Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Si Kembar #1

Hikayat Si Kembar 1: Permulaan Galur Alam Siguntang

Rate this book
Dunia jin digambarkan sebagai dunia yang seakan dunia nyata di sekeliling kita. Berhutan, berpenghuni dan sangat luas. Mendorong dua kembar kacukan jin manusia, Ahmad dan Muhammad beserta adiknya Zaleha, menelusuri liku takdir hidup mereka.

Setelah kedua ibu bapa mereka, Merdu dan Megat, dibunuh oleh pemimpin jin yang tidak beragama, Tok Bakawali dengan kejam. Mereka terpisah dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Muncul dua jin harimau datuk, Geruh dan Guntur, memimpin ketiga mereka dalam keterpisahan. Di kala itulah mereka bertiga sedar bahawa takdir yang menanti mereka, akan membawa mereka sangat jauh dengan liku yang amat kejam dan gelap.

Pengembaraan ini amat menyayat hati.
Pengembaraan ini amat meruntun jiwa.
Pengembaraan ini menuntut semangat sehabis daya.
Pengembaraan ini turut bersulam suka dan tawa.

Siri pertama dari keseluruhan trilogi mistik purba ini akan membawa jiwa kalian ke alam yang di luar jangkaan, luar dari kebiasaan.

464 pages, Paperback

First published January 1, 2021

17 people are currently reading
111 people want to read

About the author

Mohd. Faizullizam

8 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
57 (68%)
4 stars
19 (22%)
3 stars
6 (7%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 30 of 34 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
February 3, 2021
pertamanya, sangat suka dengan novel ini sebab ia mesra pembaca. saiz besar, pemilihan kertas yang buat naskhah ini jadi ringan dan sangat sesuai buat yang tak suka helaian buku jadi terkelepot atau tulang buku rosak sebab bukaklah macam mana cara, masih elok kejadian.

itu serba sedikit tentang fizikal buku. jom masuk isi cerita.

genrenya akak rasa lebih kepada fantasi misteri purba. buat yang suka genre sebegini, memang akan rasa sangat seronok baca. tapi buat yang nak cuba baca genre sebegini pun sangat disyorkan. kisah yang diolah oleh tuan penulis Mohd Faizullizam taklah susah hendak difahami. mampu buat pembaca bergerak bersama setiap perjalanan cerita. buat yang suka berfantasi dan mampu membayangkan setiap watak, ha... memang mampu buat kita teruja.

ahmad dan muhammad, si kembar yang berketurunan kacukan jin dan manusia. kelahiran mereka sangat digeruni oleh pemimpin dunia hitam. tok bakawali diberitahu oleh pakar peramal yang akan lahir pasangan kembar yang mampu memusnahkannya. justeru dia membunuh dengan harapan ramalan itu musnah. cuma sedikit alpa sebab ada yang terlepas.

itu sebab awal kisah megat dan merdu yang berjuang menyelamatkan anak-anak mereka, ahmad, muhammad dan bayi yang baru lahir, zaleha. mereka dibunuh. ahmad terpisah dengan dua adiknya itu tapi bernasib baik kerana geruh dan guntur ada bersama mereka.

mereka membesar dengan sangat baik bersama penjaga mereka walaupun terpisah. personaliti dan perwatakan kembar itu juga diperjelas dengan sangat baik. ahmad lebih garang dan tegas dan terserlah keperwiraan manakala muhammad lebih lembut dan teliti.

perjalanan kehidupan mereka yang diburu tok bakawali sangat 'penuh'. cara mereka mendapat kelebihan dan menuntut ilmu pun buat pembaca sangat seronok baca. memang rasa wah... banyak sungguh nama aksi. dengan jenis silat, jenis pergerakan.

watak yang diwujudkan memang banyak. kisah epik sebegini memang perlu banyak watak 'pembantu' untuk perjelaskan kehebatan watak utama. kalau tidak, macam mana nak tunjuk tentang perkembangan dan kemajuan watak ahmad dan muhammad itu, ye tak?

sedikit lagi kisah mereka. kehebatan mereka berdua makin jelas. ahmad dan muhammad lebih tahu tentang kelebihan masing-masing. dan makin jelas tok bakawali mahu mereka musnah. satu peristiwa berlaku buat geruh mati dan zaleha dibawa lari.

haa... jangan ingat kisah ini habis dalam 456 muka surat ya. ini baru bahagian pertama. kalau ikut naskhah ini akan muncul dalam trilogi.

akhir babak untuk bahagian pertama ini, tok bakawali dapat mengesan kelebihan zaleha. ahmad dan muhammad berjaya dalam pertempuran hebat dan mereka meneruskan perjalanan untuk mencari adik mereka.

ada satu watak yang sebenar menggerakkan kisah ini. siapa? ha... kena baca.

jangan lupa. ada satu lagi watak. pak shuib yang bertindak sebagai penglipurlara yang membuka kisah kepada boboy dan fitri.

kita tunggu naskhah yang seterusnya.
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 19, 2021
Buku pertama dalam trilogi Hikayat Si Kembar, sebuah novel epik-fantasi yg berlatar belakangkan zaman medieval Melayu. Cara penceritaan novel ni unik, ala2 diceritakan oleh penglipur lara. Plotnya juga sungguh menghiburkan, penuh dengan elemen2 slice of life, drama, dan scene2 aksi pertarungan yg epik. Ilmu-ilmu pertarungan yg diceritakan di dalam novel ni (seperti kipas nandung, puasa pati geni) pula kebanyakan memang wujud suatu ketika dulu, menunjukkan penulis banyak melakukan kajian sebelum menulis. Tak sabar nak menunggu buku kedua trilogi ni nanti.

