Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jika Benar Cinta

Rate this book
Lisa - Tak pandai. Aku memang tak pandai bercinta. Hati ini berapa kali perlu dihiris nipis-nipis? Kejam benar manusia bernama lelaki. Apakah mereka fikir, maaf itu cukup?

Hazriq- Bila hati dah jatuh, tak ada mana-mana hukum fizik yang dapat melawan hukum graviti itu. Niat ini ikhlas tapi siapa yang mahu menilainya?

Aiman - Cinta itu rezeki. Gagal sekali, kena usaha lagi. Sampai nanti bahagia datang mendiami.

Airy - Bagaimana mahu memujuk hati yang terluka tanpa mahu pulih semula? Mampukah mencuri hati yang katanya sudah lama hilang dan tak jumpa jalan pulang? Kalau dah hilang, macam mana nak curi?

Jika Benar Cinta tak mungkin sesukar begini.

417 pages, Paperback

First published January 1, 2007

7 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Lynn Dayana

52 books64 followers
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (32%)
4 stars
34 (33%)
3 stars
31 (30%)
2 stars
3 (2%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,330 reviews67 followers
January 12, 2022
[BOOK 10]

Jika Benar Cinta by Lynn Dayana.
.

Sedih. sob sob sob.
.

Masa ambil buku ni untuk dibaca, aku ingatkan ni kisah santai je. Aku tak expect aku akan nangis beria. Tapi jangan risau, happy ending.
.

Susahnya menjadi seorang Lisa. Jodohnya agak berselirat, tapi yang terbaik tetap muncul di akhirnya.
.

Mula-mula, jumpa Aiman. Cinta pandang pertama la. Namun sayangnya, Aiman sudah dimiliki oleh Maisara, anak kawan baik ibunya, Puan Zarina. Dahlah ibunya, Puan Yati memang rapat gila dengan Puan Zarina ni.
.

Walaupun Maisara curang dan mengandung, Aiman tetap pilih Maisara, lalu yang Lisa boleh lakukan, ialah cuba untuk move on.
.

Kemudian, muncul watak Hazriq. Hazriq ni muncul lebih kurang sama macam Aiman. Tapi Hazriq muncul sebagai klien. Dan Hazriq memang pikat Lisa habis-habisan. Mula-mula, aku rasa watak Hazriq ni annoying. hahaha. sebab aku boleh rasa rimasnya melayan lelaki ni. Tapi disebabkan Hazriq sentiasa ada pada waktu Lisa bersedih dengan Aiman, akhirnya Lisa terima Hazriq.
.

Namun, bila bahagia hampir digapai, Hazriq pergi tak kembali. Pergi meninggalkan rahsia yang buatkan Lisa marah, tapi cinta lebih mengatasi. Hazriq pergi meninggalkan kenangan dan juga harta buat Lisa.
.

Dan akhirnya muncul Airy. Wataknya muncul hanya sekejap, tapi meninggalkan impak yang besar. Watak yang buatku jatuh cinta.
.

"Love yourself, Lisa. You need to love yourself. Apa pun keputusan dalam hidup you, you kena tanya diri you. What's in it for me? Kalau nak jaga hati orang, sampai bila? Hati orang, hati orang jugak. You are responsible for your own happiness."
.

Dan aku suka bila Airy tegas pertahankan Lisa.
.

"You should stay and listen to my answer for that stupid demands. I sayang you, Lisa. I rasa tak adil untuk dia gunakan keluarga you untuk beli hati you. Tak adil guna Alini untuk buat you rasa bersalah. You should choose whoever you want. You deserve happiness."
.

Dan aku suka Airy yang sangat memahami. Di saat orang lain suruh Lisa pulangkan harta Hazriq, Airy yang sentiasa menyokong segala tindakan Lisa.
.

