Dalam kehidupan manusia, golongan belia adalah kumpulan tenaga dan daya yang bercita-cita tinggi. Sekiranya tenaga tersebut digunakan ke arah kebaikan dan kejujuran, maka umat Islam keseluruhannya akan memiliki kumpulan tenaga besar yang sangat baik. Sebaliknya, sekiranya tenaga tersebut dibiarkan bergerak ke arah penyelewengan dan kejahatan, maka umat Islam keseluruhannya akan menghasilkan kumpulan tenaga yang keji dan terkutuk.
Oleh sebab itulah Rasulullah meletakkan tangga kemuliaan dan kelebihan golongan pemuda yang membesar di atas jalan istiqamah dan ketaatan pada kedudukan kedua selepas kelebihan pemerintah yang adil. Adapun lima golongan lagi yang disebutkan oleh Rasulullah, meskipun setiap golongan itu mempunyai kelebihan di sisi Allah, mereka tetap berada di bawah darjat pemerintah yang adil dan pemuda yang bertaqwa.
Hadis tersebut memberi suatu petanda bahawa golongan belia yang membesar dalam ketaatan memiliki suatu keupayaan untuk mengubah keadaan masyarakat ke arah yang baik sebagaimana seorang pemerintah boleh mengubah keadaan rakyatnya ke arah yang baik. Pemuda itu mampu mengubah dengan kekuatan diri dan fizikalnya, manakala pemerintah itu pula mampu mengubah dengan kekuatan pangkat dan kekuasaannya.
Hal yang sebaliknya pula akan memberikan kesan yang berlawanan. Golongan belia yang buruk tingkah lakunya akan membawa kesan yang buruk kepada masyarakat sebagaimana seorang pemerintah yang kejam pada pemerintahannya akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.
Bertitik tolak daripada hal ini, maka perbincangan mengenai permasalahan golongan pemuda dan belia, dengan menilai permasalahan mereka serta memberikan jalan keluar kepada mereka merupakan suatu topik perbincangan yang sangat penting dan perlu dikaji secara tuntas dan jujur.
As-Syahid Dr Sa'id Ramadan al-Buti menulis sebuah naskhah khusus buat para pemuda. Segalanya dituliskan dengan cermat dan berperingkat. Dimulakan dengan punca permasalah yang melandai anak muda iaitu acuan daripada masyarakat yang sudah hilang pedoman. Bukanlah pemuda yang mencerminkan masyarakat, sebaliknya masyarakatlah yang mengadun kehidupan para pemuda. Andai punca permasalahan ini diakui oleh orang ramai, lebih mudah untuk kita terus bergerak kepada langkah penyelesaian, namun sayangnya hari ini semua sibuk menyalahkan pemuda walau ketempangan itu berpunca daripada mereka.
Banyak intipati nasihat atau saranan daripada tuan penulis yang saya catatkan dalam nota peribadi. InsyaAllah untuk bacaan kali kedua akan saya sertakan di sini demi memudahkan semua agar menyelami pemikiran tuan penulis.
Tidak dinafikan di sebahagian sisi, saranan tuan penulis tampak begitu bersahaja. Yang disentuh ialah berkenaan hubungan kekeluargaan, kecenderungan nafsu, ilmu dan budaya serta iman dan sabar! Namun asas inilah yang seringkali terlepas pandang (atau sengaja dilepas pandang) sehingga mendorong kepada pelbagai salah laku dalam kalangan pemuda!
Buku ini seharusnya dibaca oleh setiap lapisan masyarakat, dibincangkan isinya, dan disebarluaskan. Saya sendiri membawa buku ini ke mana-mana walau kadang tidak berkesempatan untuk membacanya. Moga Allah ﷻ kurniakan as-syahid Dr Said Ramadan al-Buti di tempat yang mulia, sesuai dengan rahmat-Nya.
•••
[ditulis pada 24 Nov 2025]
Alhamdulillah, dengan izin daripada Allah ﷻ, dapatlah saya menamatkan pembacaan buku ini, buat kali yang kedua [bilangan yang rasmi]. Adapun buku ini sebenarnya sering saya selak dan baca, namun tiadalah ia benar-benar dikhatamkan secara rasmi, yakni daripada halaman pertama hingga ke halaman terakhir.