Novel ni mengisahkan tentang kisah hidup sepasang kembar kacukan jin dan manusia bernama Ahmad dan Muhammad. Selepas kedua ibu-bapa mereka dibunuh atas arahan ketua jin jahat bernama Tok Bakawali, mereka berdua dan adik perempuan mereka, Zaleha telah dijaga dan dilatih oleh dua jin harimau datuk bernama Geruh dan Guntur. Dengan bantuan beberapa rakan yg lain (seperti Tok Long Chik dan Jejaka), mereka berdua harus berusaha untuk menghentikan kejahatan Tok Bakawali seperti mana yg telah tercatat dalam ramalan. Tanpa disedari, wujud satu pihak lain yg seolah-olah telah mengatur persengketaan antara kedua-dua belah pihak itu...
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews42 followers
May 18, 2024
Ahmad dan Muhammad sepasang kembar kacukan manusia dan jin. Setengah ibu bapa mereka terbunuh, mereka pula terpisah. Mujurlah masing-masing bertemankan Geruh dan Guntur 2 jin harimau yang mengajarkan pelbagai ilmu kepada mereka.

SH sukakan bagaimana cerita ini bermula bak cerita yang keluar dari mulut penglipur lara. Cerita yang diceritakan oleh seorang datuk kepada cucu-cucunya untuk dijadikan hiburan. Seolah-olah benar-benar sebuah hikayat lama yang diturunkan dari mulut ke mulut.

Jalan cerita memang sangat menarik. Ada turun naiknya. Dah macam meredah ombak membaca kisah ini. Bila ombak meninggi, SH sebagai pembaca turut merasai ketegangannya. Emosi juga turut naik dan turun bersama perjalanan cerita.

Watak Ram masih lagi menjadi teka teki. Banyak persoalan yang masih berlingkar di sekiranya. Kalau Tok Bakawali memang terang-terang jahatnya. Yang ni pula masih tak tahu jahatnya di mana. Masih banyak cerita yang belum terbongkar.

Dan SH suka bagaimana dalam kehebatan sang kembar tetapi juga terdapat kelemahan dan kekurangan mereka yang sangat menepati ciri seorang insan. Tiada yang sempurna. Ahmad dengan sifat tidak sabar dan gelojohnya. Muhammad pula bermula dari seorang penakut namun perlahan-lahan sikap itu menghilang. Dia juga kurang tegas dalam membuat keputusan.
Profile Image for Lyza Amran.
19 reviews3 followers
February 27, 2022
Untuk aku, novel ni memang best.

Best plak baca novel ber hikayat sebegini. Kita d bawa menelusuri ke suatu zaman yang ala2 magika, dongeng, mitos.

Ahmad, Muhammad, pasangan Kembar Merdu dan Megat. Susur galur keturunan Jin dan Manusia ( atau alam bunian?)

Kembar di buru. Hilang ibubapa. Dibesarkan oleh harimau jadian. Fuhhh, memang layan sangat novel sebegini. 💞💞💞

Cuma yang tak best tu, sound effect novel ni banyak sangat sampai terasa annoying gak la.

Bam bam bam - meja kena tepuk bunyi macam ni, masa lawan2 kena pukul bunyi macam ni. Nak bukak kekuda pun bunyi macam ni.

Tap tap tap- hentak tongkat, lampu pecah, air menitik bunyi gini lak.

Zusss zass zusss - kepala kena pancung, angin bertiup, pendekar menghilang

Sangat menganggu pembacaan aku. Sebab aku terpaksa berpikir banyak kali bunyi2 ni mewakili pergerakkan yang mana.

Pembaca lain aku tak tahu la, tapi aku pabila membaca, terus terbayang aksi. Jadi pabila kepala otak ni konpius nak membayangkan aksi, aku jadi serabut.

So bagi aku, sound effect sebegini sangat menganggu kecuali kita baca komik.

Yang lelain, superb. Now nak sambung Hikayat ke2 lak.
Profile Image for Rara_83.
194 reviews1 follower
January 6, 2026
Hmmm…It was good in the beginning..but here are my points..

- byk stories within stories..byk plak character yg nk diperkenalkan..da jd redundant plak..

