Jump to ratings and reviews

Datuk Onn yang Saya Kenal

Ahmad Boestaman

Membaca karya Ahmad Boestman ini tentunya memberikan kepuasan intelektual yang tiada terperi. Hamka pernah mengungkapkan, citra intelektual itu terjalin dalam jiwa pengarang, iaitu (penulis) yang dapat mengeluarkan fikiran dari budi bahasa dan buah penanya. Luas pengetahuan, pengalaman, pergaulan dan lapang pula dadanya terhadap kritikan.

Seorang intelektual mempunyai gaya tersendiri yang menjadi keperibadiannya, lidahnya fasih, jelas
tutur keterangannya dan segala perbuatannya dapat dijadikan contoh.

Tentu semua ini dapat menjadi guru pada bangsanya, pendidik budi pekerti yang mulia dan paling bermakna walaupun dia duduk dalam majlis yang tinggi (bersama pemimpin negara), jiwanya tetap bersama rakyat kebanyakan.

Begitulah sekelumit rasa mengenai buku yang terhasil daripada kompilasi 10 rencana bersiri, disiarkan di Harian Watan bertarikh antara 20 Mac-10 April 1979; bercerita mengenai tokoh pejuang-intelektual bangsa nukilan Datuk Ahmad Boestaman bertajuk “Datuk Onn Yang Saya Kenal”.

Walaupun isi kandungannya sekadar 82 muka surat, Ruhi Hayat nama pena lainnya bagi Datuk Ahmad Boestaman, mengatakan Datuk Onn hanyalah sekadar kawan dalam politik. Tidaklah sampai rapat sebagai rakan seperjuangan. Pada Ahmad Boestaman, kawan adalah sekadar teman seiring jalan, jauh sekali sebagai sahabat karib sama meratap, menangis, ketika menghadapi detik-detik sukar; bergembira berketawa di mana sahaja.

Datuk Ahmad Boestman menggambarkan Datuk Onn sebagai seorang pembaca yang tegar dan tekal. Malah keasyikan Datuk Onn membaca tidaklah sekadarnya tetapi dihadam dan difahami sepenuhnya serta disematkan dalam fikirannya. Dengan jalan begini, penuhlah didadanya segala ilmu pengetahuan sehingga menjadi seorang yang serba tahu.

Ulasan saya kali ini terarah pada keintelektual dan budaya membaca yang telah diterangkan oleh Datuk Ahmad Boestman tentang Dato Onn. Sudah pasti, apabila membicarakan tentang kedua tokoh ini, tidak dapat dipisahkan mengenai seputar perkembangan- PKMM, UMNO, API, Parti Negara dan Parti Rakyat.

Semoga di lain kesempatan, saya dapat berkongsi lagi penceritaan oleh Datuk Ahmad Boestman tentang Datuk Onn berkenaan pergolakan politik terutama di ambang penentangan Malayan Union, peletakan jawatan Datuk Onn dalam UMNO, serta terkeluarnya PKMM dari PEKEMBAR.

85 pages, Paperback

First published January 1, 1979

Loading...
Loading...

About the author

Ahmad Boestamam

29 books9 followers
Ahmad Boestamam (nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (50%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
1 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Najihah.
60 reviews50 followers
July 16, 2026
"Ahli politik yang sebenarnya, yang tulen, beginilah harus sikapnya, bukan seperti baling-baling di atas bukit kemana angin bertiup ke situlah mengadapnya atau seperti daun lalang yang condongnya mengikut angin semata.

Dato' Onn sedikitpun tidak menghiraukan penderitaan, kesukaran, kegagalan dan seumpamanya yang harus ditempatnya kerana sikapnya ini. Dia tetap terus berjuang juga walaupun, misalnya, dia terpaksa berenang melawan arus. Bukankah sikap "anak jantan" seperti ini jarang-jarang boleh ditemui. . seribu payah satu?"
Profile Image for Muhammad Ridwanto Syaful Anwar.
3 reviews
January 18, 2021