Buku ini juga ialah antara buku kegemaran saya, sekaligus antara buku terbaik yang pernah saya baca dalam ratusan buku lainnya. Buku ini juga ialah buku yang akan saya cadangkan buat semua, jika ada yang bertanyakan mengenai buku apa yang harus dibaca oleh setiap orang walau sekali dalam seumur hidup. Adalah demikian kerana kandungan buku ini terlalu baik, terlalu bermanfaat—menayangkan hakikat kebenaran dan realiti. Kerana sifat demikianlah, buku ini saya sering ulang baca. Pernah juga saya mendengar nasihat bahawa “sebuah buku yang dibaca sepuluh kali, ialah sepuluh buah buku yang berbeza”, dan ungkapan ini benar. Setiap pembacaan saya terhadap buku ini, akan melahirkan kefahaman dan sudut pandang yang baharu.
Tanpa berlama-lama dalam menzahirkan kekaguman dan kecintaan saya terhadap buku ini, sebuah ulasan bakal dibuat. Namun, tiadalah ulasan ini seperti ulasan buku kebiasaan: sekadar memerihalkan dapatan buku, menyatakan persetujuan atau bangkangan terhadap kandungan dan lain-lain, sebaliknya ulasan buku kali ini lebih bersifat peribadi. Ia adalah renungan terhadap hal-hal yang dinyatakan dalam buku.
Bagi memudahkan ulasan bersifat renungan ini, saya mencerakinkan ia kepada beberapa bahagian, iaitu (i) tinjauan awal, (ii) masalah, (iii) solusi, (iv) pencegahan, dan (v) rangkuman.
(i) Tinjauan Awal
Saya sangat gemar dengan tajuknya: الإسلام ومشكلات الشباب atau "solusi Islam buat para pemuda", bukannya “solusi buat para pemuda Islam”. Daripada tajuknya, sudah tergambar bagaimana Islam menawarkan penyelesaian bukan hanya kepada Kaum Muslimin sahaja, bahkan juga kepada seluruh pemuda tanpa mengira agama. Misalnya, tatkala al-Syeikh menyatakan permasalahan pemuda yang mencari solusi kepada falsafah—keadaan ini tidak berlaku secara meluas dalam kalangan Kaum Muslimin, sebaliknya ia menimpa kepada pemuda di Barat sana. Pengarang tidak hanya sekadar menganalisis permasalahan yang menimpa pemuda Islam sahaja, bahkan pemuda di seluruh dunia. Maka, menurut saya, as-syahid Syeikh Sa‘id Ramadhan al-Buti رحمه الله (seterusnya al-Syeikh atau pengarang) berjaya membuktikan tajuk buku ini: Islam menjadi solusi kepada para pemuda.
Mengapa pemuda yang menjadi perbincangan utama? Barangkali ini persoalan yang berlegar di minda sebahagian individu, dan ya, soalan ini sangatlah wajar. Pemuda ialah kelompok yang mempunyai alat pengesan yang sangat sensitif (h. 21) dalam masyarakat. Mereka ialah kelompok pertengahan; kelompok yang sedang meniti perubahan.
Kelompok yang [ditamsilkan] sedang berjalan di atas sebuah jambatan, yang dibawahnya ialah gaung yang begitu dalam, dan kedudukan mereka pula adalah di tengah-tengah jambatan itu! Justeru, sekiranya jambatan tersebut bergoyang, maka, yang paling terhuyung-hayang ialah kelompok pemuda ini! Berbeza halnya dengan kanak-kanak yang baharu sahaja berdiri di hujung jambatan untuk menyemberang, dan berbeza juga halnya dengan orang tua yang sudah pun hampir tiba di hujung jambatan—kedua-dua kelompok ini tidak begitu merasai goyangan, goncangan dan gegaran jambatan. Saya merasakan ini ialah tamsilan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan “sensitif” yang dimaksudkan oleh pengarang.
Buku ini adalah hasil terjemahan daripada buku asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti yang bertajuk a-Islam wa Mushkilah al-Shabab.