- cerita mcm lebih ke Muhammad si adik. but Ahmad si abang, tetibe da terer. pastu saat pertemuan selepas bertahun terpisah i rase..:' Lah..mcm ni je ke?' .. xde mcm a moment berdua je antara dorang ni and sembang hati ke hati..like xde touching moment..xde moment si Abang merindu2 adik die Zaleha yg terpisah dr baby kot..haihh...(but mebbe its just me)

- I terganggu sgt la dgn sound effect yg byk sgt..babak pertarungan rs repetitive..

- Too many dialog tanpa menerangkan keadaan atau the environment of keadaan yg tgh berlaku..

- Mmg xde perkataan lain ke yg boleh ganti 'MENYERINGAI" ? mcm byk kali sgt perkataan ni digunakan oleh author smpai i jd cringey da tgk this word..

STILL I THINK THE STORY IS GREAT..I da terbeli book 2...so kn la baca jugak..
Profile Image for Nad.
375 reviews3 followers
January 17, 2024
Penggunaan 'zap' 'hah' dan banyak lagi sangat sangat buat aku tak focus nak baca buku ni. Dan nak habis cerita terlampau banyak watak tak boleh nak focus.

Re-read and 4 stars.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
November 14, 2025
Hikayat Si Kembar 1: Permulaan Galur Alam Siguntang oleh Mohd Faizullizam adalah permulaan trilogi epik fantasi Melayu yang membawa pembaca jauh ke dalam dunia purba yang kaya dengan mitos dan mistik Nusantara. Buku ini mengisahkan perjalanan penuh kepedihan tiga beradik yatim piatu — Ahmad, Muhammad, dan Zaleha — yang terpaksa berdepan dengan takdir pahit selepas ibu bapa mereka dibunuh oleh pemimpin jin jahat, Tok Bakawali. Kisah ini bukan sekadar pengembaraan; ia adalah naratif tentang kehilangan, dendam, dan pencarian identiti, di mana sempadan antara alam manusia dan jin kabur. Plot yang pantas dan mendebarkan ini berjaya menarik pembaca sejak halaman pertama, menjadikannya satu pengalaman yang sukar diletakkan.

Salah satu kekuatan utama novel ini adalah kebolehan penulis membina dunia fantasi yang berakar umbi tempatan. Berbanding fantasi Barat, Mohd Faizullizam menggunakan latar zaman Melayu medieval dengan merujuk kepada makhluk mistik, cerita dongeng, dan budaya tempatan yang autentik. Rasa 'Nusantara' ini diperkuatkan lagi melalui gaya bahasa yang unik, yang digambarkan seperti gaya seorang penglipur lara tradisional—bersahaja, mesra, tetapi penuh dengan daya tarikan. Kombinasi ini menghasilkan karya fantasi yang menyegarkan dan memberikan identiti tersendiri yang sangat diperlukan dalam kesusasteraan tempatan.

Selain pembinaan dunia, pembangunan watak, terutamanya si kembar dan adik mereka Zaleha, adalah tunjang emosi yang kukuh. Walaupun buku ini sarat dengan aksi pertarungan yang ganas dan epik, inti kisah adalah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan ikatan kekeluargaan yang tidak dapat dipisahkan. Penulis berjaya memaparkan kesengsaraan dan kebangkitan watak-watak ini secara realistik, dibantu oleh watak-watak sokongan yang kuat seperti jin harimau, Geruh dan Guntur. Watak-watak ini memberikan panduan dan dimensi moral kepada kisah si kembar, sekali gus mengelakkan cerita daripada menjadi terlalu gelap.

Perlu juga diakui bahawa buku ini mempunyai sedikit celaan teknikal terutamanya berkaitan isu penyuntingan atau penggunaan sound effect yang berulang dalam adegan aksi. Namun, kelemahan kecil ini tidak cukup untuk mengganggu kualiti keseluruhan penceritaan yang padat dan menarik. Pacing naratif yang laju dan penggambaran aksi yang terperinci berjaya mengatasi isu-isu kecil ini, memastikan saya kekal fokus pada perjalanan dan takdir si kembar dalam menempuh dugaan yang menghampiri.

Kesimpulannya, Hikayat Si Kembar 1: Permulaan Galur Alam Siguntang adalah karya yang berani, mendebarkan, dan wajib dibaca oleh peminat fantasi. Ia bukan sahaja menawarkan pengembaraan yang mengasyikkan tetapi juga kejayaan dalam mengangkat elemen budaya tempatan ke pentas fantasi epik. Dengan rating penuh 5 Bintang daripada saya, buku ini telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dan menjanjikan siri yang hebat. Saya amat mengesyorkan novel ini kepada sesiapa yang mahukan fantasi aksi dengan jiwa Melayu yang kuat.
Profile Image for KynaJusob .
16 reviews
October 9, 2024
Saya rasa dah lama tak jumpa karya tempatan yang sebegini. Setiap pembaca ada seleranya dan selera saya HSK

Perkara pertama yang saya suka ialah watak. Penulis menonjolkan dua watak utama, Ahmad dan Muhammad tanpa mengabaikan watak-watak yang lain. Jujur, saya penat membaca kebanyakan karya yang terlalu fokus kepada watak utama sehingga ia seperti "one-man show". HSK memberi nafas baru untuk bacaan saya.

