Bacaan kali ini sedikit berat, namun ia menambah banyak ilmu seputar dunia tasawuf pada saya. Beberapa tahun lepas, saya ada menghadiri beberapa daurah, iaitu oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani yang mengajarkan tentang dasar-dasar pemikiran ilmu tasawuf, antara syariat dan hakikat, dan juga daurah Maulana Wan Mohd Aswadi yang membicarakan ilmu tasawuf peringkat pemulaan menggunakan kitab Penawar Hati oleh Syeikh Abdul Kadir Al-Mandili. Setelah membaca dasar pemikiran Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini, saya amat bersetuju bahawa tasawuf yang perlu diutamakan lebih bersifat amali dan akhlak, bukan teori dan falsafah. Yang demikiannya lebih sesuai untuk masyarakat umum dalam kalangan umat Islam.
💭 Di bahagian pendahuluan, penulis menyatakan bahawa kandungan buku ini sebahagian besar disusun daripada kandungan tesis beliau di peringkat Ijazah Dr. Falsafah. Bagi pendapat saya, beliau telah berjaya menghurai dan menganalisis pemikiran tasawuf Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dengan baik. Saya amat suka dengan pandangan dan pendapat Syeikh yang penuh kesederhanaan. Namun, buku ini bukanlah sesuatu yang sesuai dibaca dalam keadaan minda yang belum bersedia atau mempunyai bias terhadap sesuatu pihak yang mengamalkan ilmu tasawuf.
💭 Saya syorkan buku ini kepada anda sekiranya anda mahu membetulkan salah tanggap terhadap ilmu tasawuf supaya tidak keterlaluan dalam mempertahankan tasawuf, dan juga tidak melulu mengkritik tasawuf kerana seperti yang diketahui, pendakwah sufi yang beramal dan berpegang pada pengalaman tasawuf masing-masing tanpa terikat dengan sumber syariat yang menjerumuskan orang awam kepada ajaran sesat seakan tumbuh seperti cendawan. Na'uzubillahiminzalik 😭
❤️ Anda boleh dapatkan buku ini di laman web @kedaibookcafe , Shopee @bukupts atau Shopee @kedaiborongpts . Terima Kasih PTS!
❤️ Btw, I just dropped a new booktube video today! feel free to watch!