Penulis telah menyatakan punca utama permasalahan golongan pemuda adalah faktor masyarakat setempat iaitu keluarga, sekolah, universiti, pejabat dan lain2. Hal ini kerana, pemikiran dan keperibadian anak muda akan terbentuk oleh masyarakat setempat. Lihat sahaja negara Jepun, dimana penekanan disiplin dalam masyarakat mereka telah membuatkan pemikiran pemuda Jepun terkehadapan lebih-lebih lagi dalam industri kejuruteraan.
Sekiranya pemuda diletakkan dalam acuan yang benar, maka baiklah hasilnya. Masyarakat sekarang sedang tenat kerana ramai yang ingin mengikuti hawa nafsu mereka dan enggan membuat pembaikan. Apabila nafsu dunia sudah mula menyelimuti diri mereka, ruang pembaikan bagai ditutup kerana mereka berasa selesa dalam selimut dunia itu.
Terdapat tiga permasalahan yang dihadapi oleh golongan belia: 1. Masalah budaya dan ilmu 2. Masalah konflik jiwa remaja 3. Masalah halangan sosial
Disini saya hanya akan huraikan masalah budaya dan ilmu. Pemuda yang berpengetahuan tentang budaya ialah golongan yang terbuka mindanya kepada suasana dan persekitaran. Apabila mengetahui budaya sesuatu tempat maka mudahlah kita utk berdakwah kerana kita faham dgn tingkah laku masyarakat setempat, adat resam mereka dan sejarah di tempat itu. Tapi malangnya, pemuda sekarang sudah mula lupa budaya sendiri dan mula mempraktikkan budaya luar. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya percanggahan nilai budaya masyarakat.
Masa kini, ilmu mudah diakses di Internet sahaja. Namun begitu, terdapat banyak kekeliruan di jaringan Internet kerana kurangnya inisiatif bagi menyusun sumber-sumber ilmu tersebut. Ada anak muda yg suka membaca buku-buku yang hebat seperti buku falsafah. Namun, apabila makin dibaca, mereka kembali ke titik permulaan yang penuh dengan tanda tanya. Utk itu, kita perlu belajar cara untuk memulakan dan membaca buku falsafah.
Dalam buku ini juga merangkumkan beberapa solusi bagi 3 permasalahan di atas antaranya seseorang itu perlu mencari ilmu dengan membaca bagi mengetahui kebenaran. Kebenaran itu tidak semestinya dipercayai oleh semua manusia, tetapi kebenaran itu akan diterima oleh orang yg berakal, bebas dan jujur. Islam memberi kebebasan untuk kita berfikir kerana akal adalah satu anugerah yg paling tinggi kpd manusia. Terdapat beberapa solusi lagi yang perlu diambil secara serius dalam membentuk peribadi pemuda. Tak dapat untuk saya simpulkan di ruangan yang terhad ini. Oleh itu, buku ini wajar untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat bagi mendepani realiti yg semakin menghimpit jiwa pemuda.
Pada awalnya apabila saya membelek isi kandungan buku ini saya berasa agak hairan kerana terdapat 2 kali prakata daripada As-Syahid Sheikh Dr Muhammad Said Ramadan al- Buthi.
Namun, alangkah terkejutnya apabila meneruskan pada bacaan prakata kedua beliau menyatakan buku ini telah habis dengan jumlah yang sangat banyak iaitu 4 RIBU buah pada cetakan pada pertama dalam tempoh 4 MINGGU. Ini sangat luat biasa.
Ingin saya kemukakan antara tujuan karya ini dikarang adalah ini:
- Beliau tidak berkesempatan berjumpa dengan para pemuda di luar sana bagi memberikan nasihat. Akan tetapi, beliau menjadikan medium penulisan bagi menzahirkan kebimbangannya terhadap pelbagai permasalahan yang dihadapai oleh para pemuda.
- Bimbang kepada para belia yang dijadikan target oleh musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan peradaban Islam melalui peranan intelektual dan idealisme mereka.