Kita dapat lihat peranan setiap watak dalam membantu Ahmad dan Muhammad. Ada perkara yang mereka tidak mampu lakukan dan ada sisi kelemahan mereka yang memerlukan bantuan dari yang lain. Bila watak-watak ni sentiasa bersama melalui susah senang, pembaca dapat melihat satu ikatan kekeluargaan walau tidak berkongsi darah.

Hatta, watak antagonist pun ditulis dengan baik. Bagi saya, satu cerita itu epik bila antagonist dan protagonist memiliki kekuatan yang hampir setara sehingga kita tidak dapat membaca akhir pertarungan mereka. Ia akan bantu kita rasa berhati-hati dalam menjangka plot cerita.

Kedua, saya suka gaya penulisan penulis. Ada sentuhan emosi, lawak yang bersahaja dan kita dapat bezakan intonasi setiap watak melalui dialog yang diketengahkan.

Buku ini banyak aksi, jadi penulisan yang straightforward memudahkan saya terjemahkan dalam khayalan. Kekadang ayat berbunga ni meletihkan otak saya sebab saya kena tafsir ayat tersebut kemudian baru bayangkan. Jadi saya suka penulis memilih gaya cerita yang bersahaja dan straight forward.

Ketiga, saya suka konflik yang diketengahkan. Perebutan kuasa dan mencari kebenaran.

Scene yang paling saya suka ialah Guntur memujuk Ahmad yang tersilap langkah

"Aku tetap merasakan bangga kerana membesarkan kamu"

Terus menitis air mata saya sebab buku pertama banyak fokus kepada Muhammad dan Geruh kalau menurut saya. Jadi, kita tak banyak melihat hubungan antara Ahmad dan Guntur. Tambah plak Guntur tu dingin giler. Jadi, kata-kata itu lebih berat nilainya bila datang dari Guntur.
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
March 3, 2024
Dah bacaaaa. Walaupun harganya keras, bukunya tebal, aku gigih baca sampai akhir. Hahaha

Mungkin kerana dahagakan buku2 bercorak fantasi penulis Melayu, aku cuba ambil risiko beli buku 3 ni sekaligus. Oh, sebab dah baca buku penulis sebelum ni, Tok Alang, jadi berani la ambik pakej tu. Tak mengecewakan dr segi plot. Mungkin aku sedikit jengkel dengan perkataan buargh yang banyak diletak dalam cerita apabila plot berlawan berlaku.

Aku rasa dari segi bahasa penulis, beliau menulis secara bersahaja, tidak terlalu meleweh. Nasib baik mampu tahan diri dr habiskan baca buku ni dal masa sehari. Kalau tak, naye mat nak koje, mata pejam. Hilang ikut Tok Rimau Guntur 😂😂😂
Profile Image for Rin&Page.
10 reviews
February 4, 2024
Buku ni sangat² best dan dia tulis dengan sangat kemas alur cerita nya. Tak menyesal saya beli buku ni walaupun randomly pilih hahhaha, insyaallah akan beli buku kedua dan ketiga pulak nnt. Tk sabar nk sambung perjalanan si kembar, bnyk lagi rahsia yang belum terungkai perihal zaleha, ram dan sang pencerita.
Profile Image for Elle Houri.
81 reviews1 follower
January 20, 2024
Terbaik! Best! Fast paced! Tak rugi beli dan baca. Sebenarnya dah lama beli buku ni. Tapi baru tahun ni terbuka hati nak baca. Tu pun sebab dah pre order Hikayat Panglima Hitam.
Tak sangka buku ni best. Berbaloi dibaca.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
October 10, 2023
"Dua jiwa satu hati, menggegar gempita mengubah dunia, takdir menanti, meruntuh duduknya sang malapetaka."

🔸🔸🔸

Sebuah kisah pengembaraan si kembar — Ahmad & Muhammad bersama adik perempuan mereka, Zaleha dalam mengharungi kehidupan yg terlalu mencabar di hutan luas.

Kematian kedua ibu bapa mereka — Megat & Merdu — yg dibunuh oleh jin yg tdk beragama, Tok Bakawali dgn kejam mendorong adik-beradik kacukan jin manusia itu menelusuri takdir hidup mereka dgn dibantu oleh jin harimau datuk, Geruh & Guntur.

Kedua harimau ini menjaga & membesarkan mereka dlm keterpisahan. Sedari kecil, mereka harus bersedia mempersiapkan diru bagi menghadapi Tok Bakawali atas sebab ramalan yg dipercayainya, selain dia jugalah yg membunuh seluruh keturunan mereka!

🔸🔸🔸

Cerita ini sangat menarik krn penulis memuatkan unsur kasih sayang & kekeluargaan yg diadun dgn aksi pertempuran serta pertembungan antara dunia jin & manusia. Membaca kisah ini ibarat menonton sebuah filem yg mengujakan.