"Kenapa you tak pernah cemburu dengan Hazriq?" - Lisa.
.
" Sebab dia lelaki yang baik. Kalau bukan I yang kat sini, dia yang panjang umur, I tahu...dia akan jaga you dengan baik. Dia sayangkan you, cuma Allah lebih sayangkannya." - Airy.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
December 23, 2022
Perasaan saya bercampur antara sedih, gembira dan marah. Perjalanan kisah cinta Lisa jauh dan berliku. Jatuh cinta dengan orang yang tak sepatutnya. Saya pangkah besar lah dgn Aiman ni. Hatinya tetap memilih Maisara. Kalau dh suka, ingat senang ke nak hilangkan perasaan tu.

Dlm masa yang sama, Lisa kenal dgn Hazriq. Sekali jumpa terus suka ye Hazriq. Macam2 usaha Hazriq nak memikat si Lisa. Tapi masa ni Lisa masih berharap pd Aiman. Mmmm... Cinta bertepuk sebelah tgn. Dia merasakan cintanya selalu bernasib malang.

Untuk Hazriq, saya mcm dapat teka apa dia. Sesuatu sgt kan. Hazriq betul ikhlas dgn Lisa. Bila Hazriq dijemput Ilahi, ada rahsia terbongkar siapa sebenarnya Hazriq. Rasa sakit hati jugak. Kenapa buat mcm tu pd Lisa. Tapi Hazriq tinggalkan sesuatu utk Lisa. Murah rezeki Lisa.

Lepas tu muncul pulak Airy. Saya suka sgt dgn Airy ni. Tapi itu la... Di hujung2 baru nk muncul. Orgnya kelakar dan suka bergurau. Ada sikit persamaan dgn Hazriq. Kata2 Airy byk menyedarkan Lisa. Airy lebih terbuka dan mudah menerima tentang sesuatu. Kubur siapa ye yg Airy selalu ziarah tu.
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
January 27, 2021
Buku: 2/40

3.75 🌟

JBC versi 2020.

Disebabkan KakChik tak pernah baca versi asal, jadi pembacaan memang totally tak dipengaruhi oleh versi asal.

Cinta Lisa bercabang-cabang pada permulaannya. Pandangan pertama, dia terus jatuh hati pada Aiman (walaupun sampai ke akhirnya dia tak pernah jelaskan perasaan dia secara terus terang pada Aiman).

Aiman pula dah ada cinta sejati 🙄, Maisara. Walaupun Maisara membuat onar, namun Aiman dibutakan cinta tetap menikahi wanita itu.

Dalam gelisah Lisa merawat hati kerana kecewa cinta tak kesampaian pada Aiman, hadir Hazriq yang lebih open meluahkan rasa cinta. Hazriq yang tak berputus asa mahu memiliki hati Lisa. Hazriq yang penuh dengan kejutan dan gurau senda. Hingga akhirnya tetap tinggal kejutan untuk Lisa yang sukar diterima akal warasnya.

Dan kemunculan Airy pula menambah rencah melengkapkan jalan cinta Lisa. Yang mana mahu pilih, terus hidup dalam kenangan lalu atau bergerak ke depan mencipta memori baru yang lebih indah.

Karya yang hampir cukup rencah walaupun KakChik rasa persoalan yang berlegar dalam kepala, pusara siapa yang diziarahi Airy? Kenapa watak2 antagonis ditamatkan kisah mereka dengan mudah? (Rasa tak puas hati pulak🤭).

Yang paling kecewa pastilah dengan sikap Yati dan Zarina yang agak mementingkan persahabatan mereka tanpa memikirkan hati Lisa. Rasa Yati tu sangat annoying 😂.

Nasib baiklah watak Puan Hafsah tu ada sebagai contoh ibu yang terbaik. 😊

Tahniah Kak LD untuk karya dengan nafas baru. Bahasa yang mudah serta teratur.

P/S: Dan KakChik tetap setia menanti kemuculan #YANA2 @ #LEE 😅
Profile Image for Sera.
92 reviews14 followers
May 22, 2021
Kalao otai menulis, mmg akan terasa no matter what..

