Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Mistik 2.0 #5

Kembara Mistik 2.0: Kebaya

Rate this book
KEBAYA TELEPOK MERAH - Maria Kajiwa
"Kasaku bukan kasa biasa, kasa kujemput dari gunung, sulamku bukan sulam biasa, sulamku menikam urat jantung. Benang bertemu benang, kain ditujah-tujah... Sayang bertemu sayang... jasad bermandi darah.

Sebelum jarum ditujah, matanya dicelup dengan darahnya sendiri. Bunga telepok yang disulam semakin merah.

Pakai bukan sebarang pakai, pakai memakai naik seri, seri naik bersama dendam, dendam naik mengambil nyawa..."


KAIT INANG - Syasya de Luna
Delima mengerling ke arah Inang Merah yang sedang menjilat-jilat kotoran di kawasan yang menjadi tapak aktiviti pemujaan.

"Jika kau tahu, apa yang akan kau lakukan?" INANG MERAH

"Aku akan bunuh semua keturunan Inang Merah sehingga kau tiada pilihan selain taat kepadaku." - DELIMA.

Kain kafan Manis diselak. Delima tidak peduli dengan bau jasad yang sedang dimamah ulat.


PRIMADONA - Rhea
"Aku masih cantik." MANISAH.

"Aku akan buktikan yang aku masih layak menjadi watak utama di atas pentas."

Susuk bayang seorang wanita berada di belakang Manisah. Lemah gemalai dia menari di atas pentas menjadi persembahan yang menawan hati. Dada Manisah semakin sakit. Darah mengalir di bucu bibir. Dia rebah. Lirikan mata dia merenung ke arah seseorang.


Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0?

152 pages, Paperback

First published November 1, 2020

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

59 books109 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (26%)
4 stars
13 (38%)
3 stars
9 (26%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
July 27, 2021
KEBAYA TELEPOK MERAH - Maria Kajiwa

- Karya puan Maria Kajiwa memang tak asing lagi dlm genre seram. Dalam karya Kebaya Telepok Merah ini berkisahkan dendam seorang tukang jahit terhadap golongan bangsawan kerana menghina dirinya. Pinangan Mustafa ditolak oleh Badlishah kerana tidak setarah keluarganya. Malah dihinanya Mustafa. Dan Mustafa jatuh sakit. Kehadiran Musalmah utk merawat Mustafa dan dlm masa yg sama dibangkit rasa dendam dlm diri Mustafa. Lalu dikirimkan Kebaya kpd Junaidah, anak Badlishah. Junaidah jatuh sakit dan meninggal. Dendam meleret hingga ke keturunan Badlishah yg seterusnya Lalu Afnan turut menjadi mangsa. Siapa Afnan terhadap Badlishah?
.

KAIT INANG- Syasya De Luna

- okey kisah ni melibatkan golongan kerabat diraja. Perasaan dendam dan hasad dengki menguasai diri. Hinggakan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Cerita ini lebih kepada jarum kait yg diperbuat drpd emas. Menjadi salah satu senjata membunuh Putera Mahkota. Kait yang sgt berbahaya kerana sering dahagakan darah. Dlm cerita ini, aku agak lost. Sedikit pening dgn jln ceritanya. Boleh dikatakan semua mempunyai niat terselindung masing2 demi kepentingan diri sendiri
.

Primadona - Rhea

- aku sukakan cerita ini. Manisah. Seorang primadona. Sering menjadi watak utama dlm pementasan teater. Namun, tiba2 dia meninggal ketika dlm pementasan teater. Khabarnya, dia membunuh diri kerana tdk lg memegang watak utaman dlm teater. Tekanan hidup menjadikn dirinya sebegitu nekad. Namun benarkah khabar itu? Pada akhir hayatnya, dia memakai sepasang kebaya putih. Bertahun berlalu. Pementasan teater kembali aktif. Watak utama adalah Linda. Dia menjumpai kebaya putih milik Manisah. Lalu dipakainya. Ketika pementasan, Linda turut terkorban. Ada apa disebalik sepasasang kebaya Putih. Berturut2 kematian melanda. Apakah benar, kebaya putih mempunyai pendampingnya? Apakah benar roh Manisah tdk aman? Plot twist amat tidak dijangka. Serius best
.
9 reviews1 follower
March 8, 2021
Kebaya telepok merah (Maria Kajiwa)
Seperti biasa ,Maria Kajiwa jarang mengecewakan peminat karya beliau.Walaupun ceritanya agak ringkas namun tetap puas membacanya.

Kait Inang (Syasya De Luna)
Membaca karya yang ini terasa mcm dejavu.Macam kenal je beberapa watak yang disebutkan.Rupa rupanya pernah terbaca cerita pasal watak yang serupa dalam Projek Seram Istana : Wujud,karya penulis yang sama.Jadi tiada masalah untuk menghadam karya beliau.Namun cerita agak tergantung.Mungkin ada sambungan di mana mana?.

Primadona (Rhea)
Pada saya satu idea yang menarik.Plot twist yang tak terjangka juga.