Saya tdk ada masalah dgn watak yg banyak dlm kisah ini. Bagi saya, setiap watak itu digarap dgn baik perwatakannya. Juga banyak situasi & aksi pertempuran yg berlaku & seperti tdk berkesudahan. Habis satu timbul satu lagi. Tak sempat bersantai & saya kira ianya menyeronokkan & tak jemu utk teruskan bacaan.

Namun, saya sedikit terganggu dgn 'sound effect' yg terlalu banyak ditulis di dlm buku ini. Contohnya seperti; Pap! Khh...khh...! Buarghhh! Busss! Huppp! Hukkk! Panggg! & beberapa lagi. Mungkin jika tidak terlalu banyak ditulis, akan lebih baik & smooth bacaan saya. (Tp ini bagi saya sj lah 😊)

Keseluruhannya, saya suka cerita ini. Penulis @joe_faizulz sangat kreatif & tinggi imaginasinya 👍. Cerita disampaikan seperti sebuah hikayat oleh Pak Shuib kpd cucu-cucunya. Tertanya-tanya juga saya, mungkinkah Pak Shuib juga ada kaitannya dgn si kembar?

4.8⭐

Jumpa pula di ulasan buku ke 2 🤓

🔸🔸🔸

" Gemala sukma bertaut janji. Lahir sang puteri, pengikat kasih. Penyimpan Citra Sari bertaut di hati."
Profile Image for Hamidah Effendi.
363 reviews1 follower
April 2, 2025
Apa yang boleh dikatakan, once dah baca kita tak akan berhenti. Ada banyak plot dalam buku ni.

✅️Selamatkan orang kampung, selamatkan wilayah yang cuba dirampas,

✅️Terpisah dengan keluarga, terpisah adik beradik,

✅️Pembunuhan ibu bapa dan orang2 yang melindungi,

✅️Pencarian diri, kuasa,

✅️Penculikkan adik,

✅️Dijaga oleh sang harimau, dijaga oleh musuh😅

✅️Duduk dalam hutan, alam jin dan alam manusia.

✅️Muslihat orang yang disangka assistant rupanya...ada sesuatu yang tidak diketahui...

Watak abg berbeza dengan adik, walau adik pada mulanya nampak main2 tapi bila diberi amanah dia lebih bertanggungjawab. Berbeza dengan abg nampak berani tetapi golojoh sangat.sabar tu kureng😆 zaleha pulak suci je budaknya tak faham dunia lagi..yg dia tahu bosan dan excited nak buat sesuatu.

Watak Ali tak payah ada pun tak apa kot..macam tak ada fungsi..tak taulah next buku...harap2 ada perkembangan baru watak Ali ni..mcm membazir kertas je dalam buku 1😅

Kebanyakan aku tak puas ati dengan Ram dan Ahmad. Buat masa ni.until next week kita pinjam buku 2 dan 3..👏👏👏insyaallah

☺️Kesimpulannya best baca..cuma tak suka dengan bunyi zass, bang,ting tong segala tulah..tak payah kot tulis serabut tgk...bersepah..lain2 lebih kepada adventure dan thriller..x seram pun..boleh baca malam2🤣🤣 x bosan,excitement tu lebih..
Profile Image for Noor Hidayah.
73 reviews6 followers
May 17, 2024
yup.. citer ni memang permulaan untuk sebuah hikayat si kembar ahmad dan muhammad, si anak yatim piatu dalam menentang kejahatan.. kadang aku kompius nama watak mane satu abg mane satu adik.. hahaha..

si kembar mempunyai kuasa yang istimewa terutama jika mereka bergabung. tetapi si abg yang agak lantang dan kurang sabar kadang2 menyebabkan masalah berlaku sehingga menyebabkan penjaga mereka mati. Si adik pula lebih tenang dan semakin lama semakin matang dilihat boleh menjadi pemimpin.

Best baca pengembaraan ni, macam tengok citer pendekar zaman dulu tu, yg boleh terbang2 tu.. huhu..
tapi aku stuck kat page last2 sebab peperangan tu terasa lama sangat... hahaha.. Dengan byk penulisan sound effect nya: bummp!! Dushdush!! arghhh!! ; kadang2 benda tu menganggu pembacaan. Kalau baca komik okey la. Tapi dalam komik ditulis pada lukisan kat latar. Kira tak kacau sangat pembacaan. *ini pendapat aku ye. lain org lain seleranya*

bapak ah lama aku baca buku.. buku besar dan tebal. citer thriller pulak tu.. nak baca kene fokus.. Next, aku approved utk pembelian siri #2..
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
February 4, 2025
Best gila
Tak membosankan
Cuma ada typo sikit .. kena baiki bab ni

Ahmad dan Muhammad kembar, kacukan Jin dan Manusia ... Punyai kehebatan yang paling hebat .. gabungan padu .. dijaga oleh Geruh dan Guntur.