Jauh perjalanan Lisa utk menggapai cinta.. Pengalaman dulu membuat dia sgt2 jaga hati dia rapat2.. 1st time jumpe Aiman, hatinye terdetik.. Tapi kecundang kerana Aiman ni milik org.. Watak Aiman ni mula2 saya suka..Kerana sayang dan cinta, dia sanggup menerima Maisara dan tak memandang kesilapan maisara.. Part Lisa relakan pemergian Aiman tu sedih jugak..

Lelaki kedua dlm ni ialah Hazriq.. I find him pretty annoying at 1st.. Tapi kesungguhan nye menambat hati Lisa membuahkan hasil yg postive.. And at last Lisa buka hatinye utk menerima Hazriq.. Mmg dah rasa yg something’s up with him.. Secrets banyak.. Sedih sgt part Lisa baca surat2 and bila dpt gifts tu sume.. He really did love her with all his heart.. 😭😭
Saya tak salahkan Sue jugaklah.. Dia pon mangsa keadaan.. Like Lisa..

I like to think that penulis sengaja kluarkan watak Airy in the last quarter of the book. He is the balm to her soul. Walaopon singkat aje watak Airy dlm ni, tapi few things came to my mind bout his character, iaitu, Qada & Qadar.. Jodoh pertemuan.. Penulis berjaya serapkan watak Airy dgn baik dlm crite ni.. Hence why i said penangan otai tu mmg akan terasa no matter what..

Semoga penulis dikurniakan kesihatan utk terus berkarya..
Profile Image for Eyd1410.
833 reviews22 followers
January 29, 2021
Saya tak baca edisi yg lama tetapi baru berkesempatan utk membaca edisi 2020. Permulaan agak menarik bagi saya tetapi bila kematian Hazriq, saya jangkaan Lisa akan menerima lamaran Aiman. Memandangkan watak Aiman telah lama wujud sejak dipermulaan cerita lagi. Tetapi ntah dari mana datangnya Airy, tiba2 Airy pula menjadi watak utama lantas menjadikannya hero.

Saya suka watak Airy. Seorang yg gentleman dan sgt memahami. Cuma rasa terkilan kenapa watak Airy baru muncul di hampir penghujung cerita?

Waktu mula2 Lisa kenal Hazriq lg saya dah merasakan something wrong with Hazriq. Nampak sangat dia seperti menyembunyikan sesuatu. Nahhh akhirnya segalanya terbongkar semasa kematiannya. So nak salahkan siapa tu? Hazriq yg tidak mahu melukakan hati Lisa atau Lisa sendiri yg percaya tanpa mahu menyelidiki??? Atau keluarga dan rakan sekeliling Hazriq yg tegar utk menyimpan rahsia. Dan akhirnya siapa yg terluka? Sue dan juga Lisa. Ermm

Overall saya suka dgn kisah ini. Cuma rasa terkilan dgn kemunculan watak Airy yg sedikit lewat jika dibandingkan dgn Aiman dan juga Hazriq.
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
January 30, 2021
4.55 ⭐

Jauh perjalanan Lisa mencari cintanya. Bertemu dengan Aiman, tapi Aiman cintakan Maisara. Kesian Lisa dikecewakan. Aiman tu memang la baik sangat sampai apa yang Maisara buat kat dia pun, dia masih nak terima Maisara. Lepas tu, Hazriq. Memula rasa sedikit annoying dengan Hazriq ni. Sebab dia macam berusaha sangat untuk dapatkan Lisa. Macam obses pun ada. Tapi, disebabkan kesungguhan Hazriq ni la buat Lisa terima dan jatuh cinta dekat dia. Malangnya, jodoh dia dengan Lisa sampai situ saja. Terkejut juga dengan kejutan penulis bagi ni. Kesian Lisa, ditipu Hazriq. Tapi, nak marahkan Hazriq pun dah tak boleh. Lepas tu baru nampak yang Hazriq memang betul - betul cintakan Lisa. Surat dia, hadiah dia untuk Lisa. It makes me crying. Masa ni baru Aiman nampak Lisa, baru nak melamar Lisa. Eh! Tetiba rasa geram plak kat Aiman. Masa dia ada Maisara tu dia butakan hati dia untuk Lisa. Tapi, alhamdulillah, muncul Airy jadi adiwira untuk Lisa. Airy sangat cool, chill, rileks, kelakar. I like Airy.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ririn Aziz.
789 reviews106 followers
April 12, 2021
Jauh benar bezanya penulisan LD dulu dan sekarang ya. Naskhah ini sudah di-revamp, katanya dengan penulisan yang lebih santai dan dimasukkan elemen semasa. Tapi masih terasa aura Alaf 21 tu haha.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
March 19, 2018
I very² love this novel.

