Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bukan Bidadari Syurgamu

Rate this book
Tajuk : Bukan Bidadari Syurgamu
Penulis : Ayeshah Amani

Perkahwinan merupakan satu momen yang sangat bermakna bagi setiap insan yang bernama manusia. Tetapi bagaimana jika ikatan suci itu sebagai satu mekanisme untuk membalas dendam?

“Jangan harap aku nak bagi kau sentuh aku. Walau seinci pun aku takkan izinkan!” - ZULAIKHA ARIANA
“Tapi kenapa Zue benci abang sampai macamni sekali? What is my fault?” – FAYYAD RAZZEL

“Jawapan tu ada pada kau Fayyad Razzel! Kau punca aku jadi macam ni. Semuanya salah kau. Dulu kau benci aku, kau kutuk aku macam-macam. Kau cakap aku hitam, kau kutuk aku depan semua orang. Aku ingat semua perbuatan kau pada aku!” – ZULAIKHA ARIANA

Dan jawapan itu berjaya membuatkan Fayyad Razzel terduduk. Siapa sangka sikapnya dahulu yang suka memperlekehkan orang lain dari segi paras rupa akhirnya memakan dirinya sendiri.

Dendam memakan tuan. Itu yang dirasai Zulaikha. Siapa sangka sewaktu tempoh untuk dirinya membalas dendam kepada suaminya sendiri itu telah berjaya menumbuhkan bibit-bibit cinta mereka berdua.

Namun segalanya musnah apabila Zulaikha terpaksa mengambil keputusan untuk mengakhirkan segalanya.

“Untuk pengetahuan kau Fayyad, aku penatlah nak berlakon lagi depan kau. Kau ingat, selama ni aku ikhlas ke untuk berbaik balik dengan kau? In your dream lah!” – ZULAIKHA ARIANA
“But why now? Kenapa sekarang baru Zue cakap semua tu? Di saat kasih sayang abang pada Zue tak ternilai banyaknya. Di saat abang yakin Zue mampu jadi isteri abang di dunia dan akhirat...” – FAYYAD RAZZEL
Keadaan semakin bertambah buruk apabila ibu Fayyad telah pun mengetahui hakikat yang berlaku dalam rumah tangga anak lelakinya itu.

“Rupanya ini perangai sebenar kau ya perempuan? Aku tak sangka yang perempuan aku sanjung dan aku mati-mati ingat mampu jadi menantu aku yang terbaik dan mampu berikan anak aku zuriat rupanya perangai teruk macam ni. Dasar perempuan sundal! Kau jangan harap kau boleh senang-senang lepas dari anak aku. Aku nak kau tengok dia kahwin lagi satu depan kau. Kalau kau tak mampu beri aku cucu, hei banyak lagilah perempuan beratur nak kahwin dengan anak aku!” – HAJAH HAYATI

Mahu tak mahu, Zulaikha terpaksa akur kerana dia sedar semuanya berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri.

“Silakan kalau umi nak carikan isteri baru untuk Fayyad. Zue izinkan. Lagipun umi dah lama kan nakkan cucu, baik umi cepat-cepat cari.”– ZULAIKHA ARIANA

Yang menyedihkan, majlis yang diadakan untuk memperkenalkan dirinya sebagai isteri Fayyad bertukar tragedi apabila Fayyad melafazkan sesuatu yang tidak dijangka.

“Dengan bersaksikan semua yang ada di sini, Zulaikha tidak akan menjadi isteri saya lagi di saat saya menikahi Raihana. Sejujurnya, saya dah tak mahu perempuan tak guna ni jadi isteri saya lagi. Umi, tolong uruskan semuanya ya.” - FAYYAD RAZZEL

Adakah semudah itu Zulaikha akan melepaskan Fayyad? Adakah terdapat sebab tersembunyi mengapa Zulaikha merelakan sahaja Fayyad menceraikannya?