Sheikh juga menyatakan kelebihan usia muda ini bahawa:
- Golongan pemuda adalah punya semangat tinggi, cita-cita yang luhur, daya upaya yang cergas. Maka, jika digunakan kearah kebaikan, seluruh umat Islam gah dek kerana kekuatan mereka.
- Kelebihan terhadap sikap pemuda yang bertaqwa iaitu patuh kepada perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Ini bersandarkan petunjuk Nabi Muhammad SAW iaitu terdapat 7 golongan akan berada di bawah naungan Arasy pada hari kiamat kelak. Golongan Pemuda berada di tempat kedua selepas pemimpin yang adil.
Akan tetapi, beliau menegur terdapat kelompok yang mengadakan pelbagai seminar berkaitan kepemudaan tanpa melihat pada keadaan semasa.
Pada masa yang sama, beliau juga mendoakan berdoa agar pandangan beliau meleset, dan berharap agar terdapat teguran yang diberikan kepadanya.
Antara kandungan yang lain juga, beliau jelaskan punca-punca dan jenis-jenis permasalahan yanh dihadapai oleh para belia. Kaedah mengatasi masalah tersebut dan pesanan kepada ibu bapa dalam mentarbiyah anak-anak di akhir bab.
Pada pandangan saya , ketebalan buku ini mempunyai agak nipis menyebabkan para pembaca dapat menghabiskan dalam waktu yang agak singkat.
Menariknya muka depan buku ini meletakkan wajah beliau sewaktu muda. Telahan saya, bukan sahaja beliau mengalami zaman tersebut malah memahami masalah yang dihadapi pemuda.
Saya sangat sarankan supaya para muda belia dan ibu bapa di luar sana dapatkan senaskhah kerana apabila kita membacanya beliau cuba menasihati kita sebagai seorang ayah, kawan yang mampu membimbing dengan ilmu yang hidup. Bukan sekadar teori.
Buku ini telah menarik perhatian saya hanya melalui tajuknya sahaja, iaitu 'Solusi Islam Buat Para Pemuda'. Barangkali, saya tertarik pada frasa 'solusi Islam' serta fokusnya kepada golongan pemuda secara umum, tanpa mengehadkannya kepada pemuda Muslim sahaja. Hal ini bermaksud solusi yang ditawarkan oleh Islam bersifat universal dan boleh diterapkan oleh setiap pemuda tanpa mengira latar belakang agama mahupun budaya.
Pada awal penulisannya, penulis telah berjaya menarik perhatian saya dengan membuktikan kemuliaan seorang pemuda berdasarkan hadis 'Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah'. Hadis ini sering kali disebut, namun jarang diteliti secara mendalam. Uniknya, Allah SWT telah meletakkan golongan pemuda yang taat sebagai kelompok kedua selepas pemimpin yang adil—suatu kedudukan yang amat tinggi, memandangkan keadilan seorang pemimpin adalah aspek utama dalam menjamin kestabilan sesebuah masyarakat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemuda memainkan peranan yang besar dalam membentuk kesejahteraan ummah.
Seterusnya, beliau juga mengetengahkan satu perspektif yang unik—bahawa permasalahan yang sering dikaitkan dengan pemuda sebenarnya tidak wujud sebagai masalah yang berdiri sendiri. Sebaliknya, ia hanyalah cerminan kepada permasalahan yang telah lama berakar dalam masyarakat itu sendiri. Justeru, adakah ini bermakna segala kajian saintifik dan solusi yang telah dicari oleh para pengkaji selama ini menjadi sia-sia? Jawapannya, tidak. Hakikatnya, para pengkaji menyedari realiti ini, namun ramai dalam kalangan mereka memilih untuk menutup mata terhadap kebenaran. Oleh sebab itu, penulis membawakan beberapa solusi agar para pemuda yang merupakan tonggak negara dapat membetulkan keadaan ini sebelum ia menjadi semakin parah.