Kesemua karya dalam kebaya ni memang best.Tapi kalau disuruh pilih satu antara tiga,paling suka Kebaya Telepok Merah.

Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
February 18, 2021
Penulisan Maria Kajiwa memang tidak pernah mengecewakan. Jalan cerita yang kemas dan susun atur ayat menggamit minda untuk terus masuk dalam suasana kejadian. Kalau jadi novel solo pun lagi bagus.

2 penulis yang lain, boleh diperbaiki watak²nya, beberapa watak yang tak bersangkutan dan agak keliru di situ.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
May 14, 2021
3 cerita dari 3 penulis yang berbeza mengenai kebaya.. Bagaimana mereka kebaya untuk dijadikan cerita memang patut dipuji.. Setiap penceritaan ada caranya yang tersendiri.. Ketiga-tiga cerita yang disampaikan seronok dibaca cuma ceita kedua seolah-olah akan ada sambungannya kerana sedikit tergantung.. Apa pun kesemuanya best..
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
March 18, 2022
1. Kebaya Telepok Merah

Hoi! Ntah nape seram plak aku rasa cite ni. Hahahaha. Baca memalam buta. Tutup udahnya. Kak @novelismariakajiwa nice one!! Best giler.

2. Kait Inang

Maaf, tak habis baca. Garu garu kepala.

3. Primadona

Best gak. Twist dia aku tak sangka. Good job Rhea!
Profile Image for Eizalicious Noir .
28 reviews
December 2, 2025
🪡 KEMBARA MISTIK KEBAYA

📖 KEBAYA TELEPOK MERAH ✍️ Maria Kajiwa

Kerana cinta yang tak kesampaian, hati Mustafa jatuh merana. Bukan salah jatuh cinta — tetapi bila bukan jodoh, jangan dipaksa hati. Kekosongan dan putus asa itulah yang bahaya… selalu ada makhluk yang menunggu peluang untuk memperdaya.

Mustafa, seorang pedagang berjaya, langsung tak menyangka lamaran terhadap anak sahabat baiknya ditolak dengan angkuh. Hubungan renggang, dihina pula. Luka itu membuat dia jatuh sakit, kecewa, dan bernanah dengan dendam.

Di saat itu… muncul seorang perempuan.
Dia menawarkan bantuan — dengan janji yang tidak boleh ditarik kembali.

Walau hati remuk, Mustafa tetap menyiapkan kebaya telepok merah — tempahan terakhir daripada gadis yang pernah menggetarkan hatinya. Dia diajar menyulam dengan membawa segala rasa: kecewa, marah, dendam. Kebaya itu siap… terlalu indah.
Tetapi ada sesuatu yang terikat bersama benang-benang itu.

📖 KAIT INANG ✍️ Syasya De Luna

Sebuah kebaya lama dari zaman diraja, sepatutnya dipamerkan — tetapi sebelum sempat mendarat, pelbagai insiden menyeramkan berlaku. Kerasukan, bayangan wanita, dan trauma yang menghantui Kuzaidah.

Kebaya yang dikenali sebagai Kait Inang itu dijaga sejak turun-temurun oleh penjaga sementara, membawa rahsia yang tak mahu dibongkar. Yang membuatnya lebih aneh — ia dikait menggunakan rambut manusia.

Kini kebaya itu kembali kepada Kuzaidah, waris yang sepatutnya menjaganya. Dia berusaha keras menyiapkannya untuk pameran muzium… tetapi semakin dia dekat, semakin kuat sesuatu yang bangun bersamanya.

Mampukah Kuzaidah menyempurnakan hasrat itu?
Dan apa sebenarnya hubungan dia dengan Kait Inang?

📖 PRIMADONA ✍️ Rhea

Satu demi satu kematian berlaku selepas persembahan — semuanya selepas memakai kebaya yang sama, bagaimana mereka memiliki kebaya milik primadona terkenal suatu masa dahulu ? Peliknya, En. Ghaffar langsung tidak ambil tahu.

Kematian primadona itu dulu sendiri penuh tanda tanya.
Adakah semua desas-desus itu benar?
Atau hanyalah fitnah yang membunuh sekali lagi?

Seperti biasa, karya Rhea tak pernah mengecewakan — penuh plot twist yang buat kita terdiam:
“Oh… patutlah.”

#KembaraMistikKebaya #FajarPakeer #MariaKajiwa #SyasyaDeLuna #Rhea #EizaliciousNoir
Profile Image for Mazila.
106 reviews13 followers
March 28, 2024
Tiga cerita dari tiga orang penulis. Ketiga-tiga cerita berkaitan dengan baju kebaya yg mempunyai sejarah tersendiri.

1. Kebaya Telepok Merah ~ Maria Kajiwa

Mengisahkan cinta Mustafa seorang tukang jahit telah ditolak oleh saudagar kaya iaitu Badlishah yg menganggap Mustafa tidak setaraf dari segi keturunan utk menyunting anak gadisnya Junaidah. Hinaan yg telah Mustafa terima membuatkannya jatuh sakit tetapi kehadiran Musalmah telah berjaya menghasut Mustafa utk membalas dendam. Sihir dikirim melalui baju kebaya yg ditempah utk Junaidah. Sehinggalah pd masa sekarang kebaya tersebut masih hidup sumpahan Mustafa tak pernah hilang. Apa kaitan Afnan dengan Mustafa sehingga dia menjadi mangsa?