312 pages, ebook

First published December 1, 2020

1 person is currently reading
25 people want to read

About the author

Ayeshah Amani

13 books28 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (27%)
4 stars
7 (38%)
3 stars
3 (16%)
2 stars
2 (11%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
April 10, 2021
Alhamdulillah, akhirnya ada pun ebook ni kat goodreads 🤣
Sebenarnya, banyak yang aku nak cerita tapi sebab dah lama baca jadi copy paste je🤣😅

Bukan Bidadari Syurgamu🌷
~Seandainya aku pergi dulu, sampai mati aku akan mencintaimu~💕
5🌟

Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan kepada kak @ayeshahamani_ kerana menghadiahkan ebook ini 🥺

Mengisahkan tentang Zulaikha yang ingin melunaskan dendam terhadap Fayyad. Namun, apabila terlalu membenci wujudnya satu perasaan lain iaitu cinta. Sakit menahan rasa kerana ego yang melangit sanggup Zulaikha ketepikan perasaan sebenarnya.

Jadi, sampai satu kejadian ni lah mengubah Zulaikha untuk berubah. Selepas tu, mereka hidup bahagia sampailah Zulaikha sedar yang dirinya menghidap penyakit kanser melanoma. Penyakit ni salah satu jenis kanser kulit yang serius. Secara detail, korang boleh search kat goggle ya.
Bila dapat tahu, Zulaikha cuba sorokkan dari suaminya, Fayyad sampai melarat dan berlakunya kucar-kacir.

Pada pandangan aku, setiap bait bicara dalam hati seorang Zulaikha buatkan aku sayu dan menitiskan air mata. Sejujurnya aku dari awal dah mula drama air mata sebab sikap Zulaikha pada awalnya dan seterusnya ujian yang dihadapi oleh Zulaikha lagi. Boleh dikatakan memang air mata mengalir kaw-kaw sampai tahap sedu-sedan tapi tetap teruskan pembacaan..
*walaupun aku dah prepare emosi sebelum membaca sebab aku tahu kak Ayesha kalau buat cerita 'confirm' aku nangis nanti🤣

Jadi nilai yang kita boleh belajar ialah hidup ni memang penuh dengan cabaran dan ujian. Setiap manusia tak boleh lari dari dugaan tersebut. Kerana setiap ujian yang kita lalui pasti ada hikmahnya. Di setiap kepayahan yang kita lalui pasti ada juga kemanisan yang menanti. Kuncinya ialah sabar.

Oleh itu, tahniah aku ucapkan pada kak @ayeshahamani_ atas kelahiran ebook ini. Moga akak dipermudahkan dan dicurahkan idea yang melimpah ruah untuk karya yang seterusnya.. peace 😁
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
January 14, 2021
Zulaikha Ariana menikahi Fayyad Razzel demi melunaskan dendamnya. Tanpa dia sedar yg dia sebenarnya bermain dengan api, yg mana bakal membakar dirinya sendiri
.

Tanpa Zulaikha tahu bahawa, Fayyad sekarang bukanlah Fayyad yg dulu. Dia telah banyak berubah. 360 degree. Dia seorang yg sangat2 menyayangi Zulaikha hinggakan sanggup menerima apa jua yg dilakukan Zulaikha terhadapnya. Zulaikha akur. Dia turut mula menyayangi Fayyad
.

Ujian datang tanpa diduga. Zulaikha disahkan menghidapi kanser Melanoma. Yang mana kanser yg melibatkan kulit. Dan Zulaikha sedar, itu merupakan kesan apa yg pernah dia lakukan sebelum ini. Zulaikha nanar. Dia kembali menjadi dingin dgn Fayyad. Dan menyebabkan Fayyad mahu berkahwin dgn Raihana. Bagaimana kesudahan hidup Zulaikha? Adakah kanser tersebut membunuhnya kerana dia sudah berada di tahap 4?
.

Pada awalnya aku tak suka sikap Zulaikha. Berkahwin demi membalas dendam. Banyak lg cara lain nk balas dendam. Tapi apa sebenarnya yg Fayyad buat hinggakan Zulaikha berdendam hingga begitu? Lagi 1 aku xsuka sikap ibu Fayyad saat Zulaikha menengking Fayyad ketika dia mendapat berita bahawa kansernya di tahap 4. Sebagai ibu dia sepatutnya lebih bersabar dan mencari jln utk meredakan keadaan. Bukan merumitkan. Ditambah dia melibatkan Raihana
.