Sepanjang pembacaan saya ini, saya mendapati bahawa penulis menghimpunkan pelbagai permasalahan nyata yang berlaku dalam masyarakat secara umumnya yang boleh dilihat pada hari ini. Antara masalah yang diketengahkan termasuklah masalah percanggahan budaya, percanggahan ilmu, konfik jiwa dan halangan sosial. Beliau telah berjaya menerangkan setiap daripada masalah ini dengan terperinci, lengkap dengan contoh situasi yang terjadi pada masa ini agar para pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai permasalahan ini. Beliau juga telah memberikan jalan penyelesaian atau solusi yang relevan dan terperinci atas setiap permasalahan yang berlaku, malahan solusi-solusi yang diberikan ini juga bukan sahaja dikhususkan kepada golongan pemuda sahaja bahkan ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membendung segala permasalahan ini.
Akhirulkalam, buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh para pemuda dan belia terutamanya kepada mereka yang ingin mencari kebenaran dan jalan keluar serta perlindungan buat diri mereka daripada permasalahan-permasalahan yang menimpa kepada masyarakat dan umat Islam pada hari ini dan akan datang.
Panduan bagi pemuda yang ingin mencari ilmu tanpa membiarkan diri tersesat dari jalan yang benar dan juga bagi yang struggle dengan masalah yang pada diri sendiri , keluarga dan masyarakat….Kekeliruan yang timbul ketika menimba ilmu jika tidak bersandar pada Allah maka tersesat lah kita…Dan Bagaimana kita ingin mendapat sokongan dari kelompok2 yang akan membawa kita kepada kebaikan dan mengajak orang lain kepada kebaikan…bagaimana peranan ibubapa terhadap anak2 mereka yang sepatut mereka lakukan…betul la kata Beliau jika kita merasakan lagi susah kita dalam bertaubat sampai kita tak berdaya menghalang diri dari terjebak dari dosa yang selalu dilakukan dari kesungguhan seseorang dalam mencari wang sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan negeri maksudnya kita, maksudnya kesungguhan kita itu masih rapuh berbanding dengan kesungguhan orang yang mencari wang itu….kuncinya ialah sabar dan selalu ingat akan Allah Maha Berkuasa, Dia mampu menurunkan azab atas dosa yang kita lakukan..selalulah ingat kepadaNya supaya kita malu melakukannya lagi dan sentiasa memohon doa kpdNya dalam menguatkan hati dalam menjauhkan diri dari dosa tersebut.
Pada permulaan buku, rasa agak lama untuk menghabiskannya. Ditambah dengan struktur ayat yang agak mengelirukan. Satu bacaan yang membuka mata walaupun slow read. Memfokuskan kepada ilmu dan pengaruh budaya dan masyarakat kepada belia.
Paling terkesan dengan ayat penulis tentang perihal mempercayai kewujudan tuhan. Beliau menggalakkan pemuda untuk mengkaji kewujudan tuhan. "Tiada kebaikan bagi kepercayaan yang tidak berpandukan ilmu dan kajian". Menggalakkan kepada banyak berfikir dan mengkaji kewujudan tuhan dan alam semesta yang diciptanya.
Mungkin boleh ditambahbaik dari segi penggunaan struktur ayat yang kurang menumpukan kepada terjemahan secara literal dan lebih kepada pemahaman ayat.
Recommended 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penulisan seorang ulamak yang berkonsepkan punca, jenis dan solusi permasalahan yang para pemuda akan hadapi di realiti dunia sekarang. Pesanan yang diberikan sangat menyentuh perasaan. Antara pesanan beliau yang saya dapat tuliskan disini
" Golongan belia harus ingat bahawa kita sekarang berada pada zaman perniagaan. Unsur perniagaan dan keuntungan adalah musuh yang paling bahaya kepada kebenaran"
Sangat dicadangkan kepada para belia di luar sana yang menginginkan jawapan kepada permasalahan hidup pemuda
Buku serius yang agak santai. Syeikh al-Buti cuba menangani masalah yang dihadapi oleh pemuda dengan pendekatan yang agak berbeza, iaitu dengan meletakkan punca besarnya kepada masyarakat sekeliling yang mempengaruhi diri remaja. Selain itu, beliau juga tidak fokus pada masalah yang zahir, sebaliknya beliau terus menyentuh ke dasar dan akar masalah terutamanya masalah kepincangan ilmu yang beliau hurai agak panjang dalam buku ini.