walaupun mengambil masa yg lama utk mengabiskan bukanlah sebab bosan tp kekangan masa menyelak halaman.

Menyentuh perasaan, teguris hati, menitis setitik air mata (setitik shj.. he he!) tp tetap mempunyai manisnya wpon pahit harus di telan dahulu... haha!!!

Bukan mudah utk mengubat luka lama, bukan mudah menerima kembali perkara yg telah lama tersimpan sbg sejarah kehidupan.
Kita hanya merancang tetapi yg terbaik hanya dari Dia yang maha berkuasa..
Bagi aku "Cinta datang Tanpa Di Undang" sesuai dgn perjalanan hidup Lisa yg pada mula mengharap tp akhirnya mengalah & pasrah ketentuan hidup di bumi Allah SWT. Ketika pasrah ia dtg tanpa di undang. itulah ketentuan hidup ini.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
January 16, 2021
Citer ni saya pilih baca akhir dr trio kombo Poreng sbb saya nk kesan sakit tu paling kemudian saya rasa! Padahal citer ni happy ending! Hehe

Sakit pd saya sbb Lisa ditipu hidup2 dek Hazriq! Konon bujang pd hal dh kahwin n bakal ada anak! Dah la isteri Hazriq tu Lisa kenal! Eeee..

Terbongkar pun lepas Hazriq meninggal dunia! Masa ni saya tk nafikan rasa nyampah ngan Hazriq wlu dh arwah! Huhu Geram dgn keluarga dan kwn2 Hazriq yg bersubahat! Apa pun alasan, hati dh dilukakan! Hurmm

Hidup perlu diteruskan! Famili Lisa memilih Aiman tp Lisa mahukan Airy! Camana pulak 2 lg hero ni masuk dlm hidup Lisa? Jodoh itu kan misteri! Huihui

JBC, akhir yg manis! Dpt la rasa sama bahagia Lisa! Semua jd baik2 shj! Tpnya rasa sakit Lisa tu, masih saya bayangkan dan rasakan! ni sbb JBC jd terakhir utk saya baca! Sejenis saya yg akan duk ingat sampai saya puas nk lepaskan...adehhhh!

Tahniah LD, korang meh la ganding ngan saya rasa sakitnya Lisa itu! Mudah aje, Hubungi aje LD key...😊
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
January 3, 2016
5
Novel pertama penulis saya kira bersama Alaf 21. Kisah Lisa dalam mencari makna cinta seorang lelaki. Dipertemukan dengan Aiman, Hazriq dan Airy, hidupnya mula dipenuhi dengan pelbagai warna.

Bertemu dengan Aiman, dia hanyalah seperti cinta bertepuk sebelah tangan. Aiman tetap mencintai Maisarah. Dia rela mengundur diri.

Bertentang mata dengan Hazriq, perlahan-lahan rasa cinta itu timbul. Tapi sayang, pada saat bahagia mula timbul satu demi satu dugaan menimpa sehingga terlerainya ikatan yang terbina.

Airy dan dia dipertemukan dengan keadaan yang tidak dirancang. Cik Satria dan Encik Perdana akhirnya bertemu makna cinta. Tapi, rayuan Aiman buatkan Lisa jadi buntu. Sudahnya, mana satu dambaan hatinya?