Zaleha adik perempuan bongsu .. kaki bebel, garang tapi comel sampaikan Geruh tak berani nak bangkang ... Hehehe

Action non stop .. ada seram juga .. tapi tak terlalu sangat .. tak payah imagine sangat .. ye lah sebab lawan dengan Jin .. muka semua jenis pecah pintu ..

Tapikan benci betul dengan Ram .. bukan Tok Ram Gegar Vaganza tu .. banyak betul muslihat ... Ada udang sebalik mee ...

Then akan tertanya apa tujuan Tok Bakawali ajar Zaleha .. baik atau jahat ... Terbayang macam cerita kartun The Incredible, anak bongsu nama Jack Jack .. comel tapi dalam comel boleh tukar jadi setan .. hahaha tak percaya boleh baca ...

Watak Muhammad nampak jer lemah tapi diam-diam berisi .. cuma Ahmad jenis ikutkan perasaan .. rasa nak sepak jer ..

Rugi kalau tak baca .. beli dan baca .. boleh buat koleksi dan ulang baca lepas tu
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hidayah Azmi.
34 reviews
January 27, 2025
Sebuah buku mengceritakan tentang sebuah keluarga yang sangat hebat dan terjadinya sesuatu perkara yang menyebabkan kedua-duanya ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Maka bermulalah pengembaraan bagi 3 beradik adik. Pelbagai ujian yang telah meereka hadapi yang menyebabkan mereka menjadi lebih matang daripada sebelum ini. Dalam mencari usaha menyelesaikan masalah mereka banyak ujian yang telah mereka hadapi tetapi ada satu ujian yang besar yang mereka harus hadapi. apakah ujian itu? Bacalah novel ini, heheheh.

Penulisan buku ini? Superb, fast paced. Tiada scene-scene yang tidak perlu, ianya saling melengkapi setiap satu scene. Minat aksi? fantasi? Thriller? Alam bunian? anime? Buku ini ada semuanya, sangat ketagih membaca sebab kita ingin tahu apa yang akan terjadi. Watak yang disukai? tidak ada, sebab saya suka semua sehingga tidak mampu memilih yang mana terbaik. Setiap watak ianya saling melengkapi.
Profile Image for Casper Judati.
62 reviews2 followers
May 1, 2025
Kalau suka jalan cerita ala-ala anime macam Naruto atau filem-filem kungfu yang banyak aksi, ni mungkin sesuai untuk korang.

Poin-poin sepanjang aku baca novel ni :

1. Cakk!!, Buarghh!, Gduk! Gduk! Gduk!… aku tahu penulis nak suruh pembaca imajinkan bunyi-bunyi dalam penulisannya, tapi IMO, tak perlu. Bunyi-bunyi ni mencacatkan jalan cerita dan terasa cringe pula bila aku baca

2. Jalan cerita bagus. Details dan penulis berjaya bawa aku seolah-olah mengembara dalam novelnya.

3. Ada sesetengah adegan aku jadi keliru

4. Adakala kata ganti nama itu pun buat aku keliru.

5. Ada humor dalam novel ini. Aku terhibur.

6. Gaya bahasa penulis tak kaku tapi kalau tajamkan lagi cara penulisan mesti lagi mantap

7. Keseluruhan, aku suka novel ini walaupun ada yang ‘lopong’

8. Penulis pandai menulis babak aksi. Tapi bagi aku, terlalu drag. Kadang macam bosan baca bila lama sangat aksinya.

60 reviews1 follower
May 8, 2025
Hikayat Si kembar 📚
Rating : 4.2/5 🌟

Rasanya untuk first novel ni main character dia adalah Muhammad. I like the chemistry between Muhammad and Nyang Geruh. Ada kelaka, ada serious, ada kasih sayang.

Utk awal2 100 to 200 pages tu dia sangat straightforward je dri kisah mcm mana mak ayah dia meninggal, susur galur dia. Dan setiap scene group Muhammad bergerak membantu kampung2 dlm misi cari Zaleha dan Ahmad tu pon best.

Watak Ahmad geram sikit la masa ada conflict tu. Cuma fighting scene di hujung2 tu for me agak lama sikit compare dgn yg lain2. Words seperti Zass!! Cakk!! Zupp!! mcm tu kadang2 agak mengganggu sikit la for me. Kalau tak ade pun its okay.

Overall, worth it ke tak baca?? For me yes 👍🏻
Profile Image for Salmiah Awang.
20 reviews
February 3, 2025
Novel ni menceritakan tentang permulaan keturunan Raja Alam Siguntang. Ahmad dan Muhammad, adalah anak kacukan dari jin dan manusia. Karut betul. Hahaha

Megat dan merdu mempunyai dua anak kembar seiras Ahmad dan Muhammad. Ketika merdu mengandung anak ketiga, megat dibunuh. Merdu membawa anaknya bersembunyi untuk menyelamatkan anak-anaknya dari Bakawali.