2. Kait Inang ~ Syasya De Luna

Aku agak lost utk cerita ini. Aku tak faham hala tujunya ke mana. Aku tak faham apa yg cuba disampaikan oleh penulis. Semuanya berkaitan dengan jarum kait yg sentiasa dahagakan darah.

3. Primadona ~ Rhea

Manisah merupakan seorang primadona yg sentiasa menjadi watak utama dalam pementasan teater. Bila usia dia meningkat, dia telah dipinggirkan. Pd pementasan terakhir Manisah sbg watak utama, dia telah mati di atas pentas dgn memakai sepasang kebaya putih kegemarannya. Katanya Manisah bunuh diri. Beberapa tahun kemudian, Linda telah menemui sepasang kebaya putih milik Manisah. Linda juga terkorban. Berlaku lagi beberapa pembunuhan Apa yg berlaku sebenarnya? Adakah roh Manisah tidak tenteram dan cuba membalas dendam?
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
February 6, 2021
Kembara mistik 2.0 : kebaya (152 m/s)

3 cerita #kebaya dari 3 penulis.

Kebaya telepok merah - Maria Kajiwa
Kisah dendam seorang tukang jahit apabila lamarannya ditolak mentah2 okeh seorang saudagar. Dendam yang tak berkesudahan hinggakan cucu cicit masih perlu berhadapan dengan natijahnya. 4🌟

KAIT INANG - Syasya De Luna
Tak tau kenapa mommy tak boleh nak faham cerita yang nak disampaikan penulis. Keliru pun ada.😅

PRIMADONA -Rhea
Kisah seorang primadona yang mati ketika pementasan teater. Kematiannya menyebabkan auditorium tersebut ditutup sementara. Beberapa kematian melibatkan pelakon perempuan turut dikaitkan dengan sepasang kebaya bersulam emas kepunyaan primadona tersebut. Di sebalik cerita dan kisah misteri yang berlegar, terselit satu kisah yang tiada siapa tahu. Semuanya terbongkar di akhir cerita. 4🌟
Profile Image for Ezan Ezany.
57 reviews
June 23, 2022
[REVIEW- Kembara Mistik 2.0 Kebaya by Maria Kajiwa, Syasya De Luna & Rhea]

3/5⭐️

3 kisah seram dari 3 penulis.
🖌Kebaya Telepok Merah (Maria Kajiwa)
Cerita yg mengisahkan imbas semula masa. Agak releven & trajis. Pengajarnnya jangan lakukan perkara yang dilarang oleh orang tua keran pasti ada natijahnya..

🖌Kait Inang (Syasya De Luna)
Cerita yang kurang difahami & terlalu banyak watak dalam penceritaan. Pengakhiran juga agak tergantung. Antara cerita yang paling kuréng antara ketiga-tiga cerita.

🖌Primadona (Rhea)
Cerita yang straightforward. Menarik & tidak membosankan. Pengakhiran cerita juga tidak disangka-sangka 👍🏻👍🏻

Looking forward for next edition🤙🏼

#fajarpakeer #kembaramistik #kembaramistik2.0 #kebaya #bookstagrammalaysia #bukuseram #bookstagram #rhea #mariakajiwa #syasyadeluna
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews9 followers
December 28, 2021
3 cerita dalam buku ni. Semuanya bertemakan kebaya & mistik.

1⃣ Cerita 1 by Maria Kajiwa (4 🌟)
-menarik, dan tak mengecewakan seperti biasa. Penulisan kak MK memang tidak boleh disangkal lagi. Kisah yg penuh pengajaran tentang dendam dan cinta antara dua darjat.

2⃣ Cerita kedua by Syasya de Luna (2 🌟)
-kisah berlatar belakangkan istana dan zaman dahulu, sejujurnya menarik tapi aku agak lost dan kurang faham dengan jalan penceritaan, hingga tamat cerita aku masih blurr 😅

3⃣ Cerita ketiga by Rhea (4 🌟)
-kisah misteri kematian seorang primadona teater dan dirungkaikan pada masa kini. Plot twist dia sangat tak terjangka.

*****overall keseluruhan cerita dalam buku ni sedap untuk dibaca dan tahniah buat semua penulis. 3.5 🌟 untuk keseluruhan buku ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
17 reviews
December 25, 2024
Sebenarnya, beli buku ni semata-mata sebab nak baca karya Puan Maria je. Dan memang tak rugi baca karya beliau.

Cumanya, karya lagi dua agak kurang umph. Macam boleh agak jalan ceritanya.

Buat Puan Maria Kajiwa, moga nanti akan ada sebuah buku (lebih pun tak apa) yang menghimpunkan cerpen-cerpen seram puan.
Profile Image for Nurharniza.
9 reviews
July 3, 2023
Maria Kajiwa je best sbb flow cerita dia kemas, yg lain tu ok ok saje.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.