Sebuah kisah yang menarik untuk dibaca cumanya tidaklah sebaik novel-novel penulis yang menyusul setelah karya ini.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
February 26, 2021
Memilih untuk membaca karya ini pada tahun 2021 rasanya masih revelan . Ini adalah karya asal yang kukira karya pertama LD bersama Alaf 21 . Walaupun JBC telah diterbitkan semula , tetapi aku memilih untuk membaca karya asal . Percubaan pertama kukira untuk LD pada ketika itu dan kini LD sudah berjaya dan sukses sebagai penulis & aku adalah peminat tegar LD . Karya sulung yang kukira sangat dekat di hati LD . Watak dan jalan cerita yang menarik walaupun aku sedikit sakit hati kerana watak Hazriq yang menipu . Walaupun perkahwinannya bermasalah tetapi dia tidak patut untuk berlagak bujang dan menipu Lisa sebegitu . Aiman , yang kukira menjadi pilihan Lisa tetapi tiada jodoh mereka berdua . Airy yang muncul dipengakhiran cerita mampu untuk mengubah hati Lisa. Percaturan Allah lebig baik & sempurna . LD , tahniah & anda tetap penulis pilihanku.
Profile Image for Chombi.
120 reviews3 followers
November 28, 2018
I hate Mummy yg sgt tak back up anaknya. Satu: waktu Lisa sukakan Aiman dlm diam tapi Aiman nak kawin Maisara yg hampir tak jadi. Kedua: waktu Airy datang merisik mengejut. Mummy marah2 Lisa... sgt kesian. Dan I rasa Lisa terlalu kesian sebab x dibela dan membela diri secara wajar. I suka idea penulis. Tapi semua kejadian mcm berlaku dgn sangat cepat. Mungkin ini karya pertama penulis.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
November 16, 2021
Saya baca yang novel cover lama. Saya tahu ada reprint dengan cover baru tapi contents sama ke tidak saya kurang pasti.
Mengisahkan Arlisa yang selalu terfikir masih adakah cinta untuknya lagi selepas ditinggalkan Azman, kekasih pertamanya dulu.
Apabila Lisa terpandang Aiman semasa berkunjung ke rumah kawan baik mamanya, Lisa terpikat pada Aiman. Sayangnya Aiman bakal bertunang dengan Maisara.
Lelaki kedua yang Lisa terpaut adalah Hazriq. Sering berjumpa untuk urusan kerjasama projek syarikat tempat Lisa bekerja, Hazriq pandai ambil hati Lisa. Hazriq juga suka mendesak hinggakan Lisa selalu hilang kosa kata untuk membantah. Hazriq melamar Lisa walau baru beberapa bulan saja mereka kenal.
Menjelang hari pernikahan, Lisa dapat berita Hazriq kemalangan. Bergegas Lisa ke hospital namun Sue, isteri Hazriq melarang Lisa melihat arwah suaminya.
Hanya di pusara Hazriq saja Lisa dapat ziarah kekasihnya itu tanpa pengetahuan Sue. Semasa di pusara, Lisa selalu melihat Zuhairy ziarah kubur lain dekat situ.
Walaupun perkenalan yang singkat, Airy tetap nak kahwin dengan Lisa. Di waktu yang sama, Aiman melamar Lisa kerana tahu Lisa pernah suka padanya.
Keseluruhan jalan cerita yang menarik tapi agak perlahan. Banyak monologue dari dialogue. Ada sesetengah bahagian yang meleret dan berulang-ulang agak membosankan.
Saya tak puas baca kisah hero cerita ini. Final part nak tamat cerita barulah keluar watak Airy. Jika dipanjangkan kisah Airy, saya pasti karya ini akan lebih mantap lagi.
P/S: Akhirnya dapat juga saya beli buku reprint Jika Benar Cinta terbitan Poreng Kertas. Saya suka pengakhiran cerita yang telah diolah penulis Lynn Dayana walau saya rasa tak puas nak tahu kisah cinta Airy dan Lisa.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
May 22, 2013
As a whole, N rasa jalan cerita ni agak slow. For the most part, cerita ni revolves around hubungan Lisa dan Hazriq.