Selepas melahirkan Zaleha, merdu pula dibunuh. Ahmad dan Muhammad terpaksa dipisahkan untuk lebih selamat.

Ahmad dijaga oleh guntur. Muhammad dan Zaleha dijaga oleh Guruh.
Guruh dan guntur ni adalah harimau datuk.
This entire review has been hidden because of spoilers.
1 review1 follower
February 21, 2022
Satu2 nya buku yang saya baca sampai habis dan tertunggu2 untuk buku part seterusnya buku ni memang best gila, sesuai untuk org yang sangat suka kan kejutan action dan banyak yang pengetahuan baru. Mmg the best
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
October 11, 2023
wahhh best sgt ni.. x sabar nak baca seterusnya.

suka sanga fizikal buku nyer.. like jenis kertas dan saiz buku dan tulisan. alangkah bagusnya klau semua buku kat malaysia ni saiz buku dan tulisan nye cam buku ni.
Profile Image for Kaiona.
17 reviews
January 31, 2025
Masa baca buku ni, rasa imaginasi berputar-putar membayangkan apa yg berlaku. Untuk bacaan ringan & santai. Jalan cerita tersusun & mudah difahami. Setting cerita, zaman dulu kala dlm alam Melayu. Recommended!
Profile Image for Nur.
19 reviews
February 10, 2025
Novel genre mistik yg best! Tp bukan utk light reading. Ad byk aksi perlawanan dlm ni, mcm baca buku dragon ball haha (bila tiba part lawan). Tp amat menarik jln cerita, tak sabar nk hbskan buku kedua n ketiga nanti ❤️
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
Read
April 13, 2025
I have found a new fav author! I'd really enjoyed reading his work. The witty and humour of the characters is absolutely amazing.
The fighting scenes are not boring and packed with Malay folklore beliefs.
Can't wait to read the next series
Profile Image for Tuts Rahim.
35 reviews
February 29, 2024
Jalan cerita yang sangat menarik,cuma penulis boleh kurangkan sound effects rasanya,terlalu menjengkilkan,jadi macam kita baca cerpen pulak,tapi overall best,cuma sound effect kena kurangkan.
Profile Image for AmiraAm.
6 reviews
January 19, 2025
Mind blowing. Tahniah penulis. Sedih bila Geruh meninggal. Tak sabar nak baca buku kedua.
Profile Image for WM Ajim MY.
3 reviews
January 3, 2026
Alhamdulillah, selesai sudah aku membaca buku 'Hikayat Si Kembar : Permulaan Galur Alam Si Guntang' a.k.a HSK1 setelah hampir 2 minggu aku menghabiskan bacaan aku ini. Dengan kesibukan kerja sebelah pagi dan keperluan outstation ke KL selama beberapa hari, masih sempat untuk aku menghabiskan bacaan ini yang satu ini.

Sejujurnya, aku tak pernah tahu tentang kewujudan buku ini sehinggalah satu malam tue aku tertonton live di Tiktok oleh penulis dan aku mendengar sinopsis dan penceritaan ringkas oleh penulis membuatkan aku terus beli 7 buku secara direct dari penulis iaitu Trilogi Hikayat Si Kembar (ada 3 buku), Combo Hikayat Panglima Hitam (ada 2 buku) dan Combo Tok Alang (juga ada 2 buku) sebab tertarik untuk mengetahui timeline universe sebuah hikayat si kembar bernama Ahmad dan Muhammad.

PUAS HATI

Beberapa helaian yang terawal aku membacanya dengan penuh khusyuk dek penceritaan si atuk kepada cucunya berkaitan Megat dan Merdu. Seterusnya aku dibawa ke satu kisah lampau dimana berlaku situasi si Megat dan Merdu (yg sedang mengandung) bersama sang kembar (Ahmad dan Muhammad) yg terpaksa melarikan diri dek serangan oleh sekumpulan Jin yg cuba menghapuskan segala keturunan Raja Si Guntang.

Masa nie, aku dah terbayang situasi ini dan sesekali aku sendiri terasa dibawa ke dunia mereka. Sehinggalah munculnya Geruh dan Guntur ketika terpisahnya si kembar ketika ibunya, Merdu menghanyutkan mereka di sungai bagi menyelamatkan nyawa mereka. Maka bermulalah perjalanan hidup si kembar piatu bersama adik bongsu mereka, Zaleha secara berasingan.

Beberapa watak lain muncul bagi menghidupkan perjalanan cerita dalam buku ini seperti Tok Bakawali, Jejaka, Tok Long Chik, Ali, dan pelbagai nama yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Semuanya muncul secara tak langsung menguatkan kisah penceritaan si kembar yang cukup ditakuti dek ramalan si Ram yang membuatkan puak-puak Jin (bukan Islam) mencari dan cuba menghapuskan keturunan ini.

BANYAK PENGAJARAN

Boleh kata, banyak input yang aku perolehi sepanjang menghayati penceritaan perjalanan awal kehidupan si Kembar terutamanya sifat degil si Ahmad yang membuatkannya tersasar dan bertindak melulu. Manakala Muhammad pulak mempunyai sifat yang lembut dan sentiasa menghormati orang sekeliling.