Syeikh Sa'id is indeed a great ulama'. He read so many books before came into any conclusion including from the western worldview. Surprisingly, I could also find a story related to Mahatma Gandhi in this book! May Allah swt bless Syeikh Sa'id. Everyone should read this book.
Anda seorang pemuda yang ingin berubah? Tapi tidak tahu mahu mula dari mana? Buku ini untuk anda. Ini adalah ulasan buku (book review) Tajuk: Terjemahan Al-Islam wa Mushkilah al-Shabab (Solusi Islam Buat Para Pemuda) Penulis: Dr. Sa'id Ramadhan al-Buti Penterjemah: Ahmad Naqiuddin Penerbit: Nizamiyyah Publication & Distributors 2020
Buku terjemahan ini mengandungi sebanyak 89 muka surat. Tidak tebal pun, jika anda istqamah baca 2 hari pun dah boleh habis. Buku ini mengandungi 2 bahagian utama menurut saya, iaitu bahagian punca permaslahan dalam kalangan belia dan solusi yang dicadangkan oleh penulis. Terdapat 7 bab semua sekali.
Untuk bahagian pertama iaitu punca masalah belia, penulis menekankan bahawa sebenarnya belia bukanlah punca masalah yang berlaku pada hari ini, tetapi masalah yang berlaku dalam kalangan belia itu adalah berpunca daripada masyarakat. Ya! Masalah belia merupakan cerminan sikap masyarakat. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Masalah yang berlaku dalam kalangan pada hari ini berpunca dari didikan masyarakat, samada didikan di sekolah (formal) ataupun di jalanan (tidak formal). Hal ini demikian kerana berlaku percanggahan dalam ilmu yang disampaikan kepada belia. Di sekolah kata lain, di jalanan kata lain, di Instagram kata lain dan di rumah lain pula katanya. Pemuda ini, bila berlaku percanggahan, ada 2 benda sahaja, samada mereka tinggalkan terus atau ambil jalan mudah. Kebanyakan pemuda akan ambil jalan mudah. Itu yang berlaku dimana mereka cuba menerapkan nilai-nilai barat dalam kehidupan mereka. Kebebasan itu yang nafsu mereka mahukan. Penulis mencadangkan agar memartabatkan lagi pembudyaan ilmu yang selari dengan nilai agama, iaitu kenali tuhan terlebih dahulu sebelum bergerak kepada disiplin ilmu yang lain dalam kalangan belia Apa yang saya boleh kaitkan disini, percanggahan ini juga berlaku dalam hidup saya. Saya seperti didoktrinkan dengan elemen Quranic-STEM sejak dari zaman sekolah lagi, iaitu kaitkan dalil al-Quran dengan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran agama. Tapi apabila saya melangkah ke alam IPT dan melanjutkan pelajaran dengan lebih khusus dalam bidang STEM, saya seakan-akan terpanah. Hal ini kerana sains itu, tidak statik ia berubah mengikut peredaran masa dan kemajuan teknologi, boleh jadi penemuan baru bercanggah dengan dalil. Maka mentor-mentor saya menasihatkan untuk tidak lagi mengaitkan penemuan dengan dalil. Ini betul-betul mengelirukan saya. Akhirnya saya ambil jalan untuk berada di tengah-tengah, iaitu mengkaji alam, merenung langit untuk berfikir akan aturan susun atur alam yang membuktikan kewujudan tuhan. Seterusnya penulis menekankan soal punca masalah kepada masalah sosial. Penulis memfokuskan kepada di dalam rumah. Dimana pada hari ini netizen lebih gemar dengan istilah “toxic parent”. Toxic parent ini melarang anak-anaknya untuk mentaati perintah Allah. Sehingga ada yang sanggup memotong wang bulanan kerana mahu anak-anak mereka jauh dari tuhan. Didalam bahagian ini penulis mementikan peranan keluarga yang beriman kepada Allah untuk melahirkan masyarakat yang beriman.
Sebagai konklusi, saya akhiri dengan sepotong ayat dari buku ini, “semua manusia selain para nabi melakukan kesilapan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat”. Wallahualam.