Lisa kecewa cintanya terhadap Aiman hanya bertepuk sebelah tangan. Kemunculan Hazriq kurang diyakini oleh Lisa. Tapi Hazriq ni agak persistent and he's there whenever Lisa needs him. Sedari dia dan Aiman memang tiada jodoh, Lisa mula sedar dia sudah jatuh sayang dengan Hazriq.



Watak Airy pun N suka, tapi kemunculan empunya diri hanyalah di bab-bab terakhir. Dia sangat charming tapi N tak cukup mengenali wataknya. Dia muncul di kala Lisa kesunyian. Airy yakin Lisa ialah jodohnya. Entah macam mana, Lisa pun boleh jatuh cinta dengan Airy.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
June 18, 2021
Saya belum baca edisi yang lama. Bagaimanapun saya pasti penulis Lynn Dayana telah beri nafas baru yang tidak terkeluar dari cerita asal.
Kisah Lisa yang terluka dan gagal dalam alam percintaan namun sangat komited dan berjaya dalam kerjayanya. Cerita Lisa dengan tiga jejaka yang muncul dalam hidupnya setelah ditinggalkan Azman, cinta pertamanya.
Lisa sudah tawar hati dengan lelaki. Tapi bila jumpa Aiman, Lisa jatuh suka dan mereka kerap berjumpa. Rupanya, Lisa bertepuk sebelah tangan kerana Aiman sangat mencintai Maisara dan mereka akan berkahwin.
Lisa serik untuk berikan hatinya pada lelaki lagi. Takdir menemukannya dengan Hazriq. Pertemuan Lisa dan Hazriq atas soal kerja merapatkan lagi hubungan mereka. Hazriq sangat mencintai Lisa.
Sedihnya bila dekat dengan hari pernikahan mereka, Hazriq terlibat dalam kemalangan. Seiring kematian Hazriq, terbongkar dia ada isteri yang sedang mengandung. Lisa terperanjat dan terluka namun tidak dapat nafikan cintanya yang mendalam buat Hazriq.
Aiman mula mendekati Lisa semula selepas kematian Maisara namun Lisa telah ada Airy yang sangat memahami dirinya.
Keseluruhan cerita yang tak meleret dan tak membosankan. Cukup rempah ratus dan rencah serta perisa dalam karya ini.
Saya jatuh cinta dengan watak Hazriq. Tahu dia tak jujur dengan statusnya demi mencari kebahagiaannya sendiri.
Watak sampingan termasuk Sue, Yati, Farid dan Zarina banyak membantu dan menyokong jalan cerita.
Terbaik! Best sangat naskah ini.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
May 20, 2012
Lisa bertemu dengan tiga lelaki. Pertama, dia suka pada Aiman, tapi lelaki itu memilih untuk hidup bersama jirannya yang nyata-nyata menduakannya hingga sanggup memelihara anak yang bukan dari darah dagingnya. Dia dihina.
Kedua, lelaki itu suami teman yang baru dikenalinya(Hazriq). Bila dia meninggal dunia, Lisa tidak dibenarkan untuk menjengah pusaranya. Lisa dilukai lagi. Ketiga, berjumpa dengan Zurairy tanpa sengaja. Bila terbaca bahawa dia menimpa kemalangan kerana ingin menyelamatkan pekerjanya. Dia terus melawat Airy dihospital. Mereka terus sepakat untuk menjalin ikatan. Selepas banyak yang melukakan hati, jodohnya dengan Airy nampak macam sangat senang pula.
Profile Image for Hana.
9 reviews15 followers
June 7, 2021
Karya sis Lynn Dayana tak pernah menghampakan.. Always exciting... Sentiasa kecoh dan bermakna.. Kali ini lebih dekat, sbb Borahae.. Hahaha.. Yg menariknya karya beliau ialah kata-kata hikmah @ quotes yg selalu ada.. Sy suka.. 🤭 Tahniah sis dan teruskan berkarya yg memberi manfaat kpd pembaca.. 👍🏼
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.