Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mantera Alam Melayu

Rate this book
“Semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan serta perbomohan. Ia merangkumi semua nama dan jenis pengucapan yang sama fungsinya seperti jampi, serapah, tawa, sembur, cuca, puja, seru tangkal dan lain-lain.” – Harun Mat Piah

Dalam kajian ilmu mitologi Melayu, mantera atau lebih dikenali jampi serapah adalah salah satu cabang ilmu dan kajian. Mantera dikatakan wujud dalam kalangan masyarakat Melayu sejak zaman animisme malah masih lagi diamalkan sehingga zaman moden.

Haron Daud mengumpulkan lebih kurang 4,200 mantera, jampi dan serapah yang digunakan untuk pelbagai tujuan merangkumi bidang perubatan, ritual, penjagaan diri, ilmu hitam, ekonomi, pertanian dan pelbagai lagi. Buku ini akan mengupas secara mendalam mengenai pelbagai jenis mantera malah ada juga yang mistik seperti mantera mengghaibkan diri, mantera puja pantai, mantera kebal dan malah ada juga mantera menghidupkan orang yang sudah mati.

189 pages, Paperback

First published December 1, 2020

3 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

30 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (50%)
4 stars
10 (35%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
July 6, 2021
5 Bintang untuk sebuah kajian ilmiah yang lengkap, terperinci dan padat dengan maklumat. Tak tercapai dek fikiran saya petikan dari mantera sebenar akan di tulis , tapi wow! banyak juga petika petikan mantera yang disertakan boleh kita baca sebagai pengetahuan.

Membaca buku ini membuatkan anda lebih mendekati perihal nenek moyang dahulu,mengetahui adat tradisi sesuatu perkara yang mereka amalkan. Tapi bukan sebagai ikutan atau panduan, kerana majoriti perkara2 itu adalah bertentangan dengan islam, cuma sebagai kesedaran dan sedikit pengetahuan bahawa pengaruh mantera dahulu sangat luas dan kuat pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Contoh nya, mantera menanam padi, mantera membuat rumah, mentera pendinding diri, dan banyak lagi dibincangkan yang di dalam buku ini.

Ada juga penulis sentuh berkenaan tarian mekmulong, kuda kepang, mandi safar, unsur kepercayaan dahulu kala, unsur keramat dan lain lain. Terima kasih kepada penulis kerana mengambil inisiatif untuk membukukan sesuatu kajian ilmiah begini yang ramai kita tidak peduli lagi.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
June 11, 2023
Jampi dan mantera yang ada dalam buku ini adalah betul. Tapi, saya tak baca risau pula benda lain datang walaupun ia mungkin mitos.

Di sini, kita akan mengetahui ritual mistik orang melayu seperti mandi safar, pesta puja pantai, melenggang perut, mek mulong, kuda kepang dan lain-lain. Ilmu kepawangan juga tidak ketinggalan di jelaskan di dalam buku ini.

Saya paling suka baca bab ilmu firasat, peramalan dan ahli nujum. Contohnya jika ingin membeli tanah untuk membuat rumah, pastikan tanah tersebut menghadap barat daya, selatan, utara dan sekian-sekian agar keharmonian isi rumh terjaga. Tidak hanya dengan itu, tarikh lahir juga dapat ditafsirkan melalui nombor; apa sifat dan karakter seseorang itu.

Ada juga adab dan pantang larang malah mantera-mantera wanita dahulu kala mantera memandang cermin dan menyisir rambut. Inilah ilmu tok nenek kita agar kelihatan sentiasa rapi dan cantik dipandang oleh orang.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
January 29, 2021
Banyak meceritakan mantera yang digunakan untuk setiap ritual, jenis2 mantera, waktu yang sesuai digunakan.
Juga dikongsikan ilmu firasat/nujum, pantang larang dan jampi.
Penulis banyak guna rujukan sarjana tempatan👍🏻 tetapi secara peribadi saya lebih sukakan buku pertama iaitu mistik alam melayu.

Pengetahuan baru juga mengenai sejarah ritual orang dulu2, menarik👍🏻
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
April 25, 2021
Memang melayu pada zaman dahulu ada adat dan adab, bila islam masuk ke nusantara maka dicampurkan sedikit budaya nenek moyang dahulu dengan sedikit islamik. Mula-mula baca buku penulis sebelum ni memang ada rasa "adakah ini khurafat?" Tapi bila fikir balik ini ialah ilmu orang melayu dulu-dulu, dan sekarang ni hanya beberapa orang saja yang mengamalkannya, dan semuanya orang lama. Tapi buku ini bagus seperti kedua-dua buku sebelumnya, ia memberitahu kita tentang nenek moyang kita punya adat dan adab. Apa pun menarik baca buku ini.
100 reviews2 followers
Read
January 4, 2023
Nota untuk aku..
Walau buku ilmiah tapi seronok juga utk di baca..munkin sbb tak mahu panjang dan meleret sgt..penulis menghadkan sesuatu isi dari kitab yg menjadi rujukan..mentera sebenar woiii..kikiki..tapi rileks.. penulis tahu utk letakkan mana mentera yang sesuai jika hanya sekadar bacaan sahaja..bukan utk menyeru kerana perlukan ritual .bukan sekadar sebut mentera tu.Kalau ada nama panggil pelik2 pun penulis tak letak..
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.