Overall cerita ini sgt best. Baru aku tahu kewujudan kanser melanoma. Alhamdulillah. Banyak penambahbaikkan yg dilakukan penulis berbanding ebook pertamanya. Dan babak intim jua telah berkurangnya. Yg tinggal babak2 yg tidak terlalu over
.

Tahniah sha. Mudahan ada rezeki untuk menerbitkan sebuah novel lepas ni ya♥️

Credit utk layout yg cantik. Dan cover yg memikat
Profile Image for SS.
518 reviews5 followers
January 14, 2021
Zulaikha Adriana binti Fernand Abdullah, seorang gadis yang mempunyai misinya tersendiri ketika dia mengahwini Fayyad Razzel. Dendamnya membara sejak di bangku sekolah lagi. Gara-gara dibuli, diejek dan dicerca dengan Fayyad. Dia nekad untuk buatkan Fayyad tunduk di kakinya. Tapi mampukah dia menidakan perasaannya walaupun suaminya itu bukanlah seperti mereka waktu bersekolah. Sejauh mana dendamnya terhadap Fayyad dapat bertahan?

Adakah keputusan Zue untuk membalas dendam itu keputusan yang bijak?. Secara peribadi, mungkin tidak. Tapi, kita tak pernah dalam situasi Zue. Kena body and faceshaming ni sakit hati dia memang tak boleh dibawa berbincang. Lagi-lagi bila kau diejek depan orang ramai macam tiada harga diri. Boleh jadi sakit hati yang sedikit bertukar jadi dendam. Hm. Buat Fayyad. Memang kesian la dekat dia sebab saya percaya masa sekolah siapa je yang tak nakal. Budak laki perangai macam "nates". Kuat mengusik dan sehari tak ngusik tak sah. Tapi mungkin Fayyad tak sangka yang isterinya akan berdendam sebegitu rupa. Nasib kau la Fayyad!

Tapi, apa yang seronoknya, bila Fayyad tak putus asa nak tackle hati bini dia. Usaha tangga kejayaan kan. So kena baca la kalau nak tahu macam mana taktik dia tackle and storyline BBS ini.

Paling terkilan bila Fayyad dengan secara melulu membuat keputusan drastik buat Zue. Paling tidak cubalah fikir sebelum menuturkan sesuatu yang bakal mengubah hidup kalian berdua. Kenapa lepas dah habis bercakap baru berfikir. Malahan, turut sedih dengan perangai keluarga mertua Zue yang terus menerus menyalahkan dan mengeluarkan ayat sinis yang menyakitkan hati. Sepatutnya, mereka tidak perlu merumitkan keadaan yang sedia ada. Berikan ruang untuk Zue dan Fayyad menyelesaikan masalah mereka. Ini, lain jadinya bila Ibu Fayyad secara mengejut membuat keputusan buat Fayyad. Eh? Tak faham la kenapa setiap kali ada masalah rumahtangga nak kena ada babitkan orang ketiga. Tak boleh ke tak wujudkan orang ketiga tu.

Tahniah buat Ayeshah Amani kerana menghasilkan karya yang menyentuh jiwa. Ada juga terkesan bila habis baca Bukan Bidadari Syurgamu ini sebab bilamana kita letakkan situasi Zue itu atas diri kita. Mungkin kita juga akan down. Baru pertama kali, saya tahu mengenai kanser Melonama. Sebelum ini hanya common cancer sahaja. Terimakasih kerana selitkan ilmu di dalam cerita saudari. Semoga bermanfaat buat para pembaca.
Profile Image for marble .
62 reviews1 follower
March 30, 2021
1st e-book yang berjaya saya habiskan. Memang best gila! Daripada layout ke storyline... literally very good! Worth it dengan harga yang dijual. Honestly, i’m a slow reader and bila saya dapat habiskan bacaan dalam dua hari tu, it means e-book ni memang kena dengan taste saya. Tak rugi beli dan baca.

Penulis pandai mainkan emosi pembaca dengan watak wataknya. Sumpah geram gila dengan watak Zu pada permulaan dan makin lama makin panas hati pulak dengan watak Fayyad. Memang menduga perasaan betul!

Dan... e-book ni ada jugak pengajaran. Berbaloi sangat-sangat 😍🌹
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.