuatu konsep—nasib ada glosari!).
Profile Image for Khairul Bakar.
12 reviews
June 10, 2021
Menarik. Penulis dapat menceritakan tentang konsep fizik yang agak berat dengan bahasa yang mudah untuk difahami.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
August 12, 2021
For someone like me who spent her secondary school learning mathematics and sciences (which include Biology, Chemistry and Physics) in English, this book is actually quite a struggle. Reading many unfamiliar words which actually ended up as words that we actually know, that’s my feeling while reading this.

Di zaman persekolahan, mungkin kerana sesi pembelajaran Physics itu membosankan membuatkan saya tidak berminat. Dan mempunyai subject Physics ketika pre-medical sudah tentu menyakitkan hati, except that it’s actually fun; bila belajar dari sisi pandang yang betul. Bernoulli’s principle opened my eyes, who had them glued to the principle of blood flow in blood vessels. I scored very well in fact in my premedical physics.

Dan, sebagai doctor, dalam Radiology, ketemu lagi dengan Physics yang memainkan peranan penting. Masakan tidak, saudara Zamir sendiri turut masukkan perihal Madame Marie Curie, serta mengenai Xray, those are enough to attract my particular attention.

Tetapi, buku ini 100% membuka mata saya bahawa perkara yang saya obses mengenai alam, iaitu Astronomy dan Cosmology are actually all about physics that I wonder where is this book when I was 16? (Well I mean, it was like 2009 lol.

Buku ini khusus untuk mereka yang ragu-ragu mengenai alam, tetapi pada masa yang sama, istimewa buat mereka yang ingin mendalami alam.
Like you can think a lot about Dan Brown, Monogatari, Steins;Gate dan juga definitely, your sky, the universe.

Massive applause for this incredible book!
Profile Image for Nazri Roslan.
24 reviews1 follower
January 21, 2022
Buku Genesis mengandungi perbincangan berkaitan kejadian alam semesta yang merangkumi topik alam kosmologi dan alam kuantum. Buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang telah menceburi bidang fizik dan bagi mereka yang bukan ahli. Ia juga lengkap dengan gambar rajah yang diletakkan pada belakang buku bagi memberikan imaginasi kepada pembaca tentang hakikat sesuatu itu.

Terdapat sebanyak 4 bab yang dimuatkan dalam buku ini. Bab pertama merupakan perbincangan mengenai Genesis Alam yang terdiri daripada asal usul alam semesta, kejadian sistem suria dan masa depan bumi. Manakala bab kedua adalah Genesis Kuantum yang merangkumi topik kejadian api, air, tanah, cahaya dan juga atom. Seterusnya bab ketiga pula membincangkan Genesis Daya Alam Semula Jadi iaitu sistem atau hukum yang mengerakkan alam ini seperti kita lihat. Akhir sekali, bab terakhir adalah Eksodus (Penghijrahan beramai-ramai) yang menjelaskan teknologi manusia pada masa hadapan yang dapat memanupulasi masa dan terbang ke galaksi jauh.
Profile Image for Anas Sz.
2 reviews
January 18, 2022
Suka buku ni. Beberapa komen untuk improvement:

1. Tarikh penemuan dinyatakan tidak konsisten—ade topik disebut secara kronologi dengan jelas, ade topik tarikh disebut secara berkala menyebabkan kronologi seperti puzzle yang terpisah, jalan cerita jadi tak smooth.

2. Maybe sebab budget constraint, tapi lebih elok kalau gambar berwarna diselitkan pada setiap topik instead of letak kat paling belakang.
Profile Image for Fai.
30 reviews
December 30, 2022
Masa sekolah belajar fizik hanya sebab nak lulus exam. Sekarang bila dah baca buku ni, banyak belajar pasal kaitan fizik dan alam dan kehidupan. Buku yang banyak membuatkan kita rasa ingin berfikir dan berfikir lebih lagi. Banyak logik dari fantasi. Senang untuk difahami dan rasa nak baca banyak buku lagi berkaitan dengan sains dan kehidupan.
8 reviews1 follower
September 21, 2021
Bacaan yg bagus dan berilmiah. cadangan saya setiap gambar tak perlu letak di bahagian lampiran bergambar. leceh nak selak muka surat belakang. kalau letak di muka surat yang berkaitan, buku akan jadi lebih menarik sebab ada gambar. takde la sekadar tulisan semata2.
Profile Image for Muhamad Usamah Haikal.
13 reviews
July 17, 2022
Penerangan tentang kosmologi dan kuantum dalam terma laymen dan lambakan analogi membuatkan pembaca dapat menggapai serba sedikit gambaran asas ilmu-ilmu yang rumit ini. Namun struktur bahasa yang sama diulang-ulang membuatkan pembacaan sekali harung agak membosankan.
Profile Image for Sen Mariduano.
16 reviews
November 16, 2022
Ketika membaca penulis menerangkan macam mana proses big bang tu berlaku, bulu roma aku berdiri.. sangat bagus penerangannya dan banyak ilmu berkenaan sains yang aku tak pernah terfikir pun pasal kewujudannya sebelum ni aku dapat tahu dari buku ini..
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
November 27, 2023


"Many of our stars, perhaps great majority of them, may be dark bodies."-William Thomson, Lord Kelvin.

A must read book. Di tulis dengan ringkas dan padat. Senang orang biasa yg bukan dari bidang fizik untuk faham.
Profile Image for Aina.
31 reviews
December 27, 2021
Buku yang sangat bagus ditulis dengan bahasa yang mudah difahami untuk pembaca yang bukan dari latar belakang sains. Penyusunan bab yang bagus disertai gambar untuk pemahaman
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
68 reviews1 follower
January 6, 2022
Buku yang penuh fakta, tapi diadun dalam bahasa yang mudah difahami.

Saya yang bukan dalam bidang fizik atau kimia pun boleh faham. Tahniah Zamir
Profile Image for IU_read.
376 reviews
March 12, 2023
Buku pertama bahasa melayu yang saya baca dapat mengolah teori kuantum secara ringkas.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
93 reviews
July 15, 2024
Buku ni seronok, cuma terlalu ayat sains dan amat tak berpuas hati kerana tidak fokus waktu sekolah dahulu. Dan sebenarnya kejadian alam itu terlalu terbatas pengetahuannya.
Profile Image for S.M.Y Kayseri.
291 reviews47 followers
February 17, 2022
Buku ini merupakan buku pertama daripada PATRIOTS PUBLISHING selain daripada buku tulisan Ayman Rashdan Wong.

Saya amat tertarik dengan segala aspek dalam buku ini, terutamanya dari segi susunan dan kronologi topik. Penulis merangka bukunya dengan sistematik, bermula dengan permulaan alam dan diakhiri dengan aplikasi atau spekulasi terbit daripada prinsip-prinsip fizik yang telah dihuraikan dalam seksyen sebelumnya. Susunan buku ini, bagi saya, juga merupakan sebuah karya fizik.

Disebabkan susunan yang mampan, buku ini memberikan saya sebuah pengalaman yang baik, terutamanya bagi saya yang begitu asing daripada dunia fizik.

Dari segi konten-nya, tidak perlu dihuraikan lagi kesesuaian laras bahasa dan tidak lekok dengan timsalan dan contoh memudahkan pembacaan.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.