Apa yang menariknya, dalam buku ini aku sentiasa dibawa ke situasi yang getir sebab banyak babak-babak berperang antara jin (secara berpuak), pergelutan dan pertarungan sengit terutamanya ketika Zaleha dibawa lari oleh Tok Bakawali dan perjalanan bagi menghadapi Tok Bakawali ini membawa kita ke pergelutan lain secara tak langsung.

Paling aku suka adalah bilamana kekuatan dalaman yang muncul dari Ahmad dan Muhammad yang sesekali menakutkan ramai orang apabila mereka bersatu dalam menyerang musuh. Tapi aku lebih suka dengan kelebihan yang ada pada Muhammad terutamanya apabila dia dapat mendengar fikiran orang dan dapat masuk ke alam ghaib tanpa disedari oleh musuh. Kelebihan itu juga membawa dia untuk bertemu kembali dengan kembarnya Ahmad ketikamana Ahmad dibawa ke suatu tempat yg telah dipagar oleh Ram.

Sejujurnya, tak rugi sebenarnya membaca buku ini. Aku sekarang sedang membaca buku Hikayat Si Kembar 2 : Ramalan Jagat Raya pula bagi mengetahui kisah lanjut perjalanan si Kembar Ahmad dan Muhammad ini. Aku cadangkan sahabat2 semua bolehlah start membaca buku ini.

Aku bagi 4.5 / 5 stars untuk buku Hikayat Si Kembar : Permulaan Galur Alam Si Guntang ini. Insyaallah. Tadi sempat la berbual dengan penulis di live tiktoknya. Haha 😅😅😅

Wallahua'lam...
5 reviews
February 15, 2024
Jalan cerita yang menarik dan padat dengan aksi. Kita dihidangkan aksi demi aksi dan menjadikan pacing cerita agak laju. Babak berlawan dalam buku ni boleh dikatakan ganas dan terperinci seperti ada adegan potong kepala dan tembus perut. Disebabkan itu saya rasakan cerita ni lebih sesuai untuk pembaca matang. Banyak mahkluk yang ada dalam cerita ni inspirasi dari cerita dongeng melayu kita.

Asalnya nak bagi rating 4.5/5 bintang tapi saya turunkan kepada 3/5 sahaja. Walaupun jalan cerita dan konsepnya menarik, tetapi dari segi teknikalnya agak lemah. Sehingga saya rasakan buku ini tidak di-edit dengan baik.

Terlalu banyak gunakan sound effect seperti papp! cakk! Shoooo! yang saya rasakan lagi sesuai untuk komik. Setiap kali ada tepuk bahu atau tanah, semua bunyi pap dan secara tak langsung membuatkan adegan tu kurang immersive. Kerana bunyi tepukan di bahu dan tanah adalah berbeza.

Ahmad bertemu kembali dengan Muhammad sangat anti-climatic. Secara tiba-tiba muncul dan langsung tiada build-up. Selain itu juga, kedua watak utama ni tiada kekurangan. Personaliti mereka cuma satu; Ahmad si pejuang, Muhammad si hati lembut. Itu sahaja perwatakan mereka dan saya rasa boleh dikembangkan lagi. Buatkan mereka lebih dari dua dimensional.

Watak-watak terlalu banyak dan underdeveloped majoritinya. Cuma watak Geruh dan Tok Bakawali yang dibina dengan baik. Tok Bakawali satu-satunya watak menarik kerana dia ada latar belakang yang kukuh, perwatakannya pun banyak dan terus menjadikan dia lebih realistic berbanding si kembar.

Ada juga beberapa kesalahan punctuation. Di awal buku saya tak perasan tetapi masuk pertengahan saya nampak agak banyak salah letak tanda noktah, tanda koma dan sebagainya. Jenis penulisan pula lebih kepada menerangkan daripada menunjukkan sesuatu kepada pembaca. Too much telling and info dumping instead of showing what's going on.

Sebagai contoh, kita tahu si kembar tu luar biasa dari kecil sebab penulis BAGITAHU dari awal mereka tu luar biasa. Tiada adegan yang menunjukkan si kembar tu sangat kuat dari kecil. Semuanya diterangkan oleh watak-watak lain seperti Geruh yang katakan "sungguh luar biasa mereka ini" sedangkan babak yang ditulis tu bagi saya biasa-biasa sahaja.

Terlalu banyak dialog. Dan kurang menggambarkan keadaan sekitar. Saya membaca cerita ini seperti sedang tengok lakonan theatre yang tiada props. Cuma bercakap untuk menggerakkan cerita. Dan watak-watak pula semua mempunyai cara percakapan yang sama. Tiada yang unik atau membezakan personaliti watak-watak.

Oleh itu, saya akhiri review saya dengan 3/5 bintang.
Displaying 1 - 30 